Assalamualaikum.
Maaf kerana lama tidak berkhabar cerita, lama juga tidak menyapa sesiapa. Bukan niat untuk memendam segalanya,cuma masa tidak mengizin untuk mencoret rasa.
Berita lewat petang, di hujung minggu itu amat menyedih rasa. Ibu Mardhiah telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada hari yang sama. Allah..... betapa berat untuk Mardhiah jua saya menerima berita ini.... Innalillahii Wainna Ilaihi Roojiunn...
Selepas mendapat kebenaran dari bos besar untuk cuti panjang mengejut, saya mengikut mardhiah pulang ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu pada malam tu juga. Tambah-tambah Mardhiah perlukan saya di sisi pada detik itu. Lagipun, manakan mungkin saya tidak melawat jenazah ibu Mardhiah yang saya sudah kenal rapat semasa arwah masih hidup.
Bagi saya, inilah perjalanan paling panjang pernah saya tempuh untuk ke Terengganu. Ini jualah malam yang paling panjang pernah saya lalu. Malam yang diiringi air mata, air mata hati, jua air mata dari langit. Hujan mengiringi kami sepanjang perjalanan dari Putrajaya hinggalah ke Dungun. Alhamdulillah, Kami tiba di Dungun lebih kurang pukul 2 pagi.
Sampai di rumah Mardhiah, sudah ramai sanak saudara Mardhiah yang tiba. Adik beradik beliau pula sedang membaca Al-Quran di sisi jenazah ibu tersayang. Bila penutup muka jenazah ibu beliau di buka.... Allah.... saya seolah melihat ibu Mardhiah sedang tersenyum. Tenang sungguh raut wajahnya. Saya kata kat Mardhiah, "InsyaAllah...ahli syurga dah mak mu Mardhiah..ahli Syurga."
Saya tahu Mardhiah tabah, saya pun tidak tahu lah macam mana saya kalau di tempat Mardhiah. Mungkin saya tidak setabah itu. Saya doakan moga Allah tempatkan roh ibu Mardhiah di tempat yang terbaik di sisiNya beserta hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Ameen.
Bila menghadapi keadaan sedih macam ni, barulah saya sedar, saya bukanlah seorang sahabat penenang yang baik. Tiap kali Mardhiah menangis, saya turut sama menangis. Sepatutnya saya menenangkan beliau, mengucap kata kuat dan tabah. Bukannya menangis bersama. Bukannya menambahkan lagi kesedihan beliau. Saya harap jika beliau baca ni satu hari nanti, beliau maafkan saya atas kelemahan saya ni.
Wasalam.
27 comments:
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun..
sukar nak bayangkan kesedihan perginya insan bergelar ibu...
p/s: saya dulu pernah berkelana di negeri jauh.. bila sanak saudara meninggal di negeri sendiri, jenazah dah siap mandi dan disembahyangkan, saya tertidur di bilik dek kerana telalu letih memandu.. mujur sempat iring jenazah ke kubur.. aduyai...
Tidak dapat kakak bayangkan betapa pilunya Mardhiah saat mendapat berita itu Fida...
Allah jua yg maha mengetahui. Bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yg soleh/solehah dan juga sahabat yg budiman...
Moga rohnya tenang di sana
Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT juga kita kembali.
Al-Fatihah, Afida,
kamu telah berusaha sebaiknya.
Semoga roh ibu Mardhiah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Kehadiran Fida di sisi Mardhiah di saat dia memerlukan sudah cukup untuk membuktikan Fida seorang sahabat yang prihatin.
Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah :(
salam takziah utk Mardhiah...
Al-fatihah..
Moga Mardhiah tabah mghadapi ketentuanNya ini.....
alfatihah utk arwah. tahziah pada ahli keluarga.
kdg2 wpun xdpt buat apa2 utk tlg dia, bila kak fida sentiasa ada dekat dgn dia,tu dh cukup sebenarnya...
saya tau perasaan tu..
innalillahiwainnailaihirajiun....
kalau ada kat dungun leh jugak akak gi melawat...
mardiah yang tinggal kat depan spital ke?..
harap kawan fida tabah terima ujian ni......
insya allah sama2 lah berdoa untuk arwah ye....
semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama dengan hamba2 allah yang soleh....
hilang orang yang kita sayang memang sakit....
takziah tuk mardhiah..al-fatihah tuk arwah ibunya..moga bersama golongan mukmin..aminn
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Bagi saya kak fida ialah seorang sahabat yang baik..
Bukan ke, sahabat yang baik itu sama-sama ketawa bila gembira dan sama-sama sedih tika berduka...
ALLAHUALAM...
tq kfid 4 being there for her while we cant~
saya selalu terluka...mungkin sebab saya juga selalu khilaf...
al-fatihah. semoga rohnya bersama roh para solihin, para muqarrobin
Assalamualaikum..
