Semacam Baru...

Monday, August 29, 2011
Pepatah arab ada menyebut...

"Bukanlah eid itu untuk pemakai baju baru, tetapi untuk mereka yang taqwanya semacam baru"...




Salam eidulfitri buat semua sahabat taulan, jauh dekat... Saya mohon maaf jika ada salah dan silap.

Taqabbalallahu minna wa minkum...


PS: Kalau ke Kuala Terengganu, jemputlah datang beraya di Pulau Rusa;)

Kekasih Yang Bernama Ramadhan...

Thursday, August 25, 2011
Saya copy paste dari facebook adik saya.

Aku lihat Ramadhan dari kejauhan, lalu ku sapa. "Nak ke mana?". Ia berkata lembut. "Aku harus pergi. Mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama Mukmin. Syawal akan tiba sebentar lagi. Ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya. Peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA..."

Ramadhan dah nak pergi.... :(






PS: Terima kasih saudara Abdul Razak, atas kad ucapan eidulfitri dan bait-bait doa yang indah ni.


Dia Yang Kunikahi...

Tuesday, August 23, 2011
Tahniah adik Iqbal Syarie atas novel sulung beliau yang sudah pun berada di pasaran. Tengah-tengah bajet untuk persiapan raya, sempat juga saya sambar novel beliau sebiji, Dia Yang Kunikahi dan sebiji lagi novel karya A. Ubaidillah Alias, Cinta Kembali Bertasbih.

Saya berbisik kat adik perempuan saya yang juga kebetulan mahu mencari buku di MPH Alamanda hari tu. 'Tengok, orang lain duk sibuk cari baju raya, kasut raya, kuih raya..kita duk sibuk cari buku raya. Bagus kan kita?'. (Ceh, suka angkat bakul masuk sendiri, he he)

Adik saya sengih.

"Eh bukan lepas ni kita pun nak cari kasut raya jugak ke?", adik.

Haaa, kan dah kantoii!



Alhamdulillah, petang tadi dah habis baca Dia Yang Kunikahi. Garapan sangat menarik. Jalan cerita pun mantap. Bab ending dia.... jeng jeng jeng, kena baca dulu baru tau. Bila baca Dia Yang Kunikahi, buat saya terfikir... pemuda-pemuda yang soleh-soleh ni, memang nak cari 'produk yang siap' ke untuk dijadikan teman hidup? Macam mana dengan 'produk yang baru nak siap' atau pun 'produk yang tak siap langsung'? Memang takdak dalam list mereka yang soleh-soleh eh? Terfikir je...err


Ah, jodoh itu kan rahsia Allah...

Redha...

Sunday, August 21, 2011
Tika juang menghampiri menang.
Tika langkah maju meninggal belakang.
Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat bangkang.
Dia...tersungkur di petang yang tenang....

Mungkin Tuhan nak suruh berehat.
Yer, mungkin Tuhan nak suruh berehat.
Tuhan nak suruh berehat ni.
Pujuk hati.
Pujuk segala.
Redha dengan aturan Dia.
Kerana itulah sebaik-baiknya.




"Untuk juadah berbuka, Kak Nor nak masak apa kat bazar nanti?" mak.

Amboi mak... macam perli, tapi macam memahami anak dara dia ni..

he he..

Hati Perlu Sentiasa Senyum...

Thursday, August 18, 2011
Waktu awal-awal puasa dulu, tekak saya ni rasa susah sangat nak telan makanan sewaktu sahur, hatta sebiji kurma. Melihatkan situasi terbabit (skemanyer ayat dia, he he), ada sahabat yang mencadangkan saya mandi dahulu sebelum bersahur.

Alhamdulillah, sejak hari tu (7 Ramadhan kot), sehinggalah hari ni (18 Ramadhan), saya dapat bangun sebelum 4.30 pagi dan terus mandi. Awal-awal tu payah juga la sebenarnya sebab tak biasa kan pukul 4.30 dah mandi. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan. Lama-kelamaan, bila dah terbiasa mandi sebelum sahur tu, rasa seronok, rasa segar. Selera waktu sahur pula datang berganda-ganda.

Sahabat saya tu juga ada bagitau, selain membantu membangkit selera waktu sahur(which is saya baru tahu, oh), mandi waktu dinihari ni juga boleh buat kita jadi awet muda. (Dah lama tahu tapi tak amal, isk)

Saya rasa, ada umur panjang, lepas bulan Ramadhan ni... kalau Allah kasi saya kekuatan dan istiqamah untuk mandi pagi pada pukul 4.30 pagi setiap hari sampai bila-bila.. insyaAllah, tak mustahil orang yang tak kenal saya ingat saya ni baru je masuk universiti .. kot. Orang putih kata sweet 19 gitu (perasan!)

hik~


PS: Jadi sapa-sapa yang rasa tak dak selera nak makan sahur tu, boleh la mandi dulu yer..InsyaAllah, selera pasti ada. Muda pun kelihatan sama;)

Perempuan Agung...

