Hati Perlu Sentiasa Senyum...

Thursday, August 18, 2011
Waktu awal-awal puasa dulu, tekak saya ni rasa susah sangat nak telan makanan sewaktu sahur, hatta sebiji kurma. Melihatkan situasi terbabit (skemanyer ayat dia, he he), ada sahabat yang mencadangkan saya mandi dahulu sebelum bersahur.

Alhamdulillah, sejak hari tu (7 Ramadhan kot), sehinggalah hari ni (18 Ramadhan), saya dapat bangun sebelum 4.30 pagi dan terus mandi. Awal-awal tu payah juga la sebenarnya sebab tak biasa kan pukul 4.30 dah mandi. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan. Lama-kelamaan, bila dah terbiasa mandi sebelum sahur tu, rasa seronok, rasa segar. Selera waktu sahur pula datang berganda-ganda.

Sahabat saya tu juga ada bagitau, selain membantu membangkit selera waktu sahur(which is saya baru tahu, oh), mandi waktu dinihari ni juga boleh buat kita jadi awet muda. (Dah lama tahu tapi tak amal, isk)

Saya rasa, ada umur panjang, lepas bulan Ramadhan ni... kalau Allah kasi saya kekuatan dan istiqamah untuk mandi pagi pada pukul 4.30 pagi setiap hari sampai bila-bila.. insyaAllah, tak mustahil orang yang tak kenal saya ingat saya ni baru je masuk universiti .. kot. Orang putih kata sweet 19 gitu (perasan!)

hik~


PS: Jadi sapa-sapa yang rasa tak dak selera nak makan sahur tu, boleh la mandi dulu yer..InsyaAllah, selera pasti ada. Muda pun kelihatan sama;)

29 comments:

IMANSHAH said...

salam selamat berbuka

sejik la mandi pagi..huhu..kul 5 setengah ok

Iera Daniera said...

hehe...br taw tips nih bgs. tp kan ira susah nk mndi pg2 nih. alhmdulillah skang selera ade pg2 :)

naimisa said...

Saya sahur dengan instant nestum sahaja. Tak perlu mengasap dapur. -:)

sudah tidak beli makanan sahur di bazar Ramadhan sejak 6 Ogos sebab keracunan. Alahai, nasib badan.

senyumSOYA said...

plus mandi kul 4.30pg x sejok bebanding mandi kul 6pg..heheheh..
ye dak..

heheheh..
akak..jom sama2 nampak awet muda.. ^^" insyaALLAH..

Azian Elias said...

Akak dulu memang suka mandi pagi2. Rasa segar. Tapi since sakit ni dah jarang amalkan..Pasal lututnya jadi bertambah2 sakit.. Maybe sejuk.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

Akak lam kul 4.30am tu terus masuk dapur dear!..panas itu ini..siap elok2 kul 5am..
Utk sahur akak lak..just dgn herbalife+ apple+oat:);)

Norsha said...

wah, tips awet muda yg sgt bagus...patutlah bila baca blog ni rasa mcm muda je....

cikguNae said...

oooo ini utk tambah selera & dalam masa yg sama awet mudassss ... Nak nak... :-)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bukankah Allah SWT yang menciptakan senyum ketawa dan ia merupakan fitrah bagi manusia. Surah Najmi:43 وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Kebanyakan perkara yang menutup selera seseorang adalah disebabkan makanan atau minuman yang manis. Lebih2 lagi masakan org sebelah Pantai Timur byk yg manis2 sebab dah kebiasaan dgn gula. Sekiranya kalau dgn bermandi boleh menambahkan selera, ikut sajalah asalkan kita boleh makan. Tetapi tidakkah mereka ini akan selalu mendapat penyakit peparu berair dan lemah sendi.
PS: Jadi sapa-sapa yang rasa tak dak selera nak makan sahur tu dan belum pernah mengalami peparu berair, boleh la mandi dulu yer.., selera pasti ada. Muda pun kelihatan sama; orang putih kata `three in one`)

Adliff said...

Mak saya larang mandi waktu malam, err dinihari masih malamkan?

nur aisya humaira said...

klu aisya, anytime blh telan nasi..keke

memg selera tk pernh putus, melainkn tgh demam...hehe

padlie said...

Saya boleh je makan.. cuma saya akan mengantuk di siang hari.. gerenti tertido kat office..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari..

Moga saudari dikurniakan Allah Taala kesihatan yang baik..amin

Saya jarang sangat makan nasi waktu sahur, cuma dengan beberapa buah kurma dan air mineral. Ya, mandi awal pagi boleh mengurangkan kegemukkan.

shameel Iskandar said...

first time dgr ni afida. mengigilnye nak mandi seawal pukul 4 pagi.

fuad ansari said...

akak tak mandi pagi pun, saya nampak akak muda je.. nampak macam sweet 29 je.. eh silap lak.. sweet 19.. (",)...

cuma sy rasa, hidup tenang, kurang masalah, hati ceria, sentiasa tersenyum akan membuatkan seseorang tu nampak lebih muda.. ke camne?

(",)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida..


pakai heater tak??? kalau tak, mahu kesejukan awak nnti huhuhhhh

Afida Anuar said...

Shah-->Sejik tu gapo dia? he he..sejuk tu. Eh, serius mandi time tu tak sejuk langsung. PErcayalah!

Iera-->He he, akak pun baru tau. Akak pun susah, tapi bila dah sekali dua buat tu rasa best. Tu yang boleh buat. Tak cuba tak tau.

