Dia Mertuaku...

Thursday, December 15, 2011
Yang jauh, mahu tapi tak sungguh.
Yang depan mata, buat tak endah saja...isk

Saya amat bersyukur kerana mak sangat positif dengan percaturan jodoh anak gadis sulungnya ni. Balik kampung baru ni kami berbicara pendek soal yang saban hari orang duk tanya-tanya. Senyum panjang saya mendengar bisik semangat dan kata-kata tabah mak. Lega pun ada dalam hati. Syukur ya Allah....Kau anugerahkan daku seorang ibu sepertinya.

Petang tu, sedang duk silau-silau buah durian belanda depan laman, entah mengapa tiba-tiba saya cakap kat mak.. best kan mak, Aisyah dengan Fizah dapat mak mertua macam mak. Mak senyum je. Kembang kot kena puji dengan anak gadis sendiri, he he. Mak kata, kalau nak mak mertua yang macam mak, doa la banyak-banyak, mintak kat Allah sebab semuanya Allah yang bagi. Saya angguk. Ok mak..

Tak dinafikan, saya agak cemburu dengan adik-adik ipar saya kerana mendapat mak mertua yang sangat baik. Setakat cemburu je la. Cemburu dari jauh orang kata. (Aisyah, Fizah..jangan risau, ni cemburu yang membina..hehe).

Dalam hati, saya tak putus berdoa, bukan doa nak dapat mak mertua macam mak mertua adik-adik ipar saya, tapi doa tuk dapat mertua yang lagi bestttttt dari mak mertua mereka..heh~! InsyaAllah jika diberi kesempatan usia dan jodoh. Robbana Wataqobbal Du'aa.


PS1: Mak, jangan marah!
PS2: Siapa pun mak mertua yang Allah dah anugerahkan atau akan anugerahkan kat kita, dia tu la yang paling bestttt!
PS3: Amboii advance ni, terus bab mertua!



Bercerita dengan mu,
Berkongsi denganmu,
Mendengar celoteh jiwa,
Aku rindu semua rasa yang ada...

33 comments:

cikguNae said...

Assalamualaikum Afida...

Datang nak ;-) ni...
Insyaallah!

:.Yus.: said...

insyaAllah kalau kita sentiasa buat baik dengan mak kita, Allah akan balas dengan mak metua yang baik jugak.bukan nak bermegah tapi ni dari pengalaman yus.alhamdulillah dapat mak metua yang baik dan sentiasa ingatkan yus dalam bab agama.sejuk ati setiap kali balik umah mak metua.malah sentiasa rasa rindu untuk balik lagi :)

tapi kan kak.andai kata ditakdirkan dapat mak metua tak seperti yang kita harapkan bersangka baiklah dengan Allah.mungkin Allah datangkan kita sebagai menantunya untuk bantu dia kembali kepada Allah.

setiap apa yang berlaku ada hikmah dan pasti setimpal dengan keupayaan diri kita :)

insyaAllah yus doa akan dpt mak metua yang lagi best dari mak akak :) bukan setakat mak metua juga dpt suami yang best insyaAllah :)

Kamsiah yusoff said...

salam
akak pun alhamdulillah..dikurniakan mertua yg baik,memahami dan kdg2 backing akak hehe..paling best sellau puji masakan akak dan mintak masakkan kalau nak mkn sesuatu masakan kelantan...

IMANSHAH said...

dah dekat tu wak

ummy UmarKhaalish said...

Memang best..beruntung...dan bersyukur...

fuad ansari said...

yang jauh tu pun satu hal..

dia tak tahu ke bahawa penantian itu satu penyeksaan.. huhu... (",)

eita said...

mak mertua zaman sekarang ni tak banyak omeh.....
insya allah....moga2 dapat yang lagi baik dari diorang kan..

Mindaberbisa said...

Alhamdulillah, sampai juga jodoh akak :)

Mindaberbisa said...

Alhamdulillah, sampai juga jodoh akak :)

As said...

Hehe kakak script kita kat mak2 kita sama lah!

