Di Antara Sepi Malam dan Dingin Dinihari...

Thursday, August 26, 2010
Kata Muni...rasa 'sakit', rasa 'down' dicipta untuk buat kita melonjak lebih tinggi. Dicipta untuk memaksa kita berlari jauh.

Sungguh, aku rasa sedikit 'down' semalam bila fikir pasal projek yang sangat mengharukan ni. Tapi lepas dengar kata-kata Muni tu, aku tahu, aku mampu senyum panjang lepas ni. Panjang yang aku sendiri tak mampu tafsir.

dan Muni... terima kasih..

Tetamu Hati...

Sunday, August 22, 2010
Setiap takdir yang Allah dah tentukan,
adalah yang terbaik untuk setiap insan..

Have faith..
To live well or live hell
You choose..
May Allah bless..

-Hlovate-


'Nota' yang aku terima di helaian pertama. Bila buka helaian yang seterusnya, dan baca 'nota-nota' yang ada...aku rasa aku dah 'jatuh cinta' pada Hlovate... errrrr..

Ok bai

Datang Bulan...

Monday, August 16, 2010
Malam ni dingin sekali. Kes ribut waktu berbuka tadi mungkin. Kebiasaannya malam-malam lepas tak sedingin ni. Aku rasa la. Waktu solat terawih pun hujan masih turun renyai-renyai. Ditambah dengan bacaan mendayu-dayu dan sedap dari imam muda, hafiz yang diimport oleh AJK surau blok kami. Rasa macam....

What a night....

Tapi sayang, ahli jemaah tak semeriah malam pertama dan kedua hari tu. Ahli jemaah perempuan la. Ahli jemaah lelaki aku kurang periksa. Mungkin ahli jemaah perempuan ni ramai yang datang bulan kut..errr..
SAMDOL: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
AHMAD GAHARU: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI".
hehe...-dari Baharambam-
InsyaAllah, I'll be here again soon. Not too soon, but soon;)
hmm..apa-apa la. Selamat bersahur!..

Baik-Baik Saja...

Wednesday, August 11, 2010
Baru je lepas goreng nasi untuk sahur pagi besok. errr.. Gila awal Cik Fida masak sahur, haha. Takpe la, mana la tau in case tak terjaga ke, atau pagi besok Cik Fida tiba-tiba dilanda rasa malas nak memasak ke..haha alasan!! Takpe-takpe, nasi goreng dah siap, jangan risau. Panaskan aje;)

Selamat malam..dan selamat bangun sahur buat semua!

Cik Fida nak belayar ke bulan dah ni.. till then,

Assalamualaikum..

Rindu Sememangnya Rindu...

Monday, August 09, 2010
Bulan Ramadhan akan tiba hari Rabu ni..insyaAllah, moga dikurniakan umur yang panjang untuk bertemu dengannya. Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan yang ke-4 aku mengharunginya di sini. Di bumi Putrajaya ni.

Terawih, insyaAllah macam tahun-tahun lepas, plan akan buat kat surau bawah ni je. Cuma, waktu hujung minggu tu tengok la kalau rajin, baru pi Masjid Putrajaya ke, Masjid Besi ke. Kalau rajin la. Mana la tau kut-kut boleh jumpa dengan Tok Jib yang baru balik dari bercuti dengan Kak Rosmah kita ke. Guane gamok Kak Rosmah kita, agak-agak boleh jumpa dak? HH...

Dan jangan la akak surau bawah tegur aku macam tahun lepas.

"Ni kalau bukan terawih, sah tak nampak muka kat surau ni. Nasib baik ada terawih".akak surau.

"Errr..", aku.

PS: Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Buat Semua Teman...dan Maaf di Atas Segala Keterlanjuran...

I'll see you soon then.
Wasalam..

Bukan Semua Ombak Menemui Pantai...

Sunday, August 08, 2010
Phobia kene ngorat dengan lelaki yang hampir baya dengan ayah aku membantutkan sedikit kata untuk dicoretkan di sini (konon). Eh kene ngorat ke? hehe..entah la, Dan aku pula, konon-kononnya lepas kejadian, terus jadi buntu untuk mencoret-coret di sini. Pandang aje kanvas putih ni, sepi. Nak taip satu patah pun kaku. Akhirnya bisu. Dibiarkan. Ditinggalkan. Tamat. Phobia jadi alasan..huhu.

Sejak kejadian tu, kawan-kawan rapat sudah pandai bergurau mengatakan aku punyai 'sugar-daddy'. Gurau, gurau la..... dalam hati aku tetap berdoa moga gurauan itu tidak bertukar jadi nyata. Nauzubillah... Minta jauh dari semua perkara yang boleh buat Allah murka.

Dan kes kene ngorat dengan pakcik tua bujang menjadikan aku sedikit takut untuk berinteraksi dengan lelaki tua. Pandangan aku pada mereka-mereka yang bergelar pakcik tua sudah berubah sedikit. Berubah 180 darjah mungkin. Bukan seperti sebelum ni, orang tua harus di hormati...sekarang bagi aku, orang tua juga harus ditakuti..maksud aku lelaki tua.. Pulak!!

Sebab nila setitik dah rosak susu seperiuk!

Hari Sabtu, pagi..pukul 7. Pagi yang masih sunyi. Aku sudah keluar rumah untuk ke pasar beli barang basah. (Orang bujang pun kene pergi pasar..huhu). Sampai je depan lif, aku tekan butang turun. Tidak berapa lama, pintu lif terbuka. Lif dari tingkat atas. Aku sedikit terkejut, seorang pakcik dengan pakaian serba kemas dengan briefcase di tangan sedang berada di dalam lif tersebut. Sekali lagi jantung berdegup kencang. Antara nak masuk dan tak nak. Phobia dengan lelaki tua la katakan.

