Semuanya Biasa...

Friday, December 31, 2010
Sometimes it's easier to be honest and open with a stranger than someone you've known your whole life..

Pagi tadi entah bala apa yang menimpa, saat mahu menghidupkan modem dan router yang sepi semalaman, tiba-tiba modem buat hal. Dia tidak hidup. Kaku. Mati. Keras kejjung orang Terengganu panggil. Aaa sudah!! Takkan sebab semalam layan bola kat tv, internet merajuk kat saya kut..errr. Saya pula jenis yang tak jumpa tv berbulan-bulan rasanya boleh senyum panjang lagi. Tapi kalau sejam takde Internet kat rumah...alamat persis anak ayam yang kehilangan ibu nya la...errr.

Tengah hari tadi, saya dan Mekdi bawa modem dan perkakasannya ke TM kat Cyberjaya untuk diperiksa, yer la, mana tau modem ni belum 'mati' lagi, tapi dia pengsan je. Saya saspek la.. Periksa punya periksa, rupanya adapter modem tu yang rosak. Patut pun keras kejjung, tak nyala 'nyawa' dia. hehe. Alhamdulillah, dia kasi adapter baru. Free!... so dapat la saya berada di sini malam ni. Sempat lagi tu, modem saya di akhir-akhir tahun sebegini kasi jantung saya terrenggut seketika..hehe.

Biasanya akhir-akhir tahun sebegini, kebanyakan blogger buat wrap up cerita untuk tahun yang bakal ditinggalkan. Saya tak tahu saya nak wrap up tentang apa. Cerita saya cerita biasa. Sungguh! Cerita yang entah apa-apa pun ada. Cuma satu kesempatan yang saya tak boleh lupa, kesempatan agung yang dikurniakan Allah kepada saya dan kedua orang tua pada bulan Mac yang lalu. Sampai sekarang saya masih lagi terbayang-bayang suasananya, bau, tempat, saudara seagama, senyum mesra semuanya.Betapa seronok, betapa tenang, betapa bahagia, Allah je Yang Tahu.

Ahaa, dan tahun ni jugak la bendul saya kena langkah lagi sekali,ngeee. Syukur, waktu tu, mungkin dah pernah kena langkah pada tahun 2009. Jadi kali kedua ni, kurang terkesan sikit rasanya. Alah bisa tegal biasa orang kata. Bukannya teruk sangat pun. Serius!

Tak lupa kehadiran orang baru yang menambahkan seri dalam keluarga kami pada tahun ni, Umar Khaliss!! cucu pertama mak dan ayah, dan Eija, menantu mak ayah yang kedua selepas Aisyah. Kesian Eija, morning sickness dia teruk sangat, sampai kena masuk hospital. InsyaAllah bertambah lagi anak menakan saya tahun hadapan. Doakan..

Semoga tahun baru yang akan datang ni membawa seribu kebaikan dan sejuta ketabahan buat kita semua. Andai saya tersasar, tegur la saya, bimbing la saya, agar saya bisa bangkit. Agar saya bisa senyum di kemudian hari. Mungkin ini yang terakhir untuk tahun ni, insyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi di tahun hadapan..heh!

PS: Saya tiada azam tertentu tahun ni,cuma.. saya ingin menjalani hidup seperti biasa saja. Cukup.Bangun pagi dan bersyukur atas segala nikmat yang Dia kasi. Manis pahit kehidupan, semoga Allah jadikan saya dan kita semua manusia yang bersyukur, redha dan sabar.

Untuk Dia...

Monday, December 27, 2010
Baru-baru ni hidup mengajar saya, jika sayangkan seseorang atau sesuatu, biar berpada-pada. Takut nanti sayang akan bertukar benci. Dan jika bencikan seseorang atau sesuatu juga biar berpada, tak mustahil suatu hari nanti orang atau benda yang kita bencikan itu akan bertukar menjadi orang atau benda yang paling kita sayang...

Hari ni, saya bercuti. Entah polisi mana yang company saya ikut, kalau cuti umum jatuh pada hari Sabtu dan Ahad, automatik hari Isnin tu kami akan bercuti. Yang saya biasa dengar, kalau cuti umum jatuh pada hari Ahad je. Tapi takpe, saya suka. Siapa yang tak suka cuti kan? Tambah lagi kalau bercuti pada waktu orang lain sibuk bekerja...hehe.

