1) Pertama kali dalam hidup, pagi hari raya eidul adha saya masih di jalanan. Baru bertolak pulang ke kampung pagi hari tu. Terlepas solat sunat eidul adha..
2) Tiada acara korban famili kami tahun ni, pertama kali juga. Pak Cik Li (master person untuk ibadat korban famili) dan Tok ke Mekah. Pak Su tak balik. Ma ada maslahat. Mak Su dan Ayah Su berkorban di tempat orang. Adik-adik lelaki saya yang dah berkeluarga tu juga tak balik. Ayah dan mak buat korban untuk orang-orang Islam di Kemboja. Saya? Saya tak buat apa-apa tahun ni:(
3) Eh saya buat sup gearbox. Mak Su bagi saya sebatang kaki lembu untuk dikerjakan. Last-last jadi sup. Terbaik!..licin!..hehe
4) Hari Khamis ke Pahang,sehari suntuk di sana. Ada majlis akikah anak saudara saya yang pertama, Umar Khaaliss. [PS:Mas, Keon, anak menakan aku pun nama Umar ;)
5) Kampung saya sudah berubah wajah. Ada orang kaya buat pagar, buat benteng. Tersekat terus jalanan. Ah, orang kaya..... memang boleh buat apa yang mereka suka. Kami orang miskin ni apa la sangat kan?
6) 9 jam saya drive dari Kuala Terengganu->Nilai->Putrajaya hari ni. Jem agak teruk di Lebuhraya Pantai Timur sebelum Tol Karak, Highway Karak pun jem. Tak sangka!
7) Lepas isyak terus tidur. Penat yang amat. Pukul 1 pagi terjaga balik. Tak boleh tidur pulak dahh... aaa sudah.
16 comments:
Assalamualaikum sdri afida...
Apa kabar, moga sihat hendaknya..
9 jam tu kalau naik kapalterbang boleh sampai Makkah, pasti letih yang amat kan!
Tahun ni hari terakhir hari tasriq tgh malamnya ada orang ketok rumah nak beri daging korban pada saya. Saat terakhir masih ada lagi orang sanggup berkorban...alhamdulillah
salam...buzy tu kan bagus lebih2 atas sebab yg baik. 9 jam klu naik jet mau terlajak terlepas Mekah tu...
Salam K.afida :)
drive 9 jam.. comfirm lengoh abeh la.. Maiza dh rasa.. tak tahan la.. dari Kedah ke Johor fuh!! lg letih bila drive sorng2 tak ada peneman.... lagi...
selamat beristirehat.. dah start krj ka hr ni?
salam ziarah..memang semalam hiway kem teruk..hiway PLUS pun same..yang penting, awak selamat sampai ya..
kay sampai kul 2 pagi td... jem dr bentong ke gombak...
datang pahang tak singgah umah pun :(
Assalamualaikum wbt
Mmglah, mrk yg disebelah Pantai Timur meraikan dgn meriah Hari Raya AidilAdha dan dah tentu `traffic congested` dgn teruk ketika pulang. Kenapa tak lalui ikut Kuantan terus hala keKuala Pilah dan terus ke Nilai ikut Highway Lekas! Anyway, blk pd cerita, mmglah org kaya, kbykn bersifat demikian krn mrk rasa dgn wang yg sedia ada boleh buat apa saja. Padahal, dlm Surah AlMaun:6-7 Orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan pemilikannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang dan barang yang berhak mendapatnya)
Apa saja yg boleh menghalang dan menyusahkan org ramai dgn kekayaan yg mrk perolehi pun termasuklah org yg celaka. Nauzubillah.
welcome back kak fida. Sy kalo drive 9jam cenggitu, penatnye 3 hari 3 mlm br abes. Maklumla..kete manual. Alaa..lupe nk pesan serunding.
salam..
dh balik dah..amboiii..cuti sakan..oh ye..kopok kita ada ke..
Salam my dear..:)
Alhamdulillah..selamat fida pergi dan baliknya..
Harap fida cukup rest yaa...!:)
kalau balik ke pantai timur waktu raya qurban mesti jam teruk.. tiap taun..
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak. ALhamdulillah masih dikurnia kesihatan yang baik, moga saudara pun begitu jua... ahaa, 9 jam naik flight, memang dah sampai Mekah,seronoknya...
ahaaa, itu la..letih memang tak ingat. Pasai tu lepas isyak terus tumbang tu..hehe.. Alhamdulillah masih ada yang berkorban di saat2 akhir. kalau kat ganu tak silap saya, setakat raya kedua je. Hari raya ketiga tu dah takde dah yang berkorban..
