Nota Hati Tentang Cinta..

Monday, December 21, 2009
Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
jika jiwamu tulus kerana Ilahi...
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

-Pahrol Mohd Juoi-

Beberapa minggu yang lepas, aku sudah mengkhatamkan 'Nota hati seorang lelaki' oleh Pahrol Mohd Juoi. Aku rasa semua orang patut baca kisah-kisah pendek dari penulis yang terdapat di dalam buku tersebut. InsyaAllah ada 'sesuatu' yang boleh diambil untuk dijadikan pengajaran dalam hidup di dunia dan akhirat. Huh, macam jadi promoter buku pulak. erkk..

Kelmarin, kat MPH Alamanda, aku sempat sambar satu lagi buku karangan beliau. 'Tentang Cinta'. Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada tandingan, kata beliau. Tapi malangnya aku tak berkesempatan untuk menghabiskannya lagi disebabkan aktiviti renang. Berenang bersama katak...erkk. (Dalam kolam renang tu, ada seekor katak yang sedang berenang-renang bersama kami, putera katak mungkin,hehe). Tengok la hari ni atau besok akan cuba dihabiskan 'tentang cinta'.

"Cinta merangkumi banyak perkara,sebut saja cinta pasti teringat cinta lelaki dan wanita,terus terlupa pada yg 'lain'"- Ammat Grimlock-

PS: Jom bercinta;)

4 comments:

Khairi said...

wah, nnt bleh share inti2 penting ngn reader awk hehe.

Lama gila awk bercuti neh fida. :)

Afida Anuar said...

InsyaAllah, tp sy tak pandai sangat nk hurai2 buku2 yg sy baca. erkk..pasai tu kut tak leh jd cikgu..hehehe..

Maaf la khairi..lama sket bercuti. Terpaksa..erkk

Tirana said...

Aduhai...baca novel tentang cinta...Fida dilamun cinta ke? hehehe..

Afida Anuar said...

Kak Tirana, ni bukan novel. Buku yang ala-ala motivasi. Islamik. Ada yang kasi cerita pendek..tp fida suka yang nota seorang lelaki tu, mmg ada 'something' la kat dalam tu.

Hari-hari fida mmg dilamun cinta..erkkk;)

 

Browse