Akhirnya aku masuk. Aku pandang pakcik tu, dia senyum. Manis. Tapi aku balas antara nak dan tak nak senyum. Seriau masih lagi tersisa. Aku kakukan diri betul-betul di tepi pintu lif, bersebelahan dengan pakcik tu. Aku tau pakcik tu takkan buat apa-apa, apatah lagi minta untuk berkenalan..errr. Cuma itu la..phobia, hehe.

Perjalanan dari tingkat 14 pagi tu pula terasa panjang dari biasa. Dalam hati, tak putus-putus doa minta Allah pelihara. Jangan ada lagi pisang tumbuh dua kali dah la. Tak nak dah walaupun pisang emas...huhu.

Alhamdulillah. Lif akhirnya tiba di tingkat paling bawah. Aku percepatkan langkah keluar tanpa memandang pakcik tu langsung. Pakcik tu nak kata aku sombong pun..sombong la. Sombong terpaksa. Eh ada ke sombong terpaksa?

Ampun ya pak cik-pakcik!

Muhasabah...

Tuesday, August 03, 2010
Hari Ahad petang, lepas asar. Aku memandu ke Shah Alam melalui ELITE highway untuk melawat adik aku di sana.. dan Incik Hitam dari dulu hingga kini tetap jadi peneman setia ke mana saja aku pergi. Ahh Incik Hitam...

Ternyata, saat memandu seorang diri merupakan saat yang terbaik untuk muhasabah diri. Berkeliaran minda memikir segenap perkara yang sedang menghujani kehidupan. Tentang keluarga, mak ayah di kampung, adik-adik yang sudah mula merantau keluar. Tentang kerja yang tak pernah ada kesudahan, tentang kematian...err..Banyak yang difikirkan dan sungguh...hakikatnya kehidupan tak semudah seperti yang ditinta di kanvas putih ni.

Radio Flyfm yang berkumandang dengan lagu-lagu untuk carta antarabangsa seolah sepi pada pendengaran telinga. Memang jauh sungguh fikiran menerawang ketika sedang memandu pada petang tu. Ditambah dengan lebuh raya yang sedikit lancar menambah kemahsyukan ketika bermuhasabah... he he..

Dan bila tersedar je dari muhasabah, barulah aku perasan bumper depan Incik Hitam sudah hampir nak cium belakang sebuah lori. Astarfirullahalazim!!!. Itu lah Fida..berangan sangat!! Eh bukan berangan, tapi muhasabah fasal kehidupan sangat kan!?...err

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah adik aku walaupuan agak lewat petang. Hampir beberapa minggu tak jumpa mereka, ternyata adik aku Hilmi dan adik ipar aku, Aisyah semakin 'sihat', hehe. (Jangan marah nooo kalau terbaca ni). Harap-harap baby kat dalam perut tu pun sihat-sihat juga ikut mak dan ayah dia. Bakal anak saudara aku yang pertama dan cucu sulung mak dan ayah, insyaAllah mujahid.. semua tak sabar nak tunggu mujahid kecil ni keluar menatap dunia. Tak lama lagi dah..sabar Mak Long Nor yer....sabar...

Lepas solat magrib, aku meminta izin untuk pulang. Maklumlah malam sudah menjelang. Memandu seorang diri bagi seorang gadis pada waktu malam membuatkan rasa seriau itu datang. Tapi terpaksa juga aku tempuh. InsyaAllah, aku tahu aku tak keseorangan. Dia ada.

Entah mengapa, sejurus enjin dihidupkan, tangan tiba-tiba automatik pi tukar siaran radio dari flyfm ke ikimfm, ada ayat-ayat suci al-Quran dari Sheikh Said Al-Qhamidi yang diperdengarkan oleh stesen radio berkenaan pada ketika itu. Syukur, dalam kebingitan mengharungi jalan dengan puluhan kereta, masih ada tenang sudi menjengah jiwa.

Elok je masuk ke Elite highway, ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan menemui ayat terakhir. Tak lama kemudian muncul iklan-iklan radio. Bosan dengan iklan, tangan aku terus tekan punat nombor 1 untuk ke stesen flyfm. Kononnya stesen radio kegemaran. Flyfm masih dengan carta antarabangsanya.

Ketenangan semakin pudar. Telinga kembali sunyi. Aku pun menerawang lagi...eh muhasabah lagi.

Fida...Fida...

MORAL OF THE STORY? errrrrr... hurmm...ermmmm... mmmmm..... ingatlah orang yang tersayang ketika memandu??..errr

Cerita Bisu...

Monday, August 02, 2010
Entah macam mana harus aku mula...atau entah macam mana harus aku akhiri, aku pun tidak tahu. Yang pasti kehidupan merupakan satu anugerah yang tiada nilainya, yang kadang-kadang terkandung perkara yang bisa menggeletek rasa...hehe.

Soal jodoh.... biarlah dia berjalan dengan sendiri di atas orbitnya, tanpa ada sesiapa yang mengganggu gugat. Jodoh itu sudah tersurat...jangan diseliratkan.

Cukup la dengan satu perkara yang agak melucukan berlaku sebentar tadi. Aku harap lepas ni tiada lagi perkara kedua lucu atau ketiga lucu muncul lagi. Tak larat nak gelak dah ni. Apa pun aku anggap semua ini sebagai rencah dalam menceriakan perjalanan hidup, hehe...Rupanya sixth sense aku masih boleh diguna pakai!..errr..

InsyaAllah....bila tiba masanya nanti, bulan dan matahari pasti akan bertemu. Aku tetap yakin itu.

Dan kita........biarkan malam berbicara...

Till then..
Assalamualaikum..

 

Browse