Penutup...

Tuesday, December 13, 2011
Sekali laut bah, sekali pantai berubah....
Kalau dua kali laut bah... dua kali kah pantai berubah?

Balik kerja petang tadi, rumah sunyi. Sepi. Biasanya kalau saya balik dari kerja, Mardhiah sudah berada di rumah. Rumah meriah la sikit dengan suara dia, tak pun suara lappy dia. Tapi sekarang sepi. Kata Mardhiah, dia akan bercuti sampai 27hb kot. Tak sampai hati nak tinggalkan ayahanda yang tua seorang diri di rumah. Tambah lagi masih baru kematian isteri. Sapa yang nak jaga makan minum pakai?

Adik beradik lain semua dah ada komitmen dengan keluarga dan anak-anak. Jadi nak harapkan sapa lagi iyer dak? Mardhiah kata, by hook or crook, dia kena cari kerja kat Dungun la lepas ni, nak temankan ayahanda yang duk sorang-sorang kat rumah. Allah baik sungguh hati Mardhiah..... moga Allah permudahkan urusan pencarian kerja Mardhiah di sana.. Ameen. (Kekasih Cik P, kot-kot la ada kerja kosong kat Kerteh tu war-warkan deh kat ambe, dekat dah dengan Dungun tu..)

Sebelum ni, bukannya saya tak tahu yang mati tu boleh menjemput kita bila-bila masa, tapi dalam kereta nak jugak lagho-lagho dengar fly, red. Nak jugak tengok movie, tengok X-files. Tapi sejak pemergian mak Mardhiah hari tu, alhamdulillah, tangan ni dah mula tukar channel, pasang ikim pulak. Tak pun dengar je cd bacaan Al-Quran dari Maher Al-Muaiqly. X-files pun dah tak tengok dah. Ya Allah...saya pohon agar perubahan yang sedikit ni berpanjangan ya Allah.

Nak buat apa-apa sekarang kena fikir, macam mana kalau saya tengah tengok wayang, cerita lagho-lagho Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya duk melambat-lambatkan solat, tiba-tiba Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya tengah mengumpat, Allah ambil nyawa saya? Macam mana kalau saya mati tak sempat nak bertaubat? Macam mana saya kat 'negeri abadi' nanti?


Ya Allah
Tutupkanlah untuk kami akhir yang baik
ketika tiba saatnya umur kami Engkau tarik.

26 comments:

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Btol 2 kak.....aibnya bila ALLAH amik nyawa kita sedang kita leka...

Malu kpd ALLAH yang memberi kita nikmat....

Masya-ALLAH...Nauzubillah....

fuad ansari said...

ketika aku mengunyah makanan, aku tidak yakin aku mampu hidup sampai aku mampu menelannya..

ketika aku mengangkat secawan kopi, aku tidak yakin aku mampu hidup sampai aku meletakkannya kembali...

kata2 buat peringatan diri sendiri..

p/s: Ramli balik rumah pun sunyi jugak sebab isteri n anak tiada seminggu-dua temankan mertua di kampung.. janggal pulak rasanya kalau tiba2 jadi bujang.. hurm..

Azian Elias said...

INSYALLAH.. ALLAH permudahkan segalanya..AMEEN.

Mindaberbisa said...

Pengawalan yang baik, pengakhiran yang baik-baik juga. InsyaALLAH :)

Tirana said...

Mudah-mudahan kita mengakhiri hidup ini dengan kebaikan..Amin

Kamsiah yusoff said...

salam
semoga ALLAH mengakhiri hidup kita dgn pengakhiran yg baik...
akak sendiri...makin bertambah usia...makin tak boleh tgk tv,tak boleh tgk artis..satu perasaan tak suka yg sukar diceritakan...

Abd Razak said...

Assalamualaikum Saudari Afida..

Moga saudari dikurniakan Allah kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat perlindungan~Nya...amin

Hendaknya dalam ruang masa yang ada janganlah berpaling daripada Allah yang telah menciptakan kita. Mengadaplah kepada~Nya sentiasa dan bertaubat. Kerana, kita tidak tahu bilakah kematian akan memisahkan kita. Moga dengan begitu, redha dan rahmat Allah kita perolehi serta kematian yang baik.

