Usah Jadi Pungguk Jika Tiada Bulan Untuk Dirindu....

Monday, October 26, 2009
Lama betul aku 'bercuti', patutnya aku kembali dengan semangat baru, cerita baru, kekuatan baru dan azam baru untuk meneruskan coretan agar lebih mantap. Namun, kelu,bisu dan kaku itu masih tetap membelenggu diri dan juga platform putih ni. Entah mengapa hakikatnya begitu. Mungkin aku sekarang ini bukan aku yang dulu lagi... mungkin.

Orang sekeliling aku kata aku ni kalut orangnya. Cepat gelabah. Cakap pun laju semacam apatah lagi kalau berjalan. Tapi kegelabahan yang aku alami itu pun bukannya 24 jam sehari, cuma pada keadaan yang tertentu je, kan? erkk. Contohnya kalau sesuatu keadaan muncul di luar perancangan. Tapi sapa yang tak gelabah kalau sesuatu berlaku tanpa dirancang. Iyer dak?

Baru-baru ni, gelabah punya pasal, aku boleh terpanggil mak Prem 'amma'. Nak panggil 'aunty' sebenarnya, boleh pulak terkeluar 'amma'... wakakakakaka. Habis kawan-kawan gelakkan aku. 'Amma' pun gelakkan jugak. Aku dah tak tahu nak letak muka kat mana. Tebalkan aje la muka aku yang tak berapa tebal ni. 'Amma' pun, amma la...ekekekeke. Yang aku gelabah tu pesal?! ...adehhh..

Dan disebabkan beberapa kejadian yang tidak berapa best bagi aku berlaku disebabkan kekalutan dan kegelabahan yang aku tonjolkan, maka baru-baru ni aku cuba untuk jadi manusia 'cool' seperti manusia kebanyakan yang lain. Kali pertama, memang susah. Walaupun mulut aku keep saying, 'ok i'm cool'... 'i'm cool'... tapi hati aku tak boleh menipu. Aku tetap gelabah pada hakikat yang sebenarnya. Aku tetap mencuba, kali kedua..ketiga dan seterusnya. Tapi... aku tetap aku. ~sigh...

Tiba-tiba tadi aku terfikir, kenapa aku perlu menunjukkan sifat seperti yang orang lain mahu? Atau kenapa aku perlu menjadi orang lain? Bukankah bagus kalau aku jadi aku yang sebenar. Biar orang lain tahu yang aku ni kalut orangnya, biar orang tahu style cakap aku ni laju, speed jalan aku pun laju. Kadang-kadang aku blur tak bertempat. Aku juga tak pandai nak marah kat orang walaupun memang dia patut kene marah. Ada lagi, aku tak pandai ambil hati orang yang selalu merajuk. Aku juga tak pandai bergurau, aku rasa la..hehe.

Ada lagi?

"Ada!!, ada!!!"

erkkk....

PS: Sahabat-sahabat yang dikasihi...maaf agak lama aku 'bercuti' kali ni.

8 comments:

Khairi Mohd said...

pinar mate cari butang komen.

awk mmg ckp laju fida. hehe. tulis blog je makin slow skang. ;p

NS said...

susah nak jadi diri sendiri..
manusia punya eemosi yang perlu dijaga huhu

natni said...

amboi da jmpe amma nmpk...
cecewahhh *wink2*

hmmm kfid org pon gaban gk.. org gaban kaler itam, kfid kaler ape?

Afida Anuar said...

Khairi-->hehe, nok wak gane khairi, jd slow sket sejak dua menjak ni... adehhhh...ampunnn...

Nobuta-->jd diri sndiri la tak susah...yg susahnya kalau kita menipu diri dengan cuba menjadi orang lain..betul dak??heheheh

Tan-->hahaha..'amma' orang lain tan... nape kene gaban kaler itam...klu mcm tu orang pn gaban kaler itam gak la..incik hitam kan kaler itam..hehehehe

fndrocka said...

bukan senang nak jadi diri sendiri, tu pasal ramai tak buat.

Khairi Mohd said...

mungkin sebab kita tak kenal diri kita sebenarnya. urmm..

ammat grimlock said...

menjadi diri sendiri adalah yg terbaik mungkin,tapi kadang2 kita perlu lari dari sifat sebenar diri kita...idup kita dikelilingi oleh manusia yg mempunyai hati dan perasaan emosi yg terhad kawalan.kadang2 dgn sifat ingin menjadi diri yg sebenar membuat umat manusia lain tersinggung.......jadi pada hakikatnya perjalanan hidup ini terlalu sukar..

Afida Anuar said...

Fndrocka-->ada juga yang buat..tp spt kata incik ammat...pejalanan hidup mmg sukar..

Khairi-->hurmmm mungkin... tetiba pulak rasa sy tak kenal diri sy..erkkk...

Ammat-->kadang2 pernah jugak terfikir, buat apa kita susah2 nk jadi orang lain semata2 nak jaga manusia lain dr tersinggung, padahal mereka selalu menyakiti hati kita...owhh perjalanan hidup memang sukar bagi mereka yang suka menyukarkannya..hehee

 

Browse