Dari jauh aku sudah nampak kelibatnya yang terbaring di katil yang terletak di tepi tingkap. Nampak aje aku berjalan ke arahnya dari jauh, dia tersenyum. Aku membalas balik senyuman itu dengan senyuman yang agak tawar. Entah mengapa tawar jadinya senyuman aku pada petang itu. Kalau ikutkan hati, tak sanggup rasanya untuk aku menatap wajahnya yang pucat tu. Aku tak sanggup melihat penderitaannya. Aku tak sanggup melihat tiub-tiub yang bersimpang siur yang menjalar di tangan kiri dan kanannya. Apatah lagi melihatkan badannya yang sudah terlalu susut berbanding 2, 3 hari yang lalu. Terkedu jadinya aku di saat itu.
"Zura", hanya itu yang mampu keluar dari hati aku setelah betul-betul menghampirinya.
Aku merapatkan badan aku ke sisi katil tempat tidur dan baring sehariannya sejak 2 minggu lepas.
"Macam mana kau hari ni?", tanya aku walaupun aku tahu, kesihatannya makin hari aku tengok semakin teruk.
Dia mengangguk perlahan.
"Aku okay Fida. Cuma hari ni rasa macam ada jarum-jarum yang mencucuk-cucuk badan aku", lambat jawapan yang keluar dari mulutnya.
Aku mengambil tangannya. Aku pegang erat tangannya itu sambil aku genggam jari jemarinya. Tangannya terasa begitu sejuk. Aku lihat wajahnya yang lesu. Aku tenung wajah itu dalam-dalam. Aku cuba mengukir senyuman tatkala pandangan kami bertembung. Namun tidak berjaya setelah aku melihat matanya begitu berkaca dengan manik-manik jernih.
Aku jadi tidak keruan. Air mata aku yang aku cuba tahan dari tadi akhirnya gugur juga. Dia menangis. Aku pun menangis. Kami sama-sama menangis di bahu katil itu. Tiada kata yang terungkap. Tiada bahasa yang terzahir.
Tiba-tiba aku teringat kata-kata mak Zura sekejap tadi.
"Makcik harap sangat kalau boleh jangan menangis di hadapannya", pesan mak Zura yang aku kira sebaya umurnya dengan mak aku.
Cepat-cepat aku seka air mataku yang bercucuran jatuh. Aku cuba mengukir senyuman dalam-dalam agar senyuman itu bisa menjadi semanis mungkin di dalam ketidakkeruan itu.
"Kau akan sembuh Zura, kau akan sembuh", tiba-tiba patah perkataan-perkataan itu yang terpacul keluar dari mulutku.
Dalam kelas, fikiran aku asyik melayang-layang teringatkan Zura. Langsung aku tidak endahkan Cikgu Azimah yang dari tadi duduk bercerita kisah sejarah Malaysia. Tentang British menakluk Tanah Melayu. Arghh biarkan kisah sejarah Malaysia itu. Aku mahu masa cepat berlalu. Aku mahu pulang ke rumah. Kalau boleh secepat mungkin kerana petang ni selepas asar aku ingin mengajak ayah aku melawat Zura lagi di Hospital di tepi pantai tu. Tidak puas rasanya menghabiskan masa di sisinya semalam.
Sedang rancak Cikgu Azimah bercerita tentang sejarah Malaysia, tiba-tiba Ustaz Omar masuk ke kelas kami. Bercakap sesuatu dengan Cikgu Azimah. Kemudian beralih kepada kami satu kelas.
"Assalamualaikum, Ustaz ada satu perkara nak beritahu kamu semua. Sahabat kamu, Baizura telah selamat kembali ke rahmatullah pagi tadi", aku tergamam. Rasa macam tidak percaya dengan berita yang baru aku terima tu. Baru je aku merancang untuk menziarahi dia lagi petang ni.
"Ustaz harap kamu semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah dan mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Satu yang ustaz nak ingatkan. Mati ini sesuatu yang pasti. Ia pasti akan berlaku.Pagi tadi merupakan saat arwah. Saat kita, belum tentu lagi. Mungkin besok, mungkin lusa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dan orang yang paling cerdik itu adalah orang yang paling banyak mengingati mati".
Semua tunduk mendengar kata-kata Ustaz Omar. Ada hiba di sebalik berita yang disampaikan. Ada sedu yang kedengaran di sebalik pemergian arwah pada ketika itu. Kini genap 12 tahun arwah pergi meninggalkan aku dan kawan-kawan semua. Al- Fatihah untuk Allahyarhamah Sharifah NorBaizura.
p/s: Kematian itu pasti akan berlaku, dan orang yang mengingati mati adalah mereka yang paling bijak. Aku cuma hairan kenapa Menteri Pelajaran Malaysia melarang disiarkan video sajak kematian tu di peringkat sekolah. Hurmm..
Until next entry. Selamat malam semua.
WaAllahualam
Wasalam..

