Pencarian...

Tuesday, January 17, 2012
Ya Allah....
Kenapa bintang cantik sangat?


Memandangkan minggu depan saya akan cuti lama, jadi sebelum bercuti, saya terpaksa menyudahkan semua task yang patut saya buat pada minggu hadapan. Memang agak berganda kerja saya pada minggu ni. Agak hectic. Tapi tak mengapa, asal dapat cuti lama nanti;)

SIT (System Integration Testing) test case untuk satu department client ni dah setel petang tadi, alhamdulillah. Tinggal satu lagi SIT test case untuk department lain yang saya kena setelkan sebelum Jumaat ni. Moga-moga semua selesai. Itu janji saya pada bos sebelum balik kampung!




PS: Ya Allah, teguhkan hati, kuatkan langkah ini....dalam mengharung kerja dunia yang tak sudah, Aminn!

22 comments:

Rashid said...

ermm .. bintang cantik kerana sinarnya. Ia selalu ada walaupun tak dapat kita lihat kala siangnya ..

kerja dunia memang tak pernah abis. kawan saya kata .. kat alam kuburpun kita kerja lagi .. atau dikerjakan ..

shameel Iskandar said...

memandang bintang di dada langit. mengundang pesona dan mempelawa rasa syukur terhadap Sang Pencipta.

Afida cuti berapa hari CNY ni. Selamat Tahun Baru Cina buat Afida.

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH..... :)

Betul3x..cantik kan kak..??
Satu lagi keajaiban ciptaan ALLAH..
Agak2 la, manusia boleh tak cipta bintang2 ni...?? :)

Kerja kan satu ibadah kak...Kerja rajin2 dan ikhlas untuk dapat rezeki yang halal...^_^

Noorieda said...

>>>>>> p/s : Eh, LPT ok je! tak banjir! Semoga akak tempuhi perjalanan dengan selamat.... ^_*

Kay said...

lamanya cuti... jom Fida, saing balik jumaat malam... kay sorg laa

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

dulu ms sy kje kompeni cina..bile time CNY je, konfem cuti seminggu huhuhhh

mohdfuad said...

amboi, dah macam akak je yg sambut tahun baru cina gamaknya.. (",)

p/s:membalas komen dengan sedih sebenarnya kerana email dan blog sudah kena hack.. semacam tak boleh nak buat apa dah..

eita said...

malam2 suka tengok bintang.....

semangat nak balik kampung memang macam tu....

Unknown said...

selamat maju jaya kak

dan

selamat bercuti

~PENCHENTA~ said...

Bintang cantik sebab Pencipta dia pun cantek! ;)

Rtp Farra Arisha said...

insha-allah dipermudahkan segala hal :) amin :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sebenarnya pencarian tu ada didepan mata kita. Cuma kita kena gunakan عِلْمَ الْيَقِينِ ilmu keyakinan dari AlQuran. Jangan sampai dah terlepas segala peluang baru nak gunakan عَيْنَ الْيَقِينِ mata keyakinan, then everything is too late!

Masa dulu yang pernah saya libatkan dalam bidang IT ni, perlukan penglibatan SQA Software Qualtiy Assurance .
Kalau tidak silap saya pernah menggunakan V Model untuk menunjukkan `optimum testing process` sebaik saja senarai keperluan (requirement) dihasilkan. Tapi itu dulu le ketika nak beralih kebidang MSC kononya...

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid-->habis keje dunia bila kita meninggal dunia nanti.. kawan saya cakap lagu tu..

Shameel-->cuti straight sampai hujung bulan 1 shameel, nak hantar adik masuk main campus UIA 30hb tu. Alang2 terus apply cuti 4 hari. Lama la kat kg nnti..weeee

IEda-->Waalaikumusalam ieda..insyaAllah, thanks atas nasihat dik... oh,insyaAllah harap2 selamat sampai nanti.. tengs!

Kay-->larrr, tak leh saing dengan kay, fida balik sabtu pagi la kay, hati2 bawak kete sorang2 memalam tu..

Sahrom-->he he... ni bukan sebab company saya yang cuti sahrom, sy yang amik cuti;)

Fuad-->hehe..jangan jeles fuad!
PS: Larrr, mcm mana boleh kena hack tu?2-2 blog pulak tuh..ish..nnti rindu nak baca citer ramli macam mana? buat la blog baru satu..


Eita-->kan kan? fida pun suka tenung bintang..hehe

TH-->terima kasih dik!

Penchenta-->SubhanaAllah...

Farra Arisha-->Aminn.. thanks dear!

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..InsyaAllah, thanks for the nasihat!

Wahhh Tajnur, pernah ada pengalaman! kena berguru ni!...
klu tak silap saya, kami apply agile model tuk project ni. bukan V model. Gitu la.

awal2 dulu kena train jadi business analyst, tu yang kena jumpa client bagai. Skrang, dah buat keje yang memang bidang saya, lega sket rasa.

Ce'gu JAERA said...

semoga d permudahkan segalanya ya kak... kuatkan semangat tau

r.o.l. said...

Indahnya doa ini, semoga kita dapat beramal dengannya. Selamat pulang bercuti, afida.

Kamsiah yusoff said...

Balik Ganu ya Fida...tido dgn mak la tu...:)cuti pun bercuti seminggu jugak sempena raya cina ni...

Kakzakie Purvit said...

Keja dunia selagi ada pinjaman nyawa olehNya kenalah kita lalui juga Fida...

Selamat bercuti. Kakak esok dah mula cuti ambil anak balik lepas tu balik kg hihi...

cikguNae said...

Selamat Bercuti Afida...
... mengharungi kesibukan dunia,
melihat keajaiban ciptaanNYA...
mengundang rasa takjub... ketenangan

Afida Anuar said...

gen2merah-->sama2 dik. Alhamdulillah..kuat semangat ni. Sangat kuat!;)

Rol-->InsyaAllah..moga2. Selamat bercuti juga buat rol dan zaujah/

Kak Kamsiah-->hehe, ganu la kak, mana lagi, tapi tak tido dengan mak pun. tidur dengan adik2 kecik dua orang tu..;)

Kak Zakie-->begitulah sbetulnya kak. Selamat bercuti juga kak zakie, kirim salam kat anak2 semua

Nae-->selamat bercuti juga nae, Allah...kadang2 ada juga rasa begitu.. Nak nak bila nak balik kerja petang tu. Ada rasa tenang..

Mindaberbisa said...

Kerja adalah ibadah kerana ALLAH.

konondakwah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

 

Browse