Saya takut...saya berdebar. Saya takut kerana saya tak pasti adakah saya telah membuat keputusan yang tepat. Saya berdebar kerana saya telah mengambil satu langkah tergesa-gesa di malam hari selepas kejadian panas di petang harinya...huhu.
Sebenarnya, bukan langkah yang tergesa-gesa pun. Sudah lama saya merancangnya. Cuma tak execute jah orang kata. Saya cuba bertahan atas norma-norma seorang yang bergelar manusia. Tapi dah nama pun manusia, ada batas-batas perasaan dan rasa yang perlu dihormat dan dijaga. Begitu juga saya, perempuan kecil yang serba serbi kurang.
Sampai masanya.. sampai hadnya.... udara baru perlu disedut. Saya rasa saya perlukan udara baru. Sungguh!
Dunia...
bila kita baik hati, dia lempar kita dengan tahi..
bila kita senyum, dia balas dengan masam menguntum..
bila kita menangis, dia melonjak dengan sorak hamis..
eh bukan dunia...tapi penghuninya...
tapi bukan semua penghuninya la...sesetengahnya je.
hurmm... bukan sesetengah kot..mungkin seorang dua jah..errr....
PS: Rupanya rasa amarah itu, walaupun tak diluahkan..boleh menyebabkan pelbagai perkara yang tak terjangkau dek minda berlaku.
Istighfar..
Dia: Sesi luahan perasaan ke apa ni Cik Fida??!...
Sebenarnya, bukan langkah yang tergesa-gesa pun. Sudah lama saya merancangnya. Cuma tak execute jah orang kata. Saya cuba bertahan atas norma-norma seorang yang bergelar manusia. Tapi dah nama pun manusia, ada batas-batas perasaan dan rasa yang perlu dihormat dan dijaga. Begitu juga saya, perempuan kecil yang serba serbi kurang.
Sampai masanya.. sampai hadnya.... udara baru perlu disedut. Saya rasa saya perlukan udara baru. Sungguh!
Dunia...
bila kita baik hati, dia lempar kita dengan tahi..
bila kita senyum, dia balas dengan masam menguntum..
bila kita menangis, dia melonjak dengan sorak hamis..
eh bukan dunia...tapi penghuninya...
tapi bukan semua penghuninya la...sesetengahnya je.
hurmm... bukan sesetengah kot..mungkin seorang dua jah..errr....
PS: Rupanya rasa amarah itu, walaupun tak diluahkan..boleh menyebabkan pelbagai perkara yang tak terjangkau dek minda berlaku.
Istighfar..
Dia: Sesi luahan perasaan ke apa ni Cik Fida??!...
17 comments:
kenapa nih fyda???
kadang2 kemarahan boleh juga membuat orang yg dituju menyedari... mungkin itu caranya... dan diharap itu bukanlah amarah tp cara yang paling sesuai setelah cara yang lembut dari itu bukan jalan atau caranya....
pendekatan yang lembut tidak semestinya terbaik... kalau mereka yang dituju itu bukan jenis yang boleh berubah kalau berlembut...
bertindak biarlah setimpal dengan apa yng ditimpa... mudah mudahan sama2 bermanfaat....andainya dengan berdiam diri dan sabarnya kita pun makin bertambah kejelekan mereka...
errkkk kena ke fida... rase adalah kot skit2...hehehe
Azrin-->melalui proses biasa dalam kehidupan seorang manusia...dun wori eh..hehe
UncleJoe-->bukan setakat kena je..tepatttt sekali UJ!!!...setiap patah kata, memang tepat..nampaknya UJ pun ada pakai 6th sense jugak eh....;)
Assalamualaikum wbt
Sejauh ini jgn bertindak melulu dan jgn biarkan kita dihimpit tidak bernafas! Apa2 pun, jika hendak menegaskan sesuatu, pastikan ada `backup` (perisai) yalah, macam bacup hardisk sebelum format, dlm ertikata jgn sampai org berani mengancam terhadap kita. Dlm Islam pun membenarkan kita menyelamatkan diri dgn menggunakan perisai (Surah AliImran:28 ذَٲلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِى شَىۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَٮٰةً۬ۗ Wallahualam
salam my dear:)
meluah apa yang dirasa
dipendam jangan..
moga apa terbuku terlerai
dengan harapan kesabaran itu
masih....ada....