Kakak, moga Allah kurniakan jodoh yang baik buat kakak pada masa yang tepat. Ameen :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari terus dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan ketenangan di hati..

Semua orang mahukan terbaik, dan kita sendirilah utamanya setiap masa dan ketika berusaha untuk jadi baik dan semakin baik. Bila kita baik, Allah akan berikan terbaik apa sahaja yang kita mahu dan hendak. Insya Allah saudari pun sama akan dapat yang terbaik...:)

Afida Anuar said...

Nae-->Waalaikumusalam nae..datang ke mana? he he

Yus-->Wahh..alhamdulillah yus. Akak pun masa jumpa mertua yus hari tu pun dah nampak dah kebaikan dalam diri depa. Muka baik2...sejuk hati tengok mertua lagu tu. InsyaAllah...akan ingat tu..thanks yus...Ameen...ya Rabbal Alamin..

Kak Kamsiah-->Salam..alhamdulillah. Bertuah kak kamsiah..

Shah-->Mana awak tau? hehe. InsyaAllah wak juga dah dekat tu;)

Ummi Umar Khaalish--> Alhamdulillah..

Fuad-->eh eh..jangan salahkan yang jauh Fuad. Sebab dia bukan orang, tak leh buat apa..akak la yang salah...heh!~

Eita-->omeh tu apa?.Ameen..insyaAllah moga2;)

Pencari Allah-->eh eh...sampai mana ni? salah faham baca entry kah?:P

As-->eh eh..ye ke. Sekepala nampaknya kita ni..kekeke. Ameen.. JazakaAllahu khairan kathira..

Kak Tirana-->nape entah kak, komen akak tak keluar ni.. Wahh sama2 besttnyer...alhamdulillah...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Alhamdulillah moga saudara juga diberi kesihatan yang baik dan ketenangan di hati. Ameeen.. insyaAllah saudara. Sama2 kita berusaha untuk jadi baik, moga2 kita bakal beroleh kebaikan

Adliff said...

Afida,

Ibu mertua adalah ibu jua. Sama perlu dijaga perasaannya seperti ibu sendiri.

Jauh perancangan. Jangan lupa jemput daku nanti.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida...

ibu dan bapa mertua adalah sama taraf dengan ibu dan bapa kita..peluk cium dengan mereka tidak sesekali membatalkan wuduk kita..itu pasti awak tahu kan..

kenapa Allah menyamatarafkan mertua sama dengan ibubapa kita..itulah yang perlu kita fikirkan...

nur aisya humaira said...

semoga dipertemukan suatu hari nanti kak...:)

DAMAI SURIA said...

Semoga Afida dapat mertua terbaik + baik-baik sahaja. Yang penting dalam kehidupan ini kalau kita buat baik dengan orang, insyaAllah orang akan buat baik dengan kita. Hati pun kena ikhlas juga. Doalah ya :)

Kakzakie Purvit said...

Aruah mak mertua kakak terbaik kakak temui. Even bersalin pun dia yg jaga, kami boleh share sepinggan dan sebantal tau. tapi tinggal kenangan...

Ada cerita nie Fida... anak saudara kakak (lelaki) masing-masing dah pasang niat nak cari mek Ganu... hahaha...Satu dah mengena (baru bertunang) lain pun pasang niat juga kelakar kan:)

Pn Kartini said...

InsyaAllah my dear..
Tuhan maha mdgr...Moga termakbul...amin:)

Rashid said...

a'ahh kan. sEjuk rasa hati jika dapat mak mertua cam tu.

fida .. tak dapat bayangkan jika dapat mak mertua cam dalam cerita p. ramlee .."ibu mertuaku". haru biru dibuatnya! adoii ..

"mana garpu ni? ish ishh .."

Norsha said...

InsyaAllah fida, doa yang baik akan sentiasa dimakbulkan Allah...nak pikat suami, kena pikat mak mertua dulu tau....:D

eita said...

omeh tu banyak karenah....bahasa orang pahang

Ce'gu JAERA said...

wahh, amin.. moga termakbul yaa

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Kak fida, lau kahwin nanti jangan lupa undang ieda ye......^_*

Mindaberbisa said...

