Merdekah Kita??

Saturday, August 30, 2008
Sunyi dan sepi nya hari ni. Mati fikiran kejap aku dibuatnya. Itulah silapnya, time semua orang terpacak kat sini, aku balik kampung dan time semua orang balik kampung, aku pulak yang terpacak kat sini.. Hahaha. Kalau la minggu lepas aku tak pulang ke kampung, sudah pasti 'balik kampung' itu termasuk dalam agenda hidup aku pada wiken ni. Hurmm..whatever la..

Kawasan parking yang sebelum ni sentiasa penuh, kini lengang. Yang ada hanya beberapa buah kereta yang sama nasib dengan kereta aku. huhuhu. Nasib la, dah tuan nak bertapa kat sini. Kereta pun terpaksa bertapa jugak la. Kesian..kesian...

MERDEKA!!! ...MERDEKA!!!...MERDEKA!!!... terdengar Pak Lah melaungkan laungan merdeka. Jeritan 'MERDEKA!!' Pak Lah yang terakhir membuatkan aku tersentak seketika. Pak Lah kasi ending 'MERDEKA!!!' baekk punya! Hahaha, abaikan. Aku saje je. Ngeeee... Makk aii, banyak pulak lagu-lagu patriotik versi depa yang depa nyanyi selepas count down tu. Sambil mengibarkan bendera kecil. Kelakar pulak melihat gaya depa jika ditilik-tilik dan dikaji. 'Merdekanya Depa'!!!!

Namun dalam melihat sambutan merdeka yang diadakan di negara kita saban tahun, membuatkan aku terfikir. Beginikah gayanya bangsa yang sudah 'merdeka' dari penjajah selama 51 tahun menyambut kemerdekaan?? Hurmm... Merdekakah aku?? Merdekakah mereka?? Merdekakah kita sebenarnya???

Yea yea..kita sudah merdeka. Tapi dari segi zahirnya saja yang merdeka. Dari segi sambutannya saja yang merdeka. Dari segi konsert-konsert yang diadakan saja yang merdeka. Dari segi lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan saja yang merdeka. Dari segi kibaran bendera saja yang merdeka. Tapi jika dikaji sehalus mungkin, amatlah memalukan kerana minda kita masih lagi dijajah. Minda kita masih lagi mengikut telunjuk orang. Minda kita masih lagi kosong tanpa isi yang berguna. Minda kita hanya lah minda yang memikirkan suka ria, konsert dan hiburan, bunga api besar-besaran dan macam-macam lagi perencah-perencah yang tidak berfaedah pada hari ulangtahun kemerdekaan.

Dan saban tahun, MERDEKAAA!!...MERDEKAA!!.. MERDEKA!!!... itu yang dilaungkan. Tapi 'isinya'...kosong...tiada erti. Bagi aku la. Bagi kamu pula bagaimana? Kamu mungkin mempunyai pandangan lain pulak kan?

Apa pun, salam kemerdekaan dari aku buat semua. Ok tu je coret-coret di tengah malam yang sunyi sepi ini.

Wallahualam
Wasalam

Perasan!

Thursday, August 28, 2008
Kalau kamu perasan...
Dalam satu hari...
Walau sepahit mana ujian yang dihadapi..
Senyuman dari bibir kamu pasti terukir...
Samaada secara paksa...
Atau sukarela...

Kalau kamu perasan...
Kita semua adalah serupa..
Tak kira tua, muda, miskin, kaya...
Tak kira pangkat, darjat atau keturunan,
Tak kira paras rupa, lelaki atau perempuan..
Yang membezakan kita...
Hanyalah iman di dada..

Kalau kamu perasan...
Semua orang menuju 'jalan' yang sama..
'Destinasi' yang serupa..
Tak kira dari mana asal usul kita..
Kita pasti akan ke situ...
Kerana di situlah 'tempat' kita yang haqiqi..

Kalau kamu perasan..
Hari ini aku agak buntu..
Buntu untuk mengiyakan..
Buntu untuk menidakkan...
Buntu dengan segala jenis karenah
Buntu dengan segala jenis kebuntuan..
Owhhh..

