Time is ticking so fast. Sedar tak sedar umur sudah nak menginjak ke angka 3 di hadapan. Padahal baru je lagi meraikan ulang tahun hari lahir yang ke 29, lambat lagi la fida nak masuk 30! hati duk pujuk..hehe. (Padahal mati tak kira pun angka berapa kat depan kan?).
Sebelum subuh tadi hujan dalam sunyi. Lebat. Hebat sungguh! SubhanaAllah... antara waktu hujan yang saya suka, waktu ni la. Sebelum ke bilik air menyucikan diri sempat saya menatap wajah hujan dari tingkap hati. Allah..... besarnya rahmatMu. Luasnya kasih sayangMu. Tetapkanlah hati kami pada jalanMu sehingga akhir hayat kami ya Rabbal alamin.
Orang-orang Pulau Rusa dan lembu yang satu tu, tunggu ya kepulangan ku petang nanti!;)
Tag dari Titisan Hujan saya selit kat sini;)
1. Sampai hari ni bape kali dah kapel..hahaha
Jap nak kira...1,2,3,4,5,6,7...0.... Alhamdulillah, tak pernah kapel.
2. tadi bangun subuh kol bape?
Kul 5....
3. bila marah buat apa?
Diam. Tak cakap. Grrrrr dalam hati. Tapi buat-buat cool.. haha
4. banyak-banyak cite kartun,kartun pe paling best?
Naruto.. eh tu anime. Spongebob la.. haha
5. biasa lepas maghrib buat apa erk?
Lepas solat magrib ke? kalau lepas solat baca tafsir Al-Quran, pastu.. depends, makan ke, iron baju untuk kerja besok ke.
6. seminggu bape kali jogging?
Sekali or dua kali.
7. suka minum susu?
Sangat suka!
8. cuti raya haji balik?kenapa?
Balik lerr.. Wajib!! Sebab lembu tengah tunggu nun.. hehe
9.sebab apa ada blog?
Sebab...sebab... sebab apa eh? Sebab suka menulis kot!..;)
10. pegi kerja/belajar naik apa?
Naik Incik Hitam;)
11. suka hujan???
SubhanaAllah... suka sungguh-sungguh kat hujan
Ok dah cukup 11. Bye TH!
22 comments:
SALAM,
OH, BALIK KAMPUNG, YA ! SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN ! MOGA TAHUN DEPAN, KITA MENJADI TETAMU ALLAH, AMIN .
yeahh..maceh kak
jwpn soklan num 8 dan 11 plg suka
agagagagaga
Mana boleh tak balik ye Fida. Kakak rasa kalau di Pantai Timur Raya Haji banyak lembu/kambing jadi korban. Bestnya...
Selamat Hari Raya Haji Fida...
setitis hujan, beribu rahmat. hujan di hati pasti reda bila merendah diri mengingati-Nya. selamat balik kampung..
balik kg!! semoga selamat sampai akak... hehehhe... ^^"
Memerhati titisan hujan, mencipta ketenangan di hati kadangkala membangkitkan rasa gentar dengan kuasaNYA
Salam Aidiladha Afida =)
Berhati-hati memandu
Moh konvo. Nak g ganu ahad ni. :D
Selamat Hari Raya Aidil Adha kak. :D
Semoga setiap pengorbanan mendekatkan kita denganNya. ;)
Akak pun suka sangattttt HUJAN. Kalau hujan tu rasa nyaman sangat..
akak pun suka sgt kalau time hujan, especially waktu malam, sejuk, nyqmqn & tenang.....
Selamat hari raya Aidil Adha Fida...!
hati-hati bawak kete...
Assalamualaikum saudari afida...
Moga Allah kurniakan saudari kesihatan yang baik dan dipermudahkan perjalanan saudari balik ke kampong...
Selamat menyambut hari raya eidul adha
assalamualaikum.....
x sabar2 nak jenguk lembu dia ni..kih3....
selamat menjalani ibadah korban....
jap jap nak kira ..
pstt ..
selamat hari raya kak..mkn lembu igt kt aisya jugak...hehe
Kepada semua yang buat haji dan korban dan sebagainya aidiladha ini, semoga Allah terima amalan kita
simple.. i like :))
LF-->Salam.. amin, insyaAllah.. moga2 ya LF.
TH-->paling suka ya? gaagaggagagga
Kak Zakie-->Raya korban meriah sangat kat sini kak..;)
Nahmy-->hujan di hati dah lama reda nahmy;)... thanks. alhamdulillahh
Senyum SOya-->Alhamdulillah.. selamat sampai semalam dik, banyak kete atas jalan..lambat sampai.. huhuhu
Nae-->Tepat sekali nae, salam eiduladha juga buat nae sekeluarga.
Penchenta-->oh, gi ganu area mana? jemput la mai umah akak, kita sama2 pakat lapah lembu..
Kak Yan-->sejuk je kan, hati tengah panas pun boleh cool;)
Kak Norsha-->A'aaa, bila hujan waktu sebelum subuh tu, dpt dengar bunyi hujan je. bunyi lain tak dengar.. tu yang fida suka tu kak:)
thanks kak norsha, salam eiduladha juga buat kak norsha sekeluarga.
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, alhamdulillah, saya selamat tiba di kampung lebih kurang jam 9 semalam. Salam eidul adha juga buat saudara abdul razak.
Eita-->waalaikumusalam.. a'aa, memang tak sabar. Alamak semalam sewaktu sampai kat dungun tu dah magrib, tak sempat nak tengok area sekolah tengku mizan eh rumah kak eita?
Cikgu Rashid-->nak kira apa tu cikgu?:P
Aisya-->Aisya pun, makan lembu ingat kat akak jugak;)
ROl-->Aminn.. moga2 Allah terima korban kita
Pencari Cinta Sejati-->Thanks dear... i like that also;)
wah..akak ni bukan calang2 org..wanita solehah ni sbb x penah kapel..hehe
sy ada soalan tambahan...
apakah yg selalu akak lakukan selepas solat subuh??
jawapan sy: melayari internet.. tul x? (",)
Selamat hari raya aidil adha, fida...Lama tak sapa Fida di sini..sedikit sibuk..hehehe
Salam aidiladha,
Wah, mesti seronok makan daging korbankan? Aliff dapat merasa air asam buatan kakak yang sulung. Kaki lembu dibakar dan urat/kulit/lemak dibuat air asam. Sedapnya!
Fida!!!
rindunye!!
wah, same la, mutiara pun sgt suke hujan dan susu!
Budak Penjara-->err..Aminnn.. Masih jauh lagi dik nak hampiri titik solehah tu, masih berusaha, masih merangkak semua..doakan moga kami2 semua istiqamah.
Fuad-->betul..betul..betul... he he
Kak Tirana-->Salam eiduladha kak tirana, fida pun agak kesibukan di kampung, tambah dengan mak tak sihat, terpaksa sambung cuti, ni baru pulang ke bandar....
Aliff-->Salam aidiladha aliff, aaaa, kalau kat terengganu dipanggil rojak katih tu aliff, tok fida pun buat benda tu jugak..aduhhh sedappnyer
Mutiara-->Mutiara..rindu juga sama mutiara, mana mutiara hilang, kembali ke dasar lautan kah?;)
Post a Comment