Demi Dhuha...

Wednesday, December 21, 2011
Lapangan terbang, secara natijah adalah tempat di mana manusia bertemu dan berpisah. Tempat air mata dan senyum ketawa mencari arah. Tempat mencurah segala rasa yang bersarang dalam jiwa yang lelah... Ececece, tetiba pulak tempat mencurah rasa:P

Seawal 7.30am, pagi tadi, saya sudah menapak di balai ketibaan antarabangsa KLIA. Menunggu seseorang yang baru pulang dari Auckland. Seseorang yang lebih 4 tahun tidak saya sua, Kak Nass....

Alhamdulillah, Kak Nass sihat walafiat, cuma saya tengok Kak Nass kurus sedikit dari dulu. Tekun sangat belajar kut! InsyaAllah lepas ni Kak Nass dah boleh bergelar Doktor Falsafalah!

Selepas bertemu Kak Nass di ruang ketibaan, lepas sembang-sembang, Kak Nass ajak saya ke surau. Saya ingatkan Kak Nass nak solat subuh lagi sekali pasai tak yakin solat dalam kapal terbang, rupanya Kak Nass nak solat dhuha!

Ya Allah, tiba-tiba saya jadi malu kat diri sendiri. Malu kat Allah. Malu kat Kak Nass. Saya yang tak 'jet lag', yang tak pening-pening selepas penerbangan selama 11 jam boleh terfikir solat dhuha saya 'burn' sebab pi KLIA awal-awal pagi, tak sempat solat kononnya. Sebab tu je..Tapi Kak Nass yang baru tiba dari Auckland tetap istiqamah tuk tunaikan solat dhuha walau di mana saja, tak kira keadaan. Allahuakbar!

Selesai solat dhuha, Nooril dan Muni pun tiba. Depa lambat sedikit pasai depa dari Gombak. Kak Nass mati-mati ingat saya sorang je yang datang, he he. Kak Nass....surpriseee!

Alhamdulillah, pagi tadi Kak Nass belanja kami Big Breakfast Mcd! Kak Nass kata dah 4 tahun 3 bulan dia tak makan Mcd!. Selesai makan, cepat-cepat Kak Nass suruh kami pulang. Katanya bukan nak halau, tapi takut kami lambat masuk opis! Kak Nass, bos kami kata dia tak kisah kami masuk opis pukul berapa pun...asal kerja siap! Flexi hour kan;)

25 comments:

eita said...

sesekali terkhilaf.....bila dah selalu buat solat dhuha....
tinggal sehari hidup jadi serba tak kena....

waaa...bekpes kat Mcd tak ajak orang....huuhuhuh

Tirana said...

Tiba-tiba teringat satu drama melayu (dah lupa tajuknya), seorang budak yang tak pernah tinggal solat dhuha walaupun dia seorang yang cacat (kakinya tempang)..

r.o.l. said...

Semoga kita semoga beristiqomah dalam solat dhuha. Kadang-kadang saya ralit beronline, sedar-sedar dah nak Zohor! (Ke mana Dhuhaku?!!!) :-(

starsyeea said...

sangat suke doa dhuha...baca tiap2 kali solat pun sedap...kan kak :)

r.o.l. said...

Kak Tirana, bukankah tajuknya Dhuha juga? :-) Jika tak silap ceritanya diadaptasi dari novel arwah Azizi Abdullah, Memoir Seorang Guru.

Kamsiah yusoff said...

Alhmadulullah...semoga yg sunat2 tu dapat menampung kekurangan amalan yg wajib...

Aishah Nur Hakim said...

:)


menikmati saat Allah melapangkan seluas-luasnya pintu rezeki.


oh, saya pernah keluar dari surau klia dan terjerit sebab nampak askar ramai2 depan pintu. diorang pun terkejut agaknya tengok ninja keluar dari surau.


lupa saya kat klia, memanglah ramai polis dan askar. ingatkan malaysia dah darurat

-_-"

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Kak fida, kadang2 bila baca blog mana~mana, ieda tak tahu nak comment ape......

Patutnya ieda kasi ni awal~awal dulu....

Mungkin usia yang masih diibaratkan setahun jagung tidak mampu untuk mengeluarkan pendapat yang bermanfaat dan berkomunikasi dengan penulis blog yang berkemungkinan seorang ustaz/ustazah/orang yang lebih arif pasal agama...

Jadi,mungkin lebih baik hanya mendengar dan menerima nasihat2x dan teladan2x yang baik...

Semoga dapat memberikan entry yang bermanfaat dan sebagai peringatan kepada ieda sebagai seorang remaja di lain2x hari...

Entry~entry kak fida banyak pesanan dan nasihat baik yang ieda ikut.....ieda akan selalu singgah blog kak fida dan maaflah jika ieda menyibuk kat blog akak ni....hehe...^_*

Terima kasih kak....^_^

Norsha said...

amalkan selalu, insyaAllah dilapangkan rezekiMu....(ingatan
utk diri sendiri juga...:)

As said...

Teringat satu buku nama Demi Dhuha :)

Orang yang dah faham pasal Dhuha memang mudah.

Mudah sensitif jiwa dia bila baru sekali nak tinggal Dhuha.

Moga Allah thabatkan hati kita pada keimanan dan amalan yang dicintai RasulNya. Moga Allah jua turut mencintai kita.

Amin amin.

___

budak penjara said...

solat dhuha dpt menambahkan rezki kita i.allah. btw lapangan terbang tmpt menitiskan air mata??hehe..x setuju.. sebab air mata xkn penah kenal tempat..kt mane dia ase nk kuar..dia akn keluar..haha

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sentiasa dalam keberkatan Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik..amin

Dimensi rohani seseorang itu tidak sama dan kadangkali apa yang ia buat datangnya dari Allah SWT mengajar kita kebaikan sekalipun ia tidak bercakap apa-apa pun mengenainya tetapi ia mengetuk hati kita untuk berbuat sama.

