Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta...
Malam sambutan tahun baru masihi, saya sambutnya dalam mimpi. Jenis kalau duk rumah memang tidur awal, nak buat macam mana kan? Orang bujang perempuan memang macam ni kot! err.
Semalam kami dapat jemputan Kenduri Kesyukuran memasuki rumah baru Fakhzan dan isteri di Shah Alam. Jemputan mengejut. Tu pun tak semua orang dia jemput katanya, ooo. Apa lagi, lepas solat isyak, kami pi serang rumah baru dia.
Alhamdulillah, makanan semua sedap-sedap. Sedap sampai rasa nak bertambah, tapi malu..hehe. (Astarfirullahalazimmm...nak bertambah Fida?)
Jarang sebenarnya saya makan malam-malam ni, maksud saya lewat malam, lepas magrib. Kononnya nak jaga badan tak nak kasi gemuk. Tapi sekali sekala makan. Belasah je la:p (Aduhh hari pertama di tahun baru Fida dah langgar peraturan makan lewat malam!)
Kawan-kawan yang datang semalam semua yang bujang-bujang. 3 lelaki, 3 perempuan. Kebetulan pula berpasang-pasang yer! tak plan ni, tak plan, hu hu. Yang dah kawin semua tak datang. Ada komitmen masing-masing kot!
Usai kenduri kesyukuran semalam, tiba-tiba dia tanya kat saya. Kenapa yer, kita tak cuba buka hati kat kawan-kawan yang di depan mata saja? Lagipun kita dah tahu dia tengah mencari, kita pun sama. Kita tahu dia macam mana, dah kenal lama. Dah tau baik buruk, lebih dan kurang.
Gulpp... tergamam jap. Kelat-kelat saya senyum kat dia bila dengar dia utarakan persoalan tu. Apa yang menyebabkan dia boleh berfikir lagu tu? Tertanya-tanya saya sendiri. Dengan teragak-agak saya jawab.
Mungkin...mungkin sebab cinta dan rasa. Sebab tiada salah satu darinya, atau tiada keduanya. Mungkin sebab Allah dah tetap mereka bukan jodoh kita.
Tapi....
Kalau ada jodoh, insyaAllah...ada la. Allah kan tahu siapa yang terbaik yang akan Dia hadirkan dalam hidup kita. Tak kira la sahabat baik ke, sapa-sapa ke..
Ok...
Pendek je ok dia. Berpuas hati kot dengan jawapan saya.
Selepas tu dia sepi, saya pun sepi. Masing-masing sepi melayan bulan cantik di langit sunyi.
Hanya Dia
Cuma Dia
Yang kan mampu menyembuhnya.
Dan aku..terus berdoa.....dan berdoa.
29 comments:
fakhzan bagi nasihat macam tu kat ko? terbaekk la fakhzan! betul apa yg fakhzan cakap tu fida. kita berkawan dgn org yg baik2(of course, kalu yg kurang baik tu lama dah kita jauh kan? ), perhaps its time to open our eyes for them?
btw sapa lagi yg dtg? letak la gambar..
err..bukan fakhzan Mas, bukan fakhzan.. he he. Tu la, semua kawan baik-baik. Terbaik lah, Bersyukur sangat rasa, Allah temukan kita.
Alamak, tak ambik gambar pun, aisehhh. sibuk makan je:P..
Juzaili,Palie, Lan, Aku, Sal, dan Im...semua bujang2:P
Rality cinta kakak Fida. Tak malu kakak beritahu di sini. Kami kerja satu bumbung tak ada rasa. Pembuka hati bila abang kata kenapa semua org sudah menikah dan ada GF/BF kita tidak ada. Valentine day (sebab sykt kakak kepunyaan Germany) semua ada couple, sebab tak ada partner kami tak pergi.
Pembuka cerita 2 hari selepas itu abang terus kata nak jadikan kakak pasangan. Kami dah lebih 5 tahun kenal tapi tak cinta. Hati kakak terbuka sebab dah tahu siapa abang. 2 minggu berjumpa bapak - 6 bulan bertunang - 3 bulan kakak mengandung anak pertama. Allah temukan kami begitu kenapa tak 5 tahun sebelumnya? Itulah dia fitrah dan qada' dan kadar Allah
yang terbaik memang untuk yang terbaek....
dah usha2 tu....
so.....
(jawab erk)...heheheheh
Ada jodoh..tak lari ke mana...hehehe..
Fida sama macam kak tirana, jarang sangat makan malam2..dinner before maghrib selalunya..
Assalamualaikum saudari afida..
Moga saudari sentiasa dikurniakan Allah kesihatan yang baik serta keredhaan~Nya...amin
Alhamdulillah, banyak usaha kebaikan dibuat malam tahun baru dengan ceramah agama, nasyid dan sebagainya. Seronok dengar. Tapi sayangnya saya tidur awal sama seperti saudari...aduhai..:)
Insya Allah jodoh tu akan datang bila tiba masanya...no worry
aaa akak ni, ada depan mata tu..hihi...gurau jerr...btol, depan mata pun kalau dia bukan jodoh kita x jadi jugak..
