Hari ini bertebaran segala macam mak nenek 'buhsan' menyelubungi segenap ruang-ruang udara di sekelilingku. Sesekali, terasa kelemasan yang menjerut hati dan jiwa. Betapa banyaknya atom-atom 'buhsan' itu, sehingga menyebabkan sukar untuk aku melihat dunia di sebelah sana. Kalau la ada alat atau mesin yang boleh menyebabkan semua atom-atom 'buhsan' ini disedut dari udara di sekeliling aku ni.. kan best!!! Semua hilang. So takde la rasa 'buhsan' yang amat sangat. Aduhai... buhsan oh buhsan. Kenapa la asyik duk bertempet kat aku nih! Pi la singgah kat orang lain lak.Hahahaha...
Alien tu pulak dari tadi asyik pandang je. Bukan dari tadi aje..dari pagi tadi sebenarnya. Setat dari saat aku mendudukkan diri di atas kerusi empuk kat work station aku ni, sampai sekarang ni. Tengok....ni pun tengah duk pandang aku lagi. Aduhh.. aku rimas!! Aku lemas!! Hehehehehe. Fida koya! Heh?
Tiada guna cipta sebuah cerita...
Kalau kisah kita sementara..
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru..
Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
Aku keliruu..
Aku keliruuuuuuuuuuuuu....uuuuuuuuu
Enjoyy the dayy!! And the song... hihi
WaAllahualam
Wasalam...
Buta dan Bisu...
Wednesday, July 30, 2008
Deras je hati ni bergetar. Tanpa bahasa, tanpa kata. Entah apa yang hati ini omongkan, kadang-kadang aku sendiri pun keliru. Antara mahu percaya atau tidak. Antara mahu menerima atau menolak. Itu lah kehidupan. Itu lah kenyataan. Bukan fantasi, tapi realiti. Itu lah yang diomongkannya.Aku percaya, segala yang berlaku ada sebab. Dengan lintasan habuk di depan mata ini pun bersebab apatah lagi dengan renungan itu, aku percaya ada sebabnya juga. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu sia-sia. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu tiada makna.
Cuma satu yang aku harapkan, dalam semua perkara yang aku lakukan dan dalam semua perkara yang telah berlaku, redha Ilahi itu sentiasa mengiringi semuanya. Kerana dengan redha dariNya lah, kesusahan itu menyenangkan. Tangisan itu menggembirakan. Kemiskinan itu melegakan dan keresahan itu menyenangkan. Semua kerana sekelumit redha itu.
Kini aku sudah berpijak di batasan ini, dan hanya batasan-batasan yang di hadapan sedang menanti. Perlukah aku mengundurkan diri untuk berpijak di batasan belakang? Owhh... sememangnya aku manusia yang sedang keliru buat masa ini... antara batasan di hadapan atau di belakang..... hurmmm. Okay..abaikan hal batasan itu. Tidak penting untuk dibicarakan lebih lanjut.
Ada sahabat menulis...
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan..cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan..cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.."
Orang seringkali mengatakan Cinta itu BUTA. Tapi mengapa aku merasakan cinta itu BISU? Bisukah cinta? Atau akukah yang tidak mendengarnya berkata-kata?
Till next time..
WaAllahualam
Wasalam
Wasalam
It's Been A While..
Tuesday, July 29, 2008
Malam ni segala-galanya akan berubah. Bermula malam ini. Aku tidak lagi akan keseorangan menghadapi cahaya rembulan dan sinaran bintang itu. Malam ni aku akan membiasakan diri untuk menghadapi malam ini dan seterusnya berdua.Tiada lagi istilah aku keseorangan di malam hari. Tiada lagi istilah malam itu panjang, tiada lagi istilah ketakutan yang kadang-kadang menyinggah dek bunyi-bunyi yang menyeramkan. Erkk.. bunyi yang lahir dari perasaan aku yang takut gamaknya...huhuhu.. Biasa la, kalau sensorang tu, macam-macam perasaan yang timbul. Bunyi pintu rumah sebelah pun, dikata pintu rumah aku yang terbuka! Bunyi air dari rumah atas pun, di sangka air dari bilik mandi yang terbuka sendiri..hahahaha. Adehhh...
Tapi alhamdulillah, aku ni berani juga orangnya. Ye la, kalau tidak manakan sanggup tinggal kat rumah tu sorang-sorang memalam selama ni.. hahaha.