Adliff said...

Assalamualaikum,

Afida,

Hiduplah hari ini seumpama akan mati esok, bekerja hari ini seolah hidup seribu tahun lagi.

All the best and be the best!.

Aishah Nur Hakim said...

alaaa...huk!

saya pun kadang2 leka nengok oprah, nengok materchef-bukan-malaysia.


sekarang tengok "kupinang kau dengan bismillah" di al-Hijrah

kalau Allah tarik nyawa waktu tu...
terpinang-pinanglah diriku.


erk


oketata.
:)

As said...

And never give up on His mercy.
Moga husnul khatimah.

Btw sister,
belah-belah sini banyak je perlu contract staff biasanya.
For sure not to the level our your certificate.
But then if for sementara waktu your housemate nak kerja je dulu, why not then.

Try google through job vacant insyaAllah banyak ada belah Terengganu.
Bila Allah takdir ada rezeki belah sini teman ayah, insyaAllah takda sape boleh stop. :)

Moga Allah mudahkan.

Norsha said...

Allah...moga2 kita saling mengingati agar tidak lupa....dunia hari ini mmg byk yg melalaikan kita fida...

Unknown said...

Salam fida..
mudah2an Allah sentiasa bukakan hati kita untuk terus sujud padanya dan pengabadian kita padaNYA tetap berterusan.

p/s harapan nk jumpa fida tak dapat lah ye...lom ada rezeki.

IMANSHAH said...

tulah skrg suka lagho dengar lagu SOmeone like U..huhu tapi nasyid tak lupo

Pn Kartini said...

Ya Allah..tolongkan akan daku supaya dpt mengingatiMu...mensyukuriMu...dan elok beribadat kepadaMu........


Amin....

eita said...

assalamualaikum fida..
harap2 kawan fida tabah hadapi semua ujian tu.....
akak suka dengar sheikh said al ghomodi mengaji...bacaan dia menusuk jantung.....
harap2 allah sentiasa merahmati kita semua kan dalam kehidupan ni....
kematian tu ada di mana2 je...cuma kita tak tahu bila je kan...

DrSam said...

Salam sepi di angin lalu Afida. Alhamdulillah, bila hati teringat mati syaitan dan iblis pun tidak keruan dan sesal kerana gagal mengulit insan menjadi alpa dan khayal dengan tipu muslihat duniawi. Semoga hati itu kekal dibaja dan disirami dengan nurullah yang suci.

Ce'gu JAERA said...

betul juga kan.. di saat kita seronok berbuat maksiat, tiba2 Allah tarik nyawa kita... sedih tul pemergian yang macam ni..

sama2 la kita berdoa utk kebaikan..

nahmy said...

terentap perasaan bila baca entry nih! menggugah lamunan...semoga kita semua temui 'kesudahan' yg baik...insyaAllah

Afida Anuar said...

Noorieda-->Waalaikumusalam wbt..tu la ieda.. Allah..moga2 Allah kasi kita semua pengakhiran yang baik...insyaAllah..

Fuad-->sama2 beringat fuad, sebab manusia ni kan mudah lupa...adehh semalam baru akak tulis tak nak lahgo2..tadi on d way balik keje nak jugak tangan tukar dengar red ... lagho tu..lagho tu..

PS: Amboii patut la entry hari tu mengaku bujang..:P

Kak Yan-->Ameen..insyaAllah kak..

Pencari Allah-->InsyaAllah...

Kak Tirana-->Ameen..moga2 kita semua ya kak..

Kak Kamsiah-->Salam kak..insyaAllah.. eh eh, fida pun macam tu..fida faham rasa tu..ohh tanda dah berusia eh..hehe;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Aminn..moga saudara juga begitu jua, insyaAllah.. Terima kasih saudara, insyaAllah.. moga2 Allah menerima segala amalan baik kita. dan menganugerahkan kita pengakhiran yang baik.. Aminn ya Rabbal Alamin...

