Sebuah Penyatuan..

Wednesday, June 25, 2008
Dari tadi aku cuba menyatukan minda dan jemariku agar bisa menari-nari di atas keyboard ni. Namun usaha itu gagal. Merajukkah minda pada jemari? Atau merajukkah jemari pada minda? Sukar aku mengerti. Selama aku hidup di atas dunia ini bersama-sama depa, tidak pernah pulak aku perasan yang depa ni pernah merajuk antara satu sama lain. Apa pun.. usaha penyatuan itu akan dilakukan bagi memastikan entry ini terhasil. Kalau tidak....ermmm.. jap nak tengok, depa-depa ni masih merajukkah lagi antara satu sama lain?? hahaha..

Begitu lah akibatnya kalau aku dah mula merapu. Namun dengan merapu la, penyatuan antara jemari dan minda akan terhasil sedikit demi sedikit. Kalau berjaya, kalau tidak.. apa pun, jutaan terima kasih kepada kerapuan itu. Lepas ini boleh la kita sama-sama makan ikan kerapu masak masam manis:D.. Arghh aku dah weng!

Sekarang boleh dikira dengan jari, berapa butir bintang yang kelihatan di langit. Tidak mengerti ke mana hilangnya berjuta-juta lagi bintang di langit itu. Hendak di katakan hari mau hujan, tidak kelihatan pula awan mendung berarak di celah cahaya rembulan. Hmmm... Not Enough Stars in The Night??

For me, that online fiction is bit interesting than my next next words, so i may put my full stop here, so that everybody can read that:d Misi penyatuan jemari dan minda nampaknya tidak berlaku begitu mantap! Poor them. Kene pujuk jap. Hahahaha. Until next entry....

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam..

9 comments:

saizulhafiz said...

komen komen komen...hehehe..weh baca latest post blog aku.cuba renungkan

Afida Anuar said...

Baeklah..

Anonymous said...

k fida..tlg wat air manis ;P

sitizero said...

k fida...nak air milo....

Afida Anuar said...

Mak aii..mentang-mentang aku selalu buat air milo pagi2.. pi pantry wat sendiri weh:P

Weh bc pasal star tu sementara DPN tak masuk lagi ni..hahaha

saizulhafiz said...

fida dhla refresh blog...hahahaha

Afida Anuar said...

Zaman bila pulok aku refresh blog ni?? Adeh korang ni.. kutuk la aku ni.. Aku sedar la sape aku. sob sob sob..

hahahahah..

Saizul, aku nk jadi tukang makan aje petang ni:P

sitizero said...

jom balek!!!

Afida Anuar said...

Haha hid, sila sila..

 

Browse