Demi Terawih...

Thursday, August 11, 2011
Tadi, tiba kat surau bawah tuk solat terawih agak lambat. Bilal dah iqamat, saya baru sampai kat depan pintu surau. Tapi Alhamdulillah, lambat pun, rezeki saya dapat duk saf paling kanan, depan sekali.

Imam kami, walaupun suara tak macam Sheikh Mishary, tapi bacaan mantap. Seronok juga saya berterawih kat surau bawah ni. Saya syak, dia hafiz yang diimport oleh AJK surau.

Siap bacaan doa 8 rakaat solat terawih, saya berpaling kat orang yang duk belah kanan,hulur tangan, salam, senyum. Berpaling kat orang yang duk belah kiri, hulur tangan, salam, senyum. Dia, jemaah yang duk belah kiri saya, seorang makcik yang lagi tua dari mak saya rasanya tegur saya....

"Aiik, buat 8 je?",

Saya sengih.

Angguk.

Maluuuuu.


26 comments:

Norsha said...

fida, akakpun hanya mampu lapan saja huhuhu........

Norsha said...

fida, akakpun hanya mampu lapan saja huhuhu........

Jiwa Hamba said...

8 pun takpe yg ptg bertarawih juga. jauh lebih baik dri yg langsung tak pergi.

IMANSHAH said...

makanya, kalau buat lapan salah ke??

semoga Allah menerima solat kita

p/s..saya jadik imam malam ni

IMANSHAH said...

makanya, kalau buat lapan salah ke??

semoga Allah menerima solat kita

p/s..saya jadik imam malam ni

shameel Iskandar said...

sy pun buat 8 jer afida. bukan bil rakaat yg jadi ukuran tapi kualitinya yg yg jadi sandaran.

nur aisya humaira said...

klu aisya,8 pn mujur sgt a..klu tk dukm tersengguk2 je...hehe

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->Fida pun kak...malu kat makcik tu kak.. hu hu. Kalau dia tak tegur tak malu.. he he

Jiwa Hamba-->Moga2 Allah terima ibadat terawih kita, insyaAllah..

Shah-->Tak salah shah, cuma..saya rasa malu sangat dengan makcik tu. Saya yang muda remaja ni..err hanya mampu buat 8. Tapi dia dah tua, kudrat pun belum tentu sekuat saya bertahan buat 20. Gitu lah ceritanya.... wahhh Imam!!...caya lah, terai jadi imam kat surau saya ni nak? he he;)

Shameel-->Hmm..rasanya mcm tu la kot. Moga2. Tapi 8 rakaat pun, pukul 9.35 dah siap dah.. hu hu

Aisya-->Sampai tersengguk2 tu, letih sangat nampaknya Aisya, akak biasa tak tersengguk..cuma...errr:)

Menusuk Hati said...

hoho..buat 8 janji menten.lagi best kalau org pmpn duduk saf plg belakang..laki pula plg depan.

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun buat 8 saja dik. Kakak kena lihat juga anak-anak yg ada homework. Kadang itu lepas salam 2 rokaat pun dah ada yg nak tanya tentang homework mereka tunggu tepi kakak....

sahromnasrudin said...

kalau saya bangga...bukan senang nak buat lapan tau...maklumla, dari saf depan nak kuar dari saf..kalau tak kena gaya, tak berani nak kua saf tue

~PENCHENTA~ said...

Kak Afida, saya ada dengar kisah yang Aisyah RA cerita, Rasulullah pada waktu malam cuma mengerjakan solat 11 rakaat. Selepas habis 8 rakaat tarawikh, baginda bangkit mengerjakan witir. Bila sahabat tanya, Baginda jawab, "kerana aku tak mahu kalau aku buat, maka itu akan memberatkan umatku untuk mengikutnya"

Tapi, kalau mampu apa salahnya. :)

dan jangan lupa solat malam juga. sebelum sahur tu boleh saja kalau mahu. :))
terus dapat 2 in 1 kan. :)

senyumSOYA said...

saya pun 8 ja.. time bdak2 kecik 4...hehhe..

xpe..asalkan ikhlas kan akak..^^"

cikguNae said...

