Berjalan Sepanjang Gelombang Dalam Ketidakjangkauan...

Monday, March 29, 2010
Hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya sempat singgah di sana pagi hari itu, hari Ahad. Kedatangan saya ke sana pun agak 'ad hoc' kerana malam sebelum tu baru saya confirmkan dengan Kak Tirana yang saya dapat ke sana. Alhamdulillah, perjalanan dari Putrajaya ke PWTC (tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa) melalui KL-Putrajaya highway mengambil masa tidak sampai setengah jam pun. Cuma masa yang lama diambil untuk mencari parking. Aduhaii ramainya orang!!

Alhamdulillah, di Pesta Buku kali ni, saya berpeluang bertentang mata dengan kak Tirana, teman blogger yang sudah lama saya kenal. Rasanya sudah 2 tahun lebih saya mengenali beliau di alam maya. Akhirnya kami berpeluang untuk berjumpa di alam nyata. Ternyata Kak Tirana sedikit berbeza dari yang saya kenal di blog. Saya ingatkan Kak Tirana agak pendiam, skema dan tidak kecoh. Rupanya sangkaan saya meleset.

Saya rasakan saya dah habis kecoh, rupanya Kak Tirana lagi kecoh!!..hehe. Apa pun Kak Tirana memang bestt! Seronok dapat jumpa Kak Tirana dan anak-anak beliau. Cuma, kasihan kat anak bongsu Kak Tirana,dia tak sukakan 'crowd' dan menangis-nangis ajak pulang. Tapi memang diakui, kalau saya jadi budak kecil, pasti saya pun tidak sukakan suasana yang penuh dengan orang ramai.

Sejurus berjumpa dengan Kak Tirana, barulah kami sama-sama menyerang booth jemari seni tempat penulis terkenal Khairi aka Xarine sedang khusyuk bertapa melayan peminat-peminat beliau, hehe.. Woww memang ramai peminat Khairi ni. Sampaikan berasak-asak nak jumpa dia termasuklah kami. hehe..

Caya lah Khairi, dah hasilkan dua buah buku dah sepanjang 2 tahun saya mengenali beliau! Saya ni entah bila la nak tulis buku, berangan je lebih!!...huhuhu.

Di sana, saya sempat sambar satu buku je, Lorong Kematian oleh Geidurrahman El-Mishry. Satu lagi, novel Yuda di Padang Maya, hadiah daripada Khairi sempena saya menjadi pengadil di dalam pertandingan yang dianjurkan beliau baru-baru ni. Terima kasih daun keladi Khairi, kalau tulis buku baru nanti, jangan lupa kasi lagi.. hehe. Tak sempat nak pusing-pusing semua booth, berkejar ke UIA pula selepas tu, ada temu janji dengan adinda tersayang, huhu.

Nota untuk Kak Tirana: Terima kasih cookies, dah habis pun satu tabung tu. Sedap sangat!!..hehe, owh mana gambar di hari kejadian? Tak sabar Fida nak tengok ni, hehe..

Nota untuk Kay: Maaf Kay, Fida betul-betul lupa nak maklumkan pada Kay akan kedatangan Fida ke Pesta buku tu. Kalau Kay free, Kay pun boleh datang sekali dan kita boleh jumpa. Dah lama tak jumpa Kay..

13 comments:

Tirana said...

hahahaha..kecoh ke? Adoila..selama ni ramai yang kata kak tirana pendiam..

Terimakasih juga bagi tudung pada kak tirana..cantik warna biru...

Kak tirana tak sempat update blog..sibuk sangat..hehehe

Oh ye gambar dah upload di FB.

UstazCahaya said...

Salam Afida.

Wah bestnya hujung minggu kamu semalam;-)

Hehe, agaknya macam mana pula Afida ingatkan saya ya. Mungkinkah agak pendiam, skema dan tidak kecoh;D hehe

...tulislah buku walaupun satu ayat sehari jika impian itu ada...

