Kerana Rasa Ini...

Thursday, November 10, 2011
Bila tengok mak yang kita sayang sakit.... rasa pilu sangat dalam hati. Kalau la saya ada kuasa untuk memindahkan sakit mak tu kat saya, kalau la saya ada kuasa..... Saya extend cuti sampai ke hari ni, tengah-tengah malam saya email bos besar bagitau saya nak ambil emergency leave. Tak sampai hati saya nak tinggalkan mak dalam keadaan mak sakit lagu tu. Biarlah dengan kerja tu... biarlah dengan client tu...biarlah dengan requirements tu...biarlah. Dalam kepala saya cuma ada mak.

Kawan saya kata, kerja berlambak, boleh dicari lagi... tapi mak ada sorang jah kat atas dunia ni. Demi mak, nyawa pun anak-anak sanggup pertaruhkan. Anak mana yang tak sayangkan mak kan?

Eiduladha kami tak berapa ceria. Ada senyum tapi dalam hati menangis. Ada tawa tapi dalam jiwa merana.





Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah boleh bangkit memandang dunia.
Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah boleh makan dengan selera.
Alhamdulillah.....pagi tadi mak dah semakin ceria.
Terasa dunia kembali bahagia.

Cuma yang tak suka.... kaki terpaksa melangkah keluar meninggalkan segalanya..... sigh~

30 comments:

Unknown said...

moga mak akak baik2 sj.akak kna kuat kalo x cmne mak akak nk kuat kn kn






*angah selalu je pesam cmtu kt TH

fuad ansari said...

lebih baik cuti..

sebab kalau kerja, jasad di pejabat, fikiran kat kampung..

p/s: akak taknak carik keje kat kampung?? dekat dengan mak.. (",)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat hendaknya dengan izin Allah Taala...amin

Dugaan yang berat. Namun sekalipun berat pasti pertolongan Allah akan mengiringi seterusnya. Moga ibu saudari dikembalikan Allah kesihatannya.

Norsha said...

Jangan lupa mendoakan ibu setiap detik dan ketika, moga mak fida kembali sihat seperti sediakala...
bila ibu sakit, jiwa anakpun bagai dicarik-carik...betulkan fida?

cikguNae said...

Afida, semoga ibu Afida cepat sembuh...

natni said...

smoga mak kfid sehat cepat, aminnnn

budak penjara said...

alhamdulillah wa syukrulillah..doakan mak akak selalu sehat..aminn

shameel said...

Salam Afida.
Moga mak afida cepat sembuh. doakan2 selalu. samalah kita sbb ayah saya pun tengah sakit juga sekarang ni

Tirana said...

Mudah-mudahan mak Fida akan cepat pulih... Kak Tirana pun sakit masa raya haji...terlampau banyak buat kerja agaknya..tak cukup rehat.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Moga cepat sembuh saperti sediakala dan anaknya dpt meneruskan kehidupannya dan kewajipan terhadap dirinya..Amin

eita said...

sementara mak ada ni..jagalah...bila dah takde..dah tak merasa semua tu....keje bile2 pun boleh....
harap mak cepat sembuh ye......
insya allah..

Noli said...

alhmdulillah mak kak fida dah sihat..aminnn..

Azian Elias said...

Love my mommy.. alhamdullilah bila sakit je akak paksa mak mai rumah akak.. senang nak pantau...

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah Fida ada pendirian begitu. Kakak pun setuju cara Fida. Mak pun gembira bila lihat Fida sanggup tunggu sampai dia sembuh. Jangan kata mak Fida terharu kakak pun rasa sama sebab kakak dan jadi ibu...

senyumSOYA said...

semoga mak akak cepat sembuh ya...
doa banyak2..

akak jgn sedih2 sgt ya.. ^^"
senyum2

Unknown said...

SALAM,
MENDOAKAN IBU KEMBALI SIHAT ! AMIN

Afida Anuar said...

Th-->itu la.. kena kuat, kalau ikutkan hati time usap2 kepala mak, time lap muka mak, badan mak dah nak terabur dah air mata, tapi tahan je...

Fuad-->itu la...pi keje semalam asyik teringat kg, orang kata keje bukan dengan hati... dah banyak cari dah fuad, mungkin bukan rezeki kot.. kot2 fuad ada keje yang boleh direkomen kat akak kat ganu sana, bitau la;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, alhamdulillah saya di sini sihat, moga saudara juga dikurnia kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, insyaAllah.

Alhamdulillah, mak dah semakin sihat, sekali sekala Allah ingin menguji saudara. Kena banyak2 bersabar, kena banyak2 berdoa..kan?

Kak Norsha-->macam tu la rasanya kak, sampai rasa tak sanggup nak tengok, setiap waktu tak putus doa tuk semua.. kak, tengs... jazakaAllahukhairan kathira..

Nae-->Tengs nae, alhamdulillah... dah ok sket skrang..

Intan-->Aminn... tengs intan. JazakaAllahu khairan kathira...

Budak Penjara-->Alhamdulillah, she's getting now, thanks dik for the doa...

Shameel-->Salam shameel, tengs shameel, moga ayah shameel juga cepat sembuh..insyaAllah..