Saya pun 8 sahaja Afida...
Tapi buat sorang kat rumah... :(

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

maaf yaa...lama akak tak menjenguk...:)

Takpelah kan..yang utama keikhlasan dalam beribadat..
:)

Take care dear

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Benar kata PENCHENTA, Riwayat hadis sohih dari Aisyah r.anha menyatakan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat pada tiap2 malam sebanyak 11 rakaat sahaja dan secara sendirian`. Kemudian tambahan solat terawih dan secara jemaah dilakukan pada zaman Saidina Umar r.a. secara ijmak sahabah dan bukan saya nak panjang2kan kerana tidak thiqah utk membincangkan. Tapi persoalannya, kenapa pula nak malu? Adakah Rasulullah saw sendiri, sebagai makhluk paling mulia disisi Allah SWT pun mengambil 8 rakaat. Adakah jumlah bilangan rakaat memainkan peranan? Jika demikian, Rasulullah saw telah mendahului semua para sahabatnya. Saya bercakap ni sebab kalau timbul malu, dah tak ikhlas namanya walhal apalah hak manusia mencampuri keikhlasan. Wallahualam.

Afida Anuar said...

Menusuk Hati-->ooo mcm tu eh;)

Kak zakie-->A'aa, akak lagi la ada anak-anak. Takpe kak. asalkan istiqamah. Selamat berbuka kak zakie skeeluarga.

Sahrom-->he he..pulak dah. Macam2 la sahrom ni.

Penchenta-->Akak pernah baca gak tu penchenta. Thanks sudi share. Selamat berbuka dik//

Senyum Soya-->he he.. time kecik2 dulu 8 jugak rsanya..err.. selamat berbuka dik!

nae-->Kat rumh pun takpe nae, yang penting istiqamah, tak tinggal;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, eh takpe kak.. wonder jugak, mana la akak pergi. he he.. InsyaAllah.. gitu la

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnu!..malu tu pasai, saya ni masih muda remaja (cheewah perasan remaja)..tapi buat 20rakaat pun tak larat. Makcik tu lagi lah dah berusia, tp maintain je buat 20. Gitu la lebih kurang malu yang menjelma. Rasanya macam tu la. Kalau sebab malu, buat 20. nanti tak ikhlas pulak kan?.. ok, tak perlu rasa malu dah lepas ni. Selamat berbuka buat Tajnur dan keluarga..

DrSam said...

Salam Ramadhan al-mubarak Afida. Saya tahu Afida mesti sambung kat rumah ni...sambung makan he...he...(bulan posa tak boleh marah)

Azian Elias said...

akak pun mampu takat 8 je fida. Yang penting quality tu, bukan quantity. kesempurnaan tu yg penting. INSYALLAH.

fuad ansari said...

kalau akak solat 20rakaat, mau makcik tu tanya, "dah kawin dah??.. kalau belum makcik nak wat menantu.." (gurau2 je.. ) (",)

takpe kak.. better than never.. pelan2 kayuh.. (",)

nahmy said...

alhamdulillah...8 pun ok apa.

Afida Anuar said...

Dr Sam-->Salam Ramadhan AL-Mubarak buat Dr Sam sekeluarga juga.. he he..tepat sekali Dr Sam. sambung makan.. eh eh, tak marang pong:P

Kak Yan-->InsyaAllah kak Yan.. eh hari Jumaat lepas fida pi solat terawih kat Masjid Shah Alam;)

Fuad-->he he, ke situ pulak fuad ni. eh eh, mebe kot. Asalnya nak buat menantu, so maybe makcik tu dah set dah ni, lepas 20 rakaat dia nak pinang. Tapi hambaAllah tu buat 8 je. Pasai tu tanya kot!..terus kansel.. hik hik hik..Akak gurau gurau je fuad;)

InsyaAllah, moga2 istiqamah;)

Nahmy-->Alhamdulillah. Ok. InsyaAllah ok;)

Rashid said...

a'ahhhhhhhhhhhhhh le 8 jeee ..


hehe .. psstt .. ni mesti nak dating ni.

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid.. he he, ada ada je cikgu ni. Orang sekarang tak main dah dating-dating ni cikgu, depa ....hmmmmm.... apa eh..entah..kekekek

selamat berbuka cikgu..

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Maaf tak berapa sihat..

8 ker 20 tak jadi masalah, kedua-duanya betul asalkan kita benar-benar ikhlas mengerjakannya. Namun, jika tujuan pertanyaan itu untuk menunjukkan kita mampu buat 20, bimbang riak hadir walaupun sebesar zarah pasti hancur segala amalan kita...nauzubillah..

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam wbt...

Ooo, tidak perlu meminta maaf saudara. Saya doakan saudara sudah sembuh sekarang, InsyaAllah..

Hurmm...Allahualam. Saya tak nak bersangka buruk dengan beliau. Anggaplah beliau tegur macam tu sebab nak suruh saya buat 20 jugak kot,saudara..

 

Browse