Lepas dah berdua ni, harap-harap tiada lagi kejadian-kejadian yang disangka ada kaitan dengan 'phenomenal activity' itu. Kalau ada pun, biar lah phenomena terserempak dengan UFO je dari tingkat 14 rumah kitaorang. Dengan alien duk melambai-lambai dari tingkap UFO...hurmmm..amacam?? Pemandangan yang indah tuu..Tak la seram sangat kut noo! Heh!
Till then....
WaAllahualam
Wasalam.
Menunggumu...
Monday, July 28, 2008
Setiap hari aku tidak putus-putus berdoa, agar bisa diketemukan dan disatukan denganmu. Entah bila waktu dan ketikanya, semuanya dalam pengetahuan Yang Maha Esa. Aku tidak tahu akan ketentuanNya itu..Kadang-kadang terasa dirimu begitu dekat denganku. Nafasmu seolah-olah dapat dirasa oleh deriaku. Degup jantungmu, seolah-olah sentiasa berirama seiring dengan muzik alam yang selalu ku dengar. Tapi bila ditatapi, bila diamati, kau seakan begitu jauh. Walaupun aku sedar, kau tidak lah sejauh mana.. Mungkin kerana hijab itu menyebabkan dirimu jauh denganku. Tapi tidak mengapa, insyaAllah suatu hari nanti kita akan disatukan. Jika itu yang telah tersurat untukku dan untukmu.
Dan aku..akan tetap setia menunggumu...
Sampai tibanya saat itu.....
Tetiba..
Satu suara bersuara...
"Mak aiii!!!"
"Dah setat dah ni..."
"Dah setat dah"
Aku
"hahahahahaha"
"Apa yang setat tu?"
"Aku pun aku tatau.."
Satu suara itu...
"Apa-apa je la:p"
Aku
":-?"
Aku lagi...
"Ok, another entry's done..hip hip hoorayy!"
WaAllahualam
Wasalam.
Sampai Kita Ketemu...
Hari ni cubicnya penuh berselerak dengan nota-nota ISTQB.
Purak-purak tekun menelaah hal ehwal software testing dan performance testing
Kunun-kunun self learning untuk majukan diri sendiri.
Dan juga untuk knowledge sharing session pada Jumaat ni..
BRAVO!! BRAVO FIDA!!
Tapi fikirannya menerewang jauh nun ke kutub selatan.
Nampak beruang-beruang kutub duduk berpuak-puak.
Duduk santai..cam berkelah di padang ais yang sangat luas...
Eh kutub selatan sejukk sangattt la...tak tahann.. pergi ke tempat lain lah!
Lagipun tak bawak kot bulu bulu..hahaha
Arah tuan empunya diri.
Fikirannya menerewang lagi...jauh..
balik ke negeri sendiri la plak..
berlegar di ruang udara Kuala Terengganu.
Nampak menteri besar 'kesayangannya' sedang bergambar dengan merc-merc baru
Whuaaa... bahagianya hidup depa..
ada merc baru..
Tapi rakyat...... tengok je la merc depa.
Stop..stop..hal merc dah setel dah weh....
"Tu untuk kegunaan tetamu negeri je.
Exco-exco still lagi akan guna Perdana"
Kata PM terchenta..
Wahh senangnye...dah setel??
hahahahah...dia tergelak tiba-tiba..
Abis duit rakyat melayang..cenggitu jek..
Gara-gara Mat Said nak pakai Merc..
Fikiran itu melayang-layang lagi...
Teringat duit-duit rakyat yang melayang-layang...
Seperti layang-layang...
Nota ISTQB kaku di depannya.
7 Principles of software testing jadi tatapan mata semata-mata..
Telinganya ke lain, fikirannya ke lain...
Nak gi mana lagi ni??Getus hatinya....
Tiba-tiba...
Arghhhhhhh...nak balik kampung la cenggini...
Habis cerita tuk hari ni.
Sekian.

Dushhh....
Thursday, July 24, 2008
Dushh.. Satu tumbukan kepada pengantin perempuan....Lepas ni mana ada chance nak tumbuk dia dah..
Tengok.. cian dia.. terpaksa ketawa dalam kesakitan..
Akibat dari tumbukan itu.. Ganassnye akuu...
hikhikhik..
Owhh..maafkan aku..
Kerana merapu dan apa yang ada dalam fikiran aku sekarang hanyalah ikan kerapu...
Ikan kerapu masak masam manis...
Hurmmm.. dah lame tak makan ikan kerapu...
Sapa-sapa yang plan nak makan ikan kerapu, jangan lupe roger aku yer!
Ok setakat tu je kisah kerapu.. dan kisah pengantin kene tumbuk...
Until next entry...
Wallahualam
Wasalam..
