Penutup...

Tuesday, December 13, 2011
Sekali laut bah, sekali pantai berubah....
Kalau dua kali laut bah... dua kali kah pantai berubah?

Balik kerja petang tadi, rumah sunyi. Sepi. Biasanya kalau saya balik dari kerja, Mardhiah sudah berada di rumah. Rumah meriah la sikit dengan suara dia, tak pun suara lappy dia. Tapi sekarang sepi. Kata Mardhiah, dia akan bercuti sampai 27hb kot. Tak sampai hati nak tinggalkan ayahanda yang tua seorang diri di rumah. Tambah lagi masih baru kematian isteri. Sapa yang nak jaga makan minum pakai?

Adik beradik lain semua dah ada komitmen dengan keluarga dan anak-anak. Jadi nak harapkan sapa lagi iyer dak? Mardhiah kata, by hook or crook, dia kena cari kerja kat Dungun la lepas ni, nak temankan ayahanda yang duk sorang-sorang kat rumah. Allah baik sungguh hati Mardhiah..... moga Allah permudahkan urusan pencarian kerja Mardhiah di sana.. Ameen. (Kekasih Cik P, kot-kot la ada kerja kosong kat Kerteh tu war-warkan deh kat ambe, dekat dah dengan Dungun tu..)

Sebelum ni, bukannya saya tak tahu yang mati tu boleh menjemput kita bila-bila masa, tapi dalam kereta nak jugak lagho-lagho dengar fly, red. Nak jugak tengok movie, tengok X-files. Tapi sejak pemergian mak Mardhiah hari tu, alhamdulillah, tangan ni dah mula tukar channel, pasang ikim pulak. Tak pun dengar je cd bacaan Al-Quran dari Maher Al-Muaiqly. X-files pun dah tak tengok dah. Ya Allah...saya pohon agar perubahan yang sedikit ni berpanjangan ya Allah.

Nak buat apa-apa sekarang kena fikir, macam mana kalau saya tengah tengok wayang, cerita lagho-lagho Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya duk melambat-lambatkan solat, tiba-tiba Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya tengah mengumpat, Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya mati tak sempat nak bertaubat? Macam mana saya kat 'negeri abadi' nanti?


Ya Allah
Tutupkanlah untuk kami akhir yang baik
ketika tiba saatnya umur kami Engkau tarik.

Daripada Allah Kita Datang, Kepada Allah Jualah Kita Akan Kembali...

Wednesday, December 07, 2011
Assalamualaikum.

Maaf kerana lama tidak berkhabar cerita, lama juga tidak menyapa sesiapa. Bukan niat untuk memendam segalanya,cuma masa tidak mengizin untuk mencoret rasa.

Berita lewat petang, di hujung minggu itu amat menyedih rasa. Ibu Mardhiah telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada hari yang sama. Allah..... betapa berat untuk Mardhiah jua saya menerima berita ini.... Innalillahii Wainna Ilaihi Roojiunn...

Selepas mendapat kebenaran dari bos besar untuk cuti panjang mengejut, saya mengikut mardhiah pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu pada malam tu juga. Tambah-tambah Mardhiah perlukan saya di sisi pada detik itu. Lagipun, manakan mungkin saya tidak melawat jenazah ibu Mardhiah yang saya sudah kenal rapat semasa arwah masih hidup.

Bagi saya, inilah perjalanan paling panjang pernah saya tempuh untuk ke Terengganu. Ini jualah malam yang paling panjang pernah saya lalu. Malam yang diiringi air mata, air mata hati, jua air mata dari langit. Hujan mengiringi kami sepanjang perjalanan dari Putrajaya hinggalah ke Dungun. Alhamdulillah, Kami tiba di Dungun lebih kurang pukul 2 pagi.

Sampai di rumah Mardhiah, sudah ramai sanak saudara Mardhiah yang tiba. Adik beradik beliau pula sedang membaca Al-Quran di sisi jenazah ibu tersayang. Bila penutup muka jenazah ibu beliau di buka.... Allah.... saya seolah melihat ibu Mardhiah sedang tersenyum. Tenang sungguh raut wajahnya. Saya kata kat Mardhiah, "InsyaAllah...ahli syurga dah mak mu Mardhiah..ahli Syurga."

Saya tahu Mardhiah tabah, saya pun tidak tahu lah macam mana saya kalau di tempat Mardhiah. Mungkin saya tidak setabah itu. Saya doakan moga Allah tempatkan roh ibu Mardhiah di tempat yang terbaik di sisiNya beserta hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Ameen.


Bila menghadapi keadaan sedih macam ni, barulah saya sedar, saya bukanlah seorang sahabat penenang yang baik. Tiap kali Mardhiah menangis, saya turut sama menangis. Sepatutnya saya menenangkan beliau, mengucap kata kuat dan tabah. Bukannya menangis bersama. Bukannya menambahkan lagi kesedihan beliau. Saya harap jika beliau baca ni satu hari nanti, beliau maafkan saya atas kelemahan saya ni.