Afida Anuar said...

Eita-->Itu lah ibaratnya kak.. he he..dah ajak dah.. akak yang tak nak datang:p

Kak Tirana-->oh, fida tak sempat pulak nak tengok drama tu...

Rol-->Saya pun tak terkecuali rol:(

Starsyeea-->a'aa...akak pun suka.

Kak Kamsiah-->Moga2 kak...Allah terima segala amalan kebaikan kita..

Aishah-->oh...semalam tak jumpa pun polis dan askar...nasib baik ninja tak bawak pedang ninja;)

Noorieda-->Waalaikumusalam ieda.. Muda dan setahun jagung tak semestinya tak layak kasi pendapat. Kalau ikutkan, akak lagi la tak layak ...tapi jangan takut atau segan kalau kasi pendapat salah, insyaAllah akan Allah lorongkan sapa2 tuk perbetulkan..

Ieda, tak kisah pun selalu nak menyibuk. Akak sangat2 hargai menyibuk ieda ni. Alhamdulillah, sama-sama kita ambik manfaat apa yang baik. Akak pun sendiri masih banyak yang khilaf dan lalai....masih merangkak perbetul diri. masih belajar..masih tak siap2:(

Kak Norsha-->Terima kasih kak, ingatan untuk saya juga.. Lalai banyak sangat!

As-->A'aa...akak dah baca buku tu. Berkat mengamalkan solat dhuha dengan penuh yakin dan istiqamah, subhanaAllah bestt cerita tu. Aminn..Aminn... moga2 Allah tetapkan hati dan iman kita, pada jalanNya..insyaAllah

Budak Penjara-->Juga tanda kita mensyukuri segala nikmat,rahmat dan kasih sayang yang Allah beri. Ustaz Fadhil punya ceramah ahad lepas kat Masjid An nur;)

PS:Tau air mata tu tak kenal tempat,tp airport salah satu darinya kan? kan?:P

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Semoga saudara pun begitu juga..Aminn..
InsyaAllah, tarbiyah dari Allah sebenarnya pagi tu. Rasa bertuah sangat ada sahabat dan kakak...seperti kak nass.Ya Allah,terima kasih..

Kakzakie Purvit said...

Kalau macam inilah Kak Nas yg Fida kenali memang bertuah punya sahabat seperti dia. Selalu dekati dia Fida... istiqamah betul orgnya...

fuad ansari said...

Kak Nass baru 4tahun 3bulan tak makan McD..

Saya dah 27tahun tak makan masakan kak fida.. (gurau2 je..) (",)

naimisa said...

dah jd bos. tak gitu??

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->rasa sangat bertuah kak zakie, saat lupa ada sahabat yang mengingatkan...

Fuad-->ohhh dah 27 tahun rupanya fuad ni, dah tua la eh...kekeke..akak ingatkan baru 17 tahun...heh:P hmmm...tunggu lepas akak kawin nnti la, jemput mai umah, baru boleh rasa..oke?;) (jangan lupa doakan akak cepat kawin la klu gitu..heeeee)

Naim-->bos apa nyer naim, maintain kuli lagi ni:P

nahmy said...

wlu nampak mudah...tp dhuha ni mencabar (bg sayale)..sbb terlalu leka dgn 'keasyikkan dunia'...adussss!

sahromnasrudin said...

subahallah..sgt istiqamah beliau dlm mengerjakan amalan sunat nie..tabik pdnya...

Mindaberbisa said...

MasyaALLAH, Anugerah.

Unknown said...

Salam Fida...
maaf ye lama tk singgah sini..
dah sampai KLIA..dekat sgt dah dengan kediaman akak...

kdg2 sesuatu kejadian yg berlaku depan itu punyai hikmah yg tersembunyi..mengingat dan menyedarkan kita yg sering alfa..

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah... walaupu belajar d luar negara yang bukan negara Islam, akidah dan ibadah kak Nass tetatp terjaga kan...
Harap kita pun boleh ikut sepertinya

Adliff said...

Afida,

Ku kongsikan pengalaman nan lebih kurang sama.

Semasa mula bekerja swasta, setiap pagi kelihatan bosku masuk surau. Buat apa? "Solat dhuha".

Lama kelamaan aku ikut dia. Maka rasa lain pula jika tidak buat, namun syaitan selalu goda. Ada hari lain katanya.

Apabila bertukar kerja, orang gomen di kementerianku alhamdulillah, alim-alim, maka kembali aku buat solat dhuha, kesimpulannya, rakan atau teman mampu mencorakkan iman kita jua...

Cikgu Ma said...

seronoknya kalo istiqamah dalam amalan sunat...saya banyak kena tampung...

bonggol unta yang ada di mana-mana

Afida Anuar said...

Nahmy-->bukan nahmy saja, saya pun sama. sedih betul...

sahrom-->kalau dia baca entry saya ni, haruslah saya kena 'marah' nanti sahrom..huhu. Sy pun dari dulu amat tabik padanya.

Pencari Allah-->Alhamdulillah....

NyanyiSunyi-->Salam kak... fida pi sana naik ERL je, ERL ada lalu umah akak dak? he he;).. insyaAllah ada kesempatan lain kali boleh singgah umah akak

Gen2Merah-->Harap2nya sama2 kita ikut contoh yang baik, insyaAllah

Aliff-->Aliff...kadang kita lupa, ada teman yang mengingatkan. Kadang kita berbuat salah, ada teman yang tegur...

Cikgu Ma-->kan? akak pun...

Menusuk Hati-->akak pun tak kurang lemah yang amat jugak:(

 

Browse