Kau yang Ku Kagumi ;)

Monday, June 30, 2008
Kadang-kadang, bila aku terbaca atau mendengar kisah kawan-kawan yang pernah hidup susah...luruh jantung aku membacanya. Tap.. tap.. air mata menitik. Owhh ya Allah! Ujian dariMu. Kesusahan itu adalah ujian. Kesenangan pun adalah ujian!

Hari ni aku terbaca kisah seorang sahabat aku, kat mana entah. Sedihnya. Sebak dada ini membaca kisah hidupnya. Tidak ku sangka senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya, penuh dengan duka yang tersimpan suatu masa dahulu. Tapi alhamdulillah. Kesusahan mengajarnya erti kebangkitan. Kesusahan mengajarnya erti kejayaan. Kesusahan benar-benar mendidiknya menjadi seorang manusia yang tahu menghargai sebuah kehidupan. Alhamdulillah. Dia benar-benar berjaya sekarang. Berjaya dari segi kerjaya, ilmu yang mantap, akhlak yang bagus, anak yang soleh. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia. Aku begitu kagum dengannya, sehingga tiada lagi ungkapan yang bisa aku zahirkan di kala ini. InsyaAllah berjaya dunia dan akhirat aku doakan untuknya. Aminn..

Mungkin aku tidak pernah merasai kesusahan seperti yang dirasakannya. Kesusahan aku mungkin versi lain. Namun sedikit yang aku kesalkan, orang susah yang tidak tahu untuk bangkit! Mereka anggap kesusahan itu adalah titik noktah hidupnya. Tidak mahu berubah atau dalam erti kata lain, malas untuk berubah. Dan sentiasa mengharapkan agar ada insan-insan yang bisa membantunya sepanjang masa.

Atau, ada juga insan yang berdepan dengan kesusahan, kemiskinan..berusaha mengatasi kemiskinan itu, tapi anak-anaknya pula yang berperangai mengalahkan syaitan. Contoh terdekat orang kampung ku. Ibu bapanya dah la miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi lagak si anak memang mengalahkan anak hartawan. Sedih hati aku melihat ibunya dan ayahnya yang keluar mencari rezeki bagi memberi anaknya sesuap nasi! Tapi anaknya langsung tidak mahu menghargai pengorbanan ibu bapanya itu. Apa yang ada dalam pemikiran si anak ni pun aku tidak tahu. Tidak kasihankah dia kepada ibu bapanya? Atau dia sengaja mengikut darah muda dan ketepikan tanggungjawabnya sebagai anak! Kadang-kadang aku geram dengan lagaknya. Ingin aku ketuk-ketuk kepalanya agar bisa berfungsi dengan betul! Agar dapat dapat menjadi seorang manusia, seorang anak yang bertanggungjawab, dan seorang hamba yang taat padaNya! Haha membebel pulak aku kat sini. Apa pun, aku kasihankan orang tuanya:(

p/s: Adehh sekarang ni kes liwat DSAI lak. Conspirasi apa pulak kali ni ni Pak Lah? huhuhu. Pak Lah lagi..hahahaha. Apa pun, untuk baca kronologi kisah liwat ni, kawan-kawan leh ke blog ajat. Detail kisah ni ajat tulis. Nak tulis kat sini pun, cam dah terlambat dah.huhu..

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam..

10 comments:

Afida Anuar said...

Saiful Bukhari Azlan....

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15470&Itemid=1

M@YaZ said...

Ahaks .. tetiba ade nama saya .. masuk sini gak

http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/

Pengakuan sahabat saiful bukhari

saizulhafiz said...

hahaha..ni isi sbenar blog kali ni psl yg atas ke psl yg paling bwh tu jer????????

Afida Anuar said...

Ajat-->Haha, saje akak malas dah nak tulis panjang2. Baca yang ajat n orang lain tulis je la.huhuh

Saizul-->hahah..mane2 la yg ko nak amik jadi isi. Yang atas ke yang bawah.. aku tak kisah:)

Anonymous said...

aku pon admire kt 'insan' tu k fida..he's very intelligente..ahaksss

Afida Anuar said...

Hahahaha yer la tuh Mekdi...

Anonymous said...

sungguh syahdu jari jemari mu menaip kali ini.. hehehe..

Anonymous said...

sungguh syahdu jari jemari mu menaip kali ini.. hehehe..

Afida Anuar said...

Adeh ajis ajis.. ko buat lawak kat cni lak. Tergelak aku baca komen ko ni..ngeeeee..

Anonymous said...

[url=http://kaufenviagragenerika50mg.net/]viagra bestellen[/url] viagra [url=http://achat-viagra-pascher.net/]viagra pas cher[/url] tadalafil [url=http://comprarviagragenerico100mg.net/]viagra sin receta[/url] viagra vademecum [url=http://comprareviagragenerico50mg.net/]prezzo viagra[/url] viagra

 

Browse