Please Hold My 'Hand'.Can? I Need To Be Strong...

Wednesday, November 24, 2010
Akhir-akhir ni hidup rasa macam haywire je...errrr

but still.... (macam biasa dengar je ayat ni, Trisy Jade?)

Usah dirisau tamu yang sering bawa seribu kisah haru,
Aku akan tetap tersenyum menanti bulan yang satu,
Sapa aku, sapa kemanisan rindu dalam bingkisan waktu,
Yang sering ku pohon doa darimu yang datang bertalu.

PS: Doa itu wireless, coverage dia satu universe, kan?

Semoga kekuatan itu kembali, semoga dipermudahkan...dan semoga saya sentiasa tersenyum menghadap takdir yang satu. Ya Allah, mohon bagi Fida kekuatan..

21 comments:

Adliff said...

Afida,

Bersolatlah dan minta pertolongan dariNya dengan sabar.

Bacalah suruh al-waqiah untuk ketenangan hati.

Never give up. never quit!

Pn Kartini said...

Salam my dear...:)

....insyaAllah...kan pasti ada kekuatan itu...Sesungguhnya DIA Maha Mendengar........

Abd Razak said...

Assalamualaikum sdri...

Moga sdri sihat hendaknya dan diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini.

Kata pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan.

sahromnasrudin said...

salam ziarah..semoga sahabatku ini terus tenang menjalani kehidupan seharian dan dilindungi Allah SWT

nurkass said...

salam fida..
sebagai hambanya,kehidupan kita senantiasa diuji.Oleh itu bersabarlah dlm menempuh dugaan dan ujian darinya serta jgn berputus asa dan berdoalah padanya..insyaAllah akan ada penyelesaiannye nanti..

p/s : peringatan tuk kass juga..

ummu said...

assalamualaikum Fida
"Ya Allah, mohon bagi Fida kekuatan.."
amin amin ya Allah.
semoga Allah mudahkan urusanmu Fida.hanya bahu yang memikul dan Allah mengetahuinya

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
It really surprised me. I thought that you are strong and have a prominent self-esteem. Atau mmg semua perempuan mcm ni, ada pasang-surut setiap bulan...Mmg doa tu simulasinya bak wireless, tp bergantung kpd `access-point`. Kalau kuat frekunsinya, kuatlah `coverage`nya. Firman Allah SWT dlm Surah AlHajj:37 لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.
Surah AliImran:92 لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Maknanya, kena byk2 beramal, bertaqarrub dan bersabarlah menghadapi sesuatu harapan. InsyaAllah, suatu ketika nanti Allah akan membuka hijab permohonan kita. Wallahualam

Afida Anuar said...

@Aliff-->Alip, terima kasih.... insyaAllah.

@Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie.. InsyaAllah. Kejap rasa kuat, kejap rasa lemah amat. hehe, ada-ada je.

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt... lebih kurang begitu la saudara. Hidup pasti ada pasang surut, gembira duka. KUat lemah.... dah nama pun manusia kan.. insyaAllah moga tabah2 selalu.

@Sahrom-->Salam...Aminnn.. terima kasih sahrom

@Kass-->Salam kass..sama2 la kita. mekasih yer..

@Ummu-->Waalaikumusalam kak ummu... Aminnn.. Aminnn Ya Rabb al alaminn..thanks kak ummu..

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. It surprised me too actually, hehe...;)..dah nama pun manusia kan Tajnur. Ada hari rasa kuat amat, ada hari rasa lemah longlai. saya bukan superman...eh superwoman.

InsyaAllah....sabar dan redha hadapi segalanya..sabar dan redha dengan apa yang Dia kasi. Thanks for the words.

Bijen M. said...

Betul.
Kalah High Speed Broadband.
Wahaha.

MaizaC'Joe said...

Salam kak Afida

InsyaAllah.. Allah itu maha mendengar, mengetahui, lagi pengasih.. sentiasa bermohon padaNYA InsyaAllah.. take care kak!!

moga senyum dan ceria selalu :)

nahmy said...

salam. bab 'wireless' yg sgt di benci skrg ni...ialah celcom broadband dgn signal 'wireless'nya yg semakin mengarut tahap cipan jingga. benci-benci-benci...!!

shameel Iskandar said...

Allah Maha Mendengar. Dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dekatilah-NYA, pasti IA mendekati kita.

Azian Elias said...

Kesabaran paling penting dalam menghadapi ujian ALLAH

DrSam said...

salam afida,
saya doakan semoga dipermudahkan. Semoga doa wireless dipanjangkan keseluruh universe.

Afida Anuar said...

@Bijen-->semuanya kalah la pendek kata.;)

@Mai-->Waalaikumusalam mai..insyaAllah..moga mai pun ceria2 selalu..

@Nahmy-->ahaaa, ni musti pakai celcom broadband ni. Bertukar lah kepada streamyx then...pasang wireless router sekali.. alhamdulillah setakat ni tak pernah mengecewakan;)

@Shameel-->Thanks shameel, for the words.. Aminn..insyaAllh..

@Kak Yan-->Sabar dan redha..insyaAllah hati bahagia menerima segalanya.

@DR Sam-->Salam dr sam..thanks..Aminn.. insyaAllah.

ummu said...

salam Fida,apa khabar?
saja datang sini petang Ahad
sementara anak2 tiada dgn akak.

Kamsiah yusoff said...

salam fida..jgn dilayan perasaan negatif tu...sesungguhnya syaitan suka pada org2 yg berdukacita,putus asa,lemah semangat....bangkit melawan perasaan tu

Afida Anuar said...

Kak Ummu--> salam kak ummu. ALhamdulillah sihat2 je ni... wahh anak-anak keluar berjalan yer..

Kak Kamsiah.. Salam kak... hehe, terkadang terlayan la kak, nak buat mcm mana. InsyaAllah cuba..

UstazCahaya said...

Salam Fida.

Lama saya tidak bertamu di sini..

Saya berdoa semoga kita selalu dikasihi Allah SWT. Apalagi yang penting selain kasih sayang Allah. Dengan kasih sayang Allah, orang beriman senyum ketika menghadapi musibah. Kan Fida kan:)

Senyum dalam bahagia, itu biasa. Senyum ketika berduka, yang ikhlas dan jujur, itu luar biasa..

Doakan saya juga ya:)

UstazCahaya said...

Haha lupak plak. Trisy Jade.. erm, HLOVATE ;p

Afida Anuar said...

Ustaz Cahaya...

Salam ustaz, lamanya tak dengar khabar dari ustaz. Apatah lagi blog ustaz, lamanya sepi..err..

Harap ustaz sihat2 saja di sana. ahaa, senyum, alhamdulillah walau apa pun terjadi senyum tak pernah lari ustaz..InsyaAllah doa utk ustaz tak pernah saya lupa;)...

ahaa, trisy jade...sweet ending...walaupun permulaan agak mengharukan;). Ustaz juga yang kenalkan HLOVATE kat saya kan? hehe

 

Browse