Huda...

Wednesday, August 03, 2011
Tok kata saya 'sihat'..tok senyum panjang. Alhamdulillah..kali ni drama air mata tok tak terbit, saya bersyukur sungguh, he he

Huda, adik bongsu saya.. makin kurus. Tangan dia macam dah tinggal tulang. Mak kata Huda makan sikit sangat. Hari pertama puasa, Huda tak sahur nasi. Pinggan nasi dah bertenggek depan mata, tapi tangan Huda macam tak boleh nak suap nasi ke mulut. Padahal ada ayam bakar feberet Huda. Last-last Huda makan milo balls dengan susu je.

Balik sekolah tengah hari, Huda dah lembik. Muka pucat, muka lapar, muka letih semua dapat tengok kat muka Huda. Ingatkan Huda tak nak pi sekolah petang, tapi hati Huda masih lagi cekal nak pi. Selepas mandi dan solat, tengah siap-siap nak pi sekolah petang, tiba-tiba Huda tanya kat saya.

"Kak Nor tau dak ada apa dalam imaginasi Huda sekarang?"

"Apa dia?"

"Huda berimaginasi tengah makan tomyam, sedapnyer"

Aduhaii Huda, ada ke berimaginasi lagu tu. Tu maknanya Huda dah lapar la tu. Apa pun, sebagai kakak, saya bangga dengan Huda, bermula dari umur 6 tahun lagi Huda dah puasa penuh sebulan. Kalau dah lapar sangat, Huda merengek-rengek. Tapi bila disuruh berbuka Huda tak nak.

Balik dari sekolah petang hari pertama puasa tu, tak disangka-sangka Huda boleh merengek-rengek macam budak kecik, padahal dah masuk darjah 3. Saya tahu dia merengek sebab lapar. Sambil duk usap perut kempis dia, saya pujuk dia. Huda, kalau Huda mati sebab puasa, nanti Huda terus masuk syurga. Huda nak tak? Huda senyap sekejap, lepas tu merengek lagi. Last-last Huda tertidur.

Huda...Huda... petang tu, kakak mithali ni buat tomyam yang Huda duk imaginasi sedap tu. Alhamdulillah, bermangkuk-mangkuk Huda makan lepas balik terawih.

"Sedapnyer Kak Nor...Sedapnyer". Itu yang Huda duk ulang-ulang sambil makan.

Tapi bila ditanya Huda, tomyam Kak Nor ke..tomyam mak yang paling sedap. Tomyam mak jugak jawabnya...

Alahai~..

32 comments:

shameel Iskandar said...

Salam afida.
Masakan mak tetap tiada tandingannya. saya pun teringin sgt nak mkn masakan mak, tapi mak jauh kt kg. huhuhu.

DAMAI SURIA said...

Huda yg bersemangat utk berpuasa. Slmt bershaum. Semoga dilimpahi amalan dan barakah di bulan mulia ini.

IMANSHAH said...

ada adik kecik ghopenya

cikguNae said...

Wahhhh... seronoknya jadi Huda...
Dapat makan tomyam kak Nor yg masak...
meh semangkuk! :-)

nur aisya humaira said...

kak fida, air tgn mak mne boleh lawan..keke

sme mcm aisya time kecik2 dlu, merengek2 nk bukak puase, alih2 tertido sampai maghrib...:)

~PENCHENTA~ said...

Air tangan ibu, Kak Fida.

Sampai dah tua pun boleh terkenang. :')

Norsha said...

air tangan mak la katakan....mestilah takleh lawan, nanti bila fida jadi mak, anak2pun akak ckp, masakan mama fida yg paling sedap....heee

fuad ansari said...

petuanya..

basuh tangan mak akak.. air basuhan tangan tu, akak terus buat kuah tomyam.. mesti huda kata, "eh eh.. sama sedap la..." (",).. (gurau2 je..)

Iera Daniera said...

cute jer Huda. bagus la adik kak Fida :)

ummu said...

salam Afida
siannye Huda.anak akak pun umurnya 7 tahun. lembik je.tapi bila bangun tidur, terus cergas, ingat nak main basikal dia jer.
erk teringat kartun upin ipin, puasa yang ayam tu.:)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida,

Moga Allah kurniakan saudari kesihatan yang baik dan kekuatan untuk melakukan segala ibadah kepada~Nya di sepanjang bulan Ramadhan ini..

Pandai si adik Huda tu bercerita imaginasinya secara tak langsung nak suruh kakaknya masak tomyam untuknya..:)

Adliff said...

Afida, rajinnya. Untung Ada kakak macam ini. Aliff Sukarno makan Tom yam jer, masak tak tahu.

Adliff said...

Afida, rajinnya. Untung Ada kakak macam ini. Aliff Sukarno makan Tom yam jer, masak tak tahu.

sahromnasrudin said...

awak ada adik kecik lagi?? maknanya jauh juga jarak sulung dgn bongsu ya...alhamdulillah, ada adik yg masih bersekolah nie mmg seronok..leh ajar mrk psl pelajaran kan

Kakzakie Purvit said...

Anak dlm usia macam Huda begitulah. Merengek lapar tapi bila suruh berbuka tak mahu kan.... Ada sifat malu dlm diri...

Tak apa lain kali kak Nor buat tomyam mesti sama macam mak masak.:)

Nazrah Abdul Aziz said...

Kak Fid, nak tom yam jugak! Ehehehe.. :p

senyumSOYA said...

nak rasa tomyam buatan kak fida gak la.. saya pun dah makin kurus cekeding ni..heheh

Afida Anuar said...