Buntu..dan buntu...dan buntu lagi...
Itu lah aku, manusia normal..
Yang tidak pernah lari dari perasaan buntu..
Dan juga perasan, aku memang buntu:P

Moga kebuntuan itu bisa dilenyapkan!!!

Relevan Depa Kata!!??

Wednesday, August 27, 2008

Ada sebab tersendiri kenapa aku masih di sini, saat ini dan ketika ini. Ada sebab kenapa aku sukakan waktu ini untuk berbicara sendirian. Membiarkan hati mengomong sendirian, tanpa ada hati-hati lain yang bisa mengkucar-kacirkan hati yang telah sedia ada.huh! Apa yang aku cuba katakan ini? Aku pun tidak mengerti...

Sesungguhnya ketika ini aku tersangat buntu. Ditambah dengan lelah dan muak dengan permainan politik yang semakin hari semakin menggila. Nasib baik kemenangan rakyat pada pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh semalam mengubat sedikit sebanyak kelelahan dan kemuakan itu. Menukar lembah kegilaan yang selama ini mengutuk dan mengeji seorang manusia kepada lembah kekecewaan yang tidak terkata. Padam muka!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kemenangan yang sangat bermakna semalam. Baru lah ternganga golongan-golongan yang selama ni mengutuk, menghina dan mencaci Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Depa ingat tv depa punya, paper depa punya, saiFool depa punya, SPR depa punya, depa boleh kontrol semua, dan depa boleh menang la. Sori la beb. Ada kuasa yang lagi besar dari kuasa depa yang hanya 0.00000001% tu.

Terkumat-kamit mulut Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak nak jawab kat wartawan sebab musabab kekalahan umNO itu. Yang menyebabkan aku naik muak balik hari ni sebab baca utusan meloya tadi. Terus jadi loya kejap. Hahahaha..

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Cuba baca part last apa Dato' Seri Najib Tun Razak kata. Kalau malas nak click kat link di atas meh aku tolong quote apa yang beliau kata.

"Mengenai isu liwat melibatkan Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh."

Relevan di peringkat nasional??? hahahahaha. Nak gelak guling-guling aku baca statement ni. Beliau ingat rakyat sekarang ni budus nak percaya sebijik-sebijik apa yang depa kata. Ditambah lagi dengan apa yang depa duk canang kat tv1,tv2,tv3 suku tu hari-hari yang memang meloyakan tekak rakyat. Depa nak kaber lagi hal ni. Relevan di peringkat nasional konon! Adeh, kesian pulak aku tengok kat golongan-golongan ini. Semakin hari semakin terdesak!!

Kalau rakyat kat kampung-kampung kat Parlimen Permatang Pauh pun dah pandai pikiaq yang mana betui dan yang mana tak betui, rakyat kat peringkat nasional lagi la Dato Seri Najibbbbb. Cuba buat bancian peringkat nasional kalau tak caye. Kebenaran akan terungkai. The truth is out there! Cheewahhh... Renung-renung dan fikir-fikirkan....

p/s: Utusan Meloya hari ni cakap, kerajaan mungkin akan menurunkan lagi harga minyak untuk mengurangkan beban rakyat. Alhamdulillah, kalau turun la. Kalau tak turun?? gagagaga..Gamak-gamaknya la kan, kalau hari tu Pak Lah turun harga minyak RM1.50 dan bukan 15 sen, ramai orang sayang Pak Lah dak??? Ngeeeeeeeeeeeee

Ok la, setakat ini saje coret-coret di petang hari yang mendung dan nak hujan ni. Moga ketemu kita di lain entry.

Wallahualam
Wasalam..

Kemenangan dan Kekalahan...

Tuesday, August 26, 2008
KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA PERMATANG PAUH 260808

KEADILAN - ANWAR IBRAHIM: 31,195
BN - ARIF: 15,524
AKIM - HANAFI MAMAT: 92

ANWAR MENANG DGN MAJORITI 15,671 UNDI..

Alhamdulillah....

