Alahai Kerajaan BN..mekasih sangat-sangat.

Wednesday, June 04, 2008
Terkejut aku tatkala melintasi stesen minyak petronas di precint 9 ni dalam on the way nak balik umah. Makkk aiii, gile ramai orang. Eh, gile banyak kete. Masing-masing pakat nak isi minyak. Aku nak berhenti sama, tengok minyak aku ada 3/4 lagi. Kalau isi pun, RM20 dah penuh ni untuk hari ni. Tapi kalau isi besok, maybe rm30 la kut penuh. Nak pergi isi ke tidak malam ni...

Alahai Kerajaan. Bagusnya la balasan untuk rakyat yang menyokongnya. Di berinya hadiah semua bende naik. Beras naik, minyak naik, apa lagi yang naik...Mekasih la banyak-banyak yer kerajaan BN. Hanya Allah je la yang mampu membalas segala usaha kerajaan dalam membantu menambahkan beban rakyat jelata. Terutama orang-orang susah...cam aku.

YaAllah. Tabahkan lah hati hamba-hambaMu dalam menghadapi ujian dariMu ini dan tunjukkan lah jalan yang benar lagi lurus kepada kerajaan BN yang jalannya tak pernah lurus. Amin.

"JANGANLAH KITA HIDUP UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam.

2 comments:

Anonymous said...

Harga minyal tetap akan naik kerana harga pasaran dunia memang naik mencanak canak.

Tetapi wajarkah kerajaan menaikkan harga minyak dalam keadaan :

1) Pengangkutan awam negara sangat teruk ( bad time management, perkhidmatan terbatas )

2) Harga kereta Malaysia antara termahal di dunia, begitu juga harga spare parts.

3) Tol bersepah sepah. Makin naik ade la.


Di Thailand, walaupun minyak mahal, jalan tiada tol dan harga kereta murah.

Di Jepun, minyak ikut harga pasaran dunia tapi harga kereta murah sangat tapi tol mahal dan parking mahal tapi GAJI derang juga mahal !!!! Tiga kali ganda Malaysia !!

Malaysia ?

Sekarang, menteri kita nak bandingkan dengan negara mana nak tunjukkan Malaysia lebih baik ?

Nepal ? Myanmar ?

Zimbabwe ?

atau Antartika !!!?

Bangssaaaaaaaatttttt !!!

Afida Anuar said...

Cis...Pak Lah wat statement harga minyak negara kita masih lagi yang terendah di kawasan asean.

Mengonggg... Memang mengongg..Depa negara yang ada minyak ke? Cuba bandingkan dengan negara yang ada minyak macam Malaysia. Minyak di Malaysia mahal nak mampus kalau dibandingkan dengan negara yang ada minyak.

Apa pun, mekasih semua yang terlibat dalam menaikkan harga minyak. Usaha kamu-kamu semua ku "hargai"

 

Browse