Penenang Jiwa..

Sunday, June 01, 2008
Awan gelap berarak perlahan. Guruh memperdengarkan suaranya. "Nak Hujan!"... Itu yang terdetik di hati dua jam yang lalu. Tapi sampai sekarang, setitik air hujan pun tidak kelihatan turun. SubhanaAllah. Dia Yang Maha Berkuasa. Awan cerah kelihatan kembali, memandangkan hari sudah beransur senja, maka kecerahan itu tidak seceria seperti selalu. Kebiasaannya di kala ini, masih lagi terasa bahang suam-suam mentari. Tapi sekarang ni, mungkin kerana masih ada lagi saki-baki awan-awan yang membawa air hujan. Maka suam-suam mentari itu langsung tidak terasa. Sejuk dan dingin...itu yang jelas melanda diri di saat ini.

Hari ni dan semalam, aku melawan kesepian bersendirian dengan membaca buku Muni, PENENANG JIWA-Imam Al-Ghazali. Alhamdulilah, hampir ke penghujung muka surat. Banyaknya input yang aku dapat, insyaAllah... Tapi sayang aku tidak pandai mensummarize balik apa yang telah aku baca untuk dikongsi semua. Terlalu banyak perkara yang dikupas. InsyaAllah kalau diberi buah fikiran, akan aku huraikan sedikit demi sedikit.

Aku senyum sendirian, aku dah hampir habiskan satu buku setebal 400++ ms dalam masa tak sampai 2 hari!! Aku jadi kagum dengan diri sendiri. Huhu, aku kah ini?? Atau siapakah yang berada dalam diri aku ni?? Ini semua gara-gara seorang sahabat jauh yang menasihatkan aku membaca. Yer, memang aku suka membaca, tapi aku amat kurang membaca buku-buku ilmiah. Aku lebih suka membaca majalah atau suratkhabar berbanding buku. Boleh dikira dengan jari, berapa buah buku aku baca setahun. Itu pun kalau ada teman-teman mencadangkan aku baca buku ni atau buku tu.

Kelemahan aku, aku tidak pandai mencari sendiri buku untuk dibaca. Minat aku terlalu banyak. Aku minat semua benda, dan kadang-kadang kalau aku melepak di MPH di Alamanda, aku jelajah semua rak. Aku belek semua buku. Tapi still, aku tidak tahu untuk memilih buku untuk dijadikan tatapan aku sepenuhnya. Betapa naifnya aku tidak tahu untuk memilih buku!!! Alahai Fida, betapa ruginya kamu!

Terima kasih Encik Penulis kerana mengingatkan aku untuk membaca buku. Lepas ni, aku ingin mencari buku 'The Power of Now', seperti yang dicadangkan beliau. Aku calon yang terbaik untuk membaca buku tersebut katanya. Aku ada usha-usha buku tersebut online, tapi reading it online tidak se feeling baca secara live!! Masih teringat lagi kata-kata beliau.

"BOOKS = KNOWLEDGE =PRICELESS"
So Fida.. Gambatte!! Dengan izinNya, aku akan membaca, membaca dan terus membaca jika diberi masa terluang. Kepada Encik Penulis, semoga sentiasa selamat berada di sana, dan selamat kembali ke tanah air nanti. InsyaAllah.
p/s: Sori Muni, aku pinjam buku kau ni tanpa kebenaran. hihihi. Halal ek!
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
WaAllahualam
Wasalam.

2 comments:

n said...

slm fida...
nnt citer le buku tu psl apa... er.. ngn lebih lanjut.. penenang jiwa... really need that... huhu... tq for the reminders and all... chayo fida! :)

Afida Anuar said...

InsyaAllah k.nass, kalau diberi idea untuk dirumuskan apa yang telaah dibaca. Caiyokk k.nass.. Kak Nass boleh!!

Sebagai rumusan singkat. buku ni banyak menceritakan perihal tanggungjawab seorang muslim, sama ada kepada penciptaNya mahupun kepada sesama manusia. Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat.

Rohani yang subur dan sihat itu adalah keteguhan hati kita untuk melawan musuh batin iaitu syaitan dan hawa nafsu.

Sebab itu dalam buku ini banyak ditekankan soal-soal ibadat dan amalan sunat yang boleh membantu meningkatkan diri seorang hamba di sisi Pencipta dan melawan musuh-musuh batin itu.

"Segala sesuatu yang berada di dalam hati manusia adalah milikNya. Berserahlah kepadaNya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat"

InsyaAllah..

 

Browse