Tukar Angin...

Monday, November 08, 2010
Balik kerja petang tadi, terus memecut ke MPH Alamanda. Ada exam pada hari Sabtu ni, baru je diberitahu pagi tadi. Di MPH Alamanda la saya kira tempat terbaik untuk mencari bahan telaah tersebut. Alhamdulillah buku yang dicari ada!. Cuma sayang, last minute pula studynya.

Last minute pun, still kena study, kena usaha kan? Usaha hingga ke titisan lelah yang terakhir, eceh. Doakan saya ya, mana tau ada rezeki boleh la saya bertukar bidang, juga bertukar tempat dan angin.

Dan mungkin..............................hurmm, takde apa-apa la:D

PS: Heh! belum apa-apa dah berangan.. Berusaha dulu Cik Afida! Berusaha!!


21 comments:

uj said...

semoga berjaya bittufuq wannajah... Mtest tu untuk org mintak KPLI ke?

nak jadi pengajar lak ekk...

sahromnasrudin said...

salam fida..ini interview kedua untuk jadi pensyarah uia tue ke? ari tue micro teaching kan???
sy doakan awak berjaya ye..baca sural al-insyirah di 4 ayat yg terakhir itu ye...selain ayatul kursi..insyaAllah segalanya dipermudahkan...

Unknown said...

goodluck to you fida!

berusaha!!

Abd Razak said...

Salam Sdri Afida...

Moga sdri sihat hendaknya di sana..dan moga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang~Nya jua...

Mudah-mudahan berjaya, dan semoga Allah permudahkan segalanya.

Good Luck To You!

Pn Kartini said...

To my dear dik fida..:):)

Salam dear:)


Biarpun usaha last minute..
namun....Better Late..
..........Than NEVER!hehe..

InsyaAllah...segala usaha diberkati..:)All the BEST!

naimisa said...

selamat berexam bakal cikgi (tidak salah eja ni) ... :D

Didi Kartika Osman said...

Good Luck Fida~~ni bukan last minit.. awal lagi apa.. =)

nahmy said...

kalau study tu nak senang faham...cuba 'buang angin' dulu....apapun, semoga berjaya!

nurkass said...

salam fida..
fokus..fokus...u can do it..caiyok2..

Kay said...

Fida nak pi amik exam PTD yek? kay dh setahun tak renew spa application...

good luck Fida... kacang putih je tu!

aZr|n said...

Salam fida. PTD ke KPLI? pepun all the best ya.

masz14 said...

waa congrats fida. pdn la ko tak tukar2 keja lagi. nak cari keja gomen rupanya. semoga berjaya dlm interview@exam...

Stridz said...

Selamat berjaya Kak Fida. Nak ucapkan selama tinggal kepada Putrajaya yg sunyi ye?

aideeb said...

all the best..nak bertukar ke mana?

Afida Anuar said...

UJ-->InsyaAllah UJ, doa2 eh. Yeap,Mtest tu utk yg ambil KPLI...nampaknya begitu la UJ..perancangan baru. dapat tak dapat, waAllahualam.

Sahrom-->Salam sahrom. Thank kerana mengingatkan. Alhamdulillah memang surah tu jadi amalan harian. Ni bukan yg UIA tu, ni yg KPLI. UIA tu lambat lagi rasanya tau result...rasanya la..err..

Edot-->Thanks edot..doakan eh.

Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak. Alhamdulillah saya sihat2 je di sini. Moga saudara juga sihat2 di sana.. Aminnn..Thanks..

Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie...terima kasih akak..berdebar2 ni..hehe..

Naimisa-->Buat naim juga..selamat berexam!!, moga berjaya....rasanya lelaki tak ada banyak halangan sangat sebab mereka memang mmerlukan guru lelaki..

DD-->kalau tak libatkan kerja kat opis tu memang awal la dd..tapi ni malam je ada masa nak study.huhu.. apa pun gambatte!!

Afida Anuar said...

Nahmy-->ahaa..itu la. apa pun thanks ya nahmy... angin tu, ada sikit2 lagi..hehe

Nurkass-->Salam kass.. terima kasih banyak2..

Kay-->Kay, bukan PTD. KPLI. Cuba2... mana tau ada rezeki:D Fida pun dah lama tak renew spa tu.. entah la.

Azrin-->Salam azrin.. owh PTD pun sabtu ni yer..fida punya KPLI:)

Masz-->hehe.. itu la masz. setia kat cni. Dah lama dah nak tukar masz. Tapi macam mana entah, tak terbuka hati nak keluar. Tapi sekarang kene cuba nampak gayanya. Mana tau ada rezeki kat tempat lain pula yang lebih baik:)

Stridz-->Thanks aben. Lama aben menyepi nampaknya:D..itu la,kalau ada rezeki akak kat tempat lain, nampaknya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada putrajaya yang sunyi ni...eh putrajaya tak sunyi tau.. putrajaya besttt sangat!

Aideeb-->thanks deeb. Tak konfem lagi la. Baru exam deeb. Doakan eh.

Rashid said...

Dan mungkin 'bertemu si dia yang macho ..' hehe..


utk fida.. MOGA BERJAYA K . STUDY ngan baik. jgn ngelamun .. maklumlah sekarang ni kan musim hujan..

Adliff said...

afida,

yang terbaik untuk kamu, selamat mengambil periksa.

yah, aliff jaga exam ptd pada sabtu ini....dah tugas hakiki :)

moga-moga ada rejeki.

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid--> ahaa, cikgu dah tolong sambungkan.. terima kasih cikgu.hehe...

InsyaAllah cikgu, kalau ada rezeki saya... itu la, nasib baik saya di pantai barat. Tak turun hujan sangat. Kalau saya kat kg, rasanya asyik mengelamun la kejenya..errr..

ALIP==> terima kasih alip. InsyaAllah, moga2 ada ..doakan eh...ohhh PTD, fida punya KPLI:)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah, cubalah yg terbaik, Jika rezeki yg telah ditetapkan Allah mmg ada pada Afida, tidak ada yg dapat menghalangkannya. Sebagai manusia, kita ikhtiarkan dan membuat persediaan menghadapinya. Eh, saya pun diarahkan utk menjaga peperiksaan ini tetapi bukanlah Ketua Peperiksaan cuma taraf kuli saja tentulah saya tak dpt nak tlg bagi apa2 input mengenai perjalanan peperiksaan tersebut pada hari Sabtu ini yg diselaraskan di seluruh Malaysia.
Kalau ada cita2 jadi lecturer, kenapa tidak ambil Master `part time`krn hampir semua IPT mewajibkan pensyarah mpunyai Ijazah Lanjutan termasuk IPGuru, IPMatrikulasi, Politeknik dsb. InsyaAllah perjalanan masih jauh lagi, oleh itu ambil peluang akademik dan kerjaya secepat mungkin. Semoga berjaya menduduki peperiksaan, hadapi dgn enuh keyakinan InsyaAllah.
p/s Jgn takut, saya tak jaga kat Putrajaya!

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam wbt.. Tajnur..

InsyaAllah, saya berusaha dulu apa yang patut. Kemudian tawakkal. Kalau itu rezeki saya nanti, alhamdulillah. Kalau bukan pun, saya redha..insyaAllah. Takpe Tajnur, rasanya info yang saya dapat ni dah cukup untuk mengetahui perihal perjalanan exam tu, termasuk bentuk soalan dan sebagainya..

Teringin juga nak sambung master tu, tengok la macam mana.

Owhh Tajnur pegawai kerajaan rupanya.

PS: aahaaaa, saya pun tak exam kat Putrajaya! Tapi kat tempat lain;)

 

Browse