Isyarat Hati Ini
Wednesday, July 23, 2008
~Inginlah ku menyapaMahu ku kenali hatimu
Ku sedari ini bukan biasa~
Huh, terasa aku tidak lagi dapat melindungi perasaan aku saat ini. Getaran hati itu, makin lama, makin lain getarannya. Bukan getaran hati untuk orang biasa-biasa. Perasaan itu muncul lagi setelah sekian lama ia menyepi. Huhh..kadang-kadang terasa berdebar-debar tatkala mahu bersua muka dengannya. Aku juga sedar,di hadapannya..aku mudah hilang arah. Gelabah tak tentu pasal! Semuanya terpaksa dicontrol. Gaya cakap, gaya jalan, gaya duduk.. Hahaha. Ini semua gara-gara sesi mengadap Reporting Manager kitaorang personally la.... sorang demi sorang dipanggil masuk mengadap! and i'm still waiting for my name to be called. Takde apa pun sebenarnya, kata member-member yang dah lepas, konon cam sesi suai kenal lebih rapat.
Namun, lirik di atas tiada kaitan dengan Reporting Manager kitaorang. Ianya dari sebiji lagu yang duk mengasak-ngasak memasuki kedua-dua gegendang telinga ini sejak dari awal pagi. "Opss..Fida layan lagu jiwang??" hahaha. Tidak la aku mengerti mengapa sejak dua menjak krisis dalaman negara terjadi dengan fitnah,liwat,bom C4 dan segala macam mak nenek tu, telinga aku senang benar nak terima lagu-lagu jiwang ni. Kalau sebelum ni, aku agak selective juga nak dengar lagu-lagu cenggini. Tapi sejak kejadian tu..semua selective itu dah bertukar. Ada effect juga rupanya masalah negara ni kat gegendang telinga aku. Ingatkan ke atas minda aku jek. Heh!
Abaikan kisah lagu jiwang itu. Aku sekadar warm up bagi meneruskan intipati entry aku seterusnya. Aku sedar, warm up itu perlu ada pada kali ini..kerana hari ini semua agak berbeda dari biasa... Apa yang berbeda? Aku pun masih dalam proses untuk memahami perbedaan itu. Cuma aku sedikit pasti, pandangan minda seolah sedikit kabur hari ini. huhu..moga ia tidak kekal berpanjangan.
Kelangsungan hidup berlaku seperti biasa hari ini. Smooth orang kata. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Bumi Putrajaya-Cyberjaya aman damai dari zahirnya. Tiada sekatan jalan raya, tiada traffic jam,tiada kes bom mengebom, tiada kemalangan ngeri, tiada paranormal activity, tiada orang yang diculik oleh makhluk asing. Semua tiada. Mungkin ada di tempat lain, cuma tidak menjengah di telinga dan mata aku lagi hari ini. Hurmmmmmm....
Owhh, hari ini terasa otak ini sedikit beku. Jari jemari ini seolah kaku untuk bergerak-gerak. Tambah lagi dengan kesejukan dalam opis yang seolah berada di Alaska ini, menyumbangkan lagi ke arah pembekuan dan kekakuan itu. Huhh.. Aku perlu berhenti! Aku terpaksa warm up kan otak aku, agar bisa cair semula supaya ia bisa menggerak-gerakkan jari-jemari aku yang dari tadi kaku. Intipati hanya setakat ini. Izinkan aku berundur. Until next entry..
WaAllahualam
Wasalam
Dak Ungguh Woh Deriang...
Tuesday, July 22, 2008Musim durian tiba lagi. Tu pun aku setakat mendengar kawan-kawan yang bercerita, dan ada yang aku terjumpa dalam blog mereka entry pasal musim durian ini. Di tambah lagi Mekdi bagitau perihal semalam dia dan teman rumahnya makan durian beramai-ramai. Sedapppnya. Tapi kesian kat aku..sampai saat ini, satu ulas buah durian pun belum memasuki anak tekak ini. Walaupun buah durian bukan lah buah peberet yang paling utama. Tapi hadirnya mampu membuatkan hati ini cair. Cheeewah.. Tambah lagi kalau durian kampung yang lemak manis tu.. 2 bijik durian mahu habis ditelan anak tekak ni. Eh lagak seperti ular sawa pulak main telan-telan ni. hahaha. Durian punya pasal!
Itu durian punya hal. Hal-hal lain yang telah berlaku sama ada di dalam mahupun luar negeri, seperti yang tertulis dalam akhbar-akhbar atau mana-mana online news yang tuan-tuan dan puan-puan baca.