Rancangnya, saya cuma mahu bersenang lenang di rumah pada hari ni, tapi kebetulan pagi tadi housemate saya, Sal mengajak saya dan Mekdi menemani beliau ke Bangsar kerana ada urusan yang sangat penting. Kami mengikut senang. Lagipun kami kan cuti;)

Balik dari Bangsar, barulah kami tahu betapa beruntungnya kami berada di pinggir dunia ni. Di sini. Di Putrajaya/Cyberjaya ni. Sungguh! Sudah masuk tahun ke empat saya di sini, dan saya tahu Putrajaya sunyi dan juga 'sunyi'. Tapi, sesunyi Putrajaya pun, ia tidaklah begitu menyesakkan dada saya bilamana mendiaminya. Damai masih bersisa. Tenang masih terasa.

Bagaimanalah rasanya hati saya nanti, kalau bumi sunyi ini saya terpaksa tinggalkan, dan mendiam bumi lain? Hati, bertahan dengan saya ya!

PS: Kalau...

Seseorang Yang Pernah Singgah Dalam Hidup, Punya Ruang Yang Istimewa Dalam Hati...

Wednesday, December 22, 2010
Semalam kami ada farewell lunch untuk Shy di Saba Cyberjaya. Akhirnya...Shy pergi di waktu kami betul-betul dah rapat. Sebak juga saya dibuatnya saat merangkul Shy buat kali terakhir. Entah la, biasanya saya tak ada rasa sebegitu di majlis perpisahan..kononnya cekal...huhu

Lepas ni, takde dah orang nak panggil saya Noor Kumalasari... ada ke Shy kata saya ni ada iras Noor Kumalasari. Jauh macam langit dan bumi saya rasa...err. Mungkin part mata je kut, bulat!...haha

Team kami... Shy (tudung putih) belakang, dua dari kiri dan 'Noor Kumalasari' belakang, dua dari kanan...heh..perasan!...

PS: Bertemu untuk berpisah, ah itu memang adat kehidupan... kan?

Mencari Ruang...

Monday, December 20, 2010
Banyak cerita nak kongsi, tapi kekangan masa tidak mengizinkan. Sibuk sungguh!! errr Dengan hal interview, campur dengan event fun@work kat opis minggu lepas, kenduri kawan-kawan, ditambah dengan bermacam benda nak setel... fuh.

Dan weekend baru ni pula, saya berada amat jauh dari tanah Putrajaya, sekaligus jauh dari dunia maya dan Mr Inspiron biru saya ni. Saya berada di bumi serba hijau saujana mata memandang, Alhamdulillah...sedikit sebanyak dapat memberi 'vitamin' untuk mata saya yang sudah lama tidak mendapat 'vitamin'. Kononnya la.

Berkelah di tengah bendang sambil menikmati nasi lemak ayam goreng buatan Muni, tengok ikan puyu sawah duk melompat-lompat dalam raga (tak berpeluang untuk memancingnya), tatap ribuan bangau putih yang bertenggek diam kat petak sawah yang sudah dibajak, terserempak dengan ular tedung kat tengah jalan... ah mana nak dapat semua tu kat Putrajaya ni?

PS: Muni,Nisah, Mekdi, Intan, Nooril, Eija and not forget Halimah.... thanks... for everything, love, friendship and the joyful moments of life!

Hidup Adalah Waktu...

Tuesday, December 14, 2010
Bila saya nak buat sendiri sesuatu yang saya yakin boleh buat sendiri, ada saja halangannya. Ada saja rasa yang tidak sedap bertandang dalam jiwa. Ada saja kacau dan racau yang menambah perisa. Tambah dengan hadir bulan yang merenggut sedikit ketenangan lagi menambah selirat yang ada ....entah apa-apa.

Interview pada hari Khamis ni, secara jujurnya saya masih belum bersedia 100%. Masih banyak isu-isu pendidikan yang saya belum hadamkan. Setakat baca apa yang ada dalam buku Mtest ni... bagi saya masih tidak cukup. (Wahh macam bagus je kan, Cik Fida ni nak baca semua isu berkenaan pendidikan, padahal isu pendidikan yang dalam buku Mtest seciput ni pun Cik Fida tak habis baca lagi..errr). Apa pun, pohon doa dari kalian semua... doa yang terbaik buat saya. Dapat atau tidak, belakang kira.

