Mencari Warna Hidup...

Sunday, July 18, 2010
Malam ni sunyi sekali. Ditambah dengan hujan petang seolah-olah membantu membangkitkan aroma sunyi yang begitu mencengkam di hati. Ada apa dengan sunyi ini sebenarnya? Sunyi bertiga, bukan berempat. Sunyi dalam kedinginan bukan kehangatan.

Aaa sudah...dah mula!! errrr...

Akhirnya...Muni pergi meninggalkan kami, untuk berapa lama?..kami kurang pasti. Yang kami pasti...Muni sudah melangkah keluar dari rumah ni. Muni dah pergi meninggalkan kami. Aku, Mekdi dan Kak Sal seolah jadi anak-anak yang kehilangan 'mak' kini..err...hehe.

Kami menghantar Muni ke KLIA sejurus selepas makan tengah hari beramai-ramai buat kali terakhir tadi. Rintik-rintik hujan yang turun mengiringi perjalanan kami ke KLIA seolah menggambarkan rintik sedih yang hebat menghujani hati kami. Buat Muni, selamat maju jaya di Singapore sana!

Itulah...dikata adat berjumpa. Satu hari nanti pasti berpisah jua. Berpisah sementara atau selamanya, hanya Dia yang mengetahui segala.

Cuma...aku pernah bagitau dulu, bilamana Muni pergi... separuh kuat aku untuk berada di sini pun pergi sekali. Jadi.. aku perlu ganti kuat aku yang hilang tu. Tapi di mana harus aku cari? Di mana?

Ya Allah, Kau berilah aku setinggi sabar dan taqwa....
Kau peliharalah aku dalam kuat aku yang semakin hilang dalam sedar...

21 comments:

unclejoe said...

yang hilang pasti berganti namun sudah tentu tidak sama seperti yang pergi....

carilah kekuatan drpadaNya.... insyaAllah kuat yang diperolehi lebih kuat dari yang telah pergi...

erkkk

hmmm patut lah fida pun cuba carik keje lain ekkk ke gi interview per?

Pn Kartini said...

Salam my dear..:)

"Separuh Jiwaku Pergi....."
..memang indah semua..
..tapi berakhir luka..":):)

Ada pertemuan...adalah perpisahan
Ada patahnya...pasti nanti akan tumbuh
Ada hilangnya...pasti kan berganti jua..
nAMUN yang datang pasti tidak sama apa yang pergi...
Itulah adabnya...
Yang bisa mematangkan diri kita..:):)

Jangan sedih yaaa..:):)

Abd Razak said...

Salam saudari afida..

Moga sihatlah hendaknya..

Memang, amat terasa kehilangannya..!
Namun, patah tumbuh hilang berganti..
Usah bersedih..!

Afida Anuar said...

UJ-->dah lama mencari kuat UJ...preparation...tp bila smpai masa, ada lemah juga yang menyapa..huhu..

interview tu pasal lain..hehe..cuba test market..eceh..

Kak Tinie-->Salam kak tinie...nice kata-kata tu..insyaAllah dah tak sedih dah..cuma..sunyi tu sedikit terasa..

Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..alhamdulillah...saya sihat2 harini..
insyaAllah, saya yakin, ada la tu Allah nak ganti dengan perkara lain..

Kay said...

bila Fida plak?

sahromnasrudin said...

salam ziarah..murni kjer kat singapore ke???

Rbin said...

Seringkali perpisahan itu bagi mengingatkan kita bahawa hanya Dia yang sentiasa bersama-sama dengan kita kemana sahaja kita berada وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ (al-hadid:4).

penjejak maya said...

salam,

warna hidup tu tak sama ke dengan warna pelangi selepas rintik hujan tu hehe..

pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi lumrah dalam hidup kita..

Tirana said...

Kekuatan itu berada di dalam diri sendiri...

Unknown said...

Kami di Leech Miracle,
dengan kerjasama PUSMAL Universiti Malaya
menjemput anda menjadi salah seorang daripada kami.
Layari : www.leechmiracle.com

Afida Anuar said...

Kay-->Fida setia kat Malaysia kay..insyaAllah tak ke mana2..

Sahromnasrudin-->yer sahrom....projek ni menuntut muni utk berada di singapore...buat development dari sana..

Rbain-->benar sekali Rbain...terasa Dia tak pernah jauh dari kita..cuma kita, yang sering menjauhi Dia...

Penjejak Maya-->salam...ada la sama skit2..hehe..

Kak Tirana-->Alhamdulillah...hari ni terasa kuat sikit...thanks kak tirana..

Leech Miracle-->thanks

:.Yus.: said...

yang pergi seorang masih lagi tinggal tiga..

bertiga lebih baik dari seorang...

apa2 pn gambate! insyaAllah lama2 okla tu :)

Rashid said...

salam

Adat pertemuan ada pisahnya.. memang sedihkan. Apapun moga tak terputus.. berhubung selalu k..

Teringat lagu..
Dimana akan ku cari ganti.. serupa denganmu.. hehe

Afida Anuar said...

Yus-->hehe, malu ngn yus..patutnya tinggal sorang2 la baru nak sedih..ni tinggal bertiga pun nk sedih lagi...aduhaiii..

Cikgu Rashid-->salam cikgu..insyaAllah moga tak terputus hubungan... wahaaaa...jiwang jugak cikgu rashid ni..hehe

Khairi Mohd said...

err... hari tu... dah seorang pergi, kali ni muni pula ek. mmm... fida dah jd super senior kat rumahsewa tu hehe. cari hosmet baru untuk ragging hahahha

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Manusia datang dan manusia pergi. Begitulah lumrah dlm kehidupan manusia. Kita mesti menerima kenyataan bahawa pertemuan dan perpisahan akan berlaku dlm hidup kita. Dlm kehidupan zmn Rasulullah saw, umpama pohon besar yg rendang manakala para sahabat umpama tunas telah dididik sehingga kembang biak walaupun Rasulullah sudah tiada lagi.Surah AlFath:29 ....وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ
Perumpamaan ini juga seperti tisu kultur yg mampu utk hidup dimana2 apabila mengubahkannya. Maknanya, Afida adalah Afida yg mampu utk hidup dgn tabah dan berdikari, InsyaAllah

Afida Anuar said...

Khairi, hari tu yg cerita tu Muni la..baru muni yang pergi..belum jadi super senior lagi:P

Tajnur, Waalaikumusalam wbt..insyaAllah Tajnur, terima kasih atas kata2 penguat semangat...afida adalah afida....yang tabah...yang berdikari..yang kuat..itu saya;..saya yakin tu..

DAMAI SURIA said...

Biasanya orang yg kita sayangi berpisah, maka doakan kebaikan akan dia. Doa sesama saudara itu ada keberkatannya. Apatah lagi teman serumah yg selalu dulu di samping kita. Sebab doa kita itu kpd seseorang memberi 'doa' pada kita semula - kekuatan, ketenangan, kemudahan, rezeki, dsb, insya-Allah. Amin.

Afida Anuar said...

Amin..thanks DamaiSuria..for the words..yes..i'm a bit strong now..i think:D

muni said...

sebak.. rindu semua orang... rasa nak balik malaysia... Fida, doakan aku tabah okey.. smoga semuanya di permudahkan utk kita. Allah knows best..InsyaAllah.. apa yang ditentukan, itulah yang terbaik..

Afida Anuar said...

:(
ye muni..insyaAllah..moga2 yang terbaik..jaga diri...

 

Browse