Saya percaya setiap sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Tak kira baik atau buruk setiap kejadian, alhamdulillah ujian Mtest yang lepas saya lulus dengan cemerlangnya. (Bab cemerlang tu saya saja tambah, hehe). Ye la, mana saya tau keputusan setiap ujian yang saya buat tu cemerlang ke idak, cuma yang saya tau saya lulus apabila saya dipanggil temuduga. "TAHNIAH, anda berjaya di panggil temu duga Kursus .................".
Syukur, alhamdulillah. Saya mungkin takkan berjaya tanpa berkat doa kedua orang tua dan doa sahabat-sahabat semua serta sahabat-sahabat di sini yang tak jemu-jemu mengisi ruang komen sebagai ucap doa dan semangat. Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga...sayang semua;). Dan dan sayang..hehe
Lepas ujian pertama, kini ujian kedua menanti. Tapi ujian kedua kali ni buat saya rasa sedikit kecewa, dan agak tawar hati...errr. Pengajian Bahasa Inggeris SK yang saya pohon sewaktu mengisi borang dulu, entah mengapa di slip interview ditukar kepada Pengajian Bahasa Inggeris SJKT. SK ke SJKT, fuh satu perubahan yang amat besar tu. Sabor je la.
Apa pun, interview yang akan datang saya akan buat yang terbaik. Lulus atau gagal, semuanya Dia yang kasi, saya redha kerana saya tahu, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan untuk kita semua. Kan? Doakan yang terbaik ya!
Dari pentas jurutera ke perkampungan guru.... sekali lagi soalan yang bermain di fikiran. Bisakah?
PS: Moga ketemu...