Hakikatnya, bukan senang sebenarnya untuk bertukar kerjaya. Sungguh! Sejak saya mengetahui saya lulus ujian Mtest tu, ada satu rasa yang sukar untuk saya simpulkan. Macam mana nanti kalau saya lulus interview pula? Satu hijrah yang sangat besar bakal saya lakukan.

Yang pasti, saya sayangkan kerjaya saya sekarang ni. Teringat kisah perjalanan 'job hunting' waktu dulu-dulu. Banyak sungguh ranjau dan liku yang saya terpaksa tempuh untuk saya menempatkan diri dalam industri ni, sampaikan 'merajuk' bawa diri ke India sana...err. Kisah lama...saya dah pernah tulis kisah ni dulu-dulu. Antara persimpangan untuk bergelar pendidik juga tu.

Apa pun....demi sebuah harapan yang kudus dari hati yang tulus, mungkin inilah masanya untuk saya bertukar tempat, bertukar kerjaya, bertukar angin, bertukar rasa, InsyaAllah jika diizinkanNya. Saya hanya mampu berusaha dan berdoa, Dia yang menentukan.

Tiba-tiba ada rasa asing. Wajar untuk saya berhenti di sini. Bai..

Yang Ditinggalkan dan Yang Dicari...

Saturday, December 11, 2010
Semua berjalan mengikut tadbirNya...
Kita, bulan, bintang, matahari, awan, hujan, nafas, cinta...segala...

Kebetulan pada satu hari, saya menemani adik lelaki saya Badin yang mempunyai sedikit urusan di Putrajaya, selepas urusan dia selesai, dia ajak saya lunch. Memandangkan dia 'buta' tentang jalan apatah lagi tempat makan di Putrajaya, maka saya mengajaknya makan di food court Precint 9.

Sedang kami makan, mata saya tiba-tiba tertumpu kepada seorang orang buta yang dipimpin oleh seorang perempuan yang berkunjung dari meja ke meja tidak jauh dari meja kami untuk meminta sedekah. Menyedari hakikat yang mereka bakal berkunjung ke meja kami, saya terus mengeluarkan sedikit wang dari handbag dengan tangan kiri memandangkan tangan kanan masih digunakan untuk menyuap nasi. Jadi nanti, tak perlulah mereka mengambil masa yang lama menunggu saya, mengeluarkan wang dari dompet yang berada di dalam handbag.

Tepat tekaan saya, selang beberapa ketika, mereka sampai ke meja kami.

"Kalendar 2011 dik, ikut suka adik nak kasi berapa sebagai sedekah", kata akak yang memimpin orang buta tersebut.

Rupanya mereka menjual kalendar kecil sebagai usaha orang buta tersebut mencari rezeki.

Sambil tangan orang buta tersebut menghulurkan sekeping kalendar kecil, saya membalasnya dengan memberi sedikit wang.

"Terima kasih", kata orang buta tersebut lalu berlalu ke meja sebelah.

Tak lama selepas itu, adik saya bersuara.

"Kak Nor tak kasi pun pun tak pe, sebab mereka sebenarnya dah kaya. Bayangkan lah kalau mereka dapat RM100 sehari hasil minta sedekah. Sebulan dah RM3000!"

Saya senyum kat adik saya.

"Kalau Badin fikir macam tu, sampai bila-bila kita takkan kasi sedekah kat orang yang meminta, sebab dalam fikiran kita, mereka dah kaya, cuma luaran je yang nampak miskin. Sedangkan kita digalakkan bersedekah ikhlas kerana Allah, betui dak? Alaa, setakat beberapa ringgit tu...bla bla bla bla bla bla..."

"Ye la..ye la", mengalah akhirnya Badin, ke mengalah sebab dia tak nak dengar syarahan dari 'ustazah' yang tak bertauliah ni? hehehehe.....

PS: Berada di rumah Badin di Shah Alam. Mak ayah adik-adik semua berkumpul di sini...Mereka tiba dari Terengganu petang semalam. Cuti sekolah la katakan.

Malam...

Tuesday, December 07, 2010
Bulan menyimbah warna terang tari,
Walau jauh di sana,terasa dekat amat dengan diri,
Sesekali nikmati malam sendirian berteman sepi,
Bisa warnai hati jadi seindah pelangi...