Aliff-->Waalaikumusalam.. Aliff.. insyaAllah.. thanks.. U too! All the best and be the best!

Aisyah Nur Hakim-->akak dengar diaorang kata tv al hijrah bagus, prof muhaya asyik promote tv al hijrah. tapi akak tak pernah tengok. Astro takde:(

As-->Thanks As, kerja belah sana yer? insyaAllah akak pun yakin tu. Kalau Allah dah cakap rezeki dia kat ctu, takde sapa yang boleh halang, moga Allah permudahkan urusan pencarian kerja Mardhiah.. Aminnn..

Never give up on His Mercy..

Kak Norsha-->Itulah kak, peringatan tuk fida terutamanya, banyak sungguh lagho... banyak sangat...

Nyanyi Sunyi-->Salam kak..Aminnn..insyaAllah.. PS: Itu lah kak, tiba2 perancangan keluarga macam tu, tak leh nak buat apa. Tapi kalau mereka bertolak awal, dan saya sempat datang, insyaAllah saya datang, tapi kalau dah petang...kemungkinan sy tak datang, sampaikan salam kat semua yang datang yer kak..

Shah-->Minat Adele eh? saya pun suka gak lagu tu... aaa kata tak nak lagho2 dah..aduiii saya ni...

Kak Tinie-->Aminnn ya Rabbal Alaminnn..

Eita-->Waalaikumusalam kak.. InsyaAllah dia tabah kak.. Saya tau. Dulu pun saya suka dengar saad al ghamidi, tp lepas dengar sheikh maher, terus jatuh hati.. hehe;)

Dr Sam-->Salam Dr Sepi..wahh salam sepi di angin lalu ya..klasik sungguh! Aminn.. harap2 begitulah Dr, peringatan untuk saya terutamanya ni. Iman naik turun, tak maintain..isk

Gen2Merah-->Ameen..insyaAllah

Nahmy-->sebagai ingatan tuk saya terutamanya nahmy, banyak sangat laghonya... sedih bila diingatkan. InsyaAllah moga2 kita semua menemui kesudahan yang baik,..

As said...

Erm sebelum ni As sama ofis dengan Bijen.

If akak ada baca post sebelum2 ni As baru benti kerja last 2 weeks. :)

Btw, pechenta ada cite ada satu sek agama baru bukak kat Dungun. Maybe boleh apply jadi warden or guru buat sementara mardhiyah nak cari kerja lain kat sana. :)

Allah knows.

Aishah Nur Hakim said...

oh,
Tv al hijrah memang best.
tapi kalau banyak sangat tengok pun, jadi leka jugak.


asa Imam Suhaib webb
ada ustaz don (err)
ada Irma yang comel

ada drama baru:
Ku pinang kau dengan bismillah, cerita Indon best

ada fattabiouni
ada tafsir quran

heee.
nampak sangat kuat tengok tv


:)

Afida Anuar said...

As-->Oh, terima kasih As, nanti akak bagitau kat mardhiah, in case dia berminat tuk Apply... Indeed, Allah knows what best for us..

Aishah nur Hakim-->minggu depan 25hb, insyaAllah ada kuliyah muslimat yang akan disampaikan oleh Ustaz Don kat Surau An Nur bandar baru bangi..jom;)

As said...

25hb? Siang malam? Wah rasa macam nak pergi jugak :)

Afida Anuar said...

Siang... 9.30 pagi. jom jom. As duk mana?

Kat Surau An Nur BBB tu memang setiap Ahad jam 9.30 pagi ada kuliyah tuk muslimat, cuma penceramahnya la yang berbeza2 setiap minggu. Kebetulan 25 hb tu Ustaz Don, pagi tadi Ustaz Fadhil.

As said...

Takdir ada program tak jauh dari situ time tuh.

Allah izin, sampailah nanti dengan sahabat2 :)

Afida Anuar said...

Ooo...ok ok. No problem. InsyaAllah takde aral akak pi. Ada jdoh jumpa la kita yer.

 

Browse