Alhamdulillah, semua soalan Mtest semalam saya jawab dengan jayanya. Tiada satu pun yang saya tinggal kosong. Dalam 5 bahagian soalan, bahagian matematik la yang saya sedikit yakin semua jawapan saya betul!..wohaa!..errr... (ikut kata hati saya la..hehe), tapi waAllahualam.
Lepas ujian, terus bergegas ke Precint 9 untuk jumpa Muni. Dah janji dengan Muni nak lunch sama-sama di food court tu sebelum Muni bergegas balik ke Perak berjumpa dengan familinya, Muni akan pulang ke Singapura kembali malam ni kalau tak silap saya. Oh yer, Muni pun ambil Mtest juga semalam. Dari Singapura ke Malaysia kerana Mtest. Gigih kan Muni? Cuma tempat exam kami berlainan. Muni exam di Bangi, saya pula di Kajang. (Disebabkan kesesakan di sekolah tempat saya exam, saya sedikit terlambat tiba di tempat kejadian, kesian Muni kerana lama menunggu. Maaf ya Muni)
Doa saya, jika bidang pendidikan ini yang terbaik untuk Muni dan saya, terbaik untuk dunia dan akhirat kami, mohon moga Allah memberi jalan untuk kami. Jika tidak, saya redha, kami redha. Kerana saya tahu, apa jua yang Allah kurniakan untuk kita semua, itulah yang terbaik sebenarnya.
Dari petang tadi, sehingga saat saya menulis entry ni, hujan masih tidak henti-henti menyimbah bumi Putrajaya. Dingin yang amat, sehingga tulang semua turut sama menggigil... (pulak!!..ada ke tulang menggigil..hehe).
Dan bila hujan yang melarat sebegini masih lagi melarat, baca buku sambil minum teh o panas adalah nikmat. Masak air sat..Oh yer, ada orang baru kasi saya hadiah buku. Tajuk buku, Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri oleh Burhan Sodiq.
Permisi dulu ya, saya mahu buat air teh o itu dan sambung baca buku itu sambil layan bunyi hujan itu^_^
PS: Semoga segalanya yang terbaik untuk kita semua...
20 comments:
Assalamualaikum wbt
InsyaAllah, kalaulah benar dimakbulkan oleh Allah SWT, Afida tidak akan sendirian kerana setakat ni saya, Pn Kartini dan mungkin rakan bloggers mmg ada bersama2 sebagai warga pendidik. Lagilah meriah, bila dah ramai ada `genetic pooling` beredar disekitar edaran sini. Eh! Ate Muni pun berghiye bebenor2 ngambik mtest ke? Biyor betoi, sempat bertanggak kat kpg sekejap pulak tu! Apa2, semoga berjaya, Wassalam.
Assalamualaikum Saudari Afida..
Moga sdri terus sihat di sana disertai dengan rahmat Allah SWT..
Ermmm...kat sini pun tgh hujan ni dan saya tgh minum teh herba HPA..
Moga berjaya dalam Mtest tu..
InsyaAllah moga afida akan menjadi seorang cikgu .. cikgu afida .. sedap sebutnya.
Mana ada afida sendiri. Kan kekanda ada .. hehe
Afida,
aliff seharian menjaga peperiksaan PTD. kehadiran kurang kerana ramai agaknya pergi kpli punya exam he!he!he!
penat sungguh la. sudahlah banyak pula pusat hendak dijaga/jengah.
good luck. insyaallah afida tidak akan sendirian.
ALHAMDULLILAH..bagus mmg jd guru..
akak dulu ngajar sempat 9 tahun saja. Anak2 murid now dah jd kwn..
salam sahabatku fida..semoga segala urusan awak berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya ya..insyaAllah
moga success...
alhamdulillah...
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt...moga2 berkat doa tajnur..iyer, muni pun beria Tajnur. Kalau tak, masakan dah pulang ke Msia minggu lepas, minggu ni sanggup pulang lagi semata2 nak exam..kg muni tak sampai 3 jam pun dari sini. Kalau saya jadi muni, pasti saya pun pulang ke kg juga;)...hehe..
Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak. Alhamdulillah sihat2 saje di sini. Moga saudara di sana pun begitu juga, insyaAllah.. Moga2 saudara. Terima kasih atas ucapan..
Cikgu Rashid-->hehe..kan cikgu.. mcm sesuai je cikgu afida tu...hehe.. aaaaa kekandaku... cikgu rashid?hehe..
kat sini memang la tak sendiri cikgu, ada cikgu, ada semua orang... tapi hakikatnya memang saya masih sendiri cikgu..err
Alip-->ahaaa, kat dalam kelas masa ambil exam hari tu pun ada ketidakhadiran. Pasti mereka ke exam PTD... Thanks..insyaAllah moga2 tidak sendirian...
Yan-->Salam kak yan, wahh 9 tahun lama gak tu. Mesti banyak pengalaman suka duka jadi cikgu ni..
Sahrom-->Salam sahrom..insyaAllah moga2 begitulah hendaknya.. Moga sahrom pun sama..
Aideeb-->Thanks deeb..
Nahmy-->Alhamdulillah...
Fuhh.
Pekena teh sambil cicah biskut mayat time-time hujan memang masyuk.
:D
Salam my dear fida:)
Moga fida success...
Moga satu hari nnanti..bisa bergelar CIKGU FIDA...:):)...insyaAllah:)
Salam kak Afida :)
nak lari dari tajuk n3 sikit hehe.. Salam Aidil Adha kak.. maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita mohon di ampun kan ya :)
akak chayok!! InsyaAllah
Bijen M-->Biskut mayat?errr..pestime dengar ni... klu tak silap, musim hujan makan ubi rebus n air kopi memang mahsyuk amat...nikmat...
Kak Tinie-->Salam kak tinie..aminn..moga masin mulut kak tinie..teacher afida..hurmmm...^-^
Maiza-->Salam mai... hehe..bole2. Salam eidul adha buat mai sekeluarga juga.... insyaAllah..caiyok juga mai!
Biskut mayat tu biskut cream cracker.
Dapat nama biskut mayat sebab time orang mati ada orang jamu biskut tu. Ha ha ha.
Ubi rebus cicah kelapa pun syiok juga.
Bijen-->iyer ke orang jamu time orang mati. Tak silap saya, time orang mati mana ada jamu2...:P...
ahaa, nak pi beli ubi sat lagi..cicah gula la..kelapa takde..heh!
assalamualaikum afida
semoga insan yg bersungguh2 seperti fida terpilih menjadi pendidik.
hujan yang turun, moga ia sebagai rahmat, kan Fida.
mudahmudahan kita tidak bersendiri kerana ada Dia yang menemani..amin...
semoga berjaya ekk Mtest tu... kalao maths semua betul ... yang lain ... lagi la betul kan... hehehe
insyaAllah... bakal guru
Salam
Tatkala hujan renyai2 kat luar sana, mama sini minum kopi panas cicah biskut kering dan choc chips. Nak choc chips mai laa umah mama.
salam kak fida...waaa, nk jadi cikgu ek...insyaallah, dipermudahkan semuanya...:) nanti kita same la kak, jadi cikgu jugak...hehehe...
Kak Ummu-->Aminn kak ummu..moga2...berkat doa kak ummu, mana tau..
Uj-->berangan je semua betul UJ..tapi waAllahualam la...insyaAllah..aminnnn, moga2..
Mamawana-->Salam...wahhh choc chips..peberet tu..hehe.
Starsyeea-->salam..hehe plan je starsyeea. tak tau la ada rezeki ke idak. Sama2 kita tunggu..Doakan eh.. insyaAllah..
Post a Comment