Dia Yang Kunikahi...

Tuesday, August 23, 2011
Tahniah adik Iqbal Syarie atas novel sulung beliau yang sudah pun berada di pasaran. Tengah-tengah bajet untuk persiapan raya, sempat juga saya sambar novel beliau sebiji, Dia Yang Kunikahi dan sebiji lagi novel karya A. Ubaidillah Alias, Cinta Kembali Bertasbih.

Saya berbisik kat adik perempuan saya yang juga kebetulan mahu mencari buku di MPH Alamanda hari tu. 'Tengok, orang lain duk sibuk cari baju raya, kasut raya, kuih raya..kita duk sibuk cari buku raya. Bagus kan kita?'. (Ceh, suka angkat bakul masuk sendiri, he he)

Adik saya sengih.

"Eh bukan lepas ni kita pun nak cari kasut raya jugak ke?", adik.

Haaa, kan dah kantoii!



Alhamdulillah, petang tadi dah habis baca Dia Yang Kunikahi. Garapan sangat menarik. Jalan cerita pun mantap. Bab ending dia.... jeng jeng jeng, kena baca dulu baru tau. Bila baca Dia Yang Kunikahi, buat saya terfikir... pemuda-pemuda yang soleh-soleh ni, memang nak cari 'produk yang siap' ke untuk dijadikan teman hidup? Macam mana dengan 'produk yang baru nak siap' atau pun 'produk yang tak siap langsung'? Memang takdak dalam list mereka yang soleh-soleh eh? Terfikir je...err


Ah, jodoh itu kan rahsia Allah...

31 comments:

nur aisya humaira said...

aisya pun teringin gak nak bace, tpi tk jumpe lgi kt pake ni novel tu...huhu

intan.maisarah said...

:) jodoh itu, rahsia Allah.

so true

:)

Menusuk Hati said...

jodoh itu rahsia yang perlu dibongkar.hehe..Moga bertemu jodoh ye..

IMANSHAH said...

tahniah IQBAL..rasanya pernah dulu menjadi gurunya..

Unknown said...

akak..nk pjm.smlm bru j beli sbijik buku.solatku terakhir.lom smpat bc lg.bru tgk spintas lalu.

jodoh dh ditetapkan ^^,


*suka penulisan a.ubaidillah

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari dikurniakan Allah kesihatan dan kesabaran dalam mengerjakan ibadah dalam bulan ramadhan ni..

Kita semua sudah ditetapkan pasangannya..

fuad ansari said...

akak kategori 'produk siap' kan.. (",)

ironinya,
produk yang dah siap, bayar murah...
produk yang tak siap, bayar mahal..

gurau2 je.. jgn marah na.... (",)

DrSam said...

salam Afida,

seperti juga cinta
biarkan jodoh itu mengetuk pintu
justeru itu
biarkan pintu itu tidak terkunci
dan sedia untuk dibuka

Unknown said...

SALAM,
DAH LAMA X MEMBACA NOVEL ! TERINGIN PULAK RASANYA .... BUKAN NAK MEMBELI TAPI NAK MEMINJAM DRPD AA

Kakzakie Purvit said...

Rahsia Allah yg sedikit sebanyak diberikan hint sana-sini dan ironinya dapat diketahui walau sedikit tapi membantu utk mencapai arah dituju...

cikguNae said...

dah lama tak baca novel...
masa zaman study dolu2 rajin jugak...
sekarang ni, sebuah pun memakan masa sebulan... beralih arah... :-)

kak Jah said...

huhuhuhuhu... produk yang tak siap2... :(

Anonymous said...

sy x suka baca novel..hehe


btw..jodoh, lau smpai mase, kwen la kita

Humaimee said...

Tak kira dengan siapa pemuda itu nikahi:

Kalau tak siap lagi, perlulah ia siapkan.

Kalau dah siap, perlulah ia jaga (maintain) atau naik tarafkan.

Kalau tak siap langsung, lagilah kena mujahdah nak kena siapkan ;)

sahromnasrudin said...

hebat la dia kan..dah ajdik novelis skrg....

semoga murah rezekinya..kita kena support dengan membeli novel tersebut..

Adliff said...

Afida,

Aliff sebuah novel pun tidak habis baca bulan ini. Sibuk dan penat melawan sakit.

Beli produk siap dan tidak siap adalah pilihan dengan sukatan poket dan iman.

Mutiara Bernilai said...

salam dear.

wah, bestnya dah ada novel.,
teringin nak baca jugak la,, :)

buat la review syg..

hm. jodoh tu blueprint Allah swt aje. Dia aje yg tahu

Unknown said...

Wah! Kak dah siap baca ya :)
Pantas sangat tu kak!
Pasal ending tu... saya senyum je. heheeehee

Afida Anuar said...

Aisya-->Tak sampai lagi kot aisya, kat MPH ni pun dia tak display lagi. tapi sebab akak tanya, dia orang pun amik la dari stor. Kiranya akak dulu la yang rasmi beli novel ni kat MPH alamanda ni.. rasanya la.. he he

Sara-->:)

Menusuk Hati-->Aminn.. ye la ye la..nak bongkar la ni.. he he..Doa kan akak;)

Shah-->Wahhh..ni mesti dapat didikan dari shah ni.. eh shah mengajar BM kan?

