Hari ini, boleh dikatakan mendung sepanjang hari di bumi Putrajaya dan hujan di subuh hari. Alhamdulillah, rahmat dari Allah. Aku dan Muni, tidak ke mana-mana sepanjang hari. Eh lupa, cuma pagi tadi kami ke Taman Warisan kerana Nooril dan Eja, beria-ria untuk belanja kitaorang sebelum mereka pulang ke Singapore. Alhamdulillah, dengan roti john, laksa johor, sate..kenyang kitaorang untuk satu hari ni. Terima Kasih Nooril dan Eja.
Nampaknya isu kenaikan harga minyak semakin hari, memang la semakin panas, tapi dalam pada masa yang sama, ada juga redanya. huhu. Itu lumrah kehidupan. Dijadikan berpasang-pasang. Ada yang panas, ada yang sejuk. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Ada yang kaya, ada yang miskin. Ada lelaki dan ada perempuan. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang bising dan ada juga yang senyap. Semua mempunyai pasangan masing-masing. Ok abaikan hal pasangan-pasangan itu.
Memang benarlah kata seorang teman. Kita umpama lebah yang bising selepas sarang dijolok. Malangnya kita tidak tahu untuk menyengat. Lihat sajalah rakyat Indonesia yang betul-betul menekan kerajaan mereka jika ada yang mereka tidak puas hati. Sehinggakan, ada sesetengah perkara kerajaan mereka terpaksa akur dengan suara rakyat. Tapi kita hanya lah lebah bising...tidak ada usaha yang betul-betul menekan kerajaan sehingga ke akarnya. Sehingga kerajaan boleh mendengar suara rakyat! Bukan rakyat yang mendengar suara kerajaan!!
Rakyat negara ini umpama ular sawa yang kekenyangan. Tidak ada apa yang mampu untuk rakyat negara kita lakukan. Rakyat negara jiran itu pula, umpama singa yang lapar. Apa ular sawa yang dalam kekenyangan akan buat? Dan apa pula singa yang kelaparan akan buat. Bukan niat di hati untuk mengutuk rakyat negara sendiri. Tapi itulah ironinya. Aku pun rakyat Malaysia, aku pun diumpamakan seperti ular sawa yang kekenyangan itu. Malangnya aku tidak ada kuasa untuk merubah segalanya. Hanya Doa yang mampu aku panjatkan, agar hati-hati yang lemah dan lalai itu, bisa kuat dan tabah untuk menghadapi ujian dan dugaan di hari-hari mendatang.
Aku tidak sabar menantikan 12 Julai ni!! Doakan angin perubahan bakal melanda negara kita yang tercinta ini!
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment