Siapalah Aku Di Hatinya...

Monday, May 11, 2009
Sudah dua purnama dia menyepi diri. Sepi tanpa khabar berita. Sunyi dari kata-kata. Hilang terus dari pandangan mata. Namun, jauh di ruang hati yang tulus itu , tidak pernah sehari pun berlalu tanpa hati itu mengingatinya. Tanpa jemu, tanpa ragu, hati itu menunggu....dan terus menunggu..

Oh, apakah yang cuba aku sampaikan ini? hehehe... anggaplah aku sedang cuba untuk menguji tahap kepujanggaan diri sendiri, namun entah mengapa ia tiba-tiba kaku di tengah jalan...adoii;)

Aku tahu, sejak dua menjak ni aku terlalu mengabaikan 'online jurnal' ni. Bukan niat aku untuk mengabaikannya, cuma aku akui, kehidupan aku sejak seminggu dua yang lalu begitu dihimpit oleh kesibukan yang melampau. Maklumlah projek 'pecah penjara' sudah begitu hampir ke penghujungnya, sekaligus menuntut aku untuk memberi 200% masa yang aku ada. Akibatnya, 'online jurnal' aku yang terabai dan terkorban. huhu. (ps: macam la aku ada masa 200%, hehehe).

Kadang-kadang terfikir juga aku, bila kesibukan yang melampau atau orang putih panggil 'hectic' ni melanda, ada benda yang terpaksa aku abaikan. Ada keinginan yang terpaksa aku korbankan dan ada cita-cita yang terpaksa dilepaskan. Macam mana la agaknya nanti, kalau sudah ada title 'hidup berdua'? erkk

Aku?.... aku harap aku tidak akan mengorbankan apa-apa perihal 'kehidupan berdua' itu..cukuplah sekadar mengorbankan 'online jurnal' ni barang seminggu dua, mungkin....hehehehe..

p/s: Dari petang tadi, aku duk fikir-fikir, mana la gamaknya Zambery Kadir tu nak letakkan muka dia eh. Sempat jadi MB Perak selama seratus hari lebih jek... Okla tuh daripada tak pernah jadi langsung kan?.. kehkehkehkeh... kesian kesian...

"Siapalah aku di hatinya?", kata-kata Zambry yang dituju kepada Hakim Mahkamah Tinggi itu...

kuikuikui...

 

Browse