Namun ada satu berita yang begitu menarik perhatian aku untuk dikongsi semua yang tertulis dalam berita hairan. Thanks to Saizul kerana sudi share link ni.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080721234909/Article/index_html
Secara ringkasnya..
"KUALA LUMPUR: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjalani ujian DNA bagi membolehkan polis menyelesaikan segera siasatan berhubung dakwaan meliwat anaknya itu"
Huh! Isu DNA tidak habis-habis diperkatakan sejak dua menjak ni. Kadang-kadang minda ini berkata, mengapa susah sangat, memperbesarkan isu yang sebesar kuman ni, bukan ke DNA ini sebagai bukti sampingan je. Kalau tiada pun tak menjadi masalah. Tahun 1998, DNA DSAI sudah pun diambil. Ambil je la data dari situ. Kan kan? Beribu-ribu tahun lagi pun, DNA DSAI itu tetap akan bagi data yang sama. Tidak akan berubah langsung... Melainkan kalau DSAI itu mutant. HEH! Haaaa! Tu baru la logik kalau nak mintak DNA lain pun, sebab DNA dah berubah. Aisehh.. tengok citer fiction banyak sangat nih Fida! Huhh Whateverrr..~
Tup tup, bebaru ni Pak Lah pulak buat statement seperti kanak-kanak riang ribena.
~Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama. "Jadi kita kena minta yang baru," katanya~
Huh, banyak pihak yang condemn kenyataan Pak Lah kesayangan ramai ni. Alahai...menampakkan lagi kelemahan minda seorang Perdana Menteri Malaysia yang terbilang ni. Komen-komen dari menteri-menteri umNO juga berkaitan kes liwat ini menampakkan lagi campur tangan barisan kepimpinan umNO dalam kes liwat DSAI ini. Nampak sangat bagi mereka, DSAI sudah pun dijatuhi hukuman bersalah!
Buat masa sekarang,apa yang penting bagi those people behind this conspiracy adalah DNA DSAI yang baru. Bukan DNA lama. DNA lama nak buat apa? Dah la tidak dapat dijadikan bukti penglibatan DSAI sekaligus pendakwaan langsung tidak dapat dilakukan. So camna depa nak kaitkan DSAI dengan kes liwat ni kalau DNA baru takde! Kalau pendakwaan gagal, maka SaiFool sekeluarga akan menanggung malu yang amat besar. So, untuk mengelakkan malu, keluarganya mengeluarkan kenyataan mencabar ini. Tu pun aku rasa statement ni dibuat atas desakan man behind this conspiracy. Dah tetiba jek kan? Heh! Ini andaian aku la. But it makes sense rite?
Tapi masing-masing boleh fikir la. Itu hanyalah apa yang menjengah di minda aku. Boleh nampak kelemahan yang jelas lagi nyata dalam kes liwat DSAI ni. Kalau nak kata konspirasi kali kedua untuk menjatuhkan DSAI pun..aku sokong 100%! Dan sekarang DSAI mengambil langkah berhati-hati. Tidak mahu kejadian 1998 berulang. Bukti dimanipulasi. Sebab tu la dia takmo kasi dah DNA dia yang baru. Polis tidak lagi boleh dipercayai....undang-undang mudah dijual beli. Hurmm.. dunia zaman sekarang.
Zaman dah majuuuu...Dunia dah berubahhhh....

The Rest is Still Unknown..
Monday, July 21, 2008
Kedengaran satu suara larangan daripada seberang sana. Jangan mengunjungi blog aku, kerana blog aku dikatakan berbaur politik. Yer la, keadaan politik semasa juga yang mempolitikkan blog aku. Hurmm. What to say? Walaubagaimana pun, ia tidak la menyimpang terlalu jauh dari tema blog aku. Kerana tema blog ini...hurmm...bebas kut! Seperti burung-burung yang terbang bebas di atas ni :)Tapi nasib baiklah larangan itu bukannya datang dari kepimpinan tertinggi umNO atau PAS atau PKR atau DAP ataupun mana-mana badan NGO. Kalau tidak, jadi headline kut blog aku ni. Headline jam 8 malam. Di TV3 suku gamaknya. Amacam? Hahaha. Perasan la aku nih! Abaikan. Itu hanya lah selingan di dinihari yang mendung ini.
