Kita...

Saturday, January 07, 2012
Tak sampai sebulan, dah dua kali saya kena tangkap dengan selsema, demam, batuk. Dalam rumah ni selalunya, sayalah orang yang paling susah untuk dilihat sakit, demam. Tapi tahun baru ni, saya pula yang paling kerap. Ada la tu, Allah nak uji. Sihat sakit semuanya ujian iyer dak? Terima dengan redha.

Saya cakap kat dia, mungkin ini salah satu permulaan perubahan di tahun baru. Ye la, dari selalu sihat, kepada selalu sakit, errr.

Pulak! Ada ke perubahan lagu tu, isk isk isk..!

Habis tu?

Kurang-kurang, perubahan dari hidup seorang kepada hidup berdua ke... tu baru dipanggil perubahan!

Ye la ye la...

Habis tu..bila nak kahwin?...

eh, cuba tengok kat langit tu... UFO!...

hehe..


Dan kami telah jadikan sebahagian kamu cubaan terhadap yang lainnya. Mahukah kamu bersabar? Al-Furqan:20

22 comments:

nur aisya humaira said...

perubahan tahun baru, dari single jadi double...dri yg double jdi triple..=)

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Selesema dan demam tu nak kasi akak lagi sihat la...lepas sembuh kan badan lebih segar..hehe

Sabarlah kak...jodoh 2 tetap ada...masanya yang belum tiba...^_^

Unknown said...

SALAM,
REDHA .... 2012 baru bermula !

Mutiara Bernilai said...

*senyum*

minum air masak at least 2L neh dear sis,,

xpe, mungkin d beri ujian2 yg banyak, sebelum 'hadiah' yg besar..siapa tahu?

Aishah Nur Hakim said...

jawab:

alaa...soalan bila nak kawen ni dah tak relevan la zaman ni..

ngeh.


aishah rasa kan,
bukan dengan kawen je seorang gadis sempurna keperempuanannya.




emm...
insyaAllah


semoga ya :)

eita said...

assalamualaikum.....
akak pun sama..
tahun baru ni kerap sangat sakit2...
tapi sakit tu kan penghapus dosa...redha je lah...

errr....bila nak kawen?...
soalan yang paling menyampah nak jawab bila orang tanyer...huhuhuhu.
benci soalan macam ni tau..hahahah..
terlebih gedik plok pagi ni..

shameel Iskandar said...

Salam Afida.

mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu(kejap hujan dan kejap panas), Afida jadi mudah sakit kot.

Kamsiah yusoff said...

selesema..batuk...sakit2 manja tu fida....:)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Eh! Bukan ke Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim sudah meminta maaf kpd DSAI?
Afida ,hidup manusia ni ibarat pusingan roda. Adakalanya diatas dan adakalanya dibawah. Begitu juga, tidak selama2nya kita terus menerus sakit ibarat siang bergati malam vice versa. Walau apa keadaan sekalipun manusia sering terpedaya dengan dua jenis kenikmatan.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya/kerugian/lemah padanya; kesihatan dan kelapangan/masa terluang.”

Wallahualam.

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga Allah kembalikan kesihatan saudari semula...amin

Ketahuilah bila kita sakit Allah memberi perhatian dan kasih sayang~Nya kepada kita. Atas dosa yang ada diberinya sakit agar ianya menjadi penghapus segala dosa dan ujian. Bila kita sabar menerima sakit, kurniaan pahala dari~Nya diraih.

Soal jodoh, usia, rezeki semuanya Allah dah jamin. Namun, yang tidak Allah jamin ialah IMAN. Maka persoalan iman ini perlu kita beri perhatian yang serius.

Adliff said...

Afida,

Banyakkan bersukan dan makan buah-buahan untuk membina imunisasi tubuh. Agar rintang penyakit.

fuad ansari said...

oklah kena tangkap dengan selsema dan demam.. ingatkan kena tangkap dengan polis.. (",)

p/s: terpaksa buat komen baru setelah komen yg terdahulu tidak kelihatan.. (",)

Afida Anuar said...

fuad ansari has left a new comment on your post "Kita...":

ye lah, kat langit tu ada UFO.. sy tgk, kat ufo tu siap ada kain rentang yg tulis semoga cepat kawin.. macam faham2 je kan.. (",)


Posted by fuad ansari to "Never Give Up On A Miracle" at January 7, 2012 11:26 PM

Afida Anuar said...