Moga saudari sihat hendaknya dengan izin~Nya..
Takziah buat sahabat saudari. Moga Allah ampunkan segala dosa ibunya serta meredhakannya..amin
Assalamualaikum wbt
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
innalillahi wainna lillahi rojiun..
takziah buat mardhiah..semoga beliau tabah dan sabar..
Al-fatihah buat ibu mardhiah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
sesungguhnya kita ini dikira kaya jika masih punya ibu bapa..jad hargailah mereka selagi mereka masih bernafas di dunia ini..*peringatan utk diri sendiri juga yang kadang2 alpa dengan urusan dunia sampai mengabaikan orang2 yang melahirkan dan membesarkan kita..*
kak fid, kalo saya ada di tempat akak..saya rasa saya yg akan menangis lebih dari akak sebab saya memang cengeng sket..so, don't blame yourself kak..
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun..
Sampaikan salam buat Mardhiah, moga dia tabah, sekalipun ibunya telah tiada tapi doa anak yg soleh akan sentiasa menemani ibunya disana....
al-fatihah..semoga ditempatkan di tempat y tinggi..insyaAllah..
innalillahi waiinailaihirojiun..
al fatihah utk arwah ibu mardhiah
insya Allah.. pasti ada hikmah d sebalik apa yang berlaku kan... semoga semuanya akan baik2 saja...
al-Fatihah buat arwah...
innalillah...alfatihah...
al-Fatihah. Moga dia tabah.
takziah kepada mardiah..semoga allah mencucuri rahmat bonda beliau
al-Fatihah.
Semoga Mardiah tabah... Semoga Afida juga...
maaf atas kekangan, lewat menjengok di sini.
Fuad-->Akak pun tak leh bayang fuad.. cuba untuk bayang, tapi cepat2 tepis... PS: jauh kat mana tu?
Kak Zakie-->Aminn kak.. terketar2 saya tengok mardhiah bila mendapat tau berita tu, Allah je la yang tahu keadaan dia petang tu. Tapi dia tabah kak..dia tabah
Aliff-->Al-Fatihah... nak berusaha untuk tenangkan, tapi menangis bersama..
Kak Tirana-->Ameen... saat dia susah kak, alhamdulillah Allah bagi saya kesempatan dapat berada di sisi dia..
Pencari Allah-->Al-Fatihah
Kay-->thanx kay..
Kak tinie-->Al-Fatihah, mardhiah memang tabah kak
Ana-->Al-Fatihah... harap2nya macam tu ana, petang tadi akak call dia lagi.. Alhamdulillah... mekdi ok.
Menusuk Hati-->Ameen...
Kak Eita-->A'aa, kat depan spital, atas sket sebenarnya, kat jalan bunga raya 4..Ameeen..
Noli-->Ameen, insyaAllah..
Noorieda-->Allahualam.. memang impian nak jadi sahabat yang baik, tapi semua tu bukan kita yang tentu kan?
Intan-->tengs intan...call ptg tu, at least dengar suara sahabat2 jadi kuat sikit.
CIkgu Ma-->sama2 kita
Nahmy-->Ameen..
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, alhamdulillah..Allah bagi nikmat demam sikit ni, takpa..sikit jah (Demam rindu kat kg kot..hehe)
Ameen, ya Rabbal Alamin.. insyaAllah saudara..
Tajnur-->Waalaikumusalam Tajnur.. itu lah kami petang tu, menangis dulu... baru sebut Innalillahi Wainna Ilaihi Roojiuun..
Shy-->kekurangan akak, tak kuat nak tenangkan orang, apatah lagi nak tenangkan hati sendiri.... Mardhiah kata, dia dah jadi anak yatim, mak dia tak sempat tengok dia kahwin.. Allah..sebak bila ingat
Kak Norsha-->InsyaAllah kak norsha, alhamdulillah..anak-anak soleh solehah belake, insyaAllah
Senyum Soya-->Ameen, insyaAllah
Sahrom-->Al-Fatihah
Gen2Merah-->InsyaAllah..pasti ada hikmahnya
Aisya-->Al-Fatihah
Naim-->InsyaAllah..dia mmg tabah naim..
Budak Penjara-->Ameen...
Nae-->Alhamdulillah, baru je petang tadi fida telefon mardhiah di kg nae, dia ok, sangat ok..
eh takpa..takpa..
K fida,thanks sbb post brite ni kt blog..n thanks jgk tuk kwn2 blogger k fida yg mendoakn untuk arwah ibu kesayangan saya..saya mendoakan kesihatan yg terbaik tuk ibu2 anda sekalian..ameen~~
Post a Comment