Kepayahan Itulah Kehidupan..

Thursday, May 28, 2009
Jemari aku menari lagi kali ni. Menari kerana mahu menghiasai laman serba naif ini. Cuba menari sebenarnya. Otak aku pula ligat mencari bait-bait perkataan yang patut aku letakkan di sini. Seakan buntu jadinya fikiran walaupun pada hakikatnya terlalu banyak perkara yang aku ingin kongsi dengan pembaca yang aku kasihi semua.

Owhh sebelum itu, diucapkan jutaan tahniah buat Khairi dan Isteri atas kelahiran cahaya mata mereka yang pertama, Muhammad Absyar. Aku doakan semoga Muhammad Absyar bisa menjadi pejuang yang berjuang menegakkan agama Allah di bumi tercinta ini suatu hari nanti. InsyaAllah. PS: Khairi, Ja moga berbahagia dengan kehadiran orang baru;).

Ok, berbalik kepada tujuan asal jemari aku menari pada kali ini. Tujuan? hurmmm.... tiada tujuan yang jitu sebenarnya, cuma aku ingin menyatakan sedikit kekecewaan di atas kekalahan pasukan bola sepak gergasi dunia Manchester United ke atas Barcelona. 2-0 pulak tuh!! Adehhh....

Apa pun hakikatnya, kegagalan sebenarnya merupakan tangga-tangga kejayaan. (Ayat kaber Man U kalah ni, kuikuikui) Kalau tak silap aku, zaman aku belajar dulu, tak kira la sewaktu di sekolah menengah ataupun di alam universiti, apa jua kegagalan atau kesalahan yang telah aku lakukan itulah yang banyak mengajar aku untuk memahami satu-satu perkara sehingga dapat lulus dengan cemerlang.errrrkk..

Begitu juga dengan hakikat kehidupan, tanpa kegagalan dan belajar dari kegagalan.... 'life is meaninglessness'. Kan?

p/s: Alamak..dah lambat!

Till then...

Mengintai Kedamaian..

Monday, May 25, 2009
Hujung minggu,Sabtu dan Ahad semalam dan malam semalam, streamyx kat rumah buat hal lagi, entah mengapa. 2,3 malam sebelum tu, ada jugak dia buat hal. Tapi sekejap jek. Ni sampai 2 hari 2 malam. Dah la kejadian itu berlaku di hujung minggu yang aku memang tiada plan untuk ke mana-mana melainkan sekadar melepak di rumah bertemankan tv, lappy, makanan-makanan, erkk.. owhh dan bayangkan lappy cap dell yang berwarna biru gelap itu tidak mampu dihubungkan ke alam maya!! Aku terasa seperti berada di alam gua. heh! hehehe...

Namun, ketiadaan streamyx tidak pernah mematahkan semangat juang aku untuk terus hidup mengharungi 2 hari cuti hujung minggu di rumah. Banyak benda yang bisa dilakukan. Tidur, makan, tidur, makan..bla bla bla..makan, tidur, makan, tidur....hehehe..nope la...just kidding;). My life is not about eating and sleeping and sleeping and eating. If i'll do only those, i'll be 'dead'..hohoho.

Meeting dengan pihak atasan 'projek pecah penjara' pada petang Jumaat yang lalu agak mengejutkan. Projek ini di 'extend' lagi sehingga akhir bulan 7. Bermakna aku akan berada di dalam 'penjara' sehingga waktu itu. huh! Lamanyaaaaa!!!

Apa yang menyedihkan, ada sebahagian daripada team member kami yang terpaksa berpindah ke 'client site' di Subang bagi meneruskan 'projek penerbangan'. Semakin sunyi jadinya ODC kami. Semakin pilu dibuatnya erkk. Namun apakan daya, kerja punya pasal....nanti kang tak pasai-pasai kene buang..huhuhu

p/s: Kedamaian itu masih setia aku intai...entah bila dia nak membalas intaian aku..erkk;)

Bintang Yang Satu Itu Sedang Ditemani Sang Rembulan. Aku Bahagia…..

