Ingat Sama Dosa Pahala Tau..

Sunday, November 09, 2008
Bunyi cengkerek benar-benar menghiasi muzik alam malam ni. Ditambah dengan angin malam yang begitu mendinginkan. Sangkanya, petang tadi hujan terlampau lebat dan hebat kut yang menyebabkan angin malam ni seakan dihembus dari Kutub Utara sana. Kesejukannya seolah memamah segala isi kulit yang menyelaputi sekujur badannya.

Dia masih berteleku di tingkap rumahnya. Memerhati kerdipan jutaan bintang yang menghiasi kegelapan langit malam. Satu persatu bebintang diperhatikannya. Rasa kagum terhadap ciptaan Ilahi itu saban hari seolah makin bertambah. Arghh..dia memang sukakan bintang-bintang itu, dari dulu, sejak di bangku sekolah lagi hingga kini. Kalau lah salah satu bintang itu boleh digapainya....

Dia kembali teringat, sejak dua tiga hari ni salah satu prinsip hidup yang dipegangnya sejak dulu telah dilanggarnya. Kalau dulu dia amat mengkagumi dirinya kerana terlalu berpegang dengan salah satu prinsip hidupnya itu, kini, dia mengeji dirinya sendiri kerana terlalu mudah melepaskan salah satu prinsip hidupnya itu. Walaupun pada pandangan orang lain, prinsip hidupnya itu terlalu kecil, remeh, temeh dan bersifat kekampungan serta kekolotan. Tapi bagi dirinya, itu lah prinsip hidup yang dipegangnya sejak dulu.

Hembusan dingin angin malam yang agak ganas menyedarkan nya dari terus mengelamun memikirkan tentang salah satu prinsip hidupnya yang telah tergadai. Kini barulah dia tahu yang hatinya masih lagi lemah. Jiwanya masih tidak kuat. Imannya masih lagi tipis. Kalau tidak, masakan dia begitu mudah melanggar salah satu prinsip hidupnya itu.

Tiba-tiba mengalir manik jernih dari kelopak matanya. Dibiarkan satu persatu manik-manik jernih itu mengalir. Tanpa diseka, tanpa disekat.

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosa hambaMu yang hina ini", rayu hatinya pada Yang Maha Pengampun.

"Azra", tiba-tiba terdengar teman serumah memanggil namanya.

Cepat-cepat diseka air matanya. Dia tidak mahu temannya risau melihatkan manik-manik jernih yang mengalir dari kelopak matanya itu.

"Ada apa Zimah?", tanyanya pada satu-satu teman rumahnya itu.

"Kau tak mahu tidur lagi ke? Dah lewat sangat ni. Besok kan nak kerja pulak", Zimah mengingatkan teman rumahnya yang kelihatan begitu asyik berteleku di tingkap rumah.

"Eh tak sedar pulak aku hari dah lewat malam. Okaylah Zimah, aku pun dah nak masuk bilik ni. Selamat malam", ucapnya lantas dia menutup tingkap yang menjadi tempatnya berteleku dari tadi. Perlahan dia melangkah membawa dirinya masuk ke kamar beradunya dan dia benar-benar berharap tiada lagi 'gadaian' prinsip yang akan dilakukannya selepas ini.

Masuknya Azra ke kamar beradunya, bermakna aku juga terpaksa berhenti di sini. Arghh merapu-rapu lagi di tengah malam. Apa pun, keep reading my entry then. I'll be here again, the same me. Just different story.

p/s: Ada sesiapa nak temankan aku tengok bintang dak malam ni? eheh

WaAllahualam
Wasalam.

3 comments:

Tirana said...

Sesekali diri akan merasa bersalah kerana menggadai prinsip yang dipegang sejak sekian lama. Dan semakin terasa bersalah bila terpaksa gadai prinsip hanya disebabkan perkara-perkara yang terlalu remeh. Prinsip yang telah tergadai, tidak boleh ditarik balik..cuma boleh diperbetulkan tapi seperti luka, walaupun sembuh, parutnya tetap ada...

Noli said...

kak..
agak2..bintang kat putrajaya sm x bintang kat trganu..=(
em rindu kg plak..huhu

Afida Anuar said...

Kak Tirana-> betul kata-kata akak tu. mmg boleh diperbetul, tapi parutnya masih berbekas:(

Qica@Noli->tak sama noli. Akak dah perhati. Klu kat trg, kilauan dia lebih bersinar dan lagi mantap kilauannya. Kt putrajaya ni cam malap sket.Tatau nape. eheh

 

Browse