3 Papan 4 Ringgit...

Saturday, November 19, 2011
Sejak dua tiga menjak ni, saya sudah agak pandai makan petai. Mardhiah yang ajar. "Baik untuk kidney" kata Mardhiah. Dulu-dulu memang saya tak makan. Famili saya pun bukan jenis yang makan petai. Entah.

Balik dari kampung sempena raya haji baru-baru ni Mardhiah bawa banyak petai, berbelas-belas papan. Seronok kami makan dengan nasi panas-panas. Tapi saya tak semantap Mardhiah la nak makan petai banyak-banyak. Saya cuma makan 3,4 biji lagu tu untuk sepinggan nasi. Sesuai la untuk beginner kot!

Semalam kami mengidam nak makan petai lagi. Balik dari kerja kami singgah kat pasar tani Putrajaya. Nak beli petai punya pasai.

Terkejut sungguh dengan harga petai kat situ. 3 papan, 4 ringgit!! Nasib la sebab kami dah ambil dulu, patutnya tanya la dulu harga dia berapa kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bayar, redha aje la. Tapi dalam hati..grrrrr..

Hari ni makan nasi dengan sup daging korban, ada bendi celur, sengkuang, fresh tomato dan petai 3 papan 4 ringgit!



PS: Minggu depan sumpah tak beli petai kat situ lagi dah.

29 comments:

Cikgu Tie said...

mahalnya...tak apalah, anggap saja membeli sambil menderma.hehehe...

senyumSOYA said...

mahal2..saya suka sambal petai!! sedap!!

IMANSHAH said...

erm sy tak reti mkan petai

fuad ansari said...

sedap kan petai... ari tu buat petai jeruk satu bekas.. pas tu, makan bihun atau makan mee goreng pun dengan petai... huhu..

sy rasa, sape2 yg nak kurus macam akak kena makan petai banyak2.. makan petai lawas buang air.. (",)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga saudari sihat hendaknya dengan izin Allah Taala serta dilimpahkan keberkatan yang banyak..

Saya memang tak pandai makan petai, barangkali tidak dididik ibu dari awal

cikguNae said...

Salam Afida,

petai...
buat sambal dengan udang sedaplah...

Mindaberbisa said...

mcm sedap aja :)

noorlara said...

Afida,
Kalau saya hanya tahu makan yg masih muda dan belum keras. Masa kecil ingat lagi arwa nenek akan bakar dulu sebelum makan, aromaye harum menyelerakan disamping akan mengurangkan bau bila kita bercakap hehehe. Sedap jugak dimasak lemak tapi biasanya dengan kulitnye sekali dengan membuang bahagian keras ditepinya. Sekarang ni tiada barang yg murah, garu kepala dan fikir serta tanye sebelum beli.

nur aisya humaira said...

petai celor sye mkn, mentah2 tk mkn...

mahalnye...kt sini 3 papan 2 ringgt pn mak da bisg, kt sana tk tau laa...:)

~PENCHENTA~ said...

Fuyooo. Sedapnya sambal petaii. Hurmm.

Rashid said...

Tak sangka .. selama ini tak makan petai rupanya. rugi ..

3 papan 4 ringgit? murah le tu .. bukan senang nak panjat ambil petai tu. hehe

Tirana said...

Kak Tirana pun dah lama tak makan petai.. Di pasar, tengok petai, teringin nak beli tapi bila mengingatkan suami tak makan petai dan tak boleh bau petai, keinginan itu diabaikan saja. Ada sesapa nak bagi sambal udang petai..hehehe

eita said...

assalamualaikum....
akak pun dah lama tak makan petai...dulu masa sekolah memang giler petai...bila dah tua bangka ni..xleh nak makan...kalau makan je esok mesti sakit tekak pastu demam....antibodi memang dah takde kot....

M@YaZ said...

kalau dah gila petai nanti tak nampak harga dah..

shameel Iskandar said...

salam Afida.
Dulu pernah saya ikut member cari petai waktu saya ikut dia bercuti kt baling kedah.

Afida Anuar said...