Permatang Pauh dan Wakaf Mempelam...

Monday, August 25, 2008
Suasana opis kembali menerjah anak mata setelah 4 hari bercuti. Mood cuti itu masih lagi meninggalkan sedikit sisa kenangan di kampung. Arghh...aku akan sentiasa rindukan kampung aku itu walau di mana aku berada. Suka duka dan pahit manis kehidupan aku separuhnya telah dilalui di kampung itu.

Walaupun sejak dua menjak ni, diri aku seolah menjauhi kampung, tapi itukan kampung aku. Masakan aku boleh lupakan tempat asal usul aku begitu saja. Tidak mungkin...tidak akan sekali-kali. Melainkan, tetiba ingatan aku suatu hari nanti ditakdirkan hilang, zapppppp..habis semua kenangan dan ingatan aku sepanjang hidup ini hilang, maka akan hilang lah juga ingatan aku kepada kampung aku itu.

Pulau Rusa. Dari namanya sendiri semestinya semua orang beranggapan di kampung aku itu ada banyak rusa. Itulah juga yang menjadi tanggapan aku suatu ketika dulu. Namun, anggapan aku itu tidak benar sama sekali. Jika diinterbiu orang-orang tua di kampung aku itu, asal nama Pulau Rusa di ambil kerana terdapat sebuah pulau di kampung itu yang hanya mempunyai sebatang pokok Rhu. Orang Terengganu pula kalau SATU dialeknya 'se'... So digabung jadilah rhuse. Untuk mencantikkan tulisan maka jadilah RUSA. So itu lah asal usul nama kampung aku yang aku ketahui.

Haha, bercerita pasal asal usul nama kampung aku pulak hari ni. Haha...it's ok then, ilmu sejarah ni!.Mana la nak tahu kan, tetiba je nanti ada orang tanya korang.. tahu dak dari mana nama pulau rusa tu diambil, then boleh la korang jawab. Ngeeee... Ceh, cam glemer kampung aku ni. Memang la, kalau di bandingkan dengan Permatang Pauh, alamat tenggelam la nama kampung aku tu tidak timbul-timbul sampai ke sudah. hahahaha

Opsss..tu parlimen daaa...hikhikhik. Silap nak buat perbandingan daa. Kalau parlimen kenalah disamakan dengan parlimen. Parlimen aku namanya Wakaf Mempelam. Parlimen yang nak mengundi besok Permatang Pauh. Pauh dan Mempelam..kira satu geng la tu..hahahahaha. Abaikan aku yang dah agak weng petang-petang cenggini.

Malam ni adalah malam terakhir bagi kempen pilihanraya di Permatang Pauh. Sebelum ni pelbagai jenis kempen sudah menjadi tatapan mata dan telinga. Dari sumpah muhabalah yang menjadi mainan orang UMNO sekarang, sehinggalah penurunan harga minyak sebanyak 15 sen. Huh!! Kempen punya pasal walaupun Pak Lah tetap berkeras kata ni bukan kempen pilihanraya, aku tetap berkeras kata ini semua adalah kempen untuk pilihanraya Permatang Pauh!!!

Apa pun, aku kira rakyat sudah matang untuk menilai mana kaca dan mana permata. Mana berlian asli dan mana berlian tiruan. Kepada seluruh rakyat di Parlimen Permatang Pauh, selamat mengundi!!

"Uiksss, ada ke pengundi di Permatang Pauh yang baca blog ko ni Fida?", dia

"Ada kut", aku.ngeeeeee;)

~JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKA TAKUT PADA RISIKO~

WaAllahualam
Wasalam.

Sesedap Rasa..