***geng budak penjara pakwe x jadi sebab x penah lamar pun..hehe..gurau2 jerr kak..dia pun tak tau (",)
nk makan smpai tengah malam pon x pe kak.. asalkan jogging setiap pagi atau petang..haha
Assalamualikum dear...:)
Tak pe..sekali sekala mkn mlm..tak sempat nk naik berat bdn tuuu...apatah lagi fida yg muda masih cergas...aktif...mesti metabolisme bdn pun tinggi...tak sempat mknan nk tukar ke lemak dear....;)
Pasal jodoh tuu..Don't worry!..insyaAllah ada jodoh tak ke mana
kan dear...
Semoga jodoh afida didekatkan hingga sampai kepada empunyanya. (Wujudkah perkataan empunyanya?) :-) Banyakkan amalan memudahkan jodoh. Perkara baik Allah akan uji dahulu.
wah ada org depan mata berkenan kot
Awwwwhhhh~ sweetnya situasi tu. Nanti saya tulis novel lagi, saya nak pinjam ye situasi mahal akak tadi. hehehehe
fida,
apa salahnya mencuba, mungkin yg dekat itulah jodohnya...:D
Kak Zakie-->Oh, sweet jugak perjalanan cinta kak zakie yer... Alhamdulillah.... sampai masanya nanti, fida yakin Allah akan temukan juga..insyaAllah..
Eita-->insyaAllah yang terbaik..eh eh, usha dalam hati je...kekekkeke;P
Kak Tirana-->kalau dia lari kak, kita kena kejar ke? kekekeke...
a'aa, itu lah. Famili fida kat kg tu pun style mcm tu la, dinner before mgrib. Pukul 6, time ayah balik keje;).
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Aminn..moga2 saudara jua begitu InsyaAllah..
Alhamdulillah... malam akhir tahun yang bermanfaat;) Yeap..no worries;)
Cikgu Ma-->Yang depan mata yang payah nak nampak tu cikgu:P
Budak Penjara-->setiap pagi dan petang tuuuuu..., akak joging seminggu sekali je:P
Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, harapnya sekali tu je la kak, he he... InsyaAllah, ada jdoh tak ke mana;)
Rol-->empunya yang dibagi pinjam, begitu kot!:)... insyaAllah rol, thanks for the words.
Shah-->takde lah, eh rasanya takde:P
Iqbal-->tang mana yang sweetnya iqbal? he he... boleh je..boleh sangat2. (ni yang tak sbar nak tunggu buku kedua iqbal keluar ni..heheh)
Kak Norsha-->salam kak...ooh..ok, kalau itu jodohnya;)
Berkasih biar seribu, bercinta biar satu. He!he!he!
just nak bagitau bahawa yg bertanya tu sedang offer diri dia utk akak... (kot2 la akak tak perasan.. ) (",)
Assalamualaikum wbt
Tuhan telah pun menemukan kita penawar yang dapat menyembuhkan luka2 dari apa jua arus atau musibah yang melanda. Surah Yunus:57 يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
InsyaAllah dgn `penawar` inilah `kau`, `aku` ,`kawan seribu`, `kasih yang satu` utk kita bertemu dan berpisah. Wallahualam
teruskan berdoa tanpa putus asa. Ada kelebihan seseorang di situ, kelebihan nikmat orang lain, lain pula. ALLAH MAHA ADIL. :)
assalamualaikum
..mmg ya..sebab kita dh kenal lama agak sukar utk menyemai perasaan kasih sayang dan syg pd mrk..
tapi jika diizinkan Allah untuk bertemu jodoh dgn sahabt sendiri, pasti awak terima dengah redha kan
jodoh mungkin tidak dicari
datangnya mungkin tidak diundang
bukalah hati dan bermohonlah pd-Nya
insyaAllah....
Aliff-->Wahh! pandai aliff!
Fuad-->Just nak bagitau yang bertanya tu bukan seorang lelaki.. (kot2 la fuad tatau:P)
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. .. Allah... saya lupa akan salah satu penawar agung ni, penawar yang sememangnya sedia ada di depan mata, tapi tak sedar akan kehadirannya.. duk tunggu2 penawar lain..isk isk isk...
Pencari Allah--> Alhamdulillah.. tepat..benar..
Sahrom-->Waalaikumusalam... itu lah sahrom.. tapi redha, sangat2 redha:P
Nahmy-->InsyaAllah... thanks Nahmy..
semoga kak fida ketemu jodoh thn ni...=)
**akak, amacam overview blog?hehe...terfikir jgk nk view traffic ek?? hihi
Shah Alammmmmm?????
kalau ada jodoh, insya Allah dipermudahkan kan,.. ehehe
Aisya-->semoga aisya jugak!..Aminn, insyaAllah..
Cikgu Ma-->sesekali overview..ok la...;)
Ummy Umar Khaalish-->a'aa...seksyen 15, dekat toyota showroom tu.. tumpang orang, kalau dak singgah gak jenguk umar;)
Gen2Merah-->insyaAllah.moga2
Jodoh itu rahsia Allah.
salam kenal!
p/s: Fida sekoloh Tok Jiring ke dulu?
Salam kenal iizla!!
Allah.... mana tau saya dulu Tok Jiring? Sekolah tok jiring jugok ke?
Yup Fida, Tok Jiring gok. tapi sampai form 3 jek. last year penah gi satyam, ambik aizat n laila makan2 lunch. pastu napok Fida tgh jalan kaki ngan kawan2 dalam satyam tu. tgk muka mcm kenal je. :)
Post a Comment