Salah ke kak?

Afida Anuar said...

Hari tu KOmen kak tirana tak keluar, ni komen Tajnur...


tajnur has left a new comment on your post "Dia Mertuaku...":

Assalamualaikum wbt
Mertua yang baik hanyalah bonus! Kalau x dpt bonus pun tak mengapa, asalkan gaji bulanan utk saraan hidup tetap ada. Begitulah juga kehidupan manusia, apa yang penting adalah keserasian (kufu) pasangan hidup kita. Itupun berasaskan kedua2nya dapat menegakkan humum Allah SWT. Surah Albaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗ Sekiranya kedua2 (pasangan lelaki dan perempuan) ingin berkahwin, sesungguhnya `beratsangka` Kami sekiranya kedua2 dapat menegakkan hukum Allah`.
Hendak mencari yang serasi itupun perlu berhati2 kerana ini masalah hidup walaupun org kata boleh `adjust` lepas kahwin. Tetapi langit tidak selalunya cerah! Itu belum lagi nak mengikut rentak mertua dan ipar-duai. Saya pun tidak pastilah sangat kehidupan masyarakat melayu keseluruhannya tetapi apa yang saya dapati, walaupun nampak baik, bersatu namun ada retaknya kerana manusia tidak akan bersatu melainkan atas dasar ukhwah Islam! Surah AlHasyr:14 تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka).
Wallahualam.

Afida Anuar said...

Aliff-->doa je dulu baru ni aliff, dah sampai masanya kelak insyaAllah akan dijemput... entah2 aliff dulu kot!;)

Sahrom-->a'aa, tau. Itu lah, sama taraf mcm mak ayah.. Allahualam..

Aisya-->Aisya juga, insyaAllah

DamaiSuria-->Thanks damai suria, insyaAllah... cuba untuk berbuat baik dengan semua ni..doakan!

Kak Zakie-->oh..kenapa nak cari mek ganu tu? he he;)

Kak Tinie-->Aminnn..thanks my dear kak..

Cikgu Rashid-->oh....ingat juga mak mertua dalam cerita p ramlee tu,seriauu je..hhehe.

Kak Norsha-->oh... ok ok, fida akan ingat ni;)

Eita-->oooo..patut la tak pahang..eh paham..hehe;)

Gen2Merah-->Aminn..ya Rabbal Alamin..

Noorieda-->Waalaikumusalam wbt, insyaAllah, ada jdoh nnti akak jemput semua teman2 di sini;) Doakan!

Pencari Allah-->macam salah. Tak sampai lagi la dik, Allahualam, tatau bila lagi;)

TAJNUR-->Waalaikumusalam wbt... Tajnur, saya pun bersetuju. Sesungguhnya perkahwinan itu tidak semudah seperti yang saya bayang, (pengalaman adik2 dan teman) banyak benda nak kena jaga. Tapi jika semuanya kerana Allah, insyaAllah Allah akan pelihara semuanya, tapi jika sebab lain, itu yang jadi payahnya. Allah...moga2 Allah permudahkan apa-apa yang payah tu....

Komen tajnur takmo keluar ni, nasib dia keluar kat email saya;)

Cikgu Ma said...

assalamualaikum kak...

saya pun mencari-cari siapa ibu metua saya yang sudi nak terima saya..hehe

Unknown said...

TH pn sllu ckp kt mak, untung menantu mAK dpt mak mentua macam mak

Mindaberbisa said...

InsyaALLAH, akan ada nanti. Teruskan bersabar dan berusaha.

Afida Anuar said...

Cikgu Ma-->Waalaikumusalam wbt...hehe..insyaAllah tak lama lagi jumpa tu..

TH-->kan? kan?

Pencari Allah-->InsyaAllah...yakin tu, yakin. Masih kuat sabar, masih tekun usaha.;)

Noorieda said...

Insya-ALLAH....Aminnn....^_*

Mindaberbisa said...

Lagi lama sabar, lagi besar hasilnya kak.

Afida Anuar said...

Ieda-->Aminn..

Pencari Allah-->akak pun yakin begitu dik;)

 

Browse