Wasalam.

Meniti Suratan...

Wednesday, November 30, 2011
Disember hampir mengetuk jendela...
Dan saya, masih belum berganti rasa...



Kak, kenapa kak jual mahal?

Jual apa?

Hati...



Eh!..

Hatinya Tertinggal Di Utara...

Monday, November 28, 2011
Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.. -Abu Aufa-


Kalau kita kejar pada pangkat, kita akan bergantung kepada pangkat.
Kalau kita bersandar pada tiang, kita takut tiang tu jatuh.
Tapi kalau kita bersandar pada Allah, Allah sentiasa ada.. -Prof Dr Muhaya-


PS: Salam maal hijrah 1433H. Apa azam tahun baru?

Penat dan Maksiat...

Tuesday, November 22, 2011
Alhamdulillah... semakin kita buat kerja, semakin kita belajar. Belajar dari kesilapan....

Minggu ni kerja agak hectic. Kena setelkan kesemua 7 FRS (Functional Requirement Specification) untuk internal review. Lelah tak bernyawa rasanya, tapi dalam lelah tak bernyawa tu, masih terpahat seribu rasa kesyukuran atas segala anugerah yang Allah dah beri. Kerja itu anugerah, sibuk itu pun anugerah. Segala-galanya anugerah. Moga-moga kerja yang kita lakukan sehari-hari dinilai sebagai ibadah oleh Allah...insyaAllah.

Memetik kata Ustaz Pahrol dalam Mukmin Professional... "Beribadahlah kita, sehingga kita penat untuk melakukan maksiat".....

Allahualam

Till then...




PS: Payah jugak kan, bila jari dan otak tak sync. Nak cerita benda lain sebenarnya...

3 Papan 4 Ringgit...

Saturday, November 19, 2011
Sejak dua tiga menjak ni, saya sudah agak pandai makan petai. Mardhiah yang ajar. "Baik untuk kidney" kata Mardhiah. Dulu-dulu memang saya tak makan. Famili saya pun bukan jenis yang makan petai. Entah.

Balik dari kampung sempena raya haji baru-baru ni Mardhiah bawa banyak petai, berbelas-belas papan. Seronok kami makan dengan nasi panas-panas. Tapi saya tak semantap Mardhiah la nak makan petai banyak-banyak. Saya cuma makan 3,4 biji lagu tu untuk sepinggan nasi. Sesuai la untuk beginner kot!

Semalam kami mengidam nak makan petai lagi. Balik dari kerja kami singgah kat pasar tani Putrajaya. Nak beli petai punya pasai.

Terkejut sungguh dengan harga petai kat situ. 3 papan, 4 ringgit!! Nasib la sebab kami dah ambil dulu, patutnya tanya la dulu harga dia berapa kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bayar, redha aje la. Tapi dalam hati..grrrrr..

Hari ni makan nasi dengan sup daging korban, ada bendi celur, sengkuang, fresh tomato dan petai 3 papan 4 ringgit!



PS: Minggu depan sumpah tak beli petai kat situ lagi dah.

Allah Suka...

Tuesday, November 15, 2011
Sabtu ni ada plan dak Huda?

Hmmm, kenapa Ana? Huda plan nak pi Warta jap, cari tudung. Pasai kat situ je ada jual tudung spesis akel ni.

Ana nak ikut ... boleh?... Ana ingat nak cari baju labuh 2,3 helai la, Ana tak nak pakai dah baju-baju singkat ni......

Eh boleh..boleh sangat-sangat.

PS: Alhamdulillah...... kadang-kadang, berdakwah juga boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh yang baik...kan?


Allah suka kepada orang yang bertaubat,
Tetapi Allah lagi suka kepada orang muda yang bertaubat,
Allah suka kepada orang yang pemurah,
Tetapi Allah lagi suka kepada orang miskin yang pemurah....

Allahualam.

Till then...

Bahagianya Musibah...

Sunday, November 13, 2011
Jadi orang perempuan bujang, hati kena cekal sungguh! Ada masa, ada ketika, pandangan serong manusia sesekali menyapa. Kalau tak cekal yang sungguh-sungguh, alamat berabak la air mata.



Tapi boleh pulak lepas rabak air mata, dia tersenyum. Senyum panjang pulak tu!

Adoiii membazir air mata je..

Kerana Rasa Ini...

Thursday, November 10, 2011
Bila tengok mak yang kita sayang sakit.... rasa pilu sangat dalam hati. Kalau la saya ada kuasa untuk memindahkan sakit mak tu kat saya, kalau la saya ada kuasa..... Saya extend cuti sampai ke hari ni, tengah-tengah malam saya email bos besar bagitau saya nak ambil emergency leave. Tak sampai hati saya nak tinggalkan mak dalam keadaan mak sakit lagu tu. Biarlah dengan kerja tu... biarlah dengan client tu...biarlah dengan requirements tu...biarlah. Dalam kepala saya cuma ada mak.