Wira Chomel has left a new comment on your post "Kita...":

sakit adalah ujian drpd Allah..moga sabar..

assalamualaikum..salam ziarah.
first time kat cnie.sudi2 singah kat blog sy. ade contest.dapat hadiah misteri

http://chomelmedia.com/blog/jom-join-contest-ni-sume/

Afida Anuar said...

Aisya-->Wahhhhh.... insyaAllah;)

Noorieda-->Waalaikumusalam ieda..eh akak pun rasa mcm tu la;)

LF-->Salam...insyaAllah LF..insyaAllah..

Mutiara-->my dear mutiara.. akak rasa dalam sehari dekat2 4L lebih kut akak minum air masak..dari segi air masak mmg terlebih cukup dah dik..

Wahhh..'hadiah' apa tu?;)..insyaAllah..moga2

Aisyah-->eh..akak pun rasa mcm tu la;)

Eita-->Waalaikumusalam kak... he he, eh kak kita ni ada chemistry la;)... huhu,itu la. Nak kata benci tu takde la, cuma kalau orang yang salah tanya tu....tatau nak jawab apa jadinya;)

Shameel-->Waalaikumusalam shameel, mungkin juga, kat sini dah lama tak hujan... asyik panas je..

Kak Kamsiah-->Itu lah kak, sabor je la;)...sesekali dia nak bermanja;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur! Alhamdulillah.. Keputusan mahkamah hari ni membebaskan DSAI. Eh kenapa tiba2 keluar pasal DSAI?;p

A'aaa, betul.. Masa sihat, masa lapang, tak sedar.... bila dah sakit..bila dah sibuk..mula lah..

Abdul Razak-->waalaikumusalam saudara abdul razak..Amin.. Masih lagi selsema, apa pun alhamdulillah... hari ni bertambah baik dari semalam.

Itu lah, diri sakit tak mengapa, asal jangan iman yang sakit.. Allah.. tengah dengar ustaz asri bicara pasal syirik. Pasal iman. Moga2 Allah sentiasa memelihara iman kita di jalanNya.


Aliff-->Itu lah aliff, bersukan seminggu sekali je. Tu pun berjoging atas bukit tu yang tak sampai satu jam pun..hu hu

Fuad2-->ha ha... jangan polis yang curi hati dah:P... a'aa, itu lah.. akak pun tatau kenapa dia tak kuar, nasib baik akak perasan ada email:P
PS: Baik sungguh, sampai tulis komen satu lagi haa.. tengs!


Fuad1-->Amboi2 fuad, UFO dari planet mana tu?:P

Wiracomel-->Waalaikumusalam..salam ziarah juga. InsyaAllah...sabar itu kesembuhan.

Cikgu Ma said...

akak, jom la kita kawen sesama...nnt xda sape pgi umah sesape..hehe

tolong jawab soalan kat bawah entry ku!!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

bukan senang nk dpt perubahan sebegitu walau kecil..

perubahan saya ialah berat badan naik 2kg hahahaaaa

diana abdullah said...

xpe fida...leh hapuskan dosa-dosa kecik...:-)

Afida Anuar said...

Cikgu Ma-->alamak... serupa mcm akak cakap kat housemate ni.. klu ditakdirkan tarikh sama..takpe, teruskan. Masing2 tak payah pi umah masing2..hahaha

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom... wahh mesti tembam dah ni;)

Di-->insyaAllah diey... comel sungguh anak kamu.. haritu jumpa baby lagi..iskk...

As said...

Yang terbaik, dariNya.

Bila Dia tau kita sedia, untuk apa2 sahaja topik di dunia ni. :)

Mindaberbisa said...

Membilang hari :)

Afida Anuar said...

As-->InsyaAllah As...

Pencari Allah--> Allah..mabruk ya ukhti!... jangan lupa jemput!..insyaAllah takdak aral akak boleh datang;)

 

Browse