Ready or Not Ready?

Monday, November 03, 2008
"Are you ready?"

"Get set",

"Go!!!!", kata pelepas larian lumba lari 200 meter.

Maka berlarilah aku dengan pantas dan laju untuk sampai ke garisan penamat. Dan akhirnya...

"Aku menang!!"
"Aku menang!!"

Itulah natijahnya bagi mereka yang menyertai larian lumba lari. Akan ada pengadil yang bertanya sama ada kita bersedia atau tidak. Jika sudah bersedia maka akan dilepaskan tembakan supaya kita semua dapat berlari bagi sampai ke garisan penamat.

Namun dalam menghadirkan diri ke dunia yang fana ini, tiada seorang pun akan bertanyakan kita sama ada kita sudah bersedia atau tidak untuk berlari di dalam perlumbaan dunia yang mencabar ini. Sedar-sedar, kita sudah menghirup oksigen di bumi Tuhan ini. Sedar-sedar kita sudah buat macam-macam. Dari kecil hingga lah besar, hingga lah ke saat ini. Sudah banyak perkara sudah berlaku...kan?

Ada yang kita buat dengan penuh persediaan. Ada yang sambil lewa. Tapi kita tetap mendapat hasil pada akhirnya. Cuma hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita melakukan persediaan dan di kala kita tidak melakukan sebarang persediaan.

Tengok gambar di atas. Semua dalam keadaan tak bersedia walaupun dah tahu gambar nak diambil time tu. Hasilnya, terjadilah gambar yang kelam kabut, yang kalut, yang apa lagi ek...... tapi chumel gak kan? Eheh!! (Cuma ada seorang lelaki yang paling bersedia untuk gambarnya diambil. Cuba teka yang mana sorang, heeee).

Compare pula dengan gambar di bawah ni. Gambar di mana semua orang telah siap sedia dengan pelbagai aksi dan gaya.

Ada beza kan dari segi kemantapan gambar yang diambil? (Gambar ihsan daripada Halimah)

MORAL OF THE STORY: Persediaan itu penting tidak kira apa jua keadaan. Kerana tanpa persediaan, tidak mungkin kita dapat melakukan apa saja dengan sempurna:D

p/s: Bersediakah kita untuk mati? Renung-renungkan dan selamat beramal. (Erkk cam tiru Prof Izi lak! Eheh)

Sekadar coret-coret di malam hari. I'll be here again, the same me. Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

8 comments:

LeLs said...

suka lumba lari juga..

hee~

*tade kait mengait ngan entry nih*

diana abdullah said...

kejo yob kejo..

~xde kaitan dgn entri nih juge~

xxx said...

apple ooo apple...

tak ada kene-mengene jugak!!

Afida Anuar said...

yeayyy menang uno..

takde kene mengena jugak.. ngeh33

Anonymous said...

nak balik century square..xde kene mengena gak..hahah

ajis --> aku pon!!

Afida Anuar said...

mard n ajis..

be strong yer!! kami di sini akan setia menanti kehadiranmu kembali..eheh

StingRay said...

kadd?....yoe?....he he he...

Afida Anuar said...

Yup Kadd n yoe? kenapakah dengan kadd n yoe itu??huhuhu

 

Browse