Friday, May 22, 2009
Dulu aku suka merenung bintang. Entah mengapa aku terlalu suka duduk sendirian di tengah malam gelap sambil merenung ke dada langit.. mengintai bintang. Duduk melangguk di tepi tingkap hanya sekadar mengintai, owhh, kalau la ada sesiapa yang nampak, pasti akan kata aku ni kelihatan seolah pungguk yang rindukan bulan. Padahal waktu tu, aku bukanlah 'pungguk' dan aku tiada 'bulan' untuk dirindu, hehehe..

Masih ingat lagi, sewaktu aku menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam beberapa tahun yang lalu. Aku merupakan salah seorang guru yang ditugaskan untuk mengiringi pelajar memasuki sebuah hutan di Hulu Terengganu. Sewaktu aktiviti kembara malam dijalankan, aku ditugaskan untuk menjaga ‘check point’ bersama beberapa orang guru lain di dalam hutan! Gelap! Tiada satu cahaya pun yang menerangi tempat kami kecuali…cahaya bintang dan cahaya bulan.

SubhanaAllah, waktu di dalam hutan ni, rupanya kerdipan bintang-bintang itu lagi indah dari yang biasa aku lihat. Sinarannya lagi memukau kalbu, kerdipannya begitu merantai jiwa sehinggakan seorang guru menegur keralikan aku merenung langit sampai aku tidak sedar seorang murid sedang termangu di depan aku menunggu tandatangan dari aku.huh! Bintang punya pasal!

Subuh tadi, agak awal aku bangkit dari tidur. Sebelum azan Dia sudah membangunkan aku. Mana taknya, semalam terlalu awal aku menidurkan diri akibat stimik yang kebengongan tahap gaban. Sebaik menyelak comforter tebal yang menyaluti badan, aku melangkah malas ke tingkap. Membukanya agar angin subuh bisa mendinginkan segenap ruang rumah.

Sebaik tingkap dibuka, kelihatan sebutir bintang yang begitu indah kerdipnya bertahta indah di dada langit. Bulan sabit pun ada sama seolah setia menemani sang bintang. Sedang ralik menemani sama sang bintang dan sang bulan buat beberapa ketika, azan subuh kedengaran membangunkan hamba-hambaNya yang sedang enak dibuai mimpi.Aku menunggu sehingga azan habis dilaungkan sambil melontar pandangan terakhir buat sang bintang dan sang bulan sebelum berlalu menyuci diri.

Aku tahu, bintang yang satu itu sudah lama ditemani sang rembulan. Aku bahagia. Sungguh!

Bicara Untukmu..

Wednesday, May 20, 2009
Maaf..maaf kerana membiarkan online jurnal ini sedikit terabai. Bukan niat untuk membiarkannya terabai, cuma masa dan keadaan tidak begitu mengizinkan aku untuk berada di alam maya ni untuk jangka masa yang lama sejak beberapa hari yang lepas. Anggaplah aku terlalu dihimpit kesibukan kerja. erkk..
Alamak..idea sudah terhenti...

Bicara sudah menjadi kelu..

Jemari menjadi kaku..

Nampaknya...
Till then;)

Kekasih Yang Hakiki

Friday, May 15, 2009
Allah..

Kuatkan diriku.
Jauhkan aku dari mudah putus asa dan jemu
Ampunkan jua diriku
Tatkala aku lupa untuk mensyukuri nikmatMu..
yang tidak terhitung banyaknya.

Walaupun setinggi gunung
Walaupun sedalam lautan
Walaupun sebanyak butiran2 pasir di pantai

Tidak terhitung..
dan pasti tidak mampu untukku hitung.

Tetapkan aku di jalan Mu.
Aku pohon..
Aku pohon ya Allah...
Tuhan sekalian alam..

Siapalah Aku Di Hatinya...

Monday, May 11, 2009
Sudah dua purnama dia menyepi diri. Sepi tanpa khabar berita. Sunyi dari kata-kata. Hilang terus dari pandangan mata. Namun, jauh di ruang hati yang tulus itu , tidak pernah sehari pun berlalu tanpa hati itu mengingatinya. Tanpa jemu, tanpa ragu, hati itu menunggu....dan terus menunggu..

