Selamat Malam Bulan...

Tuesday, July 27, 2010
Ada satu kisah...yang dikisahkan oleh seorang sahabat dari Sungai Petani sana.
Kisahnya lebih kurangnya begini....

Ada seorang yang kelemasan di laut...dia berdoa supaya Tuhan selamatkan dia. Kemudian ada satu bot kecil datang. Dia tak naik bot tu. Dia kata takpe, nanti Tuhan akan selamatkan dia. Selepas tu dia pun berdoa lagi.

Tak lama kemudian ada sebuah kapal besar pula yang datang. Masih dia tak mahu menaiki kapal besar tersebut. Dia kata, nanti Tuhan akan selamatkan dia. Nak tahu apa yang terjadi kat dia? Lama kelamaan, dia pun mati kelemasan.

Pastu bila dia jumpa Tuhan, dia tanya Tuhan, kenapa tak selamatkan dia. Tuhan kata aku dah hantar bot kecil kau tak mahu naik. Hantar bot besar pun kau tak mahu naik juga. Lebih kurang macam tu la ceritanya..

PS: Moral of the story? Jangan 'jual mahal'??...errr...

26 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hah! Dah sahlah tu bkn pasal cerita org kelemasan, tetap dah ada kawan dkt Sg. Petani, tak jauh dr Kulim tu!
Emm... patutlah beriya2 nak tukar keje ke sana, sampai emak Afida pun boleh bau!
Moral story: Jgn cerita hal2 yg berdekatan dgn tempat....

Tirana said...

Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari...hehehe

Reading Review said...

mungkin die mahukan kapal yang lebih ekslusif, ader aircond, jacuzzi ker dalam tuh..paling lekeh pun macam titanic tuh.. pertolongan Tuhan tu alasan jer..hehe

Pn Kartini said...

salam my dear..:)
...manusia kdg2 tidak nampak hikmat di depan mata...mengharap sesuatu yang lebih mendatangi kita..
Terkdg 'jual mahal' mmbw kerugiannya..aduhaii

Abd Razak said...

Salam saudari afida...

Moga sdri sihat hendaknya..

Kadangkali begitulah kita ni kan! Memilih ketika dalam saat kecemasan hingga tidak sedar apa yang terhidang depan mata ditolak mentah-mentah.

Afida Anuar said...

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..aduhaiii, ke situ pulak Tajnur!!! .dah dah, jangan pkir bukan2...kalau saya kata kawan kat SP tu perempuan macam mana?

ok noted, lepas ni saya tak bagitau dah exact tempat..hehe

@Kak Tirana-->...sepatutnya macam tu la kak..hehe

@Bro Bayu-->wowww..mendalam sungguh maksud tu bro bayu...mebe kut..hehe

@Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie...rugi eh kalau jual mahal?..ok ok,cuba tak jual mahal..errr...

@Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..Alhamdulillah..sihat2 aje pagi ni. Moga saudara pun begitu..

ahaa..moral yg saya dapat dari komen saudara..jangan memilih sangat;)

sahromnasrudin said...

salam..hati2 takut akidah kita tergelincir kerana perilaku diatas seakan-akan cuba mempersoalkan tindakan tuhan :-)

Kay said...

Fida... hati kena kering utk membuat keputusan... apa yg terjadi selepas itu, ada hikmahnya... dan jgn berkalau-kalau... bahaya!

Rbin said...
This comment has been removed by the author.
Rbin said...

Cerita tu mcm sama aje dgn cerita kawan sekolah saya yg terselamat selepas dicampak kelaut oleh tentera sebuah negara dan dibiar terapung selama 48jam tanpa alat bantuan. Mujur sahabat saya tu seorang jurulatih scuba divers, tahu selok belok laut. Beliau selamat kerana pertolongan tuhan. Pada satu peringkat beliau sudah putus asa dan hanya fikir yg beliau akan mati disitu..

Anonymous said...

hohoho, ada maksud tersirat ni.

adakah 2 orang telah mengetuk pintu hati? wah bunga2 tau ayat aku kali ni

Khairi Mohd said...

errr... ternyata saya sedikit kabur untuk kaitkan insiden lemas dengan jual mahal itu heheheheheh.

fida, mahal tak mahal, pokoknya, 'kapal' tu ada duit tak ada duit?

Reading Review said...