11 comments:
afida..
entry awak berjaya buat saya sebak.teringat arwah kawan yg pergi 2 tahun lepas.
ye, mati tu sesuatu yg pasti.cuma "bila", itu yg takde sape pasti.
wow .. nice .. lama tak baca blog kak fida ..
pasal sajak kematian tu .. larangan untuk sekolah mmg tak di persetujui .. tapi kak .. bagi saya .. biar la budak2 boleh berfikir mana baik mana buruk sebelum tengok cerita tu. Kalau terlampau kecik, mungkin berkesan, tapi macam terlampau kecik plak. At least form1-form3 .. wajib tgk ..
ntah la .. just my 2 cents
memang la menteri pelajaran haramkan sebab penyiarannya hanya untuk pelajar-pelajar darjah 1 & 2.Budak kalau tak matang lagi, mana mampu pikir lebih dari tu. Yg diorg tau cuma takut/tak paham apa-apa lansung. Kalau ditayangkan untuk budak sekolah menengah,aku 100% sure mesej yg disampaikan tu dapat diterima pelajar-pelajar tersebut.....Just for opinion.
noli rs mak bapak xbg pndedahan kat umah laa..
kalo x..xde la dak2 tuh takut sgt..huhu..
asik2 wat lawatan ke muzium bagai, sekali-sekala bawak lah budak2 tu ke kubur. baru real.
sekolah saya dulu, dlm tu ada kubur hehe..
Hari ini kita kehilangan kawan, besok-besok kawan kehilangan kita. :)
Miezi--> sy pn sebak masa tengah karang citer ni:(
Ajat-->tau arr org bzi nk kawin. mana dah de masa nk bc blog yg entrynya panjang2 ni..ehehe. Akak pn sokong. Klu budak umur 5,6 tahun nk kasi tengok, mebe la diaorang takut2. tp klu 10 tahun ke atas, rasa okay kut...
Anon-->klu larang tuk budak darjah 1&2 mungkin boleh diterima.n sy setuju, tapi patut diteruskan di peringkat menengah. bukannya berhenti tak siar langsung. Melentur buluh biar dari rebungnya.
Just wonder jugak, cerita2 seram, kes bunuh2, sexual harassment semua bagai tu,takde lak mak bapak yang komplain ganggu emosi anak2..hurmmm...
Noli-->Kan noli, ni mak ayah tak bgitau apa-apa pasal seksa kubur dan kematian. tu bila yang budak2 tu tengok mcm takut sket.
Khairi-->huhu..lawatan ke kubur ek?nnti leh arr utarakan usul ni ke dato hishamudin, tengok dia terima ke idak..eheh...
hurm..besok lusa time kita pulak:(
innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..(btul ke aku eja tu..)
cme nak tanye ckit...
kenapa klu org menangis kt katil.. msti dia sebut.."menanges di bahu katil".. ni mesti da biasa nanges kt bahu pkwe ni..
=P jokes.. jgn mrh.. =P
uwaaaaaa
syabas mera dosti
(nila journal nye ye, heee)
keh keh keh.. mana best bahu katil ke bahu pakwe? haa..
yang best, takyah nangis la ekk..
One day, our time will come.
Hari itu mungkin hari biasa. Paginya kita berjalan seperti biasa. Kita drive mengikut undang2 seperti biasa. Tidak terlintas langsung petangnya kita akan mati!
Malamnya sepatutnya kita tengok puaka niyang rapik.. tetapi disebabkan petang itu kita mati, malamnya kita tengok mungkar dengan nakir kat dalam kubur..
apa macam sudah bersedia kawan2??
Bila teringatkan kawan yang kembali beberapa hari lepas..
aku mahu bersalaman lagi dengan dia dan bertanya..
"Apa koba demo lo ni?"
Ya, apa yang demo sedang merasai 'di sana', wahai sahabat..
sesungguhnya mati itu pasti..cm masanye aje yg kita xtau..
sesungguhnya mengingati kematian mampu menambah iman di dada..barulah kita xalpa dlm mejalankan tugas kita sebgai pelakon di muka bumi Allah ini..
Nuar-->Hurmm..klau ikut nak eja bahasa Al-Quran ni, takde lam ejaan melayu. tp kita anggap la ejaan sebutan.betul la tu...
hurmm..entah la,aku rasa cam best jek nk tulis kt bahu katil. klu nk tulis kat pinggang katil ke, tengkuk katik ke, cam pelik lak bunyinye. bukannye sbb aku biasa menangis kt bahu pakwe arr:..grrrr:P
Intan-->haaa, ni la jurnal yg dibizikan itu..eheh..
Khairi-->mmg best klu tak nangis.tp klu sedey musti nk nangis gak...tp bukn kt bahu pakwe okay.heeee.
Takziah atas kematian kawn Khairi tu. Masa kita pula akan tiba..suatu masa nanti...pasti..
Yus-->Betul tu Yus. Masa kita masih belum tiba. Moga kita semua berakhir dengan husnul khatimah..
Aminnn
Post a Comment