Oh, apakah yang cuba aku sampaikan ini? hehehe... anggaplah aku sedang cuba untuk menguji tahap kepujanggaan diri sendiri, namun entah mengapa ia tiba-tiba kaku di tengah jalan...adoii;)

Aku tahu, sejak dua menjak ni aku terlalu mengabaikan 'online jurnal' ni. Bukan niat aku untuk mengabaikannya, cuma aku akui, kehidupan aku sejak seminggu dua yang lalu begitu dihimpit oleh kesibukan yang melampau. Maklumlah projek 'pecah penjara' sudah begitu hampir ke penghujungnya, sekaligus menuntut aku untuk memberi 200% masa yang aku ada. Akibatnya, 'online jurnal' aku yang terabai dan terkorban. huhu. (ps: macam la aku ada masa 200%, hehehe).

Kadang-kadang terfikir juga aku, bila kesibukan yang melampau atau orang putih panggil 'hectic' ni melanda, ada benda yang terpaksa aku abaikan. Ada keinginan yang terpaksa aku korbankan dan ada cita-cita yang terpaksa dilepaskan. Macam mana la agaknya nanti, kalau sudah ada title 'hidup berdua'? erkk

Aku?.... aku harap aku tidak akan mengorbankan apa-apa perihal 'kehidupan berdua' itu..cukuplah sekadar mengorbankan 'online jurnal' ni barang seminggu dua, mungkin....hehehehe..

p/s: Dari petang tadi, aku duk fikir-fikir, mana la gamaknya Zambery Kadir tu nak letakkan muka dia eh. Sempat jadi MB Perak selama seratus hari lebih jek... Okla tuh daripada tak pernah jadi langsung kan?.. kehkehkehkeh... kesian kesian...

"Siapalah aku di hatinya?", kata-kata Zambry yang dituju kepada Hakim Mahkamah Tinggi itu...

kuikuikui...

Jemari Yang Terkehel...

Sunday, May 10, 2009
Pemilik Kisah Klasik Untuk Masa Depan telah tag aku. Lama tak kene tag. Lama jugak aku mengabaikan online jurnal ni. Jadi, aku pun layan jek la.


Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda. /Done

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Cik Kay merupakan pemilik kisah klasik untuk masa depan. Cik Kay atau nama sebenar beliau Khairini Kamarudin merupakan seorang jurutera di salah sebuah syarikat kejuruteraan yang terkemuka di ibu kota. Sudah setahun aku mengenali beliau melalui aktiviti 'blogging' ini. Pada bulan ramadhan tahun lepas, kami akhirnya bertemu ketika sama-sama dijemput untuk berbuka puasa di rumah Incik Khairi dan isteri. Kay sangat peramah orangnya. Baru pertama kali berjumpa, terasa sudah lama aku mengenali beliau. Tidak hairanlah aku begitu senang untuk berkongsi apa jua masalah dengan beliau. Kay..terima kasih kerana sudi mendengar;)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

-Peminat tegar sup dan tomyam.
-Terlalu geli bila melihat ular dan cicak.
-Memandu kereta ber'berkaki ayam'
-Anak sulung dari 8 orang adik beradik. Ramai kan adik-adik aku? eheh
-Hobi aku memasak...hehe. (silalah percaya)
-Suka baca buku, tapi dah seminggu lebih tangan aku ni tak sentuh buku...erkk.
-Mereka bilang, aku ni seorang yang tabah.. aku iyekan jek;)
-Bulan lepas, berat badan aku naik 2kg!! huh!
-Percaya akan cinta pandang pertama...Ohh Incik Hitam...hehe
-Bendul aku bakal dilangkah oleh adik lelaki aku tidak lama lagi...hurmm....

p/s: No 4 dan 5 aku abaikan. Jari aku sudah terkehel.. ohh tidak!!!.. tolonggggggg.. tolonggggggggggg;)

hehehehe

 

Browse