Lagi dan Lagi dan Lagi...

Thursday, June 26, 2008
Ia datang menjengah lagi dan lagi dan lagi! huhh.. Kadang-kadang perasaan takut itu ada. Tapi aku biarkan je. Aku buat seperti tiada apa yang berlaku. Memang tiada apa yang berlaku pun. Alah setakat datang sekejap. Pastu pergi. Pastu datang lagi. Pastu pergi lagi. Pastu datang dan pergi lagi. Nothing rite? but something comes from nothing! That's what make me afraid. Sometimes...Hmmm...abaikan itu buat sementara ni...

Habis office hour nanti, kitaorang satu team akan menyerbu Cyberia for BBQ. Perasaan malas untuk pergi tu, wujud jugak la sedikit sebanyak, namun bila memikirkan our team spirit is extremely high, i need to appreciate that dan aku cuba pijak-pijak perasaan malas tu. Biar ia terkubur di telan bumi dan aku boleh menikmati BBQ itu bersama team member aku tanpa perasaan itu. Kesian pulak pada perasaan itu kalau dipijak-pijak. hahaha. Ahaa..aku cuba meletakkan kedudukan perasaan itu sama seperti benda bernyawa. Sampai aku tidak sanggup untuk memijak-mijak perasaan malas itu. Yer la, cuba korang semua imagine, korang pijak-pijak benda bernyawa. Contoh mudah anak kucing. Uishhhh...hanya manusia yang tiada sifat manusia aje yang sanggup pijak anak kucing itu. Aku tidak sanggup! Kucing pun ada perasaan. Cam aku, cam kamu semua. Eh aku dah melencong ke mana ni? hahahaha. Teringat pula anak kucing yang Ajis selamatkan semalam. Chumelllnye kamu!

Sembang pasal kucing, teringat pulak aku kepada kucing-kucing aku kat rumah.Rindunya aku kat depa. Seekor nama Comel dan seekor lagi nama Hitam. Saje kasi nama tu sebab Comel agak comel, dan Hitam bulunya hitam, cuma bahagian muka je ckit ada tompok-tompok putih. Depa ni kucing buangan. Merayau-rayau kat sekitar rumah aku suatu petang. Ayah aku yang perasan kewujudan depa ni asalnya kasi la depa makan sebab mengiau kelaparan gamaknya. Petang besok datang lagi, kasi lagi makan. Dan besok lagi, dan lagi dan lagi dan lagi.

Lama-lama depa dah melekat kat rumah aku. Dan memang setiap petang, Comel dan Hitam akan datang menunggu ayah aku beri makanan. Sampai dah jadi tanggungjawab kami anak beranak kasi depa makan. Sebab ayah aku memang sayangkan Comel dan Hitam. Aku pun, adik-adik aku pun sama. Kalau ayah aku lambat balik kerja, mak aku pun dah faham-faham. Aku pun. Adik-adik aku pun. Comel dan Hitam perlu makan, depa lapar. Selepas makan depa akan beristirehat di luar dapur kekenyangan sambil menikmati angin petang.. Arghh comelnye Comel dan Hitam... Sampaikan aku tengok, dah seperti bapak kucing Si Comel dan Hitam tu. Eh, tapi aku tidak tahu Comel dan Hitam tu jantan or betina.Haha. Ala kalau jantan, cam bapak kucing,Kalau betina, cam mak kucing..Aci dak gitu? Hahaha.. Sebenarnya, kisah kucing ni baru permulaan. Tapi tidak mengapalah, ada masa akan aku sambung. Kerana aku sudah tidak punyai masa untuk membiarkan jemari dan minda bersatu di atas keyboard di kala ini. Biar depa terpisah buat sementara..

Ok, time untuk siap-siap pergi BBQ. InsyaAllah kalau ada sapa-sapa yang meng'senap' gambar BBQ, akan aku grab dan letaknya kat sini. Kalau aku rajin la.hikhikhik. Syndrome short term memory loss itu singgah jap pagi tadi mengakibatkan aku lupa untuk mengambil kamera yang tidak berapa mantap itu.Biarkan lah ia beristirehat di rumah. Lagipun aku pasti yang amat. Saizul dan Ajis pasti akan membawa kamera depa yang mantap tu. Nanti aku grab je la:D. Until next entry. WaAllahualam. Wasalam

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

6 comments:

Anonymous said...

k fida ngantukk gileer..penat bbQ smlm xabis lg.seb baek DPN xmsk lagi arini..yabedabedoooo ^_____^

Afida Anuar said...

Jom gi tido mekdi..hahahah.

Weh DPN mai..kaber kaber.. got cha!!

saizulhafiz said...

stakat dok tepi baik oyak jah ni sapa coment blog.mmg blogger sejati..hahaha.weh mbik gmbr nk post byr royalti tau..

Afida Anuar said...

Haha, royalti lok. Mung ni,kerajaan pusat wi balik royalti ke ganu.. Dokkang royalti gambo nok kene bayo gok kut.

Tau arr kamera mantap dan mahal:p

saizulhafiz said...

huh..politik2!!!..benda paling kotor mu tahu dok.hahaha...baik aku bsama camera ku.cepat nyor reply..ni refresh sokmo ni..

Afida Anuar said...

Haha, mne de..kebetulan jah aku masuk nengok br jah mung wi.. aku pun reply arr..hahahahha.

Hahaha..politik lok..opsss...bende paling kotor ek? Aku rasa dia jadi kotor pun sebab tangan-tangan durjana manusia jugok yang mengotorkan nya. Sebab tu kene ada yang jadi tukang bersih:)

Hahah..saizul..sayang camne pung mung kat kamera tu, suatu hari nnti rosok gok dia.. sayang berpada-pada weh. Amik iktibar atas apa yang telah berlaku:D

 

Browse