Tuesday, August 16, 2011
Bos tak approve lagi cuti raya. Padahal dari minggu lepas lagi dah apply. Tak kira, tak approve pun, saya tetap nak cuti jugak. Raya...mana boleh tak balik. Yer dop?

Alhamdulillah, mak saya sudah jadi full-time housewife sejak tahun lepas. Mak minta pencen awal. Dengan kerenah pelajar-pelajar yang semakin menyesak dada mak saban hari tambah dengan penyakit mak, mak minta pencen awal. Kalau diikutkan, 2 tahun lagi sepatutnya mak baru boleh pencen.

Saya bersyukur, sejak mak duk kat rumah. Saya nampak mak bertambah sihat. Tidak lagi pening-pening, sakit-sakit seperti waktu mak masih lagi bergelar pendidik dulu. Hatta teman-teman mak yang datang melawat pun kata mak bertambah sihat berbanding dulu. Alhamdulillah...syukur sangat-sangat saya tengok perubahan mak kini.

Cuma..saya tahu mak sunyi tatkala semua anak-anak mak merantau keluar. Tinggal budak-budak kecil Nabilah dan Huda saja di rumah. Time mereka ke sekolah. Sorang-sorang la mak di rumah. Alahaii kesian mak.

Saya rasa Allah dah makbulkan doa mak dulu-dulu. Mak kata, time anak-anak besar nanti, mak nak anak-anak mak semua keluar. Rasa dunia luar. Biar tinggal mak dengan ayah je berdua kat rumah.

Sekarang saya rasa doa mak dah berubah. Nak suruh anak-anak semua tinggal berdekatan dengan mak. Walaupun mak tak cakap direct, tapi saya tahu, sebab mak sunyi...kalau anak-anak dan cucu-cucu balik, boleh tengok sangat raut gembira yang amat kat wajah mak.

Selalu juga, waktu tidak terlalu sibuk di pejabat saya telefon mak. Kadang-kadang boleh dikatakan tiap-tiap hari. Sebab saya tahu waktu tu la mak duk sorang-sorang. Saya fikir, kalau dah jasad tak boleh berada dekat, sekurang-kurangnya ada suara yang boleh dijadikan ubat.

Ada satu hari tu, saya cadangkan mak buat blog, boleh share cerita masak ke, cerita anak-anak ke, cerita apa saje pasal kehidupan macam Kak Tirana, Kak Kamsiah, Kak Tinie dan blog-blog ibu-ibu yang lain. At least, mak takde la bosan sangat kat rumah sorang-sorang. Ada kawan-kawan yang boleh bertukar cerita, walaupun di alam maya cuma. Tapi....mak cakap mak tak pandai. Mak cakap, mak pandai Word dengan PowerPoint je.


Mak....
I love you mak...wherever you are..

Kari Telur Masin...

Sunday, August 14, 2011
Petang semalam, Putrajaya dilanda ribut. Kuat sangat. Baru je plan nak gi 'masak' kat bazar sebelah rumah ni, tapi kalau dah ribut macam ni, macam mana nak 'masak' kat sana ..kan?

Nak masak kat rumah, stok barang basah pulak takde. Telur masin yang saya bawa bekal dari kampung hari tu, ada la.

Tetiba dapat idea nak buat kari telur masin, tapii... housemate pula tak setuju pasai dia kata macam sedih je berbuka dengan kari telur masin sahaja, errr.

"Takpe, ribut berhenti nanti ni. Ribut berhenti nanti", pujuk housemate saya.

Kalau saya, tak kisah la makan telur masin saje ke... asalkan kenyang. Bila lagi nak merasa makanan sesimple macam ni kan?

Nampaknya Allah makbulkan doa housemate saya. Ribut berhenti lebih kurang sejam lagi sebelum waktu berbuka. Sempat la kami mentapau apa yang patut. Kalau tak, sah sah kari telur masin jadi santapan berbuka saya semalam.


PS: Tetiba...nak buat kari telur masin la petang ni.. ngaa

Demi Terawih...

Thursday, August 11, 2011
Tadi, tiba kat surau bawah tuk solat terawih agak lambat. Bilal dah iqamat, saya baru sampai kat depan pintu surau. Tapi Alhamdulillah, lambat pun, rezeki saya dapat duk saf paling kanan, depan sekali.

Imam kami, walaupun suara tak macam Sheikh Mishary, tapi bacaan mantap. Seronok juga saya berterawih kat surau bawah ni. Saya syak, dia hafiz yang diimport oleh AJK surau.

