Tengah hari tadi. Waktu zohor. Kat surau. Usai solat. Selepas mengenakan tudung pink. Belek-belek bumbung tudung kat cermin. Cantik (perasan!hehe). Kemudian berlalu bagi mengenakan sarung kaki hitam yang diletak di tepi tempat cermin. Tengah menyarung sarung kaki memasuki jari kaki kiri, tiba-tiba aku perasan, ada rakan jemaah surau baru yang tak pernah dilihat mata sedang menggantikan tempat aku di hadapan cermin.
Siap menyarung kedua-dua belah stoking,aku bangun lalu tegur budak baru tu.
"Orang baru?" (Ramahnya Kak Fidaaaa!!!hehe)
Eh aku memang ramah, errr... bagi yang kenal aku la. Oh yer, aku pernah dapat gelaran Adun Pulau Rusa disebabkan keramahan aku waktu kat India dulu. Kak Nass yang kasi gelaran tu. Kan Kak Nass? haaa..apa-apa la Fida.
Ok abaikan kisah Adun Pulau Rusa tu. Berbalik kepada kisah budak baru. Budak baru ni dengan muka sengih campur ada riak-aku-budak-baru-tolong-ajar-aku senyum kat aku.
"Aa'a budak baru. Baru masuk hari Isnin baru ni", sambil hulur tangan tuk salam dengan orang lama; aku. Aku sambut salam tangan orang baru sambil senyum manis.
"Fara, baru je habis belajar", sambungnya lagi memperkenalkan diri.
" Ooo, Fida. Eh Kak Fida la kut noo. Masuk business unit mana?", aku..bla bla bla..... tamat.
Keluar dari surau, aku tersenyum sorang-sorang dalam hati bilamana mengingatkan aku pun pernah jadi budak baru juga waktu dulu-dulu. Sekarang bila dicongak-congak, rupanya sudah 3 tahun aku jadi budak baru dalam dunia ni, di sini, saat ini. Dia baru 3 hari, heh!
PS: 3 tahun. Mungkin masa yang sesuai untuk aku belajar bawa basikal roda 3? ke roda 2??..
Roda 2 la..baru mencabar sikit. Kan Adun Pulau Rusa!?..hehehe..
Siap menyarung kedua-dua belah stoking,aku bangun lalu tegur budak baru tu.
"Orang baru?" (Ramahnya Kak Fidaaaa!!!hehe)
Eh aku memang ramah, errr... bagi yang kenal aku la. Oh yer, aku pernah dapat gelaran Adun Pulau Rusa disebabkan keramahan aku waktu kat India dulu. Kak Nass yang kasi gelaran tu. Kan Kak Nass? haaa..apa-apa la Fida.
Ok abaikan kisah Adun Pulau Rusa tu. Berbalik kepada kisah budak baru. Budak baru ni dengan muka sengih campur ada riak-aku-budak-baru-tolong-ajar-aku senyum kat aku.
"Aa'a budak baru. Baru masuk hari Isnin baru ni", sambil hulur tangan tuk salam dengan orang lama; aku. Aku sambut salam tangan orang baru sambil senyum manis.
"Fara, baru je habis belajar", sambungnya lagi memperkenalkan diri.
" Ooo, Fida. Eh Kak Fida la kut noo. Masuk business unit mana?", aku..bla bla bla..... tamat.
Keluar dari surau, aku tersenyum sorang-sorang dalam hati bilamana mengingatkan aku pun pernah jadi budak baru juga waktu dulu-dulu. Sekarang bila dicongak-congak, rupanya sudah 3 tahun aku jadi budak baru dalam dunia ni, di sini, saat ini. Dia baru 3 hari, heh!
PS: 3 tahun. Mungkin masa yang sesuai untuk aku belajar bawa basikal roda 3? ke roda 2??..
Roda 2 la..baru mencabar sikit. Kan Adun Pulau Rusa!?..hehehe..
23 comments:
orait ... hidup Adun pulau rusa... Allahuakbar!!!... teruskan keramahanmu ... moga Dia dan dia juga ramah dengan mu... erkkk hehehe
Assalamualaikum wbt
Wah dah ada peningkatan, setelah jadi pengetua apartment Putrajaya kini dah melebarkan sayap menjadi ADUN Pulau Rusa! Macam ini boleh jadi jurubicara umat, setaraf dgn 2 wanita yg dilantik menjadi hakim syariah walaupun menyalahi dari segi syari`e Islam. Tetapi negara pun bukan negara Islam, bedal sajalah apa2 je hukum yg dah terkanun dan terkonon! Tapi Afida sbg `senior` mmg kena jolokkan budak yg baru belajar, eh! jolokkan cempedak diluar pagar, mana yg salah tolonglah tunjukkan....
Salam Saudari Afida...
Moga sihat hendaknya..
Ada cita-cita nak jadi YB ker..?
Adun Pulau Rusa erk..:)
Saya sokong sangat sebab sdri peramah..
Salam Adun Pulau Rusa. Hidup kelau peramah dan suka senyum, senang dapat kenalan.