Cikgu Tie-->itu la...redha aje la cikgu tie..huhu

Ss-->kan? tak pernah cuba lagi, lepas ni nak buat:P

Shah-->rugi tak reti makan petai..cheewah, macam la sebelum ni saya pandai makan petai:P

Fuad-->akak dah sedia kurus tak makan petai pun seblum ni fuad..hehhe;) ohh, petai jeruk...ok ok, nak buat la lepas ni..haihhh semua nak buat ni..hehe

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Ameen, smoga saudara abdul razak begitu juga, saya pun tak dididik mak saya makan petai, tapi diajar oleh housemate ni...layann je;)

Nae-->Salam nae, nnti saya cuba buat..;)

PencariAllah-->memang sedap pun!>.hehe

Noorlara-->Noorlara, terima kasih atas tips, tadi pun Uncle joe tinggalkan tips macam ni jugak dekat shoutout box, insyaAllah lain kali boleh cuba bakar dulu;)

Aisya-->ooo..akak kupas2 terus makan, tak celur pun...tapi sedap jugak:P

Penchenta-->fuhyooo... bak cni sket:P

Cikgu RAshid-->tapi at least saya makan skrang cikgu:P...bagi cikgu murah kot, bagi saya mahal:P

Kak Tirana-->SubhanaAllah kak tirana, moga Allah balas segala kebaikan utk kak tirana, kerana menjaga hidung suami, Aminn.....alamak, fida tak buat sambal petai udang..hehe;)

Eita-->Waalaikumusalam..pulak dah... kak, dulu2 saya tak makan petai, bila dah tua bangka ni baru nak makan..kekeke. (lama tak guna perkataan tua bangka..hik~)

Jat-->akak tak gila lagi jat, mardhiah yang gila petai..hahaha

Shameel-->salam shameel, cari je ke? makan dak? hehe;)

cikguNae said...

Wah? makan petai mentah?
hebatnya... belum pernah cuba ni...

Pn Kartini said...

assalamualaikum my dear..

Pantang akak makan petai hari2 bekerja...:)

Tapi tak leh makan byk gak...tekak rasa keringg jeek..:)

nahmy said...

perkhh! petai mmg feveret tu. buat sambal goreng ikan bilis campur petai yg potong sekalii dgn kulit...syessh! menusuk kalbuu..

Norsha said...

Fida, akak cukup suka makan petai ni, buka selera betul...! lagi2 kalau buat sambal tumis petai + tempoyak,
memang menambahlah jawabnya, tapi kalau hari bekerja tak bolehlah makan banyak, faham-faham jelah....

Afida Anuar said...

Nae-->masih belajar nae;)

Kak TInie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, a'aa, fida pun tak makan hari keje... tu pun setakat 3,4 ketul je;)

Nahmy-->perghh..nahmy punya komen ni buat saya telan air liur di pagi2 hari...hahahaha

Kak Norsha-->hehe, tu la kak. Tapi fida mungkin tak sesuka akak. Makan sket2 je dulu ni, beginner. A'aa, fida makan hujung minggu je. Hari keje tak makan;)

Kamsiah yusoff said...

pas makan petai,kunyah doublemint utk menghapuskan baunya hehe...fida dh try petai jeruk?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida..

niat sedekah je la kt penjual tue hehehehe

Khairi Mohd said...

Salam,

Makanlah petai itu sebanyaknya sebelum entum semua kahwin. Selepas kahwin jarang ada laki setuju bininya makan petai, especially pagi khamis...

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah-->belum lagi kak kamsiah, ingat nak terai gak ni..;)

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom. hmm..nampaknya lagu tu la;)

Khairi-->salam... oooo...ok, tengs for the tips khairi;)...nampak mcm enta je yang tak setuju ni..kekeke

Aishah Nur Hakim said...

salam, awak..

makruh tak makan petai?

Afida Anuar said...

Aisyah--> Salam...awak, makruh2..pasai berbau..errr;)

www.mabukitdepu.com said...

haa? 3 papang 4 inggit? nyaknye kak no.

balik pula ruse beli banyok wak beka

Afida Anuar said...

pulau rusa mana ada petai la dikya...gi lingai la.. ke gane?;)

 

Browse