Thursday, August 21, 2008
Alhamdulillah, kenduri sepupu perempuan belah mak aku berjalan lancar. Seawal pukul10 pagi kami anak beranak sudah berkumpul di rumahnya di Bukit Tepu, ke apa entah nama kampung tu..huhu. Lupa sudaa..Letih perjalanan semalam aku buang jauh-jauh walaupun dalam masa yang sama mata seolah ingin tertutup rapat. Badan ingin direbahkan di katil. Tapi disebabkan aku sudah lama tidak pulang ke kampung, time ni la aku kene ambil kesempatan untuk berinteraksi dengan semua sanak saudara yang datang. Cheewahhh...kononnya la. Bagi ayat sedap sikit. gagagaga

Aku dah budget, kebiasaannya kalau kenduri sanak saudara ni, aku memang amik port bahagian cuci pinggan. So aku pun pakai la baju kurung biasa-biasa jek sebab ingat nak jadi orang dapur. Sekali mak cik aku dah prepare semua. Dah upah orang untuk buat kerja-kerja semua. Kira kitaorang datang pun memang duk relek-relek la. Sembang-sembang keluarga. Cuma dalam masa yang sama, touch up la mana-mana yang patut. Tengok-tengok orang yang datang. Salam dengan para tamu. Amik gambar. Tu je la kut kerja aku time kenduri tu. Kira takde la penat sangat. Tapi disebabkan semalam tidur aku tidak berape nak proper, maka nampak jugaklah mata aku yang merah sebab tahan mengantuk tahap cipan tu. Nampak jugak la, muka aku yang penat gile, sampai ada yang menegur. Adehhh..layann je la.

InsyaAllah, hari ni pulak bersamaan hari Jumaat 22hb August 2008, aku dan keluarga akan bertolak balik ke KL selepas solat Jumaat bagi menghadiri majlis konvocation adik aku Afnan di UIA keesokan harinya. Another penat day. Tapi bila diingat this time is our famili time, penat tu aku biarkan je la. Ada apa dengan penat? Takde apa sangat pun. Cuma kalau penat itu dilayan lebih-lebih, maka akan naik kepala la si penat itu. Kan?kan?

Tapi nampaknya sekarang ni penat itu mesti di layan. Bukan mahu melayan penat itu lebih-lebih, sekadar sesedap rasa jek. Melayan penat sekarang bermakna, sampai di sini entry kali ni. Jumpa lagi next entry. Assalamualaikum.

p/s: May May, i rasa keropok lekor tu i tak dapat nak bawak la. Lagipun hari ni i balik kl, pastu takkan hari Isnin i baru nak bawak pi opis. Musti tak elok dah keropok tu. Nanti ek time i balik raye ke, i bawak keropok lekor banyak-banyak macam hari tu. Same goes to Hid, Lili n Mekdi... Tak pun, kalau ada keropok tu, i beli sikit before bertolak nanti. And then bila sampai KL i tumpang letak dalam peti ais umah kazen ke, pastu senin bawak gi opis. Tengok la mana yang patut. Kalau Senin ni takde keropok lekor, sorry yer kawan-kawan;)

WaAllahualam.

Erkk..Kene Tag Lagi :(

Wednesday, August 20, 2008
Kay tagged aku lagi:((

5 Tabiat Buruk Time Sekolah

* Melarikan diri dari doktor gigi.
Masa sekolah rendah pernah teman member aku, Naimah larikan diri dari doktor gigi. Siap menyorok kat masjid sebelah sekolah lagi time tengah hari tu. Dengan aku sekali ikut dia menyorok sampai la waktu balik. hahaha..bila diingat memang lawak. Tapi tu tabiat buruk ke?? erkk belasah je la..

*Senyap-senyap bawak walkman time revision period kat sekolah sebelum SPM. Dah la aku ni naqibah. Tau dek cikgu displin abis la..ngeee

*Tido waktu belajar sejarah..ngeeeeee.

*Ponteng kelas, sekali dua je seingat aku...gagagaaga..tapi tak ingat subjek apa yang aku ponteng. Time tu saja-saja malas masuk kelas,gi lepak-lepak kat library sorang-sorang. huhu.

*Erkkk..tak ingat dah. Nanti kalau aku ingat aku edit balik.