Sesuatu yang baru akan menjadi lama tapi lama tak semestinya mundur..hehehe
UJ-->hehee...semangat UJ..terlebih semangat ni..Dia dan dia...dia tu sapa UJ?errr
Tajnur-->Waalaikummusalam wbt..haha..bila masa nya saya jadi pengetua apartment putrajaya ni Tajnur? adehhh... dan ADUN pulau rusa tu gelaran je. Tiada kaitan pun...ahaaa..hakim syariah perempuan...orang lain yang bedal tu bedal la..jangan kita ikut sama bedal..dah la;)
Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..Alhamdulillah..sihat2 di pagi Jumaat yang mulia ni..
saudara..tak pernah terdetik pun nak jadi YB ni..serius!..hehe tapi disebabkan saya pernah dapat gelaran tu dulu2..layann je la. Eh saya tak peramah sangat, peramah biasa2 je..
Dr Sam-->Salam dr Sam..err..perasan jadi ADUN pulau rusa pula saya ni..adehh.. hehe.. ramah saya pun ikut waktu juga. Bukan selalu je ramah sebenarnya. Tapi senyum tu pasti!..hehe
Kak Tirana-->ahaaa betul tu kak!..yg lama klasik..lagi mahal!!..eceh
To my dear Dik Fida..:)
Opss!!ADUN Pulau Rusa yaa...tabik hormat gituu..:):)
Tidak rugi bila kita ramahkan..:):)
Yang pasti ramah berhemah gituu..bukan 'terover' ramah ...nanti jenuh lakk org nak melayan kita..aduhaii..:)
salam..semoga kak jd calon PRU 13 nnti..kak klu calon ADUN sementa br sy leh ngundi..klu pulau rusa, tak dpt la sy nak undi kak heheheheheh
moga satu hari nnt betuldpt jdi YB, hehehe. Pernah study kt india ke dulu.?
siapa adun pulau rusa ek..apa kene mengene ngan budak baru nih..(berkerut dahi)
salam
ermmm.. Adun Pulau Rusa.. hehe rasanya memang sesuai sangat le tu. Orang yang peramah. Biasanya orang peramah ini hatinya baik.. lembut..
Afida, harap tidak buli budak baru.
Hahaha....
heeee,adun pulau rusa..
bes2 jadik owg peramah..oney pun cm kak fida...ala2 famous cm biskot famous..heheee.senyum kan sedekah..heheee..
err Pulau Rusa tu kat mana?
/me garuk kepala
salam kak fida
hehe.. jd adun main2 best la.. betul2 buat pening ja.. klu maiza la kan.. ishh.. kejap ja masa sekarang nie kan.. pejam celik pejam lagi..ehh.. rupanya dah jadi senior... dulu2 baru masuk krj mmng baik sopan santun ja.. muka pun blur semcm ja.. hihi.. tetiba terkenang kisah lalu..
moga akak sihat ya :)
Kak Tinie-->ahaaa kak tinie, tak payah tabik2 hormat la:P.. aha itu la..terlebih ramah pun susah jugak...alhamdulillah fida tak mcm tu..eceh...
Sahrom-->ahaaa..berangan je adik sahrom ni..jadi calon pn tak nak..nak mengundi apanye:P:P
Shameel-->haaaa..shameel..tak nak jadi adun!... owhh training je shameel..4 bulan je kat sana
Bro bayu-->entah, sapa entah adun pulau rusa dan budak baru tu..:P
Cikgu rashid-->err..pujian lebih ni cikgu rashid..baik hati tu waAllahualam la..tapi lembut tu..eh afida lembut eh? mesti orang kata tak..hahahah
Naimisa-->Saya budak baik tau naim..budak baik tak buli budak baru..eceh...
Oneyguren-->hehe oney..takde la best, cuma kalau kita ramah, orang yang kita tegur tu ramah jugak ok la. ni kalau kita tegur, dia buat dek, nak tak nak cakap...huh, tu pun boleh buat haru jugak
Cik Toin-->hehe..kat kuala terengganu. Dekat jah dengan Losong, tempat yang glemer dengan keropok lekor tu. Cik toin tau?errr..
Maiza-->uishh..tak nak la jadi adun betul2 maiza..buat haru je...huhu... itu la pasal...rasa mcm baru je lagi masuk cni..huhu
Assalammualaikum wbt
Sekadar renungan antara kita. Bukanlah wanita tidak boleh menjadi pemimpin, tetapi dlm perkara2 tertentu yg melibatkan keputusan ketua negara, istinbat hukm spt Khalifah, Qadhi, Hakim Mahkamah Mazalim yg melibatkan hukum jinayat dsb. Adapun Aisyah r.anha pernah menjadi mufti, ketua majlis syura bagi wanita, diperbolehkan hakim dlm Mhakamah Hizbah dan Mahkamah Husumat dsb. Ada sedikit kekeliruan dlm penafsiran Surah AnNisa`:34 ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ
Begitu juga terdapat dlm suatu hadis Rasulullah saw berdasarkan satu peperangan dgn tentera Parsi yg melibatkan rajanya adalah wanita dimana Rasulullah saw menyebut, akan binasalah sesebuah negara yg ditadbir pimpin oleh wanita. Eh! dah terlalu pjg menuls ....
Tajnur--> Waalaikumusalam wbt..thanks for those sharing... nak menulis panjang lagi pun saya tak kisah Tajnur..sebab ilmu banyak dapat dikongsi.. again, terima kasih!!
salam,
dulu mase jadi budak baru bimbang buat silap pandang respek giler pada senior..
mungkin sesape yg baru pun terase camtu gak..
Salam penjejak maya..sekarang bila dah jadi senior..apa pula rasanya? takde rasa pun kan? hahaha...
ade rase cam nak membuli haha..
rase je tp x buat pun..
hehe..bagus2
Post a Comment