TH-->solatku terakhir tu best dak? a'aa, akak pun suka a.ubaidillah ni..cerita dia pun mantapp..a'aa TH..jodoh sudah ditetapkan. Tunggu usaha..tunggu masa je kan?;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara Abdul Razak. Semoga saudara jua begitu insyaAllah... a'aa, kita memang sudah ditetapkan pasangan masing-masing. Tunggu usaha.. tunggu masa je kan saudara?

Fuad-->Allahualam Fuad... akak rasa akak ni kategori yang tak siap2 kot..errr... pathetic kan?

patutnya produk yang dah siap tu la yang kena bayar mahal.. yang tak siap bayar murah.. ke gane? eh tak marah pun Fuad..akak senyumm jah ni;)

Dr Sam-->Alamak Dr Sam... selama ni saya duk kunci pintu tu. Padanlah dia tak leh masuk.. he he;)

LF-->Salam LF.. boleh..boleh je. Banyak sangat kat rak tu, buku2..novel2.. LF pilih je mana yang LF nak pinjam;)

Kak Zakie-->Akak..doakan fida eh.. moga dikurniakan jodoh yang terbaik..

Nae-->Rupanya kita tertukar la eh nae, zaman sekolah2 dulu saya tak pandang pun novel2 dan buku2 ni. tapi sejak dah keje ni, Aduhhh tak leh bawak pi kedai buku... pantang, mesti ada buku yang nak dibeli..

Tropical Jingga-->Khadijah... akak tak rasa khadijah produk yang tak siap... malah akak rasa khadijah memang dah 'siap'. Kalau akak ni, rasanya memang la produk yang tak siap2..hu hu:(

Sifu im-->Novel ni lain dari yang lain. Mcm novel Tunjuk Langit Cinta. Cubalah baca, mana tau jatuh cinta.. he he;)

Humaimee-->Faheem, akak suka dengan komen faheem.. tepat.. lekat... mantapp... semua ada. ;)

Sahrom-->a'aa sahrom, saya pun kagum. Jangan lupa dapatkan Dia Yang Kunikahi. Banyak benda kita boleh belajar tentang agama.. tentang akhirat...

Aliff-->Melawan sakit GERD? saya rasa dah 4 biji kut saya habiskan novel bulan ni..err...a'aa tepat sekali..nilai dengan iman.. tepuk dada, tanya iman.

Mutiara-->Salam my dear mutiara... kalau buat review nanti tak saspen la..ecehh kononnya, padahal malas nak buat review ni dear.. hu hu..

Iqbal-->Yer, 2 hari je, akak dah khatam.. hu hu. Akak pun senyum je. Tak sangka... Ingatkan lagu ni..rupanya lagu tu..haihh..pandai iqbal eh buat ending lagu tu;)

Norsha said...

wah...macam best je novel tu....tapi la ni dh tak sempat nak bercinta2 dgn novel ni, byk komitmen lain....btw, doa byk2 fida, agar beroleh jodoh yg diimpikan......

Norsha said...

wah...macam best je novel tu....tapi la ni dh tak sempat nak bercinta2 dgn novel ni, byk komitmen lain....btw, doa byk2 fida, agar beroleh jodoh yg diimpikan......

senyumSOYA said...

akak..t saya balik serdang bagi pinjam bley? hik3...

jodoh tu dah tertulis..^^"

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->he he, fida ni mana ada komitmen yang lain2 tu. Sempat la nak ngadap buku ni... terima kasih atas doa akak.. Aminn Ya Rabbalalaminn..

Senyum Soya-->bley2.. sehari charge 10 ringgit ok dak? he he..akak gurau je;)... a'aa ..jodoh dah tertulis..

ummu said...

salam Fida
ramai kawan fida seorang novelis ya
tahniah atas kelahiran penulisan itu.

salam ramdhan,salam aidilfitri dan slaam merdeka untuk Fida.
andai tutur kata, dalam alam maya, berbicara, tanpa suara, tanpa bertentang mata, namun andai terguris jiwa, maaf zahir banin, dipinta,moga ukhuwah mewangi, dalam rahmat Ilahi.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

......rajin adik akak baca novel yaaa..:):)
bagus bagus bagus...:)

tapi kan...sekali lagi suspen bila tgk tajuk n3!!"Dia Yang Kunikahi!!;)

Afida Anuar said...

Kak Ummu-->salam kak ummu, itu la kak..dah beberapa orang dah selamat menjadi novelis...

Salam eidulfitri juga buat kak ummu sekeluarga. Ampun maaf, salah silap kata dan bahasa. Nak masuk blog kak ummu tak dapat ni.. kenapa yer kak? insyaAllah nanti fida messange akak. Baru fida ingat fida ada no telefon akak ni.

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, he he, tengah dalam kesibukan bulan puasa...celah2 jugak sikit2 masa nak baca novel kak.... he he..Tajuk je saspen. Tuan empunya blog masih di sini kak..masih..;)

kak Jah said...

saya tak baca lagi.. ok.. dah baca smpai m/s 22... tp stop sbb nk baca sambil lepak2 di hari raya... :)

Bijen M. said...

Ooo tak puas hati bab produk siap dengan tak siap ye?
Nanti gua cerita.
Okebai!

Afida Anuar said...

Tropical Jingga->Dalam duk ABC, akak amik masa 2 hari tuk habiskan..

Bijen M-->bukan gua tak puas hati, cuma gua tertanya2 je... gua redha...
PS: entry terbaru lu tu ke?:)

Bijen M. said...

Bukan.
Belum buat lagi.
Nantilah kalau gua tak masuk sepital lepas raya.

Afida Anuar said...

kenapa lu nak kena masuk spital lepas raya?

 

Browse