3 Subjek Kegemaran. Kenapa??

*Matematik biasa;)- Ada cikgu matematik time aku darjah 4 yang aku ingat sampai sekarang. Nama beliau Cikgu Sabiri. Setiap kali buat latihan atau ujian, kalau satu salah, tapak tangan aku akan dipukul dengan pembaris kayunya yang mantap. Sakittt wooo... Alhamdulillah, disebabkan pembaris kayunya itu, matematik jadi subjek peberet aku sampai sekarang.

*Matematik Moden- best2. Bab kira-kira ni memang aku suke. Ngeee..

*Matematik Tambahan- Subjek ni lagi bestt!! Aku pasti akan ralik buat latihan dia. Tiap-tiap hari tak sah hidup aku kalau tak buat latihan masa form 4 dan form 5 ari tu. Satu lagi sebab Mr.Burn.


3 Subjek anda tak suka. Kenapa?

*Sejarah..sebab aku tak suka baca buku teks sejarah. ngeeeee

Satu tu je kut subjek yang aku tak suka.


Menarik pada anda...

*Entah...


Kamu Paling Suka..

*TomYam

Kamu tidak boleh hidup tanpa?

*Dia

Setiap malam sebelum tidur siapa yg anda hubungi?

*No 1.

Mangsa Tag Kamu

1. Kawan-kawan semua yang sudah membaca tag ni dan mempunyai blog, dan ingin membuatnya ;)
2. Kawan-kawan semua yang suka buat tag
3. Kawan-kawan semua yang belum jadi mangsa tag.

Dipersilakan..ngeh33

p/s: Malam ni lepas magrib insyaAllah aku akan bertolak pulang dari Putrajaya ni ke kampung halaman di Kuala Terengganu kerana aku ingin turut sama meraikan majlis perkahwinan saudaraku yang akan diadakan besok. InsyaAllah aku akan balik semula ke sini pada hari Jumaat yakni lusa, kerana hari Sabtu tu nak kene pi majlis convocation adik aku kat UIA lak. So sape-sape yang nak ikut aku balik Ganu..jom lah. Cepat-cepat, paling lambat boleh tunggu kul 8pm...ngeeee...

Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali yer! Ok, nak gi packing jap. Sampai ketemu lagi dengan entry versi kampung besok kalau aku tak 'tumbang' lepas kenduri la..hehehehe. InsyaAllah...

WaAllahualam
Wasalam...

He Makes Me Smile:-)

Tuesday, August 19, 2008
Selama aku hidup di atas bumi sehingga hari ini, pelbagai gelagat manusia telah aku temui. Dari yang kecil sampai ke tua, sama ada orang itu aku kenali atau tidak. Yang pasti setiap orang ada gelagat dan kerenah masing-masing. Kadang-kadang kerenah itu bisa buat aku tersenyum sendiri. Kadang-kadang kerenah itu menuntut aku untuk berfikir kenapa dan mengapa dia berkelakuan demikian, dan bermacam lagi la yang bermain-main di fikiran tatkala gelagat dan kerenah itu menjengah di mata.

Aku juga punyai gelagat dan kerenah itu. Aku harap gelagat dan kerenah aku tidak menyusahkan orang-orang di sekeliling yang aku sayangi. Hopefully... kalau tanpa sedar,aku sudah menyusahkan sape-sape..Ampunnnn yer!... aku tau, aku insan yang lemah. Insan yang punyai segala kekurangan dan kelemahan dalam diri.

"Aku takkan pernah, jadi sempurna...seperti engkau pinta...
Aku takkan bisa..meski telah kucuba...." lalalalalalala....

Hari ni, walaupun aku still lagi tension dengan test case yang seperti tidak berkesudahan, nasib baik gelagat dan kerenah dia mampu membuat aku tersenyum sendiri. Entah. He's so unpredictable. Kadang-kadang, tension jugak melayan segala kerenahnya, tapi dalam ketensionan itu...aku akan pastikan senyuman dari bibir aku terukir, samaada secara paksa atau sukarela. Kerana dengan senyuman itulah, suasana yang dipenuhi dengan segala macam mak nenek ketensionan mampu diubah dengan keceriaan dan kegembiraan. Kan? kan?