Shameel-->Salam shameel, kalau lagu tu, kena cari isteri yang boleh masak persis mak shameel masak la.. senang la sket kalau duk jauh dari mak.. ngeeee;)

Damaisuria-->InsyaAllah..moga2 ya. Huda time sahur tak semangat sangat..Time berbuka semangat!.. he he

Shah-->Takde la kecik sangat pun shah, dah darjah 3 dah..besar la:)

Nae-->Nak semangkuk je nae? cukup dak tu? he he

Aisya-->a'aaa, sama sebiji mcm adik akak, tp selalu gak kejut dia pasai tak elok kan tidur petang2.. hu hu

Penchenta-->Bak kata orang tak leh celen...;)

Kak Norsha-->InsyaAllah kak..harap2nya sempat la beranak, tengok anak membesar semua....masak tuk anak2...Allah, tak sabar pulak rasa.. errr

Fuad-->oooo...fuad pernah buat macam tu eh? kekkekeke..bijak2:P

Iera==>Ada masa dia bagus iera, ada masa tak bagus pun banyak gak.. kekekke

Kak Ummu-->Salam kak ummu, budak2 tengah cergas, macam tu la.he he..kak ummu layan upin ipin? ;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Semoga saudara jua begitu, insyaAllah..he he, itu la. Nasib baik bahan2 basic semua dah ada. Daun limau purut, serai ambil belakang rumah je... Kalau takde bahan, tak best jugak..

Aliff-->Aliff, kalau suka makan, kna la pandai masak. he he..Tom yam pun antara favourite fida jugak;)

Sahrom-->Paling kecik la tu sahrom. Darjah 3. Mula2 ingatkan yang tingkatan 5 tu la yang bongsu, tak sangka....dapat adik lagi yang darjah 5 skrg. Ingatkan dia la bongsu..tiba2 Huda lahir... Alhamdulillah..seronok ramai adik2 ni sahrom;)

Kak Zakie-->Malu, satu lagi dia takut Allah marah... hmm,rasanya mesti tak sama kak mai, nasi ayam hampir sama.. kekeke

Nazrah-->ngeeee....meh meh... mai umah akak nak?;)

SenyumSoya-->he he..makan tom yam akak bukannya boleh gemuk pun...ngeeee.. eh tapi kalau nak meh lerrr...;)

Mutiara Bernilai said...

afida,
mutiara teringat kat adik mutiara,
mcm tu la, sorang darjah satu, sorang darjah 6..

balik2 sekolah, melepek je kat lantai,,sampai depan pintu, trus baring dgn baju sekolah, beg skolah n kasut,

bertuah betul! :)

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Terkenang semasa belajar di Bangi suatu ketika. Tomyam kat situ amat sedap.

Bila balik kampung, emak memang dah tahu apa kegemaran sang anak. Itu kelebihan seorang emak.

TQ

Ann Huda (Ate) said...

Salam perkenalan.
Ate menyinggah dan follow..Cute jer baca citer Huda kecik (sama ngan nama Ate)

Unknown said...

SALAM,
BAGUS HUDA TU SEPERTIMANA KAKAKNYA !

naimisa said...

Kak Nor masak tomyam terlebih bawang putih kut?

Afida Anuar said...

Mutiara-->Hehe..budak2 mutiara, layankan aje. Sama la macam Huda ni, dengan tudung, stokin semua tak buang terus terbungkam atas kerusi. Penat sangat gamaknye..hehe

Admin P@P-->Waalaikumusalam wbt. a'aaa, kat village view, soho..sedap sungguh..

Ann Huda-->Salam perkenalan juga..oh..huda juga namenye yer.. he he;)

LF-->Alamak..LF puji ni dah kembang rasa.. he he;)

Naimisa-->bawang putih ngam ngam dah naim, just perfect..cheewah;)

Solehah said...

terbayang kuah tom yam plk..hihi..kalah huda..

Afida Anuar said...

solehah ni peminat tomyam jugak eh? he he..

a'aa, kalah huda;)

Menusuk Hati said...

uih!sama dengan sayalah..terbayang tomyam campur walaupun baru jam 12pm

Afida Anuar said...

Menusuk hati.... eh dah pukul 5.15 dah, jam salah tu kot!.. he he..

Jangan lupa buat tomyam petang ni eh...

intan.maisarah said...

salam.

adik kak nor sangat lah jujur


kak nor, bila nak masakkan untuk sara?

Afida Anuar said...

salam sara... he he, dia memang lagu tu pun sara. Kalau layan karenah dia memang tak habis.

masak tuk sara? meh singgah umah meh, kaknor leh masakkan.. hehe:)

Tirana said...

Huda sama baya dengan Jihadi... Amazing..Jihadi tak pernah merungut lapar sebelah siang walaupun masa sahur makan sikit sangat. Kak tirana rasa sebab dia leka main kot sampai tak perasan perutnya lapar..hehehe.. Tapi ada satu hari, dia balik rumah, dia kata nak minum sebab tersangat dahaga..cuba pujuk dia tapi tak jalan. Last2 dia minum juga. Dia kata "blame the teacher".. Dia terbarai puasa, cikgu yang disalahkan..hehehe.. Dia kata cikgu jemur dia di tengah panas sebab nak tangkap gambar untuk majalah sekolah..hahaha..

Afida Anuar said...

he he..Kiranya Huda tough sikit dari Jihadi..cuma yang bagusnya Jihadi tak merungut. Huda merungut, merengek, sampaikan keluar air mata pun pernah. Tapi bila disuruh berbuka Huda tak nak..

 

Browse