Nahmy-->Itu la nahmy...cuma naik kereta, tak sampai la sana. Kalau naik kapal terbang, lalu ikut laluan dia.InsyaAllah 9 jam tu smpai..
Maiza-->Salam mai...ahaa, kaki tak lenguh lak, tapi nak tidur semalam dua2 lengan lenguh, pasai pegang streng tak lepas2 kut..hehe..
Sahrom-->Alhamdulillah sahrom..selamat sampai sini..
Kay-->tahun bila entah, pernah jem..sampai 14 jam dari ganu... kay, teringat jugak kat kay, tapi kat pahang tu fida ke pusat bandar jengka. kay kat kuantan kan? mcm jauh..tak berkesempatan..huhu ampun kay, lain kali insyaAllah kalau ke kuantan, fida singgah..
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt! Itu la Tajnur, saya pula boleh assume ramai yang tak cuti macam saya. So tak jem. Tapi sangkaan meleset.. hurmmm, tak biasa lalu sampai ke kuala pilah sana. Kalau biasa, dan dekat dari jalan yang saya biasa lalu (kalau dari Terengganu), mungkin saya boleh cuba next time;). Terima kasih....
Pasal orang kaya tu, biarlah Allah je yang balas atas niat dia buat pagar tu... cuma tu la, kenapa baru sekarang dia buat. sampai hati dia boleh buat pagar dan benteng sekat laluan orang, pastu pagar pulak betul-betul depan tangga orang. Sampaikan orang tu dah tak boleh nak masuk kereta ke garajnya...nak buat macam mana, dah tanah dia...tanah orang kaya..
Shy-->Shy, akak pernah bawak kereta manual, sbelum beli Incik Hitam ni. Jem kat highway jugak. Tahun 2007 kut. 14 jam dari Kuala Terengganu ke Putrajaya. Bayangkan bertolak dari Ganu kul 10 pagi, sampai putrajaya kul 12 malam..nak gila rasanya bawak kereta hari tu, tambah kereta manual...takde co-driver..Allah je la yang tau penatnya takat mana..huhu. Pengalaman betul..
Kass-->salam..hehe kass, jangan jeles... memang cuti sakan ni..alamak keropok....err...
Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie..alhamdulillah selamat pergi dan balik.... ahaaa, rasanya cukup kut...errr..
Kak yan-->itu la pasal Kak, saya pulak assume tahun ni ramai tak balik sebab cuti tengah2 minggu, hari rabu. Tak sangka ramai juga yang ambil cuti straight sampai ahad..huhu
Aah.
Orang kampung aku pun banyak pergi Kemboja.
Siapa punya program ni eh?
Jem teruk kan?
Saya nak lari dari jem, entah jalan apa2 saya masuk. Lepas tu dari Kuala Lipis saya masuk ke Jerantut utk ke Temerloh, jalan dia ya rabbi ngeri giless!
Pukul 3 baru sampai. Bgn nak pergi keje punya liat, kul 9.20 masuk ofis huhu.
Fida, nape tak ikut gi kemboja? Ada rombongan ke?
Bijen M->Mak ayah tak pi kemboja pun mr bijen. Dia amanahkan hasil korban tu tuk diagih2kan kat ornag kemboja. Selalu dengar iklan kat radio ikim , yg selalu buat korban kat kemboja ni..easy korban. Tapi yang mak dan ayah join ni bukan easy korban. dari apa entah..
Khairi-->tu la, tapi tak seteruk tahun 2007 kut. 14 jam dari Kuala Ganu ke Putrajaya..huhu... pukul 3 pagi?? wowww..dugaan...
eh khairi,bukan pi kemboja. Maknanya kasi duit kat badan apa entah yang akan buat sembelihan korban utk dibahagi2kan tuk fakir n miskin di kemboja. Bukan pi sana pun khairi..huhu
salam Fida
sedap tu gear box
akak pun kalau cuti umum dan kena lalu karak hway tu
Ya Allah,rasanya naik kete lembu lagi cepat,:)
Salam kak ummu...
heheh..peberet fida tu kak ummu...
hehe,kereta lembu sampai dulu;)
Post a Comment