Owhhh... Joy...kamu lah yang bawa suka dan duka dalam hidup kami kebelakangan ini. Kamu jadikan hidup kami dipenuhi dengan pelbagai ragam dan gelagat. Kamu ukir senyuman dan kamu gariskan duka di wajah kami. Namun kami tahu, niatmu begitu mulia. Arghhh... mengingatimu, pasti buat aku tersenyum. See see... You make me smile!!!...

P/S: Smile, and the world will smile with you. Cry and you will cry alone...

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Kisah Kami;)

Monday, August 18, 2008
Mengintai 4 dara di balik daun-daun..siapakah yang mengintai itu?? gagagaga ;-)

"Baek Abang Palie"kata adik Peja sambil mengangkat tangannya tanda hormat...ngeee

Posing maut 3 sahabat..


Erkkk.... no clear explanation about this picture. You define it by urself la...ngeh ngeh ngeh


Peja di kelilingi 4 daras...


Lagi daras di kiri dan kanan Peja.. aisehhhh!!

Cubaan yang mantap, tapi tidak berapa nak menjadi..Syabas inspektor sahab!

Palie nak tiru gaya aku cuba 'memegang' mentari senja...tp lagi la...tak berapa nak mantapp. hikhikhikhik

Magic tul!!! Peja sedaya upaya mengeluarkan air dari mulutnya...tengokk..banyaknye air yg keluar dr mulut dia..

Renungan masa hadapan 2 beradik..pandang ke hadapan, baru ada kemajuan... Fighting!!!

Bersantai di petang hari....

Ok, coret-coret untuk tengah malam ni selesai.. Moga berjumpa kita di lain entry.

Assalamualaikum.

Pulak!

Tatkala melangkah masuk je opis, terkejut aku melihat seorang pak guard duk melilau-lilau kawasan opis. Masa tu baru 3, 4 orang yang sampai. Lalu je tempat Mahesh, dia memberitahu,

"Opis kene ceroboh la", kata Mahesh.

Tiba-tiba pak guard tu mendekati aku.

"Cuba cek ada barang-barang yang hilang dak?" arahnya.

Aku bergegas ke tempat aku. Alhamdulillah, aku tengok semua barang-barang ada. Laci pun berkunci. Cuma agak selerak sikit cubic aku kali ni. Monitor tidak berada pada kedudukan biasa. Bunga yang biasa aku letak di tepi monitor tercabut melekat di meja. Selipar jepun yang selalu aku letak elok kat bawah, terpelanting sebelah kat cubic mekdi, dan sebelah lagi ada kat bawah meja. Aisehhh.. Sape pulak yang nak masuk opis ni. Nak kata ada jongkong emas berlambak, bukannya kampeni aku ni buat emas pun. Alhamdulillah, barang-barang opismate lain pun tiada yang hilang. Agak pelik, apa yang dicari penceroboh sebenarnya. Abaikan buat sementara kes pencerobohan itu kerana ada perkara lain yang ingin diungkaikan.

Aku tahu tindakannya itu bertujuan untuk mendidik kitaorang. Tapi kekadang caranya itu betul-betul membuatkan aku konpius. Hari jumaat lepas, akunye test case yang dibentangkan, cuma sedikit je yang perlu diperbetulkan. Bila di bentangkan balik hari ni test case yang dibetulkan seperti arahannya itu. All wrong!! Haihhh... Hari tu kata lain, hari ni kata lain.. Aisehh ni kadang-kadang buat aku tension. Aku tidak tahu la team mate aku camne. Tapi hari ni memang aku agak tension. Aku senyap tatkala mendengar segala leterannya. Aku malas untuk bertekak. Okay lah, malas dah aku nak bercerita benda yang tension-tension ni. Buat lagi tension. Aisehhh... balik rumah,baik tenangkan diri kan? hurmmm...

Boleh teka dak, yang mana aku.?? Ngeee.. Gambar ni aku curi dr flicker palie. Palie, nanti masuk buku 555 deh? ngeh33..

Okay la, ni je untuk hari ni. Tension punya pasal, membantutkan pertumbuhan idea yang ingin membesar tu!

