Mencipta Alasan...

Monday, November 29, 2010
Susah sangat ke nak buka pintu hati yang sudah lama terkunci rapi?
Sampaikan terpaksa diketuk, digerudi, digergaji kunci tiada henti, ohh.
Tapi masih terkatup hingga kini..

Silence.....


Please Hold My 'Hand'.Can? I Need To Be Strong...

Wednesday, November 24, 2010
Akhir-akhir ni hidup rasa macam haywire je...errrr

but still.... (macam biasa dengar je ayat ni, Trisy Jade?)

Usah dirisau tamu yang sering bawa seribu kisah haru,
Aku akan tetap tersenyum menanti bulan yang satu,
Sapa aku, sapa kemanisan rindu dalam bingkisan waktu,
Yang sering ku pohon doa darimu yang datang bertalu.

PS: Doa itu wireless, coverage dia satu universe, kan?

Semoga kekuatan itu kembali, semoga dipermudahkan...dan semoga saya sentiasa tersenyum menghadap takdir yang satu. Ya Allah, mohon bagi Fida kekuatan..

Tak Semua Yang Kita Nampak Menceritakan Semua Benda...

Usai aktiviti wajib waktu subuh, saya sambung baca buku Ustaz Hasrizal yang masih belum habis di baca, ada beberapa bab lagi dari Secangkir Teh Pengubat Letih..... Cuba memberi sepenuh perhatian pada setiap patah perkataannya dan cerita di dalamnya, tapi sampai sekarang jugaklah saya masih mengulang perenggan dan cerita yang sama.

Adoiiyaaa dah lama tak blur macam ni...

Seminggu...

Monday, November 22, 2010
1) Pertama kali dalam hidup, pagi hari raya eidul adha saya masih di jalanan. Baru bertolak pulang ke kampung pagi hari tu. Terlepas solat sunat eidul adha..

2) Tiada acara korban famili kami tahun ni, pertama kali juga. Pak Cik Li (master person untuk ibadat korban famili) dan Tok ke Mekah. Pak Su tak balik. Ma ada maslahat. Mak Su dan Ayah Su berkorban di tempat orang. Adik-adik lelaki saya yang dah berkeluarga tu juga tak balik. Ayah dan mak buat korban untuk orang-orang Islam di Kemboja. Saya? Saya tak buat apa-apa tahun ni:(

3) Eh saya buat sup gearbox. Mak Su bagi saya sebatang kaki lembu untuk dikerjakan. Last-last jadi sup. Terbaik!..licin!..hehe

4) Hari Khamis ke Pahang,sehari suntuk di sana. Ada majlis akikah anak saudara saya yang pertama, Umar Khaaliss. [PS:Mas, Keon, anak menakan aku pun nama Umar ;)

5) Kampung saya sudah berubah wajah. Ada orang kaya buat pagar, buat benteng. Tersekat terus jalanan. Ah, orang kaya..... memang boleh buat apa yang mereka suka. Kami orang miskin ni apa la sangat kan?

6) 9 jam saya drive dari Kuala Terengganu->Nilai->Putrajaya hari ni. Jem agak teruk di Lebuhraya Pantai Timur sebelum Tol Karak, Highway Karak pun jem. Tak sangka!

7) Lepas isyak terus tidur. Penat yang amat. Pukul 1 pagi terjaga balik. Tak boleh tidur pulak dahh... aaa sudah.


Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri...

Sunday, November 14, 2010
Alhamdulillah, semua soalan Mtest semalam saya jawab dengan jayanya. Tiada satu pun yang saya tinggal kosong. Dalam 5 bahagian soalan, bahagian matematik la yang saya sedikit yakin semua jawapan saya betul!..wohaa!..errr... (ikut kata hati saya la..hehe), tapi waAllahualam.

Lepas ujian, terus bergegas ke Precint 9 untuk jumpa Muni. Dah janji dengan Muni nak lunch sama-sama di food court tu sebelum Muni bergegas balik ke Perak berjumpa dengan familinya, Muni akan pulang ke Singapura kembali malam ni kalau tak silap saya. Oh yer, Muni pun ambil Mtest juga semalam. Dari Singapura ke Malaysia kerana Mtest. Gigih kan Muni? Cuma tempat exam kami berlainan. Muni exam di Bangi, saya pula di Kajang. (Disebabkan kesesakan di sekolah tempat saya exam, saya sedikit terlambat tiba di tempat kejadian, kesian Muni kerana lama menunggu. Maaf ya Muni)

Doa saya, jika bidang pendidikan ini yang terbaik untuk Muni dan saya, terbaik untuk dunia dan akhirat kami, mohon moga Allah memberi jalan untuk kami. Jika tidak, saya redha, kami redha. Kerana saya tahu, apa jua yang Allah kurniakan untuk kita semua, itulah yang terbaik sebenarnya.

Dari petang tadi, sehingga saat saya menulis entry ni, hujan masih tidak henti-henti menyimbah bumi Putrajaya. Dingin yang amat, sehingga tulang semua turut sama menggigil... (pulak!!..ada ke tulang menggigil..hehe).

