Apa Yang Datang Dari Hati Akan Menyentuh Hati Nurani...

Wednesday, December 28, 2011
Manis senyummu,
Cantik pekertimu,
Dalam hati siapa aku?


Petang tadi, masa balik kerja. Dalam lif, ada pakcik yang bawa baki kuih muih yang tidak habis dijual, offer saya dan Mardhiah akan kuih-kuihnya. Sebenarnya dia offer kami keropok lekor!

"Ada bekas dak?", dia tanya.

Amboiii, cepat je saya keluarkan bekas kosong, bekas nasi goreng pagi tadi.

"Ada pakcik...ada!"

Mardhiah kata saya ni gelojoh.....dan sangat kalut! Aduhh bila diingat-ingat malu pula rasanya, tanpa segan silu terus je saya tadah bekas kosong tu. Dah la dalam lif tu juga ada seorang jejaka melayu terakhir yang malu-malu kucing tak nak terima keropok lekor pakcik tu. (oh!)

Saya kasi alasan kat Mardhiah, nak menolong permudahkan dan percepatkan pakcik tu buat kebaikan! Atau sebenarnya saya eksaited nampak keropok lekor? he he.

Dinner kami, keropok-lekor-sedekah-pakcik dan cempedak goreng! (Mardhiah bawa balik 1 biji cempedak dari Dungun). Alhamdulillah, dinner tuk orang-orang diet kononnya.


PS: Diet apanya cheq oii, semua makanan berminyak ni:P..

30 comments:

As said...

Oke. Dua-dua perkara tu fevret As. Tapi susah nak jumpa cempedaq la kat sini Kakak. :)

Tapi memang betullah. Depa harap cepat habiskan makanan so that takdak dah tanggungjawab depa makanan tak habis. Atau erti kata laen, membazir.

Good Kakak, good good.

p/s: Er Guru Besaq pesan suh bagi +ve reinforcement kat anak-anak didik supaya mereka rasa bersemangat untuk buat kebaikan. Heee....

Rashid said...

haha ..

kalaule saya jejaka melayu terakhir tu tentu saya senyum main main mata ngan afida ..

Ni tentu peminat setia keropok lekor ..

Norsha said...

Fida, org tua2 kata, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari, kira rezeki terpijaklah tu ye...

fuad ansari said...

mana nak sama keropok lekor kl dengan keropok lekor terengganu.. mujur orang terengganu tetap excited nak makan keropok lekor kl.. (",)

mujur pakcik tu tak offer anak teruna dia.. (",)

Tirana said...

betul tu fida, cepat-cepat kita bantu orang buat kebajikan, kita pun sama dapat pahala kan? :))

ps..diet makan nasi malam2 tu bagus..hehehe

Pn Kartini said...

Assalamualaikum dear..:)

Orang kata rezeki jangan ditolak..tak ke gitu dear!

Kalau akak pun eksaited nakk gakk....;)

Adliff said...

Minggu lepas Aliff dapat makan keropok lekor seberang takir. Ada rakan sekerja berkursus di KT. Sedap. Kalah yang Losong punya.

nahmy said...

'eksaikted - keropok lekor'....2 perkataan yg memang payah utk dipisahkan!

Abd Razak said...

Assalamualaikum Saudari Afida...

Moga saudari sihat atas kurniaan Allah Taala serta sentiasa mendapat keberkatan dari~Nya...amin

Menerima itu lebih baik daripada menolak, kerana mungkin dalam makanan itu banyak berkatnya dan sekali gus menggembirakan pemberinya.