Naim-->Saya pun sahur dengan oat.. dan kurma. Tak pernah makan nasi time sahur. Kalau makan nasi, cepat lapar.

SenyumSoya-->A'aa, tepat sekali. ni mesti dah biasa mandi kul 4 pagi ni...;) jom jom

Kak Yan-->Ooo...tapi rsanya pukul 4.30 tu tak sejuk sangat kak..bagi fida la;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie..Ooo, orang bujang ni serve sorang2 je. Setakat oat, kurma...atau roti..depends..

Kak Norsha-->Ehem ehem..dah kembang semangkuk dah ni kak norsha.. he he

Nae-->Hehe jom jom..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Ooo...tapi kan Tajnur, saya kurang makan kuih-kuih manis ni. Sungguh. Biasanya waktu berbuka sekadar kurma, nasi, dan air masak dan teh panas kurang manis. Kuih pun, tak pernah beli;).... ok, saya akui orang ganu memang minat benda manis2 ni, sebab tu orang ganu manis2...kekekeke..adehh ke situ pulak fida!!

Tapi Alhamdulillah, saya rasa lebih segar, lebih sihat mandi pagi2 ni. Ohh, pulak peparu berair dan lemah sendi tu bukan mandi malam ke? ni mandi awal pagi...lain waktunya Tajnur...
PS: yea..3 in 1... Thanks (",)

Aliff-->Salah..dinihari adalah awal pagi:P

Aisya-->Akak pagi2 memang tak sahur nasi, oat,roti,kurma... Cuma kalau tak mandi tu, memang kurang selera sket hatta nak makan seketul kurma..skrang alhamdulillah

Padlie-->Mengantuk tu memang tak nafi kan terutama lepas solat zhor. Tapi boleh je take nap 10 minit..err;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak.. Aminn.. Alhamdulillah, Allah memang kurniakan saya kesihatan yang baik. Moga saudara pun begitu jua hendaknya... Saya pun lebih kurang begitu juga saudara. Cuma tambahan roti dan oat yang saya beli satu balang besar tu..

Shameel-->Tak pun shameel... tak sejuk pun. Percayalah!

Fuad-->he he, mana entah fuad nampak akak ni...ye la ye la...silap...sweet 29 bukan 19:P... he he..
yer...tu pun setuju juga... senyum..hati tenang......eh eh, patut la fuad nampak macam budak tingkatan 5 je. walhal dah jadi ayah orang;)

Sahrom-->Waalaikumusalam... mestilah tak pakai sahrom. Rumah saya ni mana la ada heater.. saya pun pelik, sebelum saya cuba ni, saya ingatkan mandi pukul 4 tu sejuk. Rupanya tak. Bila air timpa kepala tu, rasa otak tu fresh sangat. Tak macam mandi waktu lain. Cubalah!

Menusuk Hati said...

selamat bertemu malam qodar..jangan malu doakan kami ya..selamat awet muda.hehe

Kakzakie Purvit said...

Kakak dah biasa bangun seawal 3setengah pagi Fida. Tapi biasanya sebelum masuk dapur kakak solat tahajjud dulu. Masak untuk sahur, gitu-gini dah pukul 4:45. Kejut anak-anak, suami mata dah segar bugar walau tak mandi. Makan sahur pun sedap je... (dah jenis org suka makan kan Fida. Hehehe....)

padlie said...

kalau ngantuk lepas zohor takpe.. ni ngantuk dari 8 pg sampai la tido balik.. tak ke haru

Admin P@P said...

assalamualaikum.
Amalan biasa selama ini tetapi tak tahu pula ia boleh awet muda. Apa yang penting ialah niat kita dalam apa jua perbuatan kita selagi ia tidak bercanggah dengan agama.

TQ

Anonymous said...

tu la..klu tym sahur.monyok je muka

Afida Anuar said...

Menusuk Hati-->InsyaAllah..doakan akak juga! Selamat!

Kak Zakie-->he he...fida pun suka makan jugak kak..errr tpi tu la. Time sahur susah sikit nak telan.:) nnti dah kawin boleh terai ikut timing kak zakie pulak la;)

Padlie-->Pulakk.... takkan ler;)

Admin P@P-->Waalaikumusalam.. ooo, insyaAllah niat asal supaya berselera time sahur, tapi kalau Allah kasi awet muda, alhamdulillah..

Sifu im-->kalau mandi mesti tak monyok kan? kan?;)

Unknown said...

hohoho....thn ni plg teruk bab bgun sahur..sbbnya kol 2 o 3 bru nak tido..so sedar2 je dh subuh =.=''

IMANSHAH said...

ambo dop sahur ari ni

Unknown said...

SALAM,
MANDI AWAL PAGI SEGARKAN TUBUH BADAN ! LEPAS TU, NAK BERSOLAT TAHAJUD PUN BERSEMANGAT !

Afida Anuar said...

Titisan Hujan-->Allahuakbar,dik..kenapa tidur lambat sangat?

Shah-->Macam mana? masih bertahan? he he...fuh, tak boleh bayang kalau saya tak bersahur mcm mana.. hehe

LF-->salam.. a'aa, tepat sekali LF. ;)

sahrizan sahlan said...

tips yang bagus=)
http://sahrizansahlan.blogspot.com

Afida Anuar said...

terima kasih sahrizan...:)

 

Browse