:)
Salam saudari afida..
Moga sihat hendaknya..:)
Bertindak terburu-buru itu mengundang bencana maka seharusnya kita halanginya dengan ilmu, bertafakur, menakutkan diri kepada seksaan Allah, mengingati diri akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam, berfikir tentang keburukan diri ketika marah dan kejinya sifat itu, dan menyedari bahawa kemarahannya adalah berpunca dari sikap membanggakan diri sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak Allah.
Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Alhmdulillah, backup semua dah ada.InsyaAllah mungkin tunggu masa... Tajnur kasi nasihat utk orang IT, guna terms2 IT jugak yer ..hehehe... anyway thanks.
Kak Tinie-->Thanks akak for the words..alhamdulillah, masih mampu bertahan dan bersabar lagi ni...doa2 moga dipermudahkan..
Abdul Razak-->Salam saudara..alhamdulillah..sihat2 aje di sini..cuma pagi2 yang dingin ni cepat kena selesema sket..
ermm...saudara, ni bukan kes balas dendam atau..marah yang melulu yang boleh menyebabkan permusuhan antara sahabat2 atau saudara mara... Tapi situasinya..bila orang dah pijak2 kepala kita atas kebaikan yang kita lakukan..ada masanya kesabaran tu ada hadnya juga. Jalan yang terbaik..adalah dengan keluar dari kepompong tersebut.. doa moga dipermudahkan ya!
salam sdri, sungguh dlm entri kali ini sehingga sukar utk difahami dengan bahasa yg mudah..walau apapun, semoga semuanya baik-baik sahaja ya..semoga kehidupan awak diberkati Allah SWT
ingatkan dh hantar surat...
salam cik pida,
ade problem kat tmpt keje ke?
Sirami api kemarahan dengan air yang dingin....sulami wajah kemarahan dengan senyum yang berpanjangan...
UNTUK HIDUP KITA PERLU BERJUANG DAN BUKANNYA MEMBERONTAK. TETAPI, KEKADANG KITA PERLU MENJADI PEJUANG YANG MEMBERONTAK. NAMUN, JANGAN SESEKALI MENJADI PEMBERONTAK YANG BERJUANG.
p/s= pastikan kemarahan yg diledakkan masih dlm kerangka pejuang yang memberontak.
salam,
hidup kita macam roda adakalanya kat atas dan kat bawah tapi jangan kena lenyek dah la..
assalamualaikum, mengah & semput saya baca entry u kali nih. ingat apala...takpe sabar dan mengadu je pada-Nya...insyaAllah settle semuanya.
urmm.xpe..de pendam soang2..lagi sedey..isk2..
aku pun merasai situasi yg sama.. cuma mungkin ada sedikit beza pada jalan cerita.. tapi feeling itu sungguh.. oh! marah+sedih+kuciwa..
Aku tadi.. 'lepaskan'.. dan pastu rasa lega sikit..
Apa juga keputusan yg ko buat, aku tau ko mesti dah fikirkan yg terbaik.. sbb aku kenal ko.. Fida sensei..
=)
Sahromnasrudin-->Salam sahrom..ahaaaa...agak tersirat, apa pun, alhamdulillah, baik2 saja di sini..moga di sana pun sama..insyaAllah..
Kay-->err..belum lagi kay..baru submit exam paper...result tak keluar lagi. Tapi smlm ada kawan intai result..katanya lulus...err
Cik toin-->not exactly kat tempat kerja..mcm mana nak bagitau ye..hehee..takpe la..
Kak Tirana-->huh, sejuk hati baca kata2 kak tirana..
Shameel-->Reka sendiri ke kata2 tu shameel? terbaekk!!..insyaAllah saya ikut!..hehe
Penjejak Maya-->Salam..huh, kalau kene lenyek, tak bangun la jawabnye..hehe
Nahmy-->Waalaikumusalam..err..tiba2 bila saya baca balik..mmg betul la..semput!!.. insyaAllah Nahmy.Moga2..
Oney Guren-->hehe..thanks darling. pendam sorang2 pun kadang2 ok jugak;)
DD-->Didi..dh nama hidup. Pasti tak terlepas dari diuji..air mata..tangis... sabar didi...insyaAllah..
Post a Comment