Pulak!!

Hehehe...

MORAL OF THE STORY.. Jangan la tension tak tentu pasal. Kadang-kadang, benda yang kita tak suka itu adalah baik untuk kita, dan kadang-kadang perkara yang kita suka tu, mungkin tidak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku tu, sama ada baik atau buruk, pasti ada hikmah yang terselindung di sebaliknya.

Wasalam...

Forgive Me..Forgive Me..

Sunday, August 17, 2008
Aku suka memerhatikan gelagat manusia di atas pentas kehidupan. Tapi dalam aku tidak sedar, aku juga merupakan seorang pelakon di pentas itu, dan ada juga manusia lain yang memerhatikan gelagat aku. Owhh apa yang aku cuba sampaikan ni? Aku pun tidak tahu apa yang aku cuba sampaikan. Yang aku tahu, banyak sungguh perkara yang berlegar-legar di minda pada ketika ini sehinggakan aku tidak mampu untuk menyusunnya satu persatu bagi diterjemahkan ke alam nyata. Forgive me then...

Semalam, aku memenuhi jemputan kenduri perkahwinan seorang kawan x-uia; Apek dan Kaymee di HK. Hong Kong?!!?? hahaha Hulu Klang je la. Buat Apek dan Kaymee, Salam Pengantin Baru moga bahagia ke anak cucu dan moga sentiasa berada dalam rahmat Allah.

On the way aku bertolak balik ke Putrajaya, Palie SMS bagitau dia dan Peja baru sampai Putrajaya. Dah alang-alang aku pun on the way balik ke sana, aku pun teruslah ke Alamanda bagi berjumpa tetamu dari jauh ni:p Yer la, sorang dari Kulim. Sorang dari Damansara. Jauh tuuu... Tengok-tengok, aku sorang je yang muncul, Yoe, Pian, Kak Zura dan lain-lain tidak dapat datang kerana ada maslahat. It's ok then.

Rupanya Peja bawak adik perempuan dia dan kawan adik dia datang shopping barang kat situ. Selain itu dia juga bawa bersama CPS WRGnya..Mantapp!!.. Berkilat beb! Erkk, berkilat ke?? hahaha. Lepas makan-makan, para tetamu suruh aku bawa diaorang pergi ke Masjid Putrajaya untuk solat asar. Lepas solat asar, kitaorang semua bergambar la dengan kamera terbaru Palie, SONY dslr.. ke apa, lupa dah aku nama kamera tu. Mahal wooo, beribu-ribu lemon.... memang mantap arr.

Ramai pulak orang kat Masjid Putrajaya kali ni. Baru la aku teringat rupanya dah masuk cuti sekolah. Dengan beberapa pasang pengantin yang ingin mengabadikan kenangan berlatar belakang Masjid Putrajaya pun ramai. Pelancong-pelancong asing pun ramai even warga tempatan pun ramai. Ralik kitaorang bergambar, tak sangka masa begitu cemburukan kitaorang. Dah dekat pukul 6.30pm. Diaorang terpaksa mengkanselkan plan untuk ke MAHA yang diadakan kat Serdang kerana masa telah suntuk.

Ingatkan diaorang dah nak terus balik coz plan ke MAHA kansel. Sekali adik Peja ajak tengok fireworks daaa... Malam ni team Chinanya show. Yang Malaysianye show aku dah miss. Aku terpikir gak, nak pergi ke idak. Ok la, sekali sekala, lagi pun malam minggu. Sementara tunggu fireworks setat kul 9.30mlm. Aku ajak la adik Peja dan kawannya datang bertandang ke rumah aku untuk solat magrib dan mandi manda. Peja dan Palie, depa magrib kat Masjid je sementara tunggu kitaorang siap-siap.

Sampai kat rumah, elok-elok orang dah azan. Rupanya Muni ada kat rumah. Aku ingtkan Muni balik umah abang dia. Tengok Muni bersiap-siap mengingatkan aku, malam ni malam Nisfu Syaaban. Ya Allah..alpanya hambaMu ini. Terlalu alpa dengan kehidupan dunia. Terlalu alpa dengan kesibukan dan perkara-perkara yang tidak membawa diri ini kemana-mana. Ya Allah...

