Kabut...

Wednesday, November 10, 2010
Tadi, sewaktu menunggu nasi goreng ikan masin yang di tempah di salah sebuah kedai di food court precint 9, sempat juga saya membuat beberapa soalan matematik dan soalan analitikal yang terdapat dalam buku yang saya baru beli ni.

Sambil-sambil, saya intai nasi goreng ikan masin, masih belum siap. Saya sambung balik membuat soalan yang seterusnya, dan seterusnya. Tiba-tiba saya di sapa oleh seorang kakak yang meminta izin untuk duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di meja yang saya duduki. Menunggu makanan yang ditempah katanya. Sudah tentu la saya kasi kakak tu duduk. Lagipun meja kerusi tu bukannya milik saya pun. Kalau milik saya pun, saya kasi je:)

Dah ada orang dekat yang memerhati, saya jadi segan untuk meneruskan kerja-kerja pengiraan. Lantas perlahan-lahan saya mengemas kertas-kertas yang dibuat kira-kira......kemas itu...kemas ini...

"Masih belajar lagi eh?", sapa kakak tu.

Saya dah agak dah. Dengan raut wajah yang awet muda ni, orang yang tak mengenali saya biasanya mudah benar salah anggap,hehe.. mesti ingat saya masih lagi seorang pelajar (hahaha perasan!)

"Eh takde la akak, saya dah kerja. Ni study tuk exam hari Sabtu ni", jujur saya jawab.

"Oooo, exam apa?"

"bla....bla..cikgu....bla...bla...akak? duk mana?... bla bla...dah berapa orang anak?.... bla bla bla..ooo keje kat JPM...bla bla.....saya duk kat precint 11....bla...bla.. keje company swasta.....bla.....bla....saya asal Kuala Terengganu....bla...bla...dah masuk 4 tahun..... bla...bla...eh saya bujang lagi kak..... bla bla bla....oooo.... bla...bla bla.....". hehe.

"Jawab exam elok-elok. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk jadi cikgu tak ke mana", pesan Kak Rozita sebelum kami berpisah selepas makanan masing-masing siap.

----------Intermission..

Apa pun, sebenarnya dan sesungguhnya saya amat kagum dengan mereka-mereka yang mampu untuk bekerja dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.

Saya? Nak study untuk exam Sabtu ni pun saya dah kabut, mana kat opis terpaksa tumpukan kerja kat opis, balik rumah dengan kerja rumahnya, basuh baju, sidai baju, iron baju...bla bla bla..blog.. err.. mana nak study lagi... Kabut...kabut....haha..

PS: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih fida...

Dah dah, sambung study cik..

15 comments:

Kay said...

siapa kata kita tidak boleh? kita punya Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, umat Islam sentiasa boleh...

dengan izin Allah, tiada yg mustahil...

Fida first time ke amik xm KPLI ni?

kay tatau ler sama ke tidak lg dgn soalan xm dulu2... last kay amik thn 2007 kot... dpt interview tp gagal... :)

kay suka soalan analatikal...

pastu pas xm balik dok ulang2 soalan yg sama...

yg kay ingt...

ada satu peti sejuk, dlm peti sejuk ada 4 para... ada buah tembikai sebelah buah betik kat para bla bla bla bla...

hahahaha...

gud luck Fida... ma'a tafawwuq binnajah (btul ke bahasa arabku? berkarat sudah)

eh, amik xm kat mana? kat ganu ke kat putrajya?

r.o.l. said...

All the best, fida! :-)

masz14 said...

insyaAllah fida. dari dulu aku tau, kita 100 org yg pegi infy dulu masing2 ada kelebihan. sbb tu boleh sampai sana.
mungkin ko dah lama tak stadi utk exam tu yg rasa risau sikit tu.
kakak ipar aku pun ambik jugak exam ni. aku doakan korg berdua lulus exam ni.. :D

Abd Razak said...

Salam Sdri Afida...

Semoga sdri beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya...

Selagi ada kemahuan belajarlah dan sememangnya kita dituntut untuk mencari ilmu sehingga ke liang lahat.

All the Best to you! Moga Allah permudahkan! Aminn....

sahromnasrudin said...

salam..sy setuju dgn awak..sy amat respek pd mereka yang bekerja dan belajar nie..memang bukan satu tugas yang mudah kerana kerja hakiki itu sendiri perlu diselesaikan..
p/s: sy ada hasrat nak sambung tapi keadaan lum izinkan..

nurkass said...

salam fida..
kerja rumah ngan opis ni sampai bebila pun tak habis..mgkn gementar dihati yg buatkan fida kabut kot..eh2 pandai je kass ni..hehe..pape pun tenangkan fikiran dan perasaan..insyaallah segalanya berjalan lancar..amin..

aideeb said...

kita juga belajar dari hidup setiap hari...cuma xada cert shj lah...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mrk yg meneruskan pengajian w/pun sedang bekerja adalah perkara biasa. Tambahan pula skrg ni, biasiswa KPM dibekukan utk melanjutkan pelajaran, hanya diberi cuti belajar. Itupun prestasi markah mesti dlm 95% keatas, mana yg tidak mencapai markah tersebut, kenalah duit sendiri dan cuti tidak diberi sepanjang pengajian peringkat Sarjana. Utk mencapai sesuatu, kenalah berkorban dari segi wang dan kerajinan. InsyaAllah tak rugi setiap ilmu yg dipelajari. Anyway, good luck for the examination! Wassalam

uj said...

