Petang semalam, Putrajaya dilanda ribut. Kuat sangat. Baru je plan nak gi 'masak' kat bazar sebelah rumah ni, tapi kalau dah ribut macam ni, macam mana nak 'masak' kat sana ..kan?
Nak masak kat rumah, stok barang basah pulak takde. Telur masin yang saya bawa bekal dari kampung hari tu, ada la.
Tetiba dapat idea nak buat kari telur masin, tapii... housemate pula tak setuju pasai dia kata macam sedih je berbuka dengan kari telur masin sahaja, errr.
"Takpe, ribut berhenti nanti ni. Ribut berhenti nanti", pujuk housemate saya.
Kalau saya, tak kisah la makan telur masin saje ke... asalkan kenyang. Bila lagi nak merasa makanan sesimple macam ni kan?
Nampaknya Allah makbulkan doa housemate saya. Ribut berhenti lebih kurang sejam lagi sebelum waktu berbuka. Sempat la kami mentapau apa yang patut. Kalau tak, sah sah kari telur masin jadi santapan berbuka saya semalam.
PS: Tetiba...nak buat kari telur masin la petang ni.. ngaa
23 comments:
Assalamualaikum my dear:)
eermmmmmmmm.....kari telur masin ekkk??akak mmg tak pernah buat nihh!..boleh try nihh..lagipun elok2 ada 3 bijik telur masin lam peti tu haa..hehehe..;)
Pe2....Selamat Berkari Telur Masin yaa..& selamat berbuka!!;)
Assalamualaikum saudari..
Moga saudari sihat hendaknya..
First time dengar lauk begitu. Mesti sedap rasanya..
Selamat berbuka puasa..
Telur masin boleh buat kari yer...
menu saya ari ni pun telur masin.. nasi kerabu ngan telur masin.. bazaar yg masakkan juga.. :)
Afida, eh? Telur masin boleh dibuat kari kah?
Belum pernah jumpa ni... Tiba-tiba teringin nak rasa...
Tapi untuk sahur, telur masin boleh juga membangkit selera.. Selamat Berbuka :-)
SALAM,
LAIN KALI BOLEH CUBA MASAK KARI TELUR MASIN - MENU TERBARU. SELAMAT BERIBADAH BULAN RAMADHAN DAN BULAN2 SETERUSNYA
telur masin rebus je pernh mkn...kari2 tk pernh mkn pn kt telur masin...
Ayo, ada ke?? mana ada..resepi baru kut
Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie.. he he, fida pun terjumpa masa surf blog masakan lama dulu. Bukan reka sendiri.. he he:)..Selamat berbuka juga buat kak tinie sekeluarga..
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak. Alhamdulillah, saya sihat2 je di sini. Didoakan semoga saudara sudah sembuh. Aminn..he he. Kari yang gantikan telur biasa;)Selamat berbuka buat saudara juga
Padlie-->Boleh padlie, cubalah. Ohh, hari jumaat lepas baru pekana nasi kerabu;)
Nae-->ni namanya resipi campak2 nae. Hmm..masa surf blog masakan dulu2, pernah terjumpa resipi ni.. cuba, dan ternyata sedap..cheewah;)
LF-->Salam. Cuba lah LF... ok jugak rasanya. Mengvariasikan resipi;)... INsyaAllah.. selamat beribadah buat LF sekeluarga juga;)
Aisya-->mcm buat kari telur jugak aisya, cuma ganti dengan telur masin. hmmm..mcm tu la.
Shah-->Ayo..ada ada shah. Dulu2 la, eh skrang pun, selalu surf blog masakan. Pernah terjumpa kari telur masin ni, buat mcm nak buat kari telur, cuma kita ganti dgn telur masin, gitu la. Sedapppp..
fuuuhh kalau tlur masin msk lemak cili api konfem terangkat lagi :D
salam fida,
first time dengar, nanti boleh cuba, cammana rasa gamaknye ?
Alhamdulillah, tak kira hujan ribut taufan, Ate sentiasa sanggup meredah utk masak di Bazar Ramadhan...hehehe (harus bersyukur ke??)
Bukan apa, Ate ni tak pandai buat karipap dan anak sedara Ate yg baru usia 5 tahun baru belajar berpuasa, suka bebeno mkn karipap (gerai tertentu jer yg kena selera dia), bubur lambuk kg baru atau pizza. So bila buka, itu aja yg dia selera nak makan. Jadi nak tak hendak utk meraikan dia yg baru berlatih berpuasa, tak kira hujan ke tidak, Ate ni lah yg kena pergi (pasal Ate malas masak, ahli rumah lain sibuk memasak, berbagi2 kerja).
klu masak kari telur masin tu kena sekali dgn kulitnye la kan?
Macam mana nak masak kari telur masin? Ajar Aliff :D
sedap tu akak...heheh.. kalau letak ikan masin skali.. mak saya selalu buat macm tu..heheh
ketika waktu ribut tu melanda, mmg sadis.. sy tersanggut di kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka air soya je..
masa tu, bercadang gak nak singgah umah akak.. sbb sy tau, mesti akak sempat masak kat bazar ni..
ramai orang kata, memasak kat bazar, tak pandai masak pun, makanan leh jadi sedap..tul ke? (",)
Azween-->aaaa, dah telan ayaq liur ni.. he he
Kak Norsha-->sedap kak norsha, cuba la. Buat mcm kari telur biasa tu, cuma ganti dengan telur masin. Kurangkan sket garam;)
Ate-->meh cni akak ajar buat karipap nak?;) nnti boleh buat sndiri kat rumah.
nahmy-->isk nahmy ni, buang la kulit tu. Kalau telur yang tak rebus lagi, pecahkan je..sedapnyerr...
Aliff-->oh...senang je aliff..meh nak ajar.
1)bawang putih,bawang merah,dengan bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis, tumis sehingga naik bau/bawang masak.
2)pastu masuk rempah kari yang dah dibancuh dengan air.
3)masak hingga pecah minyak.
4)Masuk air sket,pastu masuk santan..kalau takde santan susu cair pun ok.
5)pastu masuk...asam gelugor(orang trg panggil asam keping..garam sket, gula sket..
6)agak2 santan dah msak tu, pecahkan telur masin/kalau yang dah rebus, buang kulit dia masukkan dalam tu.
7)biar telur masak..siap.
8)Senangkan? he he
Senyum Soya-->Ooo..tak pernah pulak letak ikan masin. Boleh cuba ni;)
Fuad-->he he, perli akak masak kat bazaar yer..hmmm,tak betul tu..depends. Kadang2, yang tak pandai masak lagi sedap makanan dia dari makanan bazar..percaya lah..eceh:)
Gua tunggu lu buat kari telur penyu kasi hantar sini satu mangkuk.
kecur air liur ku
Fida...nanti bagi resepi kari telur masin...hehehe
Bijen-->Lu suka telur penyu? ish, tak payah la, tak best buat kari:P
Hamzah-->sabar yob..puasa ni..;)
Kak Tirana-->Kak Tirana mesti lagi terrer ni, fida punya resipi campak2 je kak.. buat resipi mcm kari telur biasa, cuma yang ni ganti dengan telur masin
kari telur sy penah makan, tapi kari telur ikan masin tu mmm.. xpenah lg hehe.
lama tak rasa telur masin..sesekali mesti terasa kesedapannya kan
Khairi-->boleh cuba lepas ni;)
Sahrom-->semestinya sahrom... eh ada lagi stok telur masin saya ni..nak? hehe;
Post a Comment