PS : Jangan lupa pergi jogging untuk kurangkan cholestrol..:)

Shy Syaz said...

kak fida, kak sal n mardhiah..arini jgn lupe lari 2 round tasik cyberjaya k.. :p

wah, bestnye cempedak..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida..

pada saya, keropok lekor pasar payang masih lagi yang terbaik....

eita said...

kalau nak kepok lekor yang sedap beli kat sri sura...mesti mardiah tau ni....femes tu...
tapi akak tak pernah beli pun..heheheh....

naimisa said...

itu control macho namanya.

kalau dia pun nak juga, nanti kesian pula pd fida berdua dapat sikit.

hahaha...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bukan saja `Apa Yang Datang Dari Hati Akan Menyentuh Hati Nurani...` malah ada ketikanya apa yang keluar dari mulut datang dari hati` Sebab itu kita kena berhati2 dlm ucapan krn ia merupakan apa yang terpendam dlm hati. Kebiasaan org Melayu beranggapan bahawa sesetengah orang mulut saja macam itu tetapi hatinya baik. Tetapi sebenarnya apa yang diucapkan itulah gambaran di hati lebih2 lagi perkara buruk malah lebih besar macam `icerberg` di lautan. Dipermukaan nampak kecil tetapi bahagian tenggelam (sub-merged) lebih besar lagi. Surah AliImran:118 وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
Malah manusia tidak dapat sembunyikan selama2nya kerana ada suatu ketika ia akan lakukan secara zahir dan nampak keperibadian sebenarnya. Surah AlAn`aam:67 لِّكُلِّ نَبَإٍ مُّسْتَقَرٌّ ۚ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.

Tapi ini hanya berkaitan dgn tajuk entri diatas saja dan tak ada kena mengena dgn kuih dan keropok lekor dlm lif tu pula. Sepanjang yang saya kenal Afida dlm sesi blog ni mmh baik hati. Risau juga nanti Afida terkelip2 mata berhari2, aduhai terasa berdosa pula saya! Wallahualam.

Mindaberbisa said...

setuju kak :)

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Membaca entri ini, saya tersenyum-senyum kerana saya sendiri biasa begitu juga. Pnatang dengan makanan. Maksud saya, pantang jumpa, mesti suka. :)

IMANSHAH said...

feveret saya tu cempedak

Hana Faza-same person said...

Assalammualaikum , salam ziarah:)

Hehehe..kadang2 memang excited dengan benda yg kita suka,kan?:)

Afida Anuar said...

As-->itu lah pasai, tapi mungkin ada kot, cuma harganya lah! Alhamdulillah..boleh didik anak2 didik tuk buat kebaikan...... saham akhirat tu As. Allah jelesnya akak!.

Cikgu Rashid-->alamak cikgu:P... takde la minat sangat pun.. tapi suka la jugak!

Kak Norsha-->he he, itu lah kak, rezeki terpijak;)

Fuad-->memang tak sama fuad!...tapi sebab nampak lekor tu..err.. amboi2 fuad, bab mengusik akak no 1 eh!

Kak TIrana-->InsyaAllah, moga2 lagi murah rezeki pakcik tu..

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, hehe, itu lah kak..rezeki tak baik tolak!

Aliff-->A'aa, ctu memang glemer pun Aliff! tapi fida tak pernah pergi lagi, dengar2 orang je. biasa beli kat losong pasai dekat dengan rumah;)

Nahmy-->ohh.. dalam kamus hidup nahmy kot!

Abdul Razak--> Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara pun begitu jua, Aminn, insyaAllah.
oh, itu lah. Besoknya dan dan parking kereta jauh sedikit dari bangunan, kononnya boleh exercise;)

Shy-->oh... lama dah tak round2.. he he, alamak, nak kasi shy pun dh habis;)

Sahrom-->eh eh, ada jugak keropok yang best kat pasar payang eh? setahu saya kat losong dengan seberang takir je..hurmmmm

Eita-->a'aa, rasanya mardhiah selalu beli kat ctu kot kak!

Naim-->eh banyak la keropok tu naim, dia nak boleh je, kitaorang tetap cukup;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Thanks Tajnur, sudi share kat ruangan komen ni.

Allah..segala puji hanyalah bagi Allah. Aduhh, dah terkelip2 mata ni kena puji baik hati dengan Tajnur!!.oh..hehe..