Mendung. Hurmm...Hari ini agak mendung dari awal pagi. Awan seolah dicat dengan warna kelabu. Suasana sekeliling begitu kelam dan kusam. Dan awan 'bercat' kelabu itu berarak perlahan seperti menangisi sesuatu. Akan tetapi air mata awan itu, langsung tidak kelihatan walau setitik. Mengapa susah benar untuk dia menitiskan air mata itu? Tabah sekali menghadapi angin-angin yang kekadang berhembus kencang dan kekadang berhembus mesra itu. Masih air mata itu tidak sewenang-wenangnya jatuh bercucuran disebabkan angin itu. 'Pandai' betul awan kelabu itu menyembunyikan air matanya. Aku menatap lagi dada langit yang penuh dengan awan kelabu itu. SubhanaAllah... patut la tiada 'air mata' yang berlinangan jatuh. Rupanya ada sinar mentari di balik awan itu. Maha Suci Allah yang Maha Mencipta.
Moga aku bisa menjadi seperti awan kelabu itu. Tabah dan tidak mudah untuk menangisi sesuatu. Tabah menunggu sinar mentari yang akan tiba bila-bila masa tanpa menitiskan air mata, tanpa mengenal erti putus asa, tanpa mengenal erti jemu. Aku tidak mahu menjadi awan kelabu yang mudah menitiskan air mata. Tanpa angin, tanpa apa-apa, air mata itu mudah benar jatuh bercucuran. Tanpa dipinta,tanpa dipaksa. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Aku mahu tabah seperti awan kelabu yang berarak di atas bumi yang aku pijak hari ini. Bumi Cyberjaya;)
Huh! Namun aku manusia lemah. Siapa aku untuk menentukan ketabahan itu milik aku? Kelemahan dan kekurangan itu di mana-mana. Manakan bisa untuk aku menidakkan kelemahan yang sentiasa mengintai diri aku ini. Manakan mungkin aku mengiakan kata-kata yang aku ini tabah orangnya. Kerana aku bukannya setiap saat dihembus angin ketabahan. Angin itu tidak setiap waktu bersama aku. Ada ketika, dia menghembus insan lain pula..
Dugaan demi dugaan sudah dihadapi. Beratus-ratus titik air mata juga sudah dijatuhi. Namun dugaan itu tetap butuh juga datang menyapa hidup ini. It's life then. That's why it is called a life. Without tears, without hurdle, without test, life is meaninglessnes.. Smile then, because your life is yours, and it is meaningful :D
Ok, today's entry done. Until next entry. Have a nice day ahead!!
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Kedai Suami..
Sebuah kedai yang menjual suami baru saja dibuka di sebuah kota dimana wanita dapat memilih suami di kedai itu. Di antara arahan-arahan yang ada di pintu masuk terdapat arahan yang menunjukkan bagaimana peraturan untuk memasuki kedai tersebut.
"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini hanya SATU kali sahaja seumur hidup kamu"
"Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat dimana setiap tingkat akan menunjukkan semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai lelaki tersebut."
"Bagaimanapun, ini adalah semacam perangkap. Kamu dapat memilih lelaki di tingkat tertentu atau memilih ke tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun ke tingkat sebelumnya kecuali keluar dari kedai."
Lalu, seorang wanita pun pergi ke kedai "Suami" tersebut untuk mencari suami.
Di tingkat 1 terdapat tulisan seperti ini : Tingkat 1 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.
Di tingkat 2 terdapat tulisan seperti ini :Tingkat 2 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan,dan sayangkan anak kecil.
Di tingkat 3 terdapat tulisan seperti ini :Tingkat 3 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan, sayangkan anak kecil dan cekap
'' Wow'', fikirnya tapi dia masih teruja untuk terus naik.
Lalu sampailah wanita itu di tingkat 4 dan terdapat tulisan
Lantai 4 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan,sayangkan anak kecil ternyata sangat cekap dan suka membantu kerja-kerja rumah.
Dia berkata, ''Aku hampir tidak percaya!!'
Dan dia tetap melangkah naik ke tingkat 5 dan terdapat tulisan seperti ini :
Tingkat 5 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan, sayangkan anak kecil, sangat cekap,suka membantu kerja-kerja rumah, dan romantik.
Dia tergoda untuk berhenti tapi kemudian dia melangkah naik ke tingkat 6 dan terdapat tulisan seperti ini :
Tingkat 6 : Anda adalah pengunjung yang ke 4 363 012.
Tidak ada lelaki di tingkat ini.
Tingkat ini hanyalah semata-mata untuk wanita yang tidak pernah puas dengan apa yang ada.
Terima kasih telah berbelanja di kedai "Suami". Hati-hati ketika keluar dari kedai ini dan selamat jalan.
Sekadar renungan di hari minggu. Have a nice day ahead.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)