Dalam terang malam berteman bulan, ada harapan tulus dari gadis manis di hujung mimpi. Harapan bersempena tahun baru 1432 Hijrah dan harapan bersempena bulan terakhir tahun 2010. Harapan agar sepi malam ini bisa menutup segala kisah haru yang pernah dilalui dulu.

Apa pun yang penting, saya (tetiba jadi saya, tadi gadis manis....err) perlu dirikan asas yang kukuh, agar tidak mudah jatuh dan tersungkur, kemudian lemah lagi. Saya mahu jadi kuat yang sungguh-sungguh supaya nanti, walau sehebat mana badai yang melanda, saya tetap boleh tersenyum. Tersenyum panjang. Bukan menangis di dalam.

PS: Saya tahu saya lemah, tapi saya tak mahu mengalah...bisa aja kan?

Ujian Itu Teman Baik...

Sunday, December 05, 2010
Saya percaya setiap sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Tak kira baik atau buruk setiap kejadian, alhamdulillah ujian Mtest yang lepas saya lulus dengan cemerlangnya. (Bab cemerlang tu saya saja tambah, hehe). Ye la, mana saya tau keputusan setiap ujian yang saya buat tu cemerlang ke idak, cuma yang saya tau saya lulus apabila saya dipanggil temuduga. "TAHNIAH, anda berjaya di panggil temu duga Kursus .................".

Syukur, alhamdulillah. Saya mungkin takkan berjaya tanpa berkat doa kedua orang tua dan doa sahabat-sahabat semua serta sahabat-sahabat di sini yang tak jemu-jemu mengisi ruang komen sebagai ucap doa dan semangat. Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga...sayang semua;). Dan dan sayang..hehe

Lepas ujian pertama, kini ujian kedua menanti. Tapi ujian kedua kali ni buat saya rasa sedikit kecewa, dan agak tawar hati...errr. Pengajian Bahasa Inggeris SK yang saya pohon sewaktu mengisi borang dulu, entah mengapa di slip interview ditukar kepada Pengajian Bahasa Inggeris SJKT. SK ke SJKT, fuh satu perubahan yang amat besar tu. Sabor je la.

Apa pun, interview yang akan datang saya akan buat yang terbaik. Lulus atau gagal, semuanya Dia yang kasi, saya redha kerana saya tahu, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan untuk kita semua. Kan? Doakan yang terbaik ya!

Dari pentas jurutera ke perkampungan guru.... sekali lagi soalan yang bermain di fikiran. Bisakah?

PS: Moga ketemu...

Tsunami Di Hati...

Wednesday, December 01, 2010
Semua manusia menunggu dan berkumpul di tepi sebuah pantai. Menunggu tsunami kata mereka. Entah kenapa mereka menunggu tsunami sedangkan mereka tahu bahana besar jika tsunami benar-benar memunculkan diri.

Selepas seketika, tsunami yang dinanti masih tak kunjung tiba. Ombak yang ada pula, dari tadi berhempas ganas tiba-tiba bertukar rentak menjadi perlahan kemudian tenang setenang-tenangnya. Tsunami entah di mana, ombak pula tiada, yang tinggal hanyalah bayu laut yang tidak jemu berhembusan. Setia menghembus walaupun ombak diam kaku. Ajaib!.. SubhanaAllah ...SubhanaAllah ...terdengar gumaman sendiri dalam hati.

-----------------------
Sepanjang saya ulang alik dari KL-Terengganu, Terengganu-KL, alhamdulillah tak pernah sekali pun saya kena saman. Mungkin berkat ikut cakap ayah. Ayah bilang, kalau had laju dia 110km/j, bawa 120km/j ok lagi. Maka sepanjang perjalanan, memang saya bawa Incik Hitam saya tak lebih 120km/j. Kalau terlebih cepat-cepat saya turunkan meter dia jadi 120 kembali, haha.

Nampaknya nasihat ayah tu, saya tak boleh gunakan di jalan-jalan lain. Sewaktu ke Perak baru-baru ni, di Jalan Sabak Bernam, entah polis mana yang tangkap Incik Hitam saya bawa melebihi had. Padahal rasanya saya bawa tak lebih 120km/j pun. Kesian saya kan? Tak pasal-pasal kena saman, first time!.. ;(

Bayar...tak bayar...bayar....tak bayar...bayar....tak bayar....bayar....errrrr..

PS: pdrm.alert myeg..

 

Browse