PS: Afida pernah tanya tentang projek saya hari itu kan. Tentang itulah juga.. tulis buku dan novel;-)

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->hehe.. Kak Tirana jadi kecoh sebab excited jumpa kitaorang kut...ngeh33..tp sblum jumpa, memang fida sangka kak tirana pendiam:D

Owhh terima kasih gambar tu, memang berseri2 la, hehee.. ..harap kak tirana suka tudung tu..

Ustaz Cahaya-->Salam ustaz..Alhamdulillah best dan agak hectic sket. tapi seronok! Hurmmm...ustaz cahaya,dari blog saya dapat rasa ustaz ni skema jugak sket2..pendiam,mungkin tak kut,ada kecoh juga sket2...ke salah? hohoho..

Wahh ustaz pun seorang penulis novel ya? bila buku ustaz akan berada di pasaran?jangan lupa bagitau saya, insyaAllah saya akan beli!!Teringin juga nak menulis ni erkk, nak tulis buku sendiri, moga2 diberi kemudahan dan kelapangan. Cemburunya saya dengan ustaz,dan khairi..erkk

Faridrashidi said...

Salam,

Teringin juga nak merasai pesta buku ya. Jumpa tahun depan jelah! :)

Afida Anuar said...

Salam Farid.

Tahun depan Farid dah balik Malaysia utk selamanya? InsyaAllah panjang umur,jumpa di pesta buku tahun depan.

uj said...

farid tu kat mane? kalao kat mesir... fuhh sana nya pesta buku lagi la keantarabangsaannya' gempak... rase seminggu pun tak cukup nak jenguk semua booth sana... teringat dulu-dulu,pernah ssempat singgah di cairo...time pesta buku...

UstazCahaya said...

hehehe.. entah kalau masa saya muda remaja dulu, memang sangatlah tidak suka gelaran skema itu. Tapi bila dah agak dewasa ni, mungkin itulah kematangan;-)

Belum lagi. Baru je mula tu..

Anonymous said...

insyaAllah, kalau ko dah tulis buku nanti fida, orang akan beratur nak minta kau sain kat buku yang ko tulis yg diorang beli. tulis la novel fida, sehari se-perenggan pun tak apa. KAMI SOKONG!

Afida Anuar said...

UJ-->Farid kat Cairo tak silap, mesir la kan? wahh UJ pun belajar sana ke? patut la bahasa UJ sungguh berhemah;)

Ustaz Cahaya-->Skema nampak bahasa kebudak-budakan. Matang lagi bagus..mantap! Nampak kedewasaan, ke ketuaan?erkk..

owhh baru nak mula, nanti dah kuar buku, jangan lupa war war kan!!

Edot-->orang akan beratur ke edot?entah2 takde orang pun nak baca...erkk..apa pun terima kasih atas sokongan ko!! ni yang buat aku semangat nak tulis ni, dah ramai dah kasi sokongan ni, tp...itu la idea tak datang2 lagi..hohoho

starsyeea said...

wah kak afida...hepinya akak mase taip n3 ni...sbb sy pon dpt rase hepi skali...hehe

sy tggu jgk buku tulisan akak n kak tirana...mesti best (^_^) ngeee...

Afida Anuar said...

Starsyeea...heeee, hepy sangat sbb dapat jumpa kak tirana n khairi...n hepy sbb dapat buku free..hehehe...

erkk...alamak,entah bila la nk kuar bukunya dik starsyeea..doakan akak eh, diberi kekuatan dan idea untuk menulis-nulis...

tajnur said...

Assalamualaikum!
Wah! Jauhnya perjalanan sepanjang gelombang! Tentu dapat bertemua sesuatu yg bermakna. Dalam kembara mencari sesuatu, tentu byk liku2 perjalanan yg sukar ditemui wpun taklah sesukar mana spt dalam Surah AnNahl:7. Jika sabar dan tabah menghadapinya, perjalanan jauh pun akan rasa singkat kecuali mrk yg byk alasan ( Surah AtTaubah:42). Teruskan perjalanan...

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam!! InsyaAllah..masih berjalan...masih ditemukan..dan masih mencari...perjalanan saya masih panjang Tajnur...doa2kan..

 

Browse