Kak Tirana-->Kak tirana, thanks... jaga diri kak, jangan keje kuat2 sangat, moga Allah bagi kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan buat kak tirana.. insyaAllah

Aunty-->Aminn, thanks aunty, moga Allah kurniakan kebaikan kepada aunty skeeluarga.

Eita-->Alhamdulillah kak, itu lah. Kalau ikut hati kan, rasa nak berhenti keje nak duk dengan mak, jaga mak....sementara fida pun masih bernyawa..

Noli-->Alhamdulillah noli, dah sihat sikit la, semalam n pagi tadi call pun dah ok..

Kak Yan-->nak ajak mak mai cni susah kak yan, nnti ayah tinggal sorang2 kat kampung. Nak ajak semua tinggal kat sini, fida duk umah bujang, kesian pulak kat kawan2 rumah..hehe, tunggu lah lepas kawin macam kak yan nnti;)

Kak zakie-->Hati anak kak, nak tinggal macam mana la kalau tengok mak asyik terbaring di katil,kesakitan... hati mak sekalipun, kalau tengok anak terbaring pun tak sanggup juga nak tinggalkan. kan kak?

Senyum Soya-->akak senyum ni dik;).. thanks dik, doa tu memang tak pernah putus..Allah..

LF-->Salam, terima kasih LF, mendoakan semoga LF juga cepat sembuh.

Anak Pendang Sekeluarga-->Kenapa entah komen kamu tidak keluar...mekasih, moga Allah juga permudahkan urusan anak pendang sekeluarga..

rahsia said...

Kawan saya kata, kerja berlambak, boleh dicari lagi... tapi mak ada sorang jah kat atas dunia ni.

nk tau sape 'kawan' tu bole x afida?

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Suatu ketika dahulu, pernah saya syorkan afida mengambil jurusan pendidikan. Bukannya apa, w/pun mungkin x berapa minat tetapi dlm realiti hidup kita mesti memikirkan masa depan dengan berpijak dibumi yg nyata. Kita akan berhadapan dgn `moment of life` iaitu situasi kita bersama keluarga tersayang dan mungkin org pilihan hidup kita. Saat2 bahagia hanyalah sekejap sahaja dlm hidup kita dan sungguh bermakna sebagai kenangan manis coretan hidup kita kerana umur manusia pun tidaklah begitu panjang. Begitu juga, x dapatlah komen byk2 krn semakin berlalu usia kita, semakin mudah manusia terasa. Anyway, saya doakan semoga ibu afida sentiasa sihat wal`afiat selalu. Sebagai seorang guru, kena byk bersabar dan jgn cepat tension dgn kerenah pelajar. Sekian Wassalam.

Kak Aya said...

kak aya faham perasaan Fida tu...kadang-kadang kita terperangkap antara tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Ada waktunya terpaksa kita bertegas dengan bos demi untuk ibu yang jauh di kampung.

Afida Anuar said...

rahsia-->err...rasanya nama dia Wan. Tetiba je nak tau ni, pasai apa? wan ka ni? hehe..dah la rahsia, rahsia la sangat:P

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur...suatu ketika dulu, ya saya masih ingat, saya pun pernah berusaha untuk menempatkan diri dalam bidang perguruan, namun takdir Allah, saya masih di sini. Saya percaya takdir Allah lebih hebat dari tadbir atau perancangan manusia, apa yang Allah telah tentukan dalam hidup manusia itulah yang terbaik, wlaupun pada pandangan mata manusia tidak baik, tapi perancangan Allah itu mengatasi segala-galanya. Saya kena redha, saya kena sabar, kena berusaha selebihnya serah kat Allah..insyaAllah. Allah tahu apa yang terbaik tuk kita kan? Walaupun tak dekat dengan mereka, tapi hati tetap rapat, doa sentiasa lekat. Indahnya bila rindu sentiasa hangat;)

PS: komen je tajnur, tak terasa pun. Hati saya ni kering..sungguh!

Kak Aya-->apa pun kak aya, bagi fida family comes first. Tak kisah la dengan keje tu. Tp alhamdulillah bos semua kat sini ok2, depa paham...depa pun tak kisah;)

Mindaberbisa said...

Even parents kita pun sakit. Apa yang dibuat pun tidak tenteram. Segalanya serba tak kena. Jiwa menangis mengenangkan mereka. Saya pernah merasa apa akak pernah rasa.

NeoBalanoCarpus said...

moga ibu AA kekal sihat InsyaAllah..

Afida Anuar said...

Pencari ALLAH-->hmm..rasa macam tu la. Sebijik macam tu..

Neo-->InsyaAllah.. Aminn, thanks for the du'a..

intan.maisarah said...

semoga mak akak sihat sentiasa
akak juga ye

:)

Mindaberbisa said...

Doakan yang terbaik buat mereka.insyaALLAH.

Afida Anuar said...

Sara-->Alhamdulillah...dah sihat sara, akak pun. moga sara juga sama;)

Pencari Allah-->InsyaAllah... wajib tu!

Adliff said...

Afida,

Tahniah kerana jadi anak yang tahu kenang budi.

Afida Anuar said...

Aliff, terima kasih.... harap2 kita semua jadi anak yang soleh dan solehah... yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita dunia akhirat, insyaAllah..

As said...

Alhamdulillah, anak solehah insyaAllah.

Sementara ada mak, sementara boleh berbakti..

 

Browse