Kepada Sekeping Hati Yang Sepi...

Saturday, December 24, 2011
Kak Sal balik kampung semalam. Mardhiah pula masih di kampung. Tinggallah saya seorang diri,bertemankan sunyi dan sepi, berkasih dengan buku dan lappy.. sepanjang hujung minggu ni.. ohh.

(Tv tak masuk senarai pasai Kak Sal dah rosakkan tv 2 minggu lepas, tak boleh nak on langsung. Pastu kami malas nak baiki, nasib la.. Haha, tetiba salahkan Kak Sal...ampunn Kak Sal!)

Sebelum balik semalam, Kak Sal sempat tanya kat saya, "Fida tak plan nak pi mana-mana ke wiken ni?"

Saya sengih.....

"Besok tak pi mana-mana kot, tapi hari Ahad Fida ada date.. he he. Date dengan Ustaz Don dekat Masjid An-Annur!!".

"Amboi-amboiii!!..."

Kuliyah Wanita, Masjid An-Annur, Bandar Baru Bangi. 9.30am.
Jom!


PS: Sendiri...tapi sentiasa ada Pemerhati....

21 comments:

Unknown said...

Masjid An-Nur Fida?
eh kalau ada kenderaan akak pun nk date dgn ustaz don tu...

masjid an-nur kat area mana fida?

weekend ni akak melayan sekeping hati yang sepi...sepi sgt sebab ramai yg balik kg atau melancung.kesian kita kan fida..

DAMAI SURIA said...

Mujur ada Ustaz yg boleh buat 'date'.
'Date' yg ingat-mengingati agar tak lupa diri..yg membawa nilai agama menyelubungi diri.. mengharungi kehidupan di kemudian hari. (Emm.. boleh tu!)

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah...'date' yg amat2 dituntut agama...memberi manfaat pd semua...

Abd Razak said...

Assalamualaikum Saudari Afida...

Moga saudari sihat atas kurniaan Allah SWT serta sentiasa dalam keberkatan~Nya..amin

Elok benarlah masa yang Allah anugerahkan tu dipenuhi dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu.

Berkata Imam As-Syafii, "Mencari ilmu itu lebih utama daripada menunaikan ibadah solat sunnah."

naimisa said...

selamat menimba ilmu.

nur aisya humaira said...

bagusnye kak fida...=)

Pn Kartini said...

Assalamualaikum dik fida;)

Duk sorang2 tu..elok2 dear!

p/s:
ermmm...
fida peminat ustaz Don yaaa;)
Seronok juge dgr ceramah Ustaz Don..kdg2 kelakar juge!

Tirana said...

Fida..seronok duduk sorang-sorang..aman dan damai..hehehe..Takat sehari dua, ok la kot..tapi kalau lama duduk sorang, boleh mati kutu dibuatnya..tak tau nak buat apa..

eita said...

nak ikut?..
:)

IMANSHAH said...

selamat berkuliah dihujung minggu

Mindaberbisa said...

Syukur masih ada kesempatan ke majlis ilmu :)

Ce'gu JAERA said...

hehehe.. itu namanya date yang berfaedah dan diredhai... selamat berkuliah ye.. (",)

Bijen M. said...

Pehh!
Kemain!

cikguNae said...

selamat berhujung minggu Afida... =)

cik ika said...

nape ta ajak ika.heee~~

Afida Anuar said...

Nyanyi Sunyi-->Alamak...kat area mana eh masjid annur tu, fida pun tak pasti seksyen berapa kak. Masjid tu masuk ke dalam sikit, keluar2 je ada shell.

PS: Kak, kat masjid tu setiap hari ahad pukul 9.30 pagi memang ada kuliyah wanita... insyaAllah kalau next time akak ada kenderaan boleh la pegi...tak pun akak roger je fida kalau nak pi sekali, nanti fida boleh amik akak kat mana2;)

tu la kak..kesian kat kita ni, tapi takpe.. Allah kan ada;)

DamaiSuria-->he he, ustaz don je yang panggil 'date'...ustaz lain takde pun date2 ni. Sabor je la fida! boleh la:)

Kak Kamsiah-->he he..kak kamsiah nak ikut ka?;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Aminn..semoga saudara juga begitu,...Aminn..

InsyaAllah, selagi masih ada kesempatan..saya akan cuba.


Naim-->alhamdulillah..selamat naim!

Aisya--> eh tak tak...Allah... jangan puji aisya, akak tak bagus pun.... sungguh!

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, he he..duk sorang2 la ni kak.. Sambil dengar ikim online...

he he, sejak dua menjak ni ja baru minat, tu la..jelas dia punya explanation,kelakar pun ada;)

Kak Tirana-->tau takpe, sekadar 3 hari ni, alhamdulillah..ok la. At least ada indahnya duk sorang2. Tapi kalau seminggu dua, tak tau la jadi apa..hehe

Eita--> eh jom jom;_

Shah--> Selamat shah;)

Pencari Allah-->Alhamdulillah...

Gen2Merah-->thanks gen2merah...selamat juga;)

Bijen-->hawat? nak ikut ka?;)

Nae-->selamat berhujung minggu juga nae;)

Cik Ika-->eh eh, dah ajak la ni;)

nahmy said...

betulke penjodoh bilangan utk hati adalah 'sekeping'?...bukan setongkol ke??...hurrmmm...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sepi, cemas, takut dan perasaan depressed hanyalah bersifat sementara bagi mereka yang beriman. InsyaAllah jika kita terus beristiqomah dalam ibadah, Allah SWT tidak akan membiarkan kita sedemikian selama2nya. Tujuannya suapaya kita banyak bersabar dan sebagai wasilah membersihkan diri menuju kejayaan. Surah AliImran:141 وَلِيُمَحِّصَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَDan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.
Surah AlAnfaal:37 لِيَمِيزَ اللَّـهُ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَىٰ بَعْضٍ فَيَرْكُمَهُ جَمِيعًا Kerana Allah hendak menyaringkan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya.

Begitulah hukumnya. Wallahualam.

Afida Anuar said...

Nahmy-->eh setongkol tu bukan untuk paru ke? hati sekeping la:P... he he

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. ..syukran for this sharing, for this comment.. trying to relate this with my entry..hmmm...

IMANSHAH said...

wahaha dah ambik no tipon??

Afida Anuar said...

errr.. ustaz Don tu tunangan orang Shah, tak leh kacau:P

 

Browse