a'a .. memang tak menang tangan...nak kejar itu nak kejar ini...nak belajar lagi nak ngajar lagi... tak termasuk yang tak makan diajar...erghhhhhh... dan saya lagi kagum kalau seorang perempuan seorang isteri seorang ibu dan seorang pekerja di sektor swasta ke gomen ke.. hmmm camana lah ekk dia bagi masa termasuk nak uruskan rumahtangga lagi... balik2 kerja mesti letih punya.. syabas la ekk..

apa apa pun... semoga fida berjaya la ekk... fida plak nak masuk gomen... UJ plak plan nak masuk swasta... erkkk

Rashid said...

salam

fida .. kelmarin ada pensyarah datang sek sy. Tinjau dewan utk mTEst. Siap taklimat sekali pada pengawas ..

Satu katanya, utk lulus..
1. Pastikan jawab semua soalan. Jgn tinggal satupun. Satu soalan tinggal / tak jawab / tak sempat jawab.. reject terus!
2. Takyah terlalu lama fikir jwpnya. Takde masa punya..
2. Ada 5 set soalan. so jgn jeling jeling sebelah sebab ia tak sama. satu deretan kerusi biasanya tak sama soalannya. hehe

Selamat berjaya adindaku .. hah!!

Afida Anuar said...

@Kay-->betul la tuh bahasa arab kay;)...ni dah beberapa kali dah kut terai KPLI. Tapi cuba la, mana tau tersangkut kali ni walaupun yang lepas tak tersangkut....+dah lepaskan peluang jadi cikgu dulu2..hehe..

rasanya soalan dia sama lagi. Ada mate, BI, analitikal, BM, pastu soalan berkaitan sakhsiah tu...

ahaaa, buat2 latihan ni, ada soalan mcm dalam peti sejuk tu kay..hehe... menguji minda betul.

@ROL-->Terima kasih rol...doakan eh.

@MasZ-->Masz..thanks, itu la. Sebab dah lama tak study kut, hehe. Pastu rasa cuak tak tentu pasal sebab macam kurang masa je tuk study..hehe..

itu la, aku pun percaya macam tu. Kalau kurang kat sini, kita pasti ada lebih kat mana2..insyaAllah..moga2..

@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak. Alhamdulillah, moga saudara pun begitu jua di sana.

Terima kasih saudara...aminnn..

@Sahrom-->salam sahrom, benar...amat-amat saya respek. Terutama ibu yang ada anak..bekerja. Tapi itu lah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..InsyaAllah moga saudara dapat menyambung ke peringkat tertinggi nanti..

@Kass-->Salam kas..hehe, betul la tu kass, sebab gementar di hati la..ehehe... insyaAllah moga2 semuanya berjalan lancar. Aminn..

@Aideeb-->Ahaaa, tepat sekali deeb. Aku lupa pulak pasal tu;)

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt!. Tajnur itu la, memang biasa keadaan itu. Cuma saya kagum macam mana mereka membahagi masa kerja, belajar, keluarga, anak2 lagi..tapi itu la, selagi kita berusaha dan sanggup berkorban, insyaAllah...

Apa pun thanks, insyaAllah...kalau ada rezeki saya di situ

@UJ-->itu la UJ, fida fikirkan dari sudut orang perempuan tu la. Yang bekerja, ada famili, ada anak..tapi dalam masa yang sama mampu untuk menyambung pelajaran..

hehe, plan je UJ, tapi usaha je dulu UJ...kalau tak dapat masuk pun, redha je. UJ nak masuk mana?err

@Cikgu Rashid-->Salam kekandaku..err..hehe..aha, itu la...semua masa 30 min di beri untuk semua bahagian, memang tak sempat nak berangan la nampaknya!..err..heheh..

apa pun terima kasih atas tips itu dan doamu, kekandaku..heh!:D

Adliff said...

Afida,

Jangan kelam kabut ok. InsyaAllah kamu boleh jawab. Tak susah mana pun peperiksaan tu.

Aliff kena bagi ceramah kepada semua bakal ketua pengawas dan pengawas peperiksaan petang ini...

Good luck dear.

DrSam said...

saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi ketenangan serta ilham mencurah-curah ketika menduduki peperiksaan itu nanti. Insyaallah.

shameel Iskandar said...

Salam.
Afida nk jadi guru juga ker. Moga lulus exam kpli ngan baik.

Afida Anuar said...

Alip-->Woww..maknanya alip adalah ketua kepada ketua peperiksaan..hehe... insyaAllah..thanks..

Dr Sam-->Aminnn...insyaAllah dr sam. Terima kasih banyak2..

Shameel-->Salam Shameel.. plan je. Cuba orang kata, kalau tak dapat, nampaknya rezeki saya masih dalam industri IT ni lagi la.

 

Browse