Kawan saya kata, kerja berlambak, boleh dicari lagi... tapi mak ada sorang jah kat atas dunia ni. Demi mak, nyawa pun anak-anak sanggup pertaruhkan. Anak mana yang tak sayangkan mak kan?

Eiduladha kami tak berapa ceria. Ada senyum tapi dalam hati menangis. Ada tawa tapi dalam jiwa merana.





Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah boleh bangkit memandang dunia.
Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah boleh makan dengan selera.
Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah semakin ceria.
Terasa dunia kembali bahagia.

Cuma yang tak suka.... kaki terpaksa melangkah keluar meninggalkan segalanya..... sigh~

Bila Titis Hujan Menyimbah Hati...

Friday, November 04, 2011
Time is ticking so fast. Sedar tak sedar umur sudah nak menginjak ke angka 3 di hadapan. Padahal baru je lagi meraikan ulang tahun hari lahir yang ke 29, lambat lagi la fida nak masuk 30! hati duk pujuk..hehe. (Padahal mati tak kira pun angka berapa kat depan kan?).

Sebelum subuh tadi hujan dalam sunyi. Lebat. Hebat sungguh! SubhanaAllah... antara waktu hujan yang saya suka, waktu ni la. Sebelum ke bilik air menyucikan diri sempat saya menatap wajah hujan dari tingkap hati. Allah..... besarnya rahmatMu. Luasnya kasih sayangMu. Tetapkanlah hati kami pada jalanMu sehingga akhir hayat kami ya Rabbal alamin.

Orang-orang Pulau Rusa dan lembu yang satu tu, tunggu ya kepulangan ku petang nanti!;)


Tag dari Titisan Hujan saya selit kat sini;)

1. Sampai hari ni bape kali dah kapel..hahaha
Jap nak kira...1,2,3,4,5,6,7...0.... Alhamdulillah, tak pernah kapel.

2. tadi bangun subuh kol bape?
Kul 5....

3. bila marah buat apa?
Diam. Tak cakap. Grrrrr dalam hati. Tapi buat-buat cool.. haha

4. banyak-banyak cite kartun,kartun pe paling best?
Naruto.. eh tu anime. Spongebob la.. haha

5. biasa lepas maghrib buat apa erk?
Lepas solat magrib ke? kalau lepas solat baca tafsir Al-Quran, pastu.. depends, makan ke, iron baju untuk kerja besok ke.

6. seminggu bape kali jogging?
Sekali or dua kali.

7. suka minum susu?
Sangat suka!

8. cuti raya haji balik?kenapa?
Balik lerr.. Wajib!! Sebab lembu tengah tunggu nun.. hehe

9.sebab apa ada blog?
Sebab...sebab... sebab apa eh? Sebab suka menulis kot!..;)

10. pegi kerja/belajar naik apa?
Naik Incik Hitam;)

11. suka hujan???
SubhanaAllah... suka sungguh-sungguh kat hujan

Ok dah cukup 11. Bye TH!

Mana Cinta Semalam Pergi?...

Tuesday, November 01, 2011
Ingatkan dia penyelamat di petang hari,
Rupanya hadir dia cuma untuk mengambil kerusi,
Mengapa tidak di ambil hati sekali?

Minggu ni, 2 hari berturut-turut saya terpaksa berulang alik ke tempat client. Ada rumit, ada sakit. Ah biasalah.. kerja. Tidak pernah tidak rumit, tidak pernah tidak sakit. Permulaannya memang selalu begini, tambah lagi saya baru je menceburi bidang yang agak berlainan dari apa yang biasa saya buat sebelum ni. Adat la tuh.. Bila dah biasa nanti mudah-mudahan, rumit dan sakit akan hilang di bawa angin semalam, insyaAllah.

Saya memilih untuk menggunakan ERL dari Putrajaya Central seterusnya menaiki bas untuk ke tempat client. Begitulah perjalanan ulang alik saya setiap kali ke tempat client. Sebenarnya saya malas nak drive jauh-jauh, tambahan charge parking kat sana tersangatlah mahal.

Bila menggunakan perkhidmatan awam ERL dan bas ni, perjalanannya jadi sedikit panjang. Bila panjang, saya ada masa untuk bersendirian. Bersendirian baca buku, bersendirian memerhati alam, bersendirian memerhati kehidupan. Cuma sekali sekala ada juga suara yang bertegur rasa, ada juga mata yang menggapai cerita. Sekali sekala la..

Part sedih... kalau terlepas ERL, terpaksa la menunggu 28 minit lagi untuk train seterusnya muncul. Haru!!

 

Browse