Tasbihmu Membilang Rindu...

Wednesday, January 04, 2012
Berlagu bersama malam...
Menyanyi bersama bintang...
Dingin suara ditambah sumbang...
Siapa yang nak pandang?


Sebelum balik tadi, buat metadata analysis sikit untuk satu department client ni, ada data yang tak sama. Kerja rumit, kena teliti sungguh-sungguh. Berkerut habis dahi. Nak kena sambung besok pulak! Arghh!

Keluar aje dari opis, pak guard tegur... Seriusnya muka!

eh!

.. dan dan paksa bibir ni senyum. Senyum paksa. Tak terasa apa. Tak hilang kerut di dahi jua di jiwa.. ngaa.

Masuk kereta. Pasang ikim, depa duk sembang, kerut tak hilang. Tukar fly, tukar red. Lagi berkerut. Last-last masuk CD. Maher Al-Muaiqly. Surah Ar-A'Raf. Ada sedikit tenang. Senyum tiba-tiba bertandang.


(Dan apabila dibacakan Al-Quran, dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. Al-A'Raf:204)


Sampai rumah, CD ditutup, enjin kereta di mati. Kerut kembali...

aa sudah!

24 comments:

Unknown said...

SALAM,
HEBAT .... APA KEADAAN PUN, KITA BERSANDAR KEPADA ALLAH

Unknown said...

senyum akak
tuk mengekalkan awet muda tu ^^,

Mindaberbisa said...

Nikmat ALLAH :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat dengan izin~Nya dan dikurniakan~Nya ketenangan..

Ingatlah sentiasa kepada Allah, hati akan menjadi tenteram dan tenang.

Kakzakie Purvit said...

Jangan selau kerutkan dahi Fida... simpan saja dlm hati, esok boleh buat pasti...

Hari ini mesti dah boleh senyum lebar:)

Adliff said...

afida,

Kita sama kerut dahi hari ini.

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..

alquran pasti membuatkan wajah awak semakin berseri2...:-)

eita said...

banyak2 istigfar...zikir lailahaillah.....walaupun dalam hati...insya allah....

jangan berkerut sangat nanti hilang seri tu....
seri apa..?..jeng..jeng...
(hahaha....muzik intro....saja2 usik)..
jangan marah a...

fuad ansari said...

lepas ni kalau nak buat kerja, tampal plaster kat dahi.. susah sikit nak berkerut.. (lepas tu cover plaster tu dengan cool fever.. kalau orang tanya, katalah demam.. )(",)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Setiap makhluk dilangit dan bumi bertasbih memuji Allah SWT mengikut cara/kaedah tersendiri. Sejauh manakah kita telah bertasbih kepada Ilahi?

Surah AlIsra`:44 تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْ‌ضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَـٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.

Surah AnNur:41 أَلَمْ تَرَ‌ أَنَّ اللَّـهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ وَالطَّيْرُ‌ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya.

Surah Yaasin:40 لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِ‌كَ الْقَمَرَ‌ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ‌ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

Moga kerut di dahi biarlah hanya semalam..dan moga hari ini dan esok..ada ceria di wajah...InsyaAllah..:)
Moga dipermudahkanNya..Amin.

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Semoga selalu bertabah.

Teruskan senyum. :)

Ce'gu JAERA said...

ehehehe... hadapi saja dengan senyuman... insya Allah smuanya akan baik2 saja.. ehe

Afida Anuar said...

LF-->Salam LF...harap2nya kita semua..

TH-->a'aa, tu la, asyik kerut gini rasa cepat tua pulak..heh!

Pencari Allah-->ALhamdulillah..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara juga begitu hendaknya..InsyaAllah, saudara, thanks for the nasihat..

Kak Zakie-->Tak jugak kak zakie, hari ni lagi parah kerut..err

Aliff-->oh, fida ada geng!

Sahrom-->sahrom, tu pun sat ja pasang hari tu.. pejabat-rumah ada dalam 10 minit..huhu

Eita-->seri apa kak? aduhh ada2 je akak ni:P

Fuad-->cantik gak idea tu fuad!

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur.. yer, sejauh mana kita telah bertasbih kepada Pencipta langit dan bumi?

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, insyaAllah kak..thanks!

Ashrafi-->Waalaikumusalam.. insyaAllah..sedang mencuba.. thanks

Gen2Merah-->insyaAllah... senyum sokmo orang ganu kata;)

shameel Iskandar said...

Hanya tasbih pengubat duka dan hanya zikir penyembuh lara.

DrSam said...

saya senyum sokmo :)

DAMAI SURIA said...

Emm..Apa kes ini kerut tak kerut kembali kerut..Sinar semula dari kekerutan dgn senyuman..
Sesungguhnya kerut itu pintu kekeliruan, kerut juga pintu kemarahan, kerut membawa pintu kebakhilan, kerut membuka pintu kemasalahan.

Tapi kalau kerut pada yang nak ambil kesempatan atau kerut kerana tak sanggup lihat kemungkaran .. silalah ya. (opss..jangan marah ya, Afida!)

Norsha said...

jangan selalu sgt berkerut fida, nanti org tgk pun takut...:D

Afida Anuar said...

Shameel-->InsyaAllah, thanks shameel.

Dr Sam-->patut la Dr awet muda;)

Damai Suria-->he he, entah. Kes apa entah ni DS..hehe. Ya Allah, lepas ni tak nak kerut lagi dah...

eh tak marah..tak marah pun...yang tu mmg wajib kerut!..;)

kak Norsha-->he he, itu la kak. Alhamdulillah, harini tak kerut dah;)

Ce'gu JAERA said...

selamat malam Afida... dah senyum2 yee... ehehe.. pasti wajah yang brekerut akan ceria kembali... waahh, thaniah (",)

IMANSHAH said...

kan...

jangan kerut2 cepat tua noah

N.u.R.u.L A.i.N.i.e ~ said...

:)

Cikgu Ma said...

assalamualaikum..kak, kerut tu ada 2,3 batas..hehe


Jom jelajah sini:-
asben ku mesti bergaji 00000.00

Afida Anuar said...

Gen2Merah-->selamat malam gen2merah.. he he... dah dah;)..insyaAllah..

Shah-->a'aa, itu lah... dan dan senyum ni.. hahah

Menusuk Hati-->oh... mcm pernah beranak je!..hahahaha

Nurul Ainie-->:)

CIkgu Ma-->Waalaikumusalam dik... he he, bukan longkang ke?;p

 

Browse