Khairi: macam yang aku cakap ler tadi, paling lekeh macam titanic la..kapal tu mesti mewah dan ekslusif kalau tak memang tak dinaiki olehnyer..hehe

uj said...

dia bukan orang bersyukur...walaupun dalam keadaan susah dan terdesak...apa yang ada, itulah satu kelebihan..darurat kan...

jual mahal...hmmm mungkin juga... lama lama diri sendiri yang rugi...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Terdapat suatu hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan olh Bukhari,Muslim dan Termizai,`B/siapa sseorang itu dibuka oleh Allah, peluang pintu kebaikan, maka hendaklah ia genggam cepat2 (falyantahiz), sesungguhnya tiadalah seseorang itu ketahui bila pintu kebaikan itu ditutup darinya`. Apa saja pintu kebaikan samada dari sekecil2 perkara sehingga hal2 besar termasuk peluang memeritah negara! Malah membuat kerja sia2 dan berulang mmg tidak disukai oleh Allah SAW spt dlm Surah Nahli:92 وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّتِى نَقَضَتۡ غَزۡلَهَا مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ أَنڪَـٰثً۬ا Wallahulam

Afida Anuar said...

@Sahrom-->Salam sahrom..terima kasih atas peringatan... cerita di atas kalau tak silap pemahaman saya, nak bagi pengajaran kat kita yang Tuhan sentiasa membantu hamba-hambaNya, cuma kita perlu buka mata..dan buka hati..WaAllahualam..

@kay-->Kay, thanks..insyaAllah..cuba utk mengeringkan hati..hehe..

btw, ber'kalau'2 ni tentang benda yang dah berlaku, seolah-olah kita bersangka buruk terhadap ketentuan Allah kan?..nauzubillah..

@Rbain-->MasyaAllah,Alhamdulillah dia selamat... ajal dia belum sampai.

@EDot-->hehe...edot, tetiba jadi ayat bunga2...ketuk pintu hati?errr... tak perlu ketuk pun, kunci ada kat dia, masuk je..hehehe..

@Khairi-->tak pe la kabur pun khairi, tak penting pn:D..

kapal ada duit?kapal takde duit? waAllahualam..

@broBayu-->dinaiki olehnyer tu?oleh sapa tu yer? nak kata fida la tuh kan??...hehe... bro bayu tak kenal fida lagi ni,takpe la:(..dimaafkan..hehe

@UJ-->itu la..tengah2 darurat pun masih sempat nk buat sombong..tak nak naik kapal yang lalu...apa2 la..akhirnya diri sendiri yang rugi...WaAllahualam...

Afida Anuar said...

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Thanks, tajnur..tapi macam mana kita nak tau pintu itu merupakan pintu kebaikan? in case tak dinyatakan atau dizahirkan itu pintu kebaikan pada asalnya? dan ragu2 utk menggenggamnya......waAllahualam..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apa saja ukuran kebaikan adalah dari AlQuran dan hadis Rasulullah saw spy jgn ada keraguan dan ukuran tepat. (Surah AlBaqarah:147 ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ‌ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ. Mmglah kena belajar utk kenali kebaikan, krn semua kisah hidup manusia diceritakan dlm AlQuran!(Surah AlAn`aam:38 مَّا فَرَّطۡنَا فِى ٱلۡكِتَـٰبِ مِن شَىۡءٍ۬‌ۚ Wallahualam

naimisa said...

peluk tubuh sahaja.

Afida Anuar said...

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..insyaAllah..thanks..

@Naimisa-->tak boleh peluk tubuh jah naim..take it or leave it..lebih kurang mcam tu la...but i decide to take it..to try..no harm in trying rite? ehehe

Reading Review said...

Fida- Bukan akak fida la...sesiapa shaja berpotensi menjadi watak sebegitu,tak kira lelaki atau perempuan, ...hehe,

Afida Anuar said...

hehe..tapi dari gaya bahasa komen tu mcm tuju kat akak jer...errr... apa2 la..

fndrocka said...

moral of the story tu macam tak kena langsung.hoho.

kalau aku punya perspektif..bila tuhan dah tunjukkan jalan..tapi kita tak hargai..haaa.a...

Reading Review said...

apa2 ler..kalau students perempuan saya suka sebut dengan gaya "whatever.."...hehe

penjejak maya said...

salam,

yang penting mesti kena pada tempat, masa dan juga orangnya jua..

Afida Anuar said...

Fndrocka-->uishh kena la... betul la..kapal kecil dah lalu..dia jual mahal tak nak naik..kapal besar lalu pun, jual mahal lagi..hehe...hurmm....perspective tu ok jugak sebenarnya..hehe;)

Bro bayu-->ye la ye la bro bayu..whateverrrr...:D

Penjejak Maya-->Salam..ahaa...betul2...tapi macam mana nak tau ketiga2 tu kena? tanpa kita mencubanya?huhu

 

Browse