Siap bacaan doa 8 rakaat solat terawih, saya berpaling kat orang yang duk belah kanan,hulur tangan, salam, senyum. Berpaling kat orang yang duk belah kiri, hulur tangan, salam, senyum. Dia, jemaah yang duk belah kiri saya, seorang makcik yang lagi tua dari mak saya rasanya tegur saya....

"Aiik, buat 8 je?",

Saya sengih.

Angguk.

Maluuuuu.


Baju Raya...

Tuesday, August 09, 2011
Masih ada bisu,
Masih ada malu,
Apakah hari masih setia menunggu....


"Baju raya berapa pasang? Saya dua pasang je..."

Aduhhh puasa baru 9 hari dah tanya bab baju raya. Pening kepala sekejap, he he.

"Saya tak jahit lagi..errrr... eh tak beli lagi, ngee"

"Oh"



PS: Kalau tanya Al-Quran dah baca juz berapa, kurang-kurang ada semangat sikit nak khatam Al-Quran bulan Ramadhan ni...yer dok?




Awak...dah sampai juz berapa?

dan dan tanya ni..ngaa..

Single is Simple;-)

Sunday, August 07, 2011
Hampir menginjak waktu asar, dah terbau orang rumah atas memasak. Sedap sungguh bau dia. Macam masak nasi lemak. Tak pun dia buat sambal bilis kot! Allahualam..

Kami.... masak kat bazar je kot petang nanti! Tambah-tambah ada bazar ramadhan yang baru dibuka kat sebelah rumah ni. Pergi pun jalan kaki je..alhamdulillah. At least, time malas nak masak, ada bazar yang terhidang, errr. Ala...orang bujang macam ni la. Kalau masak pun campak-campak je. Kalau malas nak masak, beli. Simple kan? Ah, single tu kan simple ^-^ ngeee.

Mak kata, time bujang-bujang ni boleh la nak bermalas-malasan lagi bab masak ni. Time dah kahwin nanti, jangan harap! Mau kena umpat dengan mertua 7 hari 7 malam kalau tau menantu dia malas memasak.. errr

Huda...

Wednesday, August 03, 2011
Tok kata saya 'sihat'..tok senyum panjang. Alhamdulillah..kali ni drama air mata tok tak terbit, saya bersyukur sungguh, he he

Huda, adik bongsu saya.. makin kurus. Tangan dia macam dah tinggal tulang. Mak kata Huda makan sikit sangat. Hari pertama puasa, Huda tak sahur nasi. Pinggan nasi dah bertenggek depan mata, tapi tangan Huda macam tak boleh nak suap nasi ke mulut. Padahal ada ayam bakar feberet Huda. Last-last Huda makan milo balls dengan susu je.

Balik sekolah tengah hari, Huda dah lembik. Muka pucat, muka lapar, muka letih semua dapat tengok kat muka Huda. Ingatkan Huda tak nak pi sekolah petang, tapi hati Huda masih lagi cekal nak pi. Selepas mandi dan solat, tengah siap-siap nak pi sekolah petang, tiba-tiba Huda tanya kat saya.

"Kak Nor tau dak ada apa dalam imaginasi Huda sekarang?"

"Apa dia?"

"Huda berimaginasi tengah makan tomyam, sedapnyer"

Aduhaii Huda, ada ke berimaginasi lagu tu. Tu maknanya Huda dah lapar la tu. Apa pun, sebagai kakak, saya bangga dengan Huda, bermula dari umur 6 tahun lagi Huda dah puasa penuh sebulan. Kalau dah lapar sangat, Huda merengek-rengek. Tapi bila disuruh berbuka Huda tak nak.

Balik dari sekolah petang hari pertama puasa tu, tak disangka-sangka Huda boleh merengek-rengek macam budak kecik, padahal dah masuk darjah 3. Saya tahu dia merengek sebab lapar. Sambil duk usap perut kempis dia, saya pujuk dia. Huda, kalau Huda mati sebab puasa, nanti Huda terus masuk syurga. Huda nak tak? Huda senyap sekejap, lepas tu merengek lagi. Last-last Huda tertidur.

Huda...Huda... petang tu, kakak mithali ni buat tomyam yang Huda duk imaginasi sedap tu. Alhamdulillah, bermangkuk-mangkuk Huda makan lepas balik terawih.

"Sedapnyer Kak Nor...Sedapnyer". Itu yang Huda duk ulang-ulang sambil makan.

Tapi bila ditanya Huda, tomyam Kak Nor ke..tomyam mak yang paling sedap. Tomyam mak jugak jawabnya...

Alahai~..

 

Browse