12 Julai 2008... Perhimpunan 100 Ribu Rakyat!!

Saturday, June 07, 2008
Kaki lenguh, badan penat, mata mengantuk.... adalah simptom-simptom yang aku lalui di saat ini. Namun otak aku memaksa tangan aku untuk menconteng-conteng kerana baru aku menyedari, semalam aku langsung tidak mengapdet blog aku ni. Alahai....ciannye ditinggalkan.

Hari ni,Sabtu bersamaan 7 June 2008, sehari suntuk masa dihabiskan dengan menghadiri kenduri Kak Zaidah di Shah Alam. Aku tipu..bukan sehari suntuk, tapi lepas Zohor kitaorang sampai sana. dekat-dekat kul 4 dah belah. So bukan sehari suntuk la. hahaha...

Ramai juga rupanya member-member Infosys yang menghadirkan diri. Antaranya.. aku,Muni,Laili, Nora, Palie, Peja,Pian,Nooril, Eja, Jaya, Leela, Juzaili, Ikram, Pali Pacak, Haedir, Haini, Julia, Fiza, Edot, Peruz, huhu, sorang-sorang dah kut aku sebut ni..ke ada sapa-sapa lagi yang tertingggal..huhu, entah la.. Abaikan hal ni....kerana tidak ada dalam mana-mana peperiksaan pun di dunia ni yang menanyakan perihal siapa x-Infocion yang pergi ke kenduri Kak Zaidah. Hahaha.

Yang paling mendukacitakan. Kamera aku tertinggal lagi.. Aiishhh, ni dah kali keberapa aku tertinggal kamera. So tidak dapat la aku nak meng'snap' gambar-gambar dengan member-member Infocion dan pengantin baru. huhuhu, tapi tidak mengapa kerana cik Norah kita selalu membawa kameranya yang mantap ke mana saja dia pergi. Aku pun menunggu la gambar-gambar darinya. Nanti dah ada leh uplod sini pula.Eh sudah rasa mengantuk yang amat sangat. Aku mau beradu la. Selamat malam semua.

p/s: Erkk, tidak self explanatory lak entry kali ni sebab tajuk dan content tak sekata. Dah kene komen. Hikhik, sebenarnya semalam i tot of telling bout this kind of gathering. Tapi tercerita pasal kenduri lak. Tapi at least dengan tajuk entry ni, semua orang yang berkunjung ke blog aku yang merapu-rapu ni, boleh tahu yang 12 Julai ni ada perhimpuanan 100 ribu rakyat. Dah bincang ngan Muni, plan nk join sekali perhimpunan ni. Jom kita join ramai2.

"JANGAN LAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

0 comments:

 

Browse