Allah...Saya ni serba serbi kurang tajnur...sungguh! nak kata mmg baik hati tu, Allahualam la..

"Jangan andaikan aku manis bergula, letakkan juga sedikit pahit di tepinya. Bimbang nanti rasa kasih mesra, menjadi benci sangsi sepanjang usia"

Wallahualam.

Pencari Allah-->he he..;)

Rafi-->Waalaikumusalam... he he..oh kita serupa! ;)

Afida Anuar said...

Shah--> ohh..sama ler..eceh dan dan!

Hana-Faza-->Salam juga, thanks sudi ziarah.. he he..mcm tu la. nak nak kalau makanan!..oh!

Cikgu Ma said...

akak, rindu la nk mkn kpok lekor...

***akak asal mana ea??

DAMAI SURIA said...

Kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jauh sekali jangan dicari. Sebaik-baiknya dalam Islam apabila seseorang itu memberi, maka kita pihak yang menerima mendoakan dia bertambah kebaikan dan rezekinya.. Anaa ad'ukumullaha bilkhair birizqin waasiq.

Reading Review said...

dah lama rasanya tak ziarah blog ni..huhu

Kakzakie Purvit said...

Sambil senyum baca N3 Fida ini kakak setuju, org memberi itu ikhlas sebab kalau tak belum tentu sampai rumah dia ada yg makan.

Kalau kakak dua tupperware kakak hulur Fida, sebab kakak hantu keropok lekor Fida:)

DrSam said...

Assalamualaikum Afida. Saya dengar perkataan keropok aje pun dah eksaited. kalau saya jumpa pakcik macam tu dalam lif pun saya akan tadah juga :)

Afida Anuar said...

Cikgu Ma-->oh...akak orang ganu, Kuala Terengganu... memang glemer dengan kopok la. Meh la ganu;)

Damai Suria-->mula2 tu ucap terima kasih je tak habis2. Last2..masa pakcik tu nak kuar lif, saya dengan mardhiah sama2 ucap....moga murah lagi rezeki pakcik! Walaupun tak dalam bahasa arab, ok la tu kan damaisuria?;)

Bro Bayu-->Bro bayu la lama menghilang.Akak je yang masih di sini lagi... Anak dah besar dah bro?

Kak Zakie-->alamak... fida ada 2 bekas gak haritu, tapi hulur satu je kak...kekekke ooo fida baru tahu kak zakie hantu keropok rupanya:P

Dr Sam-->Waalaikumusalam Dr Sam, he he...orang ganu je gitu kot!! kan doc? orang ganu hok dok leh tengok kopok lekor.. he he

As said...

Akak, don't be! Heheh.
Sebab Allah dah letak kita tak tempat yang sesuai dan waktu yang patut - untuk kita curah bakti.

Sebelum ni berkhidmat untuk oil n gas co. As pikiaq lagu tu gak kat others. But then sampai masa yang exact ALlah campak gak. Heh.

Akak, As salu suka tagline blog akak. Sebab as tak pernah stop hoping ada miracle occurs sembuhkan sakit As. ^_^

Afida Anuar said...

As, jeles pada benda baik, tak salah kan;)

akak tau dik, apa jua yang Allah dan rencanakan ni, ini lah yang terbaik untuk kita. Kita cuma merancang dan berusaha..namun Allah jualah sebaik-baik penentu.

As sakit apa? Moga Allah sembuhkan As, kalau tak sembuh di dunia pun, moga Allah mengangkat darjat As berkat sabar dan kuat As harung kesakitan yang Allah kasi di dunia ni..Ameen, insyaAllah..

As said...

True true true!

As tau.
Tapi entah as tulis gak, senanya untuk mata yang menaip lebihnya. To console pun ada. All in one agaknya.

Haih.
Kekadang ukhwah yang Allah tentukan tu, speechless rasa nak describe. Heh.

hazanis said...

xnk share resepi keropok lekor ke heheh.. jom follow blog saya plk http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

 

Browse