Dan bila hujan yang melarat sebegini masih lagi melarat, baca buku sambil minum teh o panas adalah nikmat. Masak air sat..Oh yer, ada orang baru kasi saya hadiah buku. Tajuk buku, Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri oleh Burhan Sodiq.

Permisi dulu ya, saya mahu buat air teh o itu dan sambung baca buku itu sambil layan bunyi hujan itu^_^

PS: Semoga segalanya yang terbaik untuk kita semua...

Jurutera dan Cikgu...

Friday, November 12, 2010
Habis satu dunia saya canang yang saya bakal menduduki peperiksaan besok. Peperiksaan untuk menjadi seorang guru. Bak kata orang, dah canang satu dunia tu, kalau tak jadi malu. Tapi saya tak kisah. Saya tak malu. Tu maknanya bukan rezeki saya tuk jadi cikgu. Saya redha.

Memetik kata-kata dari teman jauh..

"Sekiranya setiap perkara itu kita buat semata-mata untuk mendapat redha Allah...berjaya atau gagal, kita tidak akan pernah rasa letih apatah lagi kecewa..",

PS: Dari jurutera kepada cikgu, amacam? ada bran?;)


Kabut...

Wednesday, November 10, 2010
Tadi, sewaktu menunggu nasi goreng ikan masin yang di tempah di salah sebuah kedai di food court precint 9, sempat juga saya membuat beberapa soalan matematik dan soalan analitikal yang terdapat dalam buku yang saya baru beli ni.

Sambil-sambil, saya intai nasi goreng ikan masin, masih belum siap. Saya sambung balik membuat soalan yang seterusnya, dan seterusnya. Tiba-tiba saya di sapa oleh seorang kakak yang meminta izin untuk duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di meja yang saya duduki. Menunggu makanan yang ditempah katanya. Sudah tentu la saya kasi kakak tu duduk. Lagipun meja kerusi tu bukannya milik saya pun. Kalau milik saya pun, saya kasi je:)

Dah ada orang dekat yang memerhati, saya jadi segan untuk meneruskan kerja-kerja pengiraan. Lantas perlahan-lahan saya mengemas kertas-kertas yang dibuat kira-kira......kemas itu...kemas ini...

"Masih belajar lagi eh?", sapa kakak tu.

Saya dah agak dah. Dengan raut wajah yang awet muda ni, orang yang tak mengenali saya biasanya mudah benar salah anggap,hehe.. mesti ingat saya masih lagi seorang pelajar (hahaha perasan!)

"Eh takde la akak, saya dah kerja. Ni study tuk exam hari Sabtu ni", jujur saya jawab.

"Oooo, exam apa?"

"bla....bla..cikgu....bla...bla...akak? duk mana?... bla bla...dah berapa orang anak?.... bla bla bla..ooo keje kat JPM...bla bla.....saya duk kat precint 11....bla...bla.. keje company swasta.....bla.....bla....saya asal Kuala Terengganu....bla...bla...dah masuk 4 tahun..... bla...bla...eh saya bujang lagi kak..... bla bla bla....oooo.... bla...bla bla.....". hehe.

"Jawab exam elok-elok. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk jadi cikgu tak ke mana", pesan Kak Rozita sebelum kami berpisah selepas makanan masing-masing siap.

----------Intermission..

Apa pun, sebenarnya dan sesungguhnya saya amat kagum dengan mereka-mereka yang mampu untuk bekerja dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.

Saya? Nak study untuk exam Sabtu ni pun saya dah kabut, mana kat opis terpaksa tumpukan kerja kat opis, balik rumah dengan kerja rumahnya, basuh baju, sidai baju, iron baju...bla bla bla..blog.. err.. mana nak study lagi... Kabut...kabut....haha..

PS: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih fida...

Dah dah, sambung study cik..

Tukar Angin...

Monday, November 08, 2010
Balik kerja petang tadi, terus memecut ke MPH Alamanda. Ada exam pada hari Sabtu ni, baru je diberitahu pagi tadi. Di MPH Alamanda la saya kira tempat terbaik untuk mencari bahan telaah tersebut. Alhamdulillah buku yang dicari ada!. Cuma sayang, last minute pula studynya.

Last minute pun, still kena study, kena usaha kan? Usaha hingga ke titisan lelah yang terakhir, eceh. Doakan saya ya, mana tau ada rezeki boleh la saya bertukar bidang, juga bertukar tempat dan angin.

Dan mungkin..............................hurmm, takde apa-apa la:D

PS: Heh! belum apa-apa dah berangan.. Berusaha dulu Cik Afida! Berusaha!!


Lekir...

Monday, November 01, 2010
Selepas menghadiri kenduri sambut menantu Yus di Manjong, on the way balik ke Putrajaya, kami singgah di sebuah warung di tepi jalan berlatarbelakangkan sawah padi di Lekir. Pekena cendol pulut...terbaikkk..

Ahaaa, yang berketul-ketul tu ais. Pulut tak kelihatan lagi kerana dia menyorok di dasar mangkuk. Awal-awal dia malu nak menonjolkan dirinya.. hehe..

Sekian.

 

Browse