Kealpaan itu aku sangat sesali. Namun kerana tamu-tamu yang berkunjung ke rumah, dan tamu-tamu yang masih menunggu di Masjid Putrajaya, penyesalan itu terpaksa aku sembunyikan buat sementara.

Lepas solat magrib dan mandi-mandi. Aku, adik Peja dan member dia sampai balik di Masjid Putrajaya untuk jumpa Palie dan Peja. Sekali tengok masyaAllah, lautan manusia makin ramai yang mengunjungi masjid tu. Kereta pulak bersesak-sesak. Lagi banyak dari petang tadi. Yang mengunjungi event yang diadakan di luar masjid, aku kira lagi ramai dari yang mengunjungi masjid untuk solat. Dalam hati aku sempat terdetik, malam-malam Nisfu Syaaban ni makin ramai pulak yang bersesak-sesak menghabiskan masa, dari duduk di rumah beramal ibadat. Dan aku sedar..aku juga salah seorang daripada manusia yang bersesak-sesak itu. Gelagat orang ramai yang aku perhatikan, dan aku tahu gelagat aku juga diperhatikan. Forgive me..

Lebih kurang pukul 9, kitaorang sudah berada di kawasan PICC. Namun kerana lautan kereta yang membanjiri kawasan itu menyebabkan jam yang amat teruk. Tapi nasib baik ramai anggota RELA yang mengawal aliran traffic menyebabkan jem terkawal. Kira ok la..

Dengan malam tanpa sebutir bintang, kami semua meredah malam gelap bertemankan cahaya lampu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api tu. Ramainya ummat manusia datang untuk melihat event ni. Bermacam-macam gelagat boleh dilihat. Bermacam karenah yang bisa diterjemahkan. Manusia..ohh manusia.. dan semustinya aku juga salah seorang daripada manusia-manusia yang punyai gelagat itu.

Lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya semua lampu-lampu jalan dipadamkan, dan pertunjukan bunga api pun bermula. Berlatarbelakangkan musik cina, bunga api-bunga api itu kelihatan bertaburan di langit dengan pelbagai bentuk dan warna. Betapa ciptaan manusia itu cantik, tapi lagi cantik bintang-bintang yang bertaburan di langit ciptaan yang Maha Agung. Aku lagi tenang melihat bintang berbanding bunga api itu. Aku lagi tenang mendengar music alam, berbanding music yang dimainkan sepanjang pertunjukan itu.

Namun, ini lah kali pertama dalam hidup aku menyaksikan pertunjukan bunga api. Pertama kali juga sampai di area PICC. Pertama kali jugak habiskan masa dengan depa di area Putrajaya ni. Pertama kali juga dapat usha WRG Peja, dan Sony Palie..ngeee.. Tapi kesian arr kat Palie tidak dapat mengambil best shot untuk bunga api itu. Nak berguru dengan Saizul, dia dah kat mane-mane dalam lautan manusia itu. Abaikan je la. Namun Palie dengan segala daya menggunakan segala ilmu kamera yang dia ada pada malam itu. Hasilnya, sama-sama kita nantikan tatkala shot-shot itu sudah berada dalam flickernya.

Mak aii, sudah panjang rupanya coret-coret pada petang Ahad yang mendung ini. Dan hasilnya, ini lah sedikit sebanyak kisah aku bersama kealpaan, kisah di hujung minggu, kisah sebuah persahabatan dan satu lagi sebuah kisah kehidupan tercatat dalam diari hidup. Aku...dan kisah itu. Dan kisah aku yang akan datang, even untuk sesaat lagi masih lagi dalam penantian. Aku akan sabar menanti kisah-kisah akan datang itu menjengah hidup ini jika aku masih punyai masa untuk kisah itu. Pandang ke hadapan baru ada kemajuan...

Have a good day! Today and tomorrow and next next